Buat renungan sesama kita yang memang berminat tentang Hakikat, agar dapat difikirkan dengan perlahan-lahan agar mencapai matlamat yang sebenar. Di sini ana coretkan sedikit tentang Hakikat Alif…..
Hakikat perkataan adalah alif, (alif adalah satu huruf dalam tulisan jawi, kalau tulisan rumi.. mestilah ‘a’ ), manakala hakikat alif pula adalah noktah, dan hakikat noktah adalah dakwat.
Jikalau dikaji selanjutnya maka hakikat dakwat pula adalah cecair, sedangkan hakikat cecair adalah debu-debu, dan hakikat debu-debu adalah unsur-unsur (atom) dan hakikat unsur adalah Cahaya Allah.
Sedangkan Gelap (tidak diketahui) ialah Cahaya Dzat, …. dalam gelap itulah adalah ‘Air Kehidupan’ (Yang Menghidupkan).
Sebagai misalan, ….jika anda melihat kepada dakwat, maka dengan sendirinya huruf hilang,…
dan jika anda melihat huruf , maka dakwat hilang…
Sejajar dengan itu cuba difikirkan pula:
Jika ana ada Dia tiada, … dan jika Dia ada ana pula tiada…
MasyaAllah.
![Almost Like Another Planet... Pamukkale Blues (UNESCO World Heritage) [Explore #1, THANK YOU] Almost Like Another Planet... Pamukkale Blues (UNESCO World Heritage) [Explore #1, THANK YOU]](http://static.flickr.com/7079/7209710670_f67079c754_m.jpg)







salam..
ok, rasa mampu utk paham. boleh teruskan lg…
tq
By: Hj Hamidon b Hj Ali on Ogos 23, 2009
at 2:43 am
salaam..
alhamdulillah.. segala sesuatu berlaku atas izinnya… tapi bukan semua berlaku atas kehendaknya…
cuba fikirkan adakah kehendak Allah, kemungkaran yang berlaku di dunia ini?
By: hajirikhusyuk on Ogos 24, 2009
at 7:11 am
ada titik hurufpun jadi
ada Allah hambapun jadi
By: sii aliim on Disember 20, 2009
at 7:03 am
Salamun alaikum
Mohon HAJIRIKHUSYUK kupas untuk manfaat bersama tentang Kehendak Allah SWT didalam taat mahupun mungkar supaya lebih jelas dan jitu i’tiqod.
Terimakasih saya dahulukan.
By: ismailsgbuloh on Disember 24, 2009
at 10:10 am
salam alaika,,
kehendak allah itu pastilah yang baik-baik saja,
tetepi keizinan allah itu tidak sama dengan kehendaknya,,
allah mengizinkan permintaan hambanya,, sama ada baik dan jahat,,
itu sebabnya, ada perkara buruk seperti sihir dan sebagainya,,
dan hamba itu akan dihukum berdasarkan pilihannya,, kalau pilihannya baik ia beroleh pahala, kalau jahat ia beroleh dosa,,
tapi hakikatnya perbuatan allah jua.
ana bagi analogi:
dalam permainan komputer (computer game),,
setiap satu pilihan (kehendak) itu sudah ada,, jalan keputusannya,,
sama ada pilihan a, b, c, atau d.
dan setiap kesudahan pilihan itu telah ditentukan,
kalau ante pilih “a”, maka ante terimalah keputusan pilihan itu,,
begitulah seterusnya untuk pilihan b, c, dan d.
tapi bagi yang telah makrifatullah lainlah pula,,
kerana pilihan hamba adalah pilihan allah.
semoga bermanfaat.
By: hajirikhusyuk on Disember 24, 2009
at 11:48 am
Salam alaika,
Terimakasih AKHI.
Rumusannya:
Haqiqatnya sekalian Perbuatan adalah Milik Yg Esa jua. Perbezaan wujud hanya pada perspektif hamba.
Di titik ini yang pada pendapat saya, ramai yang menghadapi kesukaran untuk menerima haqiqat ini kerana masih ada DUALITY dalam penyaksian.
Apapun, petunjuk hidayah yang menyapa hati-hati hamba Nya adalah milik Nya jua.
Allahu Akbar. Wa Lillahi Alhamdu. Tawakkaltu alaihi. Barakallahu fiika.
By: ismailsgbuloh on Disember 24, 2009
at 12:10 pm
Gaib titik, alif yang nyata …
Gaib Allah, Hamba yang nyata ..
ana wala ana..
salam
din
By: Tahjud on Oktober 8, 2009
at 12:40 am
tanpa titik..
tidak ada huruf..
tanpa Allah
tidak ada hamba..
By: sii aliim on Disember 20, 2009
at 6:57 am
alif dimana2……..
hamba ummi…., ..luahan ini…….
alif dalam diri…..,
simbol…..kuasa….diberi izin dari Maha Kuasa.
maaf….Ya
Alif berada dimana2..
alif dalam diri……..,
simbol kuasa….dari Maha Berkuasa…….
subhanallah…..
By: badrul on Oktober 8, 2009
at 1:55 am
hamba tak mengerti apa2….
kemaafan di pinta…
maafkan ku ya Allah….
By: badrul on Oktober 8, 2009
at 2:04 am
Tak mengerti sifat hamba,
Maha Mengetahui sifat Dzat Allah,
bahasa kiasan…
“larutkan garam ke dalam air” – insyaAllah akan mengerti,…
By: hajirikhusyuk on Oktober 8, 2009
at 4:31 am
redha……pada ketentuan…ilahi….
terima kasih bang hajikhusyuk….
semoga panjang umur…..,dilimpahkan rahmat……
larut garam kedalam air……..bersatu…
air tersejat kembali menjadi garam semula…
dgn bissmillahirrahmmannirrohhim……..
masyaAllah…….bahagia sungguh…,
By: badrul on Oktober 8, 2009
at 5:17 am
terima kasih atas doanya,
semoga semua pembaca blog ini
diRahmati Allah..
By: hajirikhusyuk on Oktober 8, 2009
at 2:38 pm
Apa kah ALIF itu tidak menjadi satu sifat
khabar?
Apakah titik itu tiada pengertian Nya tersendiri?
Serta cuba cari didalam titik itu apa yang ada
di dalam nya?
By: Hamdan Mohd on November 13, 2009
at 4:58 pm
ya,,
mari sama-sama kita renungkan,,
By: hajirikhusyuk on November 13, 2009
at 10:55 pm
titik itulah HIJAB..
untuk melihat Wujud sebenarnya, kita harus geser titik itu.. sehingga apa yang kita lihat?
By: sii aliim on Disember 20, 2009
at 6:55 am
salamualaikum…
apakah maksudnya…
alquran dikumpul dalam surat alfatihah, kemudian alfatihah dikumpul ke huruf BA dan BA dikumpul keTITIK…. mohon bimbingan…
hanya Allah yang maha tahu…
By: hendra on Januari 23, 2010
at 4:03 am
salam,,
selamat datang ke blog ini,,
sdr hendra,,
carilah makrifat dulu,, yang lain itu hanya sampingan aja,,
bagaimanapun mungkin ini dapat membantu ante:
Telah di riwayatkan dari setengah ahli sufi bahawa segala yang terkandung dalam kitab Allah yang terdahulu terdapat dalam al-Quran dan segala kandungan al-Quran terdapat dalam dalam surah al-Fatihah dan apa-apa yang terkandung dalam surah al-Fatihah terapat dalam “Bismillah” dan apa-apa yang terdapat dalam “Bismillah” terapat dalam huruf “ba”.
Terdapat juga dalam kitab tafsir menerangkan bahawa huruf “ba” bertugas sebagai penemu, yakni huruf “ba” memutuskan segala hubungan sesaorang hamba dengan segala perkara yang lain dan menemukan dengan Allah.
Sebahagian ulamak berpendapat bahawa apa-apa yang terdapat dalam huruf “ba” terkandung dalam titik pada “ba” itu, yakni titik wahdaniah. Dalam istilah ilmu tasauf, titik wahdaniah bermaksud sesuatu yang tidak boleh dibahagi-bahagi lagi (esa).
Setengah ulamak menukilkan, ayat “Iya kanaq budu yaiya kanasta’in” , terkandung segala hajat dunia dan ugama.
sumber:junjungan.wordpress.com
By: hajirikhusyuk on Januari 24, 2010
at 12:13 am
Salam
Alhamdulillah , segala kupasan dan perbincangan diatas sungguh mengesani. Ana tak ada apa lagi nak ditambahkan kerana telah masuk kehati nurani. Cuma nak tanya sikit. Roh qudsiah, sultoniah, rohaniah dan jasmaniah tu tak sama ke antara seseorang dgn seseorang yan lain? Ana difahamkan , ianya berkaitan dgn pemberian dan anugerahnya.
Ma kasih ya ustaz.
By: asharma on Jun 23, 2010
at 5:44 pm
zikir diam itulah yang nyata.. tiada huruf tiada suara…..timbullah wujud …wujud yang haq..
By: ivan on Januari 1, 2011
at 9:56 pm