Posted by: hajirikhusyuk | Januari 4, 2010

Tahapan Nafsu

 

Tahapan Nafsu.

Apabila salik telah sampai ke satu peringkat, yang mana tiada lain yang dilihatnya, hanya Allah, maka ini dikatakan ia telah fana dalam tauhid atau fana dalam Dzat yang mutlak.

Salik yang telah mencapai pandangan itu dikatakan telah karam atau larut dalam Dzat.  Pada peringkat ini maka gugurlah sifat-sifat tercela dan timbullah sifat-sifat terpuji.

Fana terbagi kepada beberapa peringkat iaitu, fananya segala perbuatan makhluk dalam perbuatan Allah, fananya segala sifat-sifat makhluk dalam sifat-sifat Tuhan dan fananya wujud makhluk dalam wujud Tuhan, yang terakhir  inilah fana yang paling teratas.

Bermakna fananya segala sesuatu selain Allah, sehingga yang dipandang tidak ada lagi, tetapi hanya Allah, inilah yang dikatakan fana tertinggi, alamnya alam ketuhanan atau alam Lahut (Ahdah), dan mengikut tahapan nafsu adalah nafsu Radiah, bagaimanapun di atas nafsu Radiah ini ada dua lagi tahapan nafsu iaitu, nafsu Mardiah dan nafsu Kamaliah.

Secara amnya kalau mengikut tahapan nafsu, nafsu itu terbahagi kepada tujuh peringkat:

1          Nafsu amarah

2          Nafsu lawamah

3          Nafsu mulhamah

4          Nafsu mutmainah

5          Nafsu radiah

6          Nafsu madiah

7          Nafsu kamaliah.

 

Salik yang telah mencapai tahap nafsu mulhamah maka telah masuk ia ke dalam makam fana perbuatan, iaitu tiada perbuat lain, hanya perbuatan Allah. Manakala salik yang telah mencapai nafsu mutmainah, maka ia telah memasuki fana sifat, iaitu tiada sifat yang lain, hanya sifat Allah. Inilah peringkat nafsu pertama yang diredai Allah, dan jiwa-jiwa salik yang telah mencapai tahapan inilah yang dipanggil oleh Allah: Hai jiwa-jiwa nan tenang kembalilah engkau kepada Tuhanmu dengan redai dan diredai… Alamnya adalah alam Wahdah atau Hakikat Muhammad.

Manakala salik yang telah mencapai peringkat nafsu Radiah, fana segala wujudnya dalam wujud Allah, iaitu peringkat fana tertinggi, dan  alamnya adalah alam Lahut. Bagaimana pun,  walaupun ia makam fana tertinggi, tetapi ia belum mencapai makam kesempurnaan, makam kesempurnaan adalah makam Insanul Kamil, dan tahap nafsunya adalah nafsu Kamaliah. Salik yang telah mencapai tahapan ini juga dikatakan sebagai telah baqa dalam Allah. Pada tahap ini salik memandang yang banyak dalam yang satu, dan pada masa  yang sama memandang yang satu dalam yang banyak.

Dan sebagaimana yang telah bincangkan dalam Tulisan: Nama Rahsia,  di sinilah tempatnya nama rahsia yang ke seratus itu terserlah.

Pada tahapan nafsu  mutmainah atau disebut juga Hakikat Muhammad, iaitu Dzat Allah SWT dan sifat-sifatnya pada martabat ta’ayyun awal, ia juga disebut sebagai martabat Wahdah, atau ilmu Tuhan tentang diriNya dan tentang alam semesta ini, pada peringkat ini, salik merasa terputus pandangan batinnya atau pandangan mata hatinya, kepada selain Allah.

Salik merasakan segala sifat yang terlihat di alam semesta ini bukanlah sifat makhluk, tetapi sifat Allah, kerana semua itu adalah sifat dan ilmu Allah yang Qadim jua.

Manakala pada tahapan  nafsu Radiah salik merasakan terputusnya pandangan mata hatinya kepada selain Dzat Allah, baginya yang ada hanyalah Dzat Yang mutlak itu, sehingga ia tidak menyedari lagi wujud yang  lain, termasuk juga wujud dirinya sendiri.

Makrifah dalam erti melihat Dzat  yang tertinggi itu  hanya berlaku pada tahap yang terakhir ini, iaitu makam nafsu Radiah, ketika wujud salik itu larut   dalam pandangan mata hatinya kepada wujud Dzat Allah. Inilah puncak makrifat yang tertinggi yang dicapai Rasulullah pada mikrajnya,  yang terkenal itu.

Nah,, sekarang ana sentuh sikit tentang baqa, baqa adalah makam yang mengiringi fana.

Sebelum itu, sebelum membincangkan baqa, salik yang berada di makam fana merasakan segala perbuatannya diatur oleh Allah, kerana salik itu tidak melihat yang lain, tetapi hanya Allah. (Ini adalah tempat yang berbahaya bagi salik, yang tidak hati-hati dan tidak dapat pertolongan Allah, ia sangat mudah jatuh ke tempat kehancuran, na u zu billah min ha, di sinilah tempatnya sufi dianggap zindik, seperti yang berlaku kepada sufi terkenal Mansur al Hallaj).

Tetapi salik yang berada di dalam makam baqa, yang telah melalui makam fana itu, segala perbuatannya adalah diredai Allah, kerana segala perbuatannya tidak lagi mempunyai kepentingan untuk diri sendiri (umpama ombak telah pulang ke laut), inilah makam yang dikatakan kehendak hamba adalah kehendak Allah.

Salik yang telah melalui makam fana dan memasuki makam baqa, sifat-sifat dirinya sendiri telah diganti dengan sifat-sifat al Hak. Dengan lain perkataan baqa itu ditemui selepas melalui makam fana terlebih dahulu.

Salik pada makam baqa telah timbul kesadarannya semula, berbanding salik yang berada di makam fana, yang tidak sadar apapun kecuali Allah.

Bagaimanapun salik yang berada di makam baqa, kesadaran yang dimilikinya tidak sama dengan kesadaran yang dimilikinya sebelum mencapai makam fana, kerana pada makam baqa,  segala sifat kehambaannya (yang dimilikinya dahulu) telah bertukar dengan sifat-sifat al Hak.

Perlu diingat, makrifat yang paling sempurna adalah memandang Tuhan melalui alam semesta,  tetapi pandangan ini hanya dicapai setelah salik itu melepasi (melalui)  makam fana, iaitu melihat Dzat yang mutlak itu secara langsung, dengan mata hati, atau dengan lain perkataan, selama ini salik  tidak sadar (fana), tetapi sekarang telah sadar (baqa).

(Perhatian: perkataan salik itu sebenarnya sudah tiada, umpama ombak telah kembali ke laut, tetapi ada hanya untuk memudahkan perbincangan saja.)

Semoga bermanfaat.

Allah hu aklam.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

About these ads

Respon

  1. Salam alaika

    Laqod kholaqnal insaana fi ahsani taqwim.

    Telah diciptakan insan itu dalam ukuran yang sempurna.

    Insan itu ruh (Jasad hanyalah wadah sebagai menzahirkan sifat-sifat Ruh). Ruh itu asalnya dari Allah (Min Ruhi). Ruh itu adalah Nur Allah (Nurun ala Nur yakni Ruh ini ada maqom-maqomnya yang berwarna).

    Apabila Ruh berkehendak dan melaksanakan kehendaknya (meminjam dari sifat Qudrat dan Iradat Allah), ia dinamakan Nafsu. Apabila Ruh berfikir, ia dinamakan Aqal.

    Ruhullah atau Nurullah namanya, berilmu itu sifatnya, dan bernafsu itu itu perbuatannya.

    Maka nafsu memperbuat sesuatu berdasarkan ilmunya, dan ilmunya didapati daripada maqom Ruhnya. Ruh ini boleh dicemari dengan perbuatan syirik dan maksiat. Lama-kelamaan ia menjadi hitam akibat diselaputi dosa. Atas dasar ini, Ruh harus berzikir (yakni mengingati dan kembali kepada asalnya) supaya dapat kembali sempurna. Apabila sempurna kepulangannya, Ruh ini akan mendapat status Abdul Rabb (Hamba kepada Pencipta) dan melaksanakan perintah sesuai dengan catatan Lauhim Mahfuzh.

    Jika ada yang salah, sila betulkan. Jika ada yang kurang, sila tambahkan. Jika ada yang terlebih, sila buangkan.

    • salam alaika,

      sdr ismailsgbuluh nan berbahagia. makasih banyak atas komen itu.
      ana petik sedikit komen ante seperti di bawah,,

      Ruh harus berzikir (yakni mengingati dan kembali kepada asalnya) supaya dapat kembali sempurna. Apabila sempurna kepulangannya, Ruh ini akan mendapat status Abdul Rabb (Hamba kepada Pencipta) dan melaksanakan perintah sesuai dengan catatan Lauhim Mahfuzh.

      terlebih dahulu ana ingin menyatakan,, ana di blog ini bukanlah sebagai pembimbing,, cuma ingin berkongsi amal jariah mencari keredaan nya jua.
      mungkin terdapat pembaca yang lebih tinggi ilmunya daripada ana, dan mereka itu mungkin termasuk ante juga, allah hu a’lam.

      jikalau ada komen ana yang sdr tidak bersetuju, itu tidak mengapa, kerana perbezaan pendapat itu adalah barakah.

      baiklah,, pabila telah jelas kedudukan ini, ana ingin memberikan ulasan sedikit tentang komen ante di atas,,

      manusia itu terdiri daripada beberapa unsur,, tetapi di sini ana bincangkan dua unsur saja iaitu Ruhku (ruh) dan nafs.

      Ruh atau Ruhku adalah ruh yang ditiupkan allah, sebagai firmannya: wa nafah tu fi hi min ruhi (aku tiupkan ruhku ke dalamnya).
      Ruhku ini adalah suci bersih,, sebagaimana asal kejadiannya iaitu Nur Allah dan Nur Muhammad,,

      walau bagaimana pun ruhku ini pada manusia, telah diliputi oleh nafs,,

      apakah itu nafs,, nafs terdiri daripada dua unsur iaitu,, jiwa (mind) dan jasad. ana akan mengulas tenteng jiwa saja.

      jiwa ini terbahagi kepada tujuh peringkat,, amarah, lawamah,, mulhamah,, mutmainah,, radiah,, mardiah,, dan kamaliah.

      selagi nafs, amarah,, lawamah,, mulhamah tidak tersucikan, selagi itulah ruhku tidak dapat membimbing manusia dengan sempurna, menjadi tugas manusia mensucikan ketiga-tiga nafsu itu terlebih dahulu,,

      apabila telah tersucikan barulah ruhku dapat membawa insan itu kembali kepada allah, kerana ruhku berasal dari dzat allah, sudah pasti ia tahu jalan kembali pulang kepada allah.

      apabila ruhku telah berjaya membimbing manusia itu kembali,, kepada allah,, maka ketika itu ia telah memiliki sifat-sifat allah,,

      nah,,

      sekarang ana ingin bertanya (untuk santapan jiwa) kepada para pembaca nan budiman,,

      apakah insan ini masih tertakluk lagi kepada apa yang tertulis di luh mahfuz??

      cuba renung-renungkan.

      semoga bermanfat.

    • Salam alaika,

      Mohon ampun jika ada keterlanjuran yang saya tidak sengajakan.

      Saya mohon diberi penjelasan lanjut tentang persoalan yang Tuan Haji paparkan supaya jitu kefahaman yang ada ini, Insya Allah.

      Jazakallahu khoiron kathira.

      • salam alaika,,

        sdr ismailsgbuluh nan berbahagia,,

        jangan tersalah sangka ante tiada keterlanjuran apa-apa pun,,

        ana tidak begitu pasti tentang penjelasan lanjut yang ante maksudkan,,

        yang ingin ana sampaikan di dalam blog ini adalah tentang makrifat yang ana ketahui dan jalani,, mungkin ada lagi tahapan makrifat yang ana tidak tahu,, kerana ilmu allah itu tidak besempadan,, ana harap ada pembaca yang dapat membantu dalam perkara ini,,

        baiklah,, ana akan paparkan secara global apa yang ana tahu tentang perjalanan makrifat,, dan matlamat yang dituju..

        secara ringkasnya bermula dengan perjalanan untuk mengenal allah atau makrifat,,

        makrifat ini tercapai setelah salik dapat melihat dzat allah secara terus dengan mata hati. dan ini berlaku pada alam lahut (ahdah) dan tahapan nafsunya adalah nafsu radiah.

        Inilah yang dikatakan makam fana,, ada salik yang tinggal di makam ini sepanjang hayatnya,, dan ada juga yang telah berjaya meneruskan perjalanan ke makam baqa.

        Sebenarnya makam baqa adalah turun semula ke makam makhluk (kehambaab),, tetapi perlu diingat mereka yang berada di makam baqa ini tidaklah sama seperti mereka yang berada di makam kehambaan
        sebelum mencapai makam fana,,

        sebelum mencapai makam fana, salik berada dalam nafsu manusiawi nan tercela,,di sini adalah dualiti,, pada mereka tuhan dan hamba itu adalah jauh dan berasingan,, dan salik menganggap segala perbuaan itu adalah perbuatan salik sendiri,,

        bagaimana pun setelah turun ke makam baqa (inilah makam para nabi dan wali-wali allah),, sifat sifat tercela mereka telah digantikan dengan sifat-sifat suci allah.

        segala perbuatan mereka diredai allah, sejajar dengan firman allah: sesungguhnya aku ini allah, maka sembahlah aku,,,

        pada zahirnya kelihatan hamba yang berbuat,, tetapi sebenarnya al Hak lah yang berbuat,, sejajar dengan firman allah: aku adalah rahsiamu dan kamu adalah rahsia ku.

        itulah sebabnya perlu tahu dengan benar apakah nama rahsia yang ke seratus itu. apabila tahu nama itu maka,, pecahlah rahsia itu,,
        maka tahulah ante siapa ante di sisi allah,

        tetapi malangnya tidak semua orang yang diizinkan untuk mengetahui nama yang keseratus itu,,

        hanya setelah banyak ujian, kesabaran dan kesulitan mungkin allah memberitahu namanya yang rahsia itu,, kerana pemberian hanyalah dengan anugerahnya,,

        cuma apa yang ana mahu tegaskan jangan menutup pintu ilmu,, sebelum mencapai matlamatnya (kalau dah sampai seharusnya juga tidak ditutup), kerana banyak lagi rahsia-rahsia yang akan dibukakan allah, jika kita sentiasa terbuka dan mahu menerima ilmu yang baru,, walaupun pada mulanya kita tidak bersetuju dengan ilmu yang baru kita ketemui itu,,

        Allah itu yang awal, yang akhir, yang batin dan yang zahir.

        kebanyakan salik hanya mengetahui allah dalam bentuk yang batin saja, yang dapat dilihat dengan mata hati,,

        tetapi jikalau allah itu telah menzahirkan dirinya (tajali- yang zahir), kerana allah itu amat nyata,, apakah tidak mungkin kita melihatnya dengan mata kasat???????

        renung-renungkan,,,

        semoga bermanfaat.

      • Salam alaika Hajirukhusyuk

        Anta benar. Ana terpaksa meninggalkan segala-galanya untuk sampai ke SINI. Now I am taking everything back. It feels very self-empowering to be able to control my universe. BLISS.

      • salam alaika,

        semua ketentuan daripadanya,,
        bersyukurlah kepadanya.

  2. salam sejahtera.

    apa jua yang dipelajari berkaitan ruh wajib kita mengenal tuhan, kerana ruh itu urusan tuhan dan pernahkah kita bersalam dengan tuhan dan salam kepada diri kita.

    Pada hemat saya andainya ini semua terurus mudah untuk menerokai nama keseratus itu. maaf jua andai tersilap,
    wassalam hamzah

    • salam alaika,,

      makasih banyak,,

      ana harap ante tidak keberatan berkongsi tentang apa yang ante katakan

      “bersalam dengan tuhan dan salam kepada diri sendiri”

      agar pembaca blog ini dapat manfaat darinya.

  3. diskusi yang bagus,, mengenai apa ini tuan Haji?

    • ya,,

      ana harap sdr hamzah tidak keberatan

      memulakan diskusinya tentang perkara ini..

  4. salam sejahtera.

    saya mengamati perjalanan laman ini indah dan menarik. saya jua faham sedikit sebanyak perjalanan ini hanya saya ingin menumpang sandar sesama saudara untuk sama mencari kebahagian untuk berkampung di akhirat.

    permulaan saya di mulai keinginan untuk bertemu, andai ujud manusia ada rumah langkah pertama saya di didik untuk memberi salam sebelum di benar masuk untuk bertemu siapa yang di cari, begitu lah seterus nya ..
    wassalam

    • salam alaika,,

      makasih banyak

    • salam
      yang hendak di cari itu si hamba..
      Jika hamba dah bertemu tuhan bersatulah nur muhamad dgn nur Allah di loh mahfuz.
      Maka terhapuslah kebodohan.(trbuka rahsia ) wujudlah pengzahiran wajah tuhannya.

  5. salam alaikum..

    sebagai pencetus minda,, ana paparkar perkara yang berikut,, untuk santapan jiwa-jiwa nan ikhlas,, untuk kembali bertemu dengan nya.

    Alam Ruh dan Alam benda (ijsan) walaupun amat berbeda antara satu sama lain, adalah dua peringkat wujud yang merupakan tajali daripada Wujud Yang Esa,,

    Pada manusialah terhimpun dua alam tersebut dalam bentuk yang paling sempurna,, sehingga manusia dikatakan sebagai wujud tajali allah yang terkemudian sekali,,

    nah,,

    Jikalau demikian hakikat diri manusia itu harus diselami ke dalam hati manusia itu sendiri, apabila ditembusi sampai ke dasarnya yang paking dalam,,

    akan ditemukan hakikat alam semesta ini dan juga hakikat dirinya sendiri,,

    iaitu,,

    keesaan,,, kesempurnaan,, dan keindahan mutlak yang menampakkan diri dalam bekas keterbilangan dan keaneka-ragamnya…

    renung-renungkan

    semoga bermanfaat.

  6. alaikamulloh

    terima kasih tuan haji hanya penyelaman ke dasar hati manusia untuk memahami agama itu sendiri kerna agama itu budi nan luhur ada di dalam setiap manusia.

    penyelesaian nafsu tergantung kepada hidayah yang di lontar kan kepada diri seseorang degan izin nya kepada yang di kehendaki .

    islam itu terlaksana bila kesejahteraan ada di dalam diri seseorang kerna islam itu sejahtera. maka nyata lah rasa, merasa, terasa dan serasa di dalam serahasia tuboh dan badan kenyataan jasad kerna ruh hidup tanpa nyawa, nyawa hidup degan nafas.

    maaf jua andai kesilapan dan bersama kita menerima hakikat silap saya .
    wassalam

    • salam alaika,,

      makasih banyak sdr hamzah.

  7. salam,,

    perkataan allah, dengan huruf arabnya,,

    alif,, lam,, lam,, ha,,

    maka apabila digabungkan ia mewakili,,

    nama,, wujud,, praktikal

    bila hanya menyebut nama nya, ia hanya menjadi syair,,

    tapi,,

    apabila dipraktikalkan nama itu maka akan menjadi wujud..

    allah u a’lam

  8. Salam…
    Tuan Haji…..hamba pun menumpang sama
    dalam pengajian ilmu ne. Terlebih dulu…sebagai
    pengetahuan semua,….hamba ne bukan aliran
    mana-mana tarikat atau menuntut dengan mana-mana.

    Maka….apa yang ingin hamba kongsikan ne,…berilah
    teguran jika terdapat kekeliruan atau menyimpang.

    wasalam.

    • salam alaika,,

      ana berterima kasih atas
      kedatangan ante ke blog ini,,

      blog untuk membuat amal jariah,,
      dan tegur menegur untuk
      mendapat keberkatannya.

      semoga kita semua mendapat keredaannya.

      amin.

  9. Salam…
    Menyentuh perihal nafsu……ingin saya fikirkan
    begini..

    Nafsu adalah sebahagian kesempurnaan sifat
    makhluk. Ketiadaan nya maka tidaklah dinamakan
    manusia.

    Nafsu tidak dapat diubah sifatnya. Samada ditambah
    atau dikurang kerana ia adalah sejenis Ruh yang.
    hidup dalam DIRI.

    Hidupnya tidak bergantungan pada ilmu atau
    akal. Hanya hati yang. berseih dapat menyilaukan
    pandangan nafsu.

    Maka…pada kajian hamba….mentafsirkan
    peringkat adalah pada HATI.

    Kerana dalam Alquran Allah menyatakan HATI
    yang. mempunyai pandangan dan kecenderungan.
    Dan nafsu mengikut pandangan hati.

    • aalam,,

      nafsu harus dielakkan kerana ia membawa kepada
      keburukan dan kehancuran,,

      buktinya banyak terdapat dalam
      kehidupan kita seharian,, bagi mereka
      yang mahu berfikir dan merenungkan,,

      nafsu amarah dan lawamah adalah nafsu yang tercela
      yang ada disebut di dalam al quran,

      manakala nafsu mutmainah adalah nafsu yang diredai,
      nafsu yang dipanggil allah supaya kembali kepadanya,,

      Rasulullah juga berpesan kepada umatnya agar melawan
      nafsu berhabis-habisan,,

      hati itu perlu dibersihkan daripada nafsu, barulah nur dapat memancar
      dan membimbing manusia itu,,

      allah u aklam

      • salam alaika,,

        makasih sdr hujan,,

        selamat datang ke blog ini,

        semoga dirahmati allah.

        amin.

  10. AKU HEMBUSKAN RAHSIA KU >>>>>
    RAHSIA KU ITU LAH AKU<<<>>>>AKU????

  11. Jadi apa kah intipati dan ramuan yang di maksudkan >>>>RAHSIA KU >>>AKU ///

    • bismillah,,

      ramuannya ruhku ( kata tuhan),,

      itulah ramuannya ruh tuhan. kita hidup ini
      kerana adanya ruh tuhan yang menghidupkan kita,,

      nyawa pada kita adalah manifestasi dari sifat hayat (sifat hidup) dan sifat hayyun (sifat yang menghidupkan).

  12. alaikamulloh.

    bagaimana kalau ayat ini berbunyi aku masuk kedalam aku dan menjadi aku. bernafas dan hidup nyata wujud sebagai mana malaikat bertanya bagaimana kah rupa nya maka tuhan barkata saperti aku.
    aku ada lah rahasia kepada aku binasa kan rahasia itu nyata aku dan tersingkap lah nama rahasia ku. dan di kala itu ada kah tuhan itu berkehendak, tidak ada nyata nya hanya ada bumi dan langit menefasti mencari tuhan milik manusia.

    nafsu di beri percuma begitu jua sifat apa kah perlu bayaran, maha kaya allah tidak di tagih kurnia nya pelihara lah dan syukuri lah ,kita salah guna kebanyakan nya.

    maaf andai tersilap para sahabat jua tuan haji dan saudara taujud yang di kasihi.

    wassalam

    • salam alaika,,

      bismillah,,

      pencetus minda yang dalam sekali,,
      ya,, begitulah adanya,, bagi yang mahu
      memikirkan,, ia akan mendapatkan jawapan,,

      kita sebenarnya tidak mempunyai perbendaharaan kata yang cukup
      apabila membincangkan tentang hakikat,,

      itulah sebabnya banyak yang terkeliru,, kerana perkataan yang digunakan
      tidak menepati maksud yang dihajati,,

      ana bagi contoh,,
      aka menjadi aku,,

      ada tak perkataan lain yang boleh memberi maksud,, aku itu adalah dua benda yang berbeza tetapi sama,,

      analoginya beginilah,,

      cahaya itu bukan matahari,, tetapi bukan lain dari matahari.

      nah,,
      adakah satu perkatan yang dapat memberi maksud lengkap ungkapan yang tersebut diatas,
      bagi ana belum ketemu lagi, perkataan itu,,

      allah u aklam.

  13. salamulloh alaik
    salawat dan salam buat rosul jujungan.
    cahaya itu ada lah kenyataan kebesaran dan kekuasaan tuhan atau mudah di sebut hakiki kepada hakikat hidup.matahari itu ada lah nama yg tercipta dari dasar ilmu nya.
    nah.
    kita buka bicara kepada bidalan mata.
    mata ada lah indera belum panca kerna panca ada lah cahaya.berfungsi nya indera kerna ada nya panca ia ini cahaya. ternyata lah pancaindera.
    di mana mata .
    terlihat di zohir nya biji mata berwarna putih dan hitam. keselurohan mata ada lah biji mata, putih mata, hitam mata nyata lah di nama mata.

    hari pula ada lah waktu atau masa milik kehidupan di mana ia bersifat jangka atau ukuran kehidupan itu .
    kesimpulan nya matahari itu ada satu perkara atau alat yg bolih di jana untuk kegunaan kehidupan nyata nya cahaya itu. matahari tidak bernama tanpa cahaya.

    maaf jua para sahabat tuan haji dan saudara taujud andai bicara tersilap sama sama lah kita renung dan fikir.maaf kan hamba wassalam.

    • makasih sdr hamzah.

  14. Maaf >>> Apa kah kita faham tetang >>>>

    INSAN //// ROH //// dan NAFSU ..atas kejadian nya di dalam diri kit ini???

    >>>>>CAHAYA MATAHARI>>>

    Cahaya itu dari punca Matahari >>>>
    Matahari itu lah yang hendak di cari >>>
    untuk mengesahkan punca ,,cahaya itu…tk

    • dalam insan itu ada roh dan nafsu,,
      roh membawa manusia kepada penciptanya,,
      manakala nafsu mambawa manusia jauh daripada penciptanya.

    • cahaya bukan matahari,,
      tetapi bukan lain daripadanya.

  15. Kata ALLAH>>>>>

    Siapa Ingat kan AKU …tidak akan binasa////
    Siapa ingat akan AKU …AKU lebeh hampir dari urat
    leher…..dan ….
    Siapa Ingat akan AKU..AKU bunuh dia dan AKU lah ganti nya….????

    • ini umpama hadis;

      apabila seseorang hamba itu beramal saleh,,
      sehingga aku mencintainya,,
      maka ketika itu akulah penglihatannya ,,
      aku lah pendengarannya,,
      dan sebagainya.

  16. Salam alaikum

    Diri Zahir adalah ekspresi Diri Batin. Sebagaimana keadaan hatimu, begitulah amal zahir mu. Jika aku sangka aku yang hidup, itulah hawa nafsu. Zahir dan batinnya terpisah daripada Al-Haq.

    Manakala, jika aku sedar akan Allah yang Hidup, maka itulah Diri Sebenar. Hidupnya esa bersama Penciptanya, tidak terpisah…malah tidak pernah terpisah kerana wujud aku adalah sangkaan palsu belaka yang berpaksikan kepada kehidupan zahir yang penuh ilusi.

    KataNya, “Aku sebagaimana hambaku sangkakan Aku.” Sekalipun aku kufur akan kebenaran ini dengan menyangka aku lah yang hidup, tetap saja Allah yang hidup kerana kesalahanku hanya pada sangkaan. Zatku, sifatku, namaku dan perbuatanku semuanya adalah milik Allah. Kita hanya perlu ingat sangkaan hawa nafsu tidak diridhoi Allah.

    Hanya hamba yang sudah berserah diri batinnya secara total yang akan dapat menembusi tembok ilusi kehidupan ini. Zat Allah Esa, tiada zat melainkan Zat Allah semata-mata. Maka sekalian sifat-sifat, nama-nama dan perbuatan-perbuatan yang ada, milikNya semuanya.

    Dirimu hanyalah tajalli dari DiriNya.

    Ekspresi dirimu hanyalah ekspresi DiriNya, jika hanya kamu mengerti.

    Kita diperintah memilih di dalam diri batin kita, maka itu dikatakan iman, dan amal akan mengikut keadaan iman kita. Diciptakan sifat-sifat yang batil dan sesat hanya sebagai ujian, dan juga sebagai pameran akan ekspresi Diri Zat yang Perkasa agar hati-hati yang ikhlas dapat mengucapkan kesyukuran mereka akan nikmat dapat merasakan arti kehidupan yang benar.

    Kerana itu dikatakan hanya Allah dapat mengenal Allah.

    Maaf jika ada yang tersasar dari Kebenaran.

    • salam atasmu sdr ismailsgbuluh nan berbahagia,,

      ana begitu terharu,, apabila membaca tulisan ante itu,, air mata ana mengalir dengan sendirinya,, tanda kesyukuran,, tanda gembiranya ruh ana,, kerana anta telah memahami hakikat yang sebenar,, yang ingin ana paparkan kepada pembaca blog ini,,

      subha na allah, alhamdulillah,, allah hu akbar,,

  17. Salam alaika Hajirikhusyuk,

    Huwa, Anta, Ana …… Ahad.

    La ilaha illa huwa,
    La ilaha illa anta,
    La ilaha illa ana.

    Ketiga-tiga pernyataan diatas terkandung didalam AlQuran.

    Mana mungkin kita menyatakan La ilaha Ana jika tidak Esa keadaan Diri ini. Inilah isyarat yang nyata, senyata-nyatanya.

    Masya Allahu. La ilaha illa huwa. La ilaha illa anta. La ilaha illa ana.

    Terimakasih Hajirikhusyuk… telah ku tembus tembok itu dengan mu.

    • salam alaika,,

      berterima kasihlah kepadanya,,

      Aku yang sangat dirindui,,

      • …. tersenyum sendirian lagi.

    • adakah anda pernah bertemu dengan orang yang berkeadaan sebegitu? saya telah berjumpa dengan keadaan itu …kata murid pada guru ….ia berbunyi di dalam hati …AKU LAH ALLAH …..maka gurukata YA….maka murid itu pun terus jatuh fana dan di biarkan seketika …maka.guru pulihkan dengan membaca selawat serta usap kan tangan nya di muka murid itu ….murid itu sedar kembali……rahsia Guru dan ALLAH (serta di suruh murid itu buat sujud Shukur)

  18. alhamdulillah.ana baru menjadi pembaca ruangan ini..semuanya benar dan nyata.terima kasih sahabat semua atas perkongsian..memberikan ana keyakinan dalam merenung sir yang wujud ini..syukran atas pendapat dan pengalaman.ana hanya membaca sahaja kerna tiada kata-kata yang dapat ana gunakan untuk menterjemahkan rasa ini..tapi ana gembira menyelami semua dengan anta sekalian..

    • salam,,
      selamat datang,,
      subhanallah.

  19. Alhamdulilah …

  20. AKUlah yg keseratus itu…sayup kalamnya menyinggah dihati ini, ‘ENGKAU ADALAH AKU, DAN AKU ADALAH ENGKAU’.

  21. Assalamualaikum
    Tuan Haji dan Sdr2 semuanya,
    mohon izin copy paste n print semua pelajaran yg sangat bermanfaat ini

  22. makasih


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 206 other followers

%d bloggers like this: