Apakah yang dikatakan kunci makrifat itu, pada umumnya sudah tentu kuncinya banyak dan bergantung kepada tahap kerohanian mereka itu..
Salah satu daripadanya ialah …. kecepatan mereka mengalihkan fokus perhatian mereka daripada makhluk kepada Allah…banyak mereka yang lupakan Allah dalam kehidupan seharian…apa yang mereka lihat hanyalah yang zahir sahaja… pandangan mereka tidak tembus kepada senario di belakang apa yang kelihatan… mereka yang begini sudah tentu tidak mempunyai makrifat..
Bagi yang mempunyai makrifat sudah tentu, telah menikmati banyak nikmat yang dianugerahkan oleh Yang Maha Pemberi, ..sudah tentu kenikmatan itu tidak terkirakan…bagaimanapun bagi memudahkan citra… secara umumnya ada tiga tanda-tanda yang dapat diperhatikan.. dan sudah pasti .. nanti yang diperolehi daripada yang tiga itu …lebih lagi…..
Pertama: anggota jasad mereka yang bermakrifat tenang… maksudnya tidak sakit….Kedua: kehidupan mereka aman.. iaitu tidak mengalaman stress dan angin ‘taufan’..dan yang Ketiga: kemenangan rohani dalam kehidupan mereka.. contohnya, syaitan dan jin tidak mengganggu mereka..
Mereka yang bermakrifat adalah mereka yang melihat Allah dengan mata hati, iaitu merasakan Dzahir nya Allah…
Mereka yang merasakan wujud Allah, …mereka itu berkekalan lebur dan tenggelam dalam merasakan NYA.
![Almost Like Another Planet... Pamukkale Blues (UNESCO World Heritage) [Explore #1, THANK YOU] Almost Like Another Planet... Pamukkale Blues (UNESCO World Heritage) [Explore #1, THANK YOU]](http://static.flickr.com/7079/7209710670_f67079c754_m.jpg)







Kunci kepada makrifat ialah, faham maksud makrifat itu sendiri.
By: Radzhi on Julai 17, 2009
at 3:52 am
Makrifat adalah pakaian (pengalaman), kalau masih ditakat faham, baru ilmu..belum lagi makrifat.
By: hajirikhusyuk on Julai 17, 2009
at 6:59 am
Makrifat maksudnya kenal, seperti kita kenal emak bapak kita.
By: Radzhi on Julai 27, 2009
at 7:18 am
Makrifat itu bukan kenal seperti kenal ibu kita, kalau begitu masih ilmu lagi,
makrifat itu bukan ilmu tetapi hal (pengalaman), ia berkaitan dengan Tuan punya ilmu itu sendiri, (bukan ilmu).
By: hajirikhusyuk on Julai 27, 2009
at 1:11 pm
Maka, makrifat itu lebih dari kenal tetapi mengalami sendiri seperti kita merasa manisnya gula dan kenal gula. Oleh itu jika kita mendapat rasa gula yang pahit walaupun bentuk gula, maka bukan gula namanya. Bukan begitu haji
By: Mohd Iskandar on Disember 11, 2009
at 4:07 pm
ya,,
benar.
By: hajirikhusyuk on Disember 12, 2009
at 2:32 am
rasai.
amin
By: hati on Disember 16, 2009
at 4:44 am
ya,,
belum rasa belum tau.
sudah rasa baru tau.
By: hajirikhusyuk on Disember 16, 2009
at 11:52 am
salam
makrifat seperti kita mmbuat kopi..
Susu ,kopi .gula dan air dan kita bancuh .
Siap kita tuang ke dlm cawan dan kita sendiri yg minum.
Ini adalah pengalaman diri sendiri tiada kaitan dgn sesiapapun.
Itulah makrifat yg sebenar…
By: razuan on Januari 2, 2012
at 5:31 am
salam alaika
semakin dalam… maka semakin tampak…
semakin memasuki kita semakin tahu….
By: sii aliim on Disember 20, 2009
at 6:14 am