Posted by: hajirikhusyuk | Disember 7, 2009

Penyaksian mata hati

 

Penyaksian mata hati

Penyaksian hakiki mata hati berlaku apabila salik mengalami suasana (hal) yang menyebabkan dia menafikan kewujudan dirinya dan menetapkan kewujudan Allah. Suasana ini timbul akibat hakikat ketuhanan yang dialami oleh qalbu salik  tersebut.

Mata hati salik hanya melihat kepada wujud Allah, tidak lagi melihat kepada wujud dirinya. Salik yang berada dalam keadaan sebegini telah fana  daripada sifat-sifat kemanusiaan.

Penyaksian mata hati adalah jauh lebih tinggi daripada ilmu makrifat, kerana penyaksian itu adalah hasil daripada perjalanan panjang, keteguhan hati, dan pengalaman pahit getir yang dialami salik dalam menempuh perjalanan pulang ke kampung akhirat (kembali kepada Allah).

Penyaksian mata hati ini adalah setinggi-tinggi keyakinan terhadap kewujudan Allah, inilah yang dikatakan Isbatul Yakin. Salik yang telah mengalami isbatul yakin, maka syahadahnya bukan lagi  syahadah yang palsu, tetapi beliau  melihat wujud Penciptanya dengan nyata ketika bersyahadah. Hanya syahadah yang sebeginilah yang dapat menjamin keselamatan salik di dunia dan di akhirat.

Pada penyaksian ini salik tidak lagi melihat kepada ketiadaan diri atau kewujudan dirinya, tetapi salik melihat wujud Allah dalam segala sesuatu.

Penyaksian mata hati adalah melihat wujud Allah tanpa dinding, tiada lagi antara, antara salik dan Penciptanya. Tiada lagi antara, antara  kedua-duanya.

QS Al Hadid 4: Dia bersama kamu di mana saja kamu berada.

Sejajar dengan Firman yang mulia itu,  sememangnya, salik tidak lagi terpisah daripada Allah.  Penyaksian mata hati ialah salik melihat Allah dalam segala sesuatu dan pada setiap waktu. Pandangan salik terhadap makhluk tidak lagi menutup pandangannya kepada Penciptanya. Di sinilah makam keteguhan yang terdapat di dalamnya ketenangan dan kedamaian yang kekal.

Pada penyaksian mata hati ini, salik tiada lagi ucapan, tiada lagi bahasa, tiada lagi ibarat, tiada lagi ilmu, tiada lagi makrifat, tiada lagi pendengaran, tiada lagi kesadaran, tiada lagi hijab, bahkan segala sesuatu sudah tiada lagi, yang ada hanyalah yang Esa.

Tabir telah tersingkap, Salik memandang Dia tanpa ibarat, tanpa huruf dan tanpa kata-kata. Allah dipandang dengan mata hati (keyakinan) bukan dengan mata yang ada di kepala. Salik yakin bahawa  Allah lah  yang dipandang, walaupun tiada suatu petunjuk  pun untuk diberitahu dan tiada satu pengenalan pun untuk mengenalinya.

Salik yang mengalami suasana ini, beliau kekal bersama Allah pada setiap saat, setiap ruang dan setiap keadaan. Salik yang beginilah yang berzikir (melihat yang diingat) ketika berdiri, duduk dan berbaring, bahkan dalam segala keadaan pun.

MasyaAllah.


Respon

  1. Salam Hj, bagaimanakah yang dimaksudkan dengan penyaksian mata hati melihat Allah tanpa hijab. Adakah ia melihat wujudnya Allah secara zahir seperti mana kita mengenali seseorang melalui mata kepala kita, melihat secara nyata seseorang yang kita kenali seperti melihat batang tubuh seseorang atau melalui ilmu rasa atau bagaimanakah.

    Maafkan saya bertanya soalan begini. Saya mencari perjalanan begini untuk mengenali Allah secara hakikat seterusnya bersyahadah secara mutlak tentang kewujudan Allah, bukannya setakat ilmu sahaja.

    • salam alaika,,
      jawapannya sudah ada dalam tulisan tersebut,,
      cuba cari jawapanya,,
      isnyaallah jumpa.

    • Salam Hj. Apa yang saya faham di dalam memahami hakikat secara mata hati adalah ilmu rasa yang tidak dapat digambarkan secara zahir, tidak dapat dibicara secara berhutuf hakikat kejadian setiap perinci alam termasuk diri kita, hanyalah Allah semata-mata. Ibarat kata, kita merasa manisnya gula, tidak dapat diceritakan, dizahirkan melainkan kita sendiri sahaja kemanisan gula tersebut. Apabila kita sudah biasa dengan keadaan manis ini, maka kita akan mengenal gula. Begitukah yang diibaratkan haji. Sila perbetulkan sekiranya saya silap.

      • salam alaika

        benarlah seperti yang ante katakan itu,,
        memandang dengan mata hati,,
        ana beri satu lagi analogi,,
        cuba perhatikan tangan kanan ante dengan mata terbuka,
        ante nampak tangan ante kan,
        nah,, sekarang tutup mata ante,, tangan tidak kelihatan kan,,
        walaupun tidak kelihatan,, tapi ante dapat rasakan tangan ante ada kan,,
        nah,, begitulah melihat dengan mata hati,, iaitu dengan rasa.

        semoga bermanfaat.

  2. salam
    adakah ini yang pernah ana tanya dulu kepada anta sebelum ini, berkenanaan dengan mata hati??
    mata hati yang tak pernah luput untuk mengingati allah, itukah yang anta maksudkan??

    • salam alaika,,
      ya benar.

  3. Kesimpulan daripada Marifat,
    iaitu mengenal wujud allah dan merasakan. kalau hanya difinisi saja, belum mengenal hanya menduga-duga saja baru,
    jadi tengelamlah kelautan Rasa. se ujud serasa serahasia…

    dalil: walam yarzuk walam yarpaillah: barang siapa
    belum merasa maka belum mengenal.

    1 -rasa rohani = rasa rohani rasanya yatim.. miskin dan berlinang air mata.
    2 _rasa rabbani = rasa rabbani tiada awal tiada akhir tiada tua tiada muda tiada laki-laki tiada bini…lan lezatnya menyaksikan tampak wujud tidak tampak suara, tampak suara tidak tampak wujud.. tetapi tampak rasa yang sahih…zaukun syahihun….

    salam
    alaika
    tahjud,

    • salam alaika,,
      makasih sdr tahjud.

  4. Salam Hj. Barulah saya faham. Ini bermakna mengenal Allah tidak boleh disama dengan kaedah zahirnya kita mengenal seseorang. Malahan hanya Allah yang mengenal Allah melalui Allah. Betulkan saya sekiranya salah.

    • salam alaika,,
      syukur alhamdu lillah,,
      sekarang ante telah faham,,
      subhana Allah,,

  5. Assalamualaikum warahmatullah

    Apabila sudah mengenal bahasa Ruh Rabbani yang mendiami didalam Diri, maka mulalah kita mengalami Isbatul Yaqin. Matlamat zikrullah adalah menuju kepada ingatan Ruh kepada Ar-Rabb.
    Inilah Zikir Haqiqat. Tiada bentuk, warna mahupun bunyi. Penyaksian Diri berlaku disini. Disinilah hati manusia melihat dirinya sebagai faqir sejati….apabila dia menyaksikan keagungan Zat Yang Esa.

    • salam alaika,,
      terima kasih sdr Ismailsgbluh.

    • salam alaika

      ante betul..,, kesempurnaan wujudnya tdk bsa dipersepsikan dengan warna, jiwa, penglihatan, dan pikiran…

      • salam alaika,,

        alham du lillah.

  6. salamun alaikum

    akhir” ini banyak dikalangan umat muslim tidak faham tentang teori keTuhanan. karena TuhanNya Islam tidak bisa dilihat. dan ada yang bilang klo Tuhan bsa dilihat disurga.

    Itu sudah pernyataan salah, bahwa orang itu berpikir Tuhan itu berada di surga. Tuhan kita Allah swt. berfirman:
    “sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan kecuali Aku, maka sembahlah Aku.( QS. Ta Ha, 20:14).

    ayat diatas menyebutkan pribadi Allah. bukan sifat, ilmu, atau perbuatannya. Itu Dzat yang kita tuju..

    • salam alaika,,
      ya benar tuhan adalah Dzat Mutlak.

      • assalamualaeykum..

        “WUJUD SEJATI MERUPAKAN WUJUD KEHAMPAAN”
        “WUJUD SEJATI MERUPAKAN WUJUD YANG TIDAK PERNAH TERNODAI”
        “WUJUD SEJATI MERUPAKAN WUJUD YANG MUTLAK”
        “ENGKAU LIHAT DI MALAM HARI..”
        “KESEMPURNAAN CIPTAANNYA TELAH MENGHIPNOTIS SELURUH UMAT MANUSIA”
        “MATAHARI TENGGELAM, BULAN LENYAP, BINTANG MENGHILANG BAGAI EMBUN, AWAN JATUH MENGHIDUPI BUMI, LANGIT BIRU LENYAP BERGANTI GELAP…..GELAP…..GELAP…..”

        “KENYATAAN SEJATI YANG TAK PERNAH MUSNAH”
        “TIDAK ADA TETAPI ADA”
        “PAHAMI DENGAN HAKIKAT..BUKAN DENGAN PENGLIHATAN”
        “APAKAH ITU????”

      • salam alaika,,

        cuba fikirkan hadis ini: Ana Ahmad bi la mim (ana ahmad tanpa mim),… yang bermaksud .Aku Esa.

        bolehkah ini diaplikasikan kepada nama-nama yang lain?????

      • salam alaika

        Esa artinya sudah pasti satu. tetapi satu belum tentu Esa. jdi jangan salah pengertian tentang Esa dan satu.

        makasih..

  7. Sebaiknya untuk semuanya pelajari dan kaji baik baik Alquran dan hadist secara benar

  8. Bolehkah saya dapat alamat kontak Pak Tahjud yang dirahmati Allah. Sangat ingin untuk bersua dan memperpanjang silaturahim di Balikpapan. Atau via email: masafanq@gmail.com.

    Syukron.

    Alfan

    • ya,,,

      sdr Tahjud nan mulia,,
      boleh kah?


Tinggalkan komen

Kategori