Berzikir mengingati Allah adalah suatu hubungan yang langsung antara hamba dan Allah. Berzikir tidak sama dengan menyebut nama Allah, kerana jikalau hanya menyebut, bermakna seseorang itu belum mengenal Allah. Tetapi berzikir kepada Allah adalah mengingati Allah yang sudah dikenal.
Supaya kita sampai kepada mengenal Allah kita haruslah suci zahir dan batin kerana Allah itu Maha Suci dan hanya yang suci yang mampu sampai kepadaNya.
Secara zahir untuk bersuci adalah melalui wuduk, istinjak dan mandi junub. Dan setelah berwuduklah baru sah menunaikan sembahyang. Walau bagaimanapun wuduk dan suci secara zahir haruslah terlebih dahulu mengenal Allah yang Maha Suci.
Mengenal Allah sangat penting, kerana apabila telah kenal, Allah sendirilah yang akan mensucikan kita, dengan usaha kita sendiri, kita tidak mampu untuk mencapai kesucian yang sebenar, kerana itu ahli sufi pernah berkata wujudmu itu adalah satu dosa. Wah, kalau begitu amat sukar kita mahu mensucikan diri sendiri, hanya Allah yang mampu mensucikan diri hambaNya.
Apabila kita tidak mengenal Allah maka proses penyucian yang kita lakukan itu hanya sebatas menurut pandangan kita sahaja dan belum tentu diterima Allah. Mengapa demikian? Jawapanya, kerana Allah melihat kepada hati tidak kepada zahirnya sahaja. Kesucian hati daripada syirik adalah lebih utama daripada kesucian jasad daripada kotoran dan najis.
Dengan mengenal Allah maka kesyirikan dapat dihapuskan. Mereka yang mengenal Allah akan dibimbing Allah kepada sifat-sifat ikhlas dalam beramal, sabar dalam menghadapi cobaan, tawakal dalam berikhtiar dan reda apa saja yang diputuskan Allah terhadapnya. Nah inilah yang dikatakan hati hambaNya telah mencapai kesucian.
Apabila hambaNya telah mengenal Allah maka sudah pasti ia akan ingat Allah bukan hanya pada masa-masa tertentu sahaja, malah setiap saat, 24 jam sehari. Kerana bagi mereka yang telah mengenal Allah berzikir kepada Allah itu adalah mudah.
Itulah sebabnya dikatakan awal beragama itu mengenal Allah (makrifatullah). Kita seharusnya mengikut sunah Rasullulah, iaitu mengenal Allah dahulu baru beragama, tetapi nampaknya sekarang kita telah terbalik, beragama dahulu baru mahu mencari atau mengenal Allah.
Renung-renungkan…
MasyaAllah.
![Almost Like Another Planet... Pamukkale Blues (UNESCO World Heritage) [Explore #1, THANK YOU] Almost Like Another Planet... Pamukkale Blues (UNESCO World Heritage) [Explore #1, THANK YOU]](http://static.flickr.com/7079/7209710670_f67079c754_m.jpg)







Awalluddin Makrifattullah>>>>awal Agama
mengenal Allah.
Apa kah itu Agama dan apa kah itu ALLAH
maaf kan saya…
By: Hamdan Mohd on Oktober 30, 2009
at 5:25 pm
jangan terlalu ghairah untuk bertanya, soalan ini telah saudara tanya dahulu dan sudah saya jawab, sila rujuk jawapan sebelum ini.
By: hajirikhusyuk on Oktober 31, 2009
at 12:58 am
maaf terlanjur kata terkasar bahasa>>>
By: Hamdan Mohd on Oktober 31, 2009
at 4:13 pm
salam..
sekiranya ada hamba allah yg berzikir d dlm hti smbil mnitis air mata nya tnpa disedari n tidak mnghrapkan apa2 ganjaran pd Pencipta -Nya,selain keredhaan-Nya,ada kah dia telah mncapai kesucian hati???
By: syuk90 on November 12, 2009
at 7:23 pm
salam alaika,,
meneteskan air mata semasa berzikir itu, ada dua kemungkinan,
pertama, sememangnya kerana keikhlasannya,
dan yang kedua, mungkin kerana mengenangkan dosa-dosanya,,
dari segi hakikatnya, kesucian hati ialah apabila tiada selain Allah di dalam hatinya.
terima kasih.
By: hajirikhusyuk on November 13, 2009
at 1:06 am
Yang di maksud menangis ketika beramal itu yang macam mana ?
dan yang di istilah kan menangis apa benda nya yang menangis tu////
By: hamdan mphd on April 21, 2010
at 12:03 am
salam,,
bagi ana,, menangis dalam solat (atau amalan lain) itu,,
adalah kerana rindunya dia kepada Dia,,
dan juga kerana hatinya telah lembut,,
tidak lagi keras seperti batu,,
hatinya telah mula menerima
pancaran nur illahi,,
dan mungkin juga oleh sebab-sebab yang lain,,
seperti ingin menunjuk-nunjuk kepada
orang.
ya,, kemungkinannya banyak sekali,,
tetapi hanya dia dan Dia yang tahu.
By: hajirikhusyuk on April 21, 2010
at 8:23 am
aku senang membacanya begitu sejuk terasa HATI ini
By: Rhamadhani Koto Dhani on Oktober 25, 2011
at 9:11 pm
Dzikirulloh..tanpa Kuasa dan KehendakNya kita hanya hamba yg lemah..tiap dtk slalu memuji dan meningat Allah
By: EkoHanafipurwanto on Januari 10, 2012
at 9:43 pm