Posted by: hajirikhusyuk | Januari 22, 2010

Siapakah aku?

 

Siapakah Aku.

 

Al Quran dan hadis adalah  sebagai pegangan umat Islam supaya tidak tersesat dan mendapat keredaan Allah, tetapi kedudukan Al Quran dan Hadis  tidak dapat menggantikan kedudukan Allah dan RasulNya.

Ini seharusnya jangan dilupakan kerana terdapat orang yang lebih mengutamakan Al Quran dan hadis berbanding Allah itu sendiri.

Allah adalah Dzat Yang Maha Hidup, Yang Maha Menghidupi dan Yang Hadir, RasulNya juga adalah yang hidup atau sang diri (Ruh) yang juga disebut sebagai Muhammad, iaitu dzat yang terpuji.

Dalam pencarian kita kepada Allah diri inilah (Muhammad) yang harus kita kenali dan jumpai dahulu, kerena diri inilah yang akan membawa seseorang itu kepada Allah.

Di dalam kehidupan kita seharian  sang diri ini telah terselubung dengan pelbagai selubung, sehingga tidak dapat lagi kita melihatnya, apatah lagi untuk mengenalinya.

Diri ini hanya akan dapat disaksikan apabila segala selubung itu dapat dibuang dan apabila kita (nafs) telah dapat berhubung dengan diri kita sendiri (ruh), maka akan terjadilah  gerakan dua arah dari diri kita itu.

Yang pertama gerakan dari diri kita itu (ruh) kepada badan jasmani dan yang kedua gerakan sang diri (ruh) menuju Tuhan Yang Maha Esa.

Badan (nafs) yang dihidupi menerima daya hidup dari sang diri (Ruh), kerana sang diri telah terbebas daripada hijab atau selubung, maka sang diri akan menerima limpahan daya dari Allah.

Apabila hubungan ini tidak tersekat lagi oleh hijab dan kotoran batin, maka jasad kita merupakan manifestasi dari Maha Pencipta, pada peringkat ini sang hamba benar-benar dicintai Allah. Hatinya benar-benar terserap oleh cinta sejati Maha Penciptanya. Tidak ada lagi bentuk (sosok) diri yang terlihatkan, bahkan ia melihat dan menemukan Allah di segala tempat, (sudah tentu termasuk dirinya sendiri).

Nah,,,

Sekarang cuba kita lihat pula siapa yang dikatakan “aku”.

Jelas banyak orang bertanya siapa aku itu.

Semasa Nabi Muhammad SAW masih hidup, maka Aku itu tampil pada diri junjungan Nabi kita itu, iaitu seorang bangsa bercirikan arab.

Tetapi dapatkah Aku itu tampil kepada bangsa yang bercirikan bukan arab, seperti Melayu, Jawa, India  dan sebagainya.

Kerana di dalam Al Quran Surah At Thaha 20:14: ada disebutkan: Sesungguhnya Aku adalah Allah, Tiada Tuhan selain Aku, maka dirikanlah solat untuk mengingati Aku.

Jadi perintah untuk mengikuti Aku ini tetap berlangsung hingga ke hari ini, walaupun Nabi Muhammad SAW  telah wafat.

Waw,,,,

Sebenarnya yang dimaksudkan aku adalah  Aku sebagai manifestasi AKU.

Maksudnya  Aku  adalah tajali atau manifestasi  Tuhan yang ada di dalam diri manusia.

Jadi Aku adalah suara hati atau hati nurani.

Setiap orang pasti memiliki hati nurani, tapi bagi kebanyakan orang, hati nurani ini telah terkalahkan oleh hawa nafsu,  aduh,, sungguh malang sekali, bagi diri seumpama itu. 

Cuba renungkan, semoga bermanfaat.

Allah u akbar.

About these ads

Responses

  1. salamulloh.
    satu tajuk yg amat saya sukai muga dapat di hangatkan dgn luahan ilmu dari kalian sama sama kita menefaat kan dgn ruang dan kelompok kebenaran
    wassallam

    • ya,,

      silahkan saja pembaca yang budiman.

  2. salam >>>> Aku naik saksi ….
    SAHAJA AKU SEMBAHYANG>>>>
    aku patuh dan aku dengar>>>

    Siapa kah yang dikataakan AKU itu//
    mohon ceraian……t/k

    • salam,,

      aku yang hakiki hanya ada satu saja,,

      tapi bagi yang belum mengenalnya,, mungkin ada aku yang
      berlainan tergantung kepada KESADARAN yang ada padanya.

      contohnya aku jasad, aku ruh dan sebagainya..

  3. Kesudahan AKU
    dinama yang ke100
    serba auku hamba salah
    serba tuhan pun salah
    Akuan yang menghimpun Aku yaitu AKU Rahasia
    yang tidak bisa di nyaringkan..
    Temukanlah nama Allah yang ke 100 pada dirimu melalui pengabdian seutuh hidupmu. Bukan melalui referensi, pemikiran atau kitab.

    Nabi Muhammad telah menggenapi 100 Asmaul Husna ketika dia berpredikat Al-Amin, begitu juga Abubakar telah menemukan Nama Allah yang ke-100 dalam dirinya ketia dia dijuluki As-siddiq, Juga Umar bin Khattab Al-Farouq, Usman bin Affan Addz Dur Al Nurayn, dan Ali bin Abithalib al Murtadha.

    Mereka telah menemukan peranan dirinya yang tunggal di tengah semesta, lingkungannya telah meneguhkan dan menjadi saksi atas karakter dan kontribusinya dalam pengembangan kualitas hidup sesama.

    Buku ini perlu dibaca oleh siapa saja yang ingin menemukan rahasia jalan menuju Allah. Setiap kata mengalir runut mengungkapkan makna-makna terdalam.

    salam
    tahjud

    • salam

      sdr Tahjud nan mulia,,

      makasih banyak.

      satu analogi, bagi pembaca,,

      aku bukan AKU, tapi aku bukan lain daripada AKU,,

      untuk aku layak dipanggil AKU,, perlu memenuhi syarat,,

      aku harus binasa,
      zahir aku harus binasa,
      batin aku harus binasa,

      zahir dan batin binasa dalam
      WAJAH KESEMPURNAANNYA.

  4. alaikamulloh.

    tuan haji dikasihi .

    aku.
    alif, kaf, wau,

    alif kesempurnaan.

    kaf, wau, masih tercemar.

    zahir batin binasa, hanya ghaib dan baazah aku di mana terhimpunnya mutlak aku. pengakuan aku, apanya aku, siapa aku, di mana aku dan bagaimana aku. benaranlah segala rupa kebenaran kerna kenyataannya wajah mu itu adalah tempilan rupa aku. kesempurnaan itu nyata mengetahui nya ilmu mertabat 15 dari usul kembali kepada asal.

    maaf sekalian teman andai tersilap tuan haji dan saudara tahjud,
    wassallam.

    • salam alaika,,

      sdr hamzah,,

      masukan yang bermanfaat,,

      makasih banyak.

  5. maaf tuan haji

  6. <<<>>>
    Sekiranya begitu apa kah yang hendak di hisab dan di soal ketika sasorang itu meninggal?
    dan dimanakah yang di letakkan NAMA bagi sa saorang itu?…salam

    • salam,,

      yang dihisab mereka yang “berhutang” dengan allah,,
      yang belum memulangkan “amanah”,

      jikalau ini telah dipulangkan ketika masih hidup,,
      maka tidaklah ia berhutang lagi,,
      tiadalah lagi hisab baginya.

      nama juga yang diamanahkan,, pulangkan saja
      kepada tuan yang empunya nama.

      allah u aklam.

  7. Salam laika..
    sempurnanya mati orang makrifat
    tidak ada hisab ..
    sebab sudah di hisab sewaktu di dunia..
    marabbuka sekarang
    Allah. sekarang di kenal
    menghisab sekarang ..
    malakal maut sekarang
    pardu kipayah sekarang..
    kalau menunggu mati itu terlambat…

    orang makrifat tampa hisab hilang lenyap di kubur kembali le asal allah..
    dahulu hamba tidak ada,, di bumi kembalinya harus tidak ada lagi kalau masih ketinggalan tulang belulung itu namanya bangkai bukan mait,,
    salam alaika.

    • salam alaika,,
      makasih sdr Tahjud

  8. salam hj,

    pabila amanah telah dipulangkan tika masih hidup, maka pabila sudah mati tiada apa lagi yang harus dihisab.
    jadi adanya hisab cuma bagi mereka yang belum memulangkan amanah? adakah begitu?
    maaf lama tak bertandang ke sini..

    • salam,,

      ya,,

      begitulah pentingnya makrifatullah,,
      seharusnya pabila kita telah mengetahui perkara ini,,
      kita hendaknya berusaha bersungguh-sungguh supaya mencapai
      makrifatullah,,

      kerana kebaikannya adalah untuk dunia dan akhirat.
      jangan takut syirik mencari makrifatullah, kerana selagi belum
      makrifatullah selagi itulah syirik, terutamanya syirik yang tersembunyi,
      tidak dapat dielakkan.

      masya Allah.

  9. BERBAGAI-BAGAI JENIS AMAL ADALAH KERANA BERBAGAI-BAGAI AHWAL

    GAMBARAN MAKRIFAT

    Ini dalam memperkatakan tentang makrifat tentang gambaran makrifat tetapi tidak dikatakan makrifat dan tidak dihuraikan secara terus terang sebaliknya diperkatakan sebagai ahwal. Ahwal adalah jamak bagi perkataan hal. Hikmat ini membawa erti hal membentuk keadaan amal. Amal adalah perbuatan atau kelakuan lahiriah dan hal adalah suasana atau kelakuan hati. Amal berkaitan dengan “lahiriah” manakala hal berkaitan dengan “batiniah.” Oleh kerana hati menguasai sekalian anggota maka kelakuan hati iaitu hal menentukan bentuk amal iaitu perbuatan lahiriah.

    Dalam pandangan tasauf, hal diertikan sebagai pengalaman rohani dalam proses mencapai hakikat dan makrifat. Hal merupakan zauk atau rasa yang berkaitan dengan hakikat ketuhanan yang melahirkan makrifatullah (pengenalan tentang Allah s.w.t). Oleh itu, tanpa hal tidak ada hakikat dan tidak diperolehi makrifat. Ahli ilmu membina makrifat melalui dalil ilmiah tetapi ahli tasauf bermakrifat melalui pengalaman lansung tentang hakikat.

    Sebelum memperolehi pengalaman hakikat, ahli kerohanian terlebih dahulu memperolehi kasyaf iaitu terbuka keghaiban kepadanya. Ada orang mencari kasyaf yang dapat melihat makhluk ghaib seperti jin. Dalam proses mencapai hakikat ketuhanan kasyaf yang demikian tidak penting. Kasyaf yang penting adalah yang dapat mengenali tipu daya syaitan yang bersembunyi dalam berbagai-bagai bentuk dan suasana dunia ini. Kasyaf yang menerima hakikat sesuatu, walau apa jua rupa yang dihadapi, penting bagi pengembara kerohanian. Rasulullah s.a.w sendiri sebagai ahli kasyaf yang paling unggul hanya melihat Jibrail a.s dalam rupanya yang asli dua kali sahaja, walaupun pada setiap kali Jibrail a.s menemui Rasulullah s.a.w dengan rupa yang berbeza-beza, Rasulullah s.a.w tetap mengenalinya sebagai Jibrail a.s. Kasyaf yang seperti inilah yang diperlukan agar seseorang itu tidak tertipu dengan tipu daya syaitan yang menjelma dalam berbagai-bagai rupa yang hebat dan menawan sekalipun, seperti rupa seorang yang kelihatan alim dan warak.

    AL-ALIM .

    Bila seseorang ahli kerohanian memperolehi kasyaf maka dia telah bersedia untuk menerima kedatangan hal atau zauk iaitu pengalaman kerohanian tentang hakikat ketuhanan. Hal tidak mungkin diperolehi dengan beramal dan menuntut ilmu. Sebelum ini pernah dinyatakan bahawa tidak ada jalan untuk masuk ke dalam gerbang makrifat. Seseorang hanya mampu beramal dan menuntut ilmu untuk sampai hampir dengan pintu gerbangnya. Apabila sampai di situ seseorang hanya menanti kurniaan Allah s.w.t, semata-mata kurniaan Allah s.w.t yang membawa makrifat kepada hamba-hamba-Nya. Kurniaan Allah s.w.t yang mengandungi makrifat itu dinamakan hal. Allah s.w.t memancarkan Nur-Nya ke dalam hati hamba-Nya dan akibat dari pancaran itu hati akan mendapat sesuatu pengalaman atau terbentuk satu suasana di dalam hati. Misalnya, pancaran Nur Ilahi membuat hati mengalami hal bahawa Allah Maha Perkasa. Apa yang terbentuk di dalam hati itu tidak dapat digambarkan tetapi kesannya dapat dilihat pada tubuhnya yang menggigil hingga dia jatuh pengsan. Pancaran Nur Ilahi membuat hati mengalami hal atau zauk atau merasai keperkasaan Allah s.w.t dan pengalaman ini dinamakan hakikat, iaitu hati mengalami hakikat keperkasaan Allah s.w.t. Pengalaman hati tersebut membuatnya berpengetahuan tentang maksud Allah Maha Perkasa. Jadi, pengalaman yang diperolehi daripada zauk hakikat melahirkan pengetahuan tentang Tuhan. Pengetahuan itu dinamakan makrifat. Orang yang berkenaan dikatakan bermakrifat terhadap keperkasaan Allah s.w.t. Oleh itu untuk mencapai makrifat seseorang itu haruslah mengalami hakikat. Inilah jenis makrifat yang tertinggi. Makrifat tanpa pengalaman hati adalah makrifat secara ilmu. Makrifat secara ilmu boleh didapati dengan belajar, sementara secara zauk didapati tanpa belajar(laduni). Ahli tasauf tidak berhenti setakat makrifat secara ilmu malah mereka mempersiapkan hati mereka agar sesuai menerima kedatangan makrifat secara zauk.

    Ada orang yang memperolehi hal sekali sahaja dan dikuasai oleh hal dalam tempuh yang tertentu sahaja dan ada juga yang berkekalan di dalam hal. Hal yang berterusan atau berkekalan dinamakan wisal iaitu penyerapan hal secara berterusan, kekal atau baqa. Orang yang mencapai wisal akan terus hidup dengan cara hal yang berkenaan. Hal-hal (ahwal) dan wisal boleh dibahagikan kepada lima jenis:

    1 : Abid:

    Abid adalah orang yang dikuasai oleh hal atau zauk yang membuat dia merasakan secara bersangatan bahawa dirinya hanyalah seorang hamba yang tidak memiliki apa-apa dan tidak mempunyai sebarang daya dan upaya untuk melakukan sesuatu. Kekuatan, keupayaan, bakat-bakat dan apa sahaja yang ada dengannya adalah daya dan upaya yang daripada Allah s.w.t. Semuanya itu adalah kurniaan-Nya semata-mata. Allah s.w.t sebagai Pemilik yang sebenar, apabila Dia memberi, maka Dia berhak mengambil kembali pada bila-bila masa yang Dia kehendaki. Seorang abid benar-benar bersandar kepada Allah s.w.t hinggakan sekiranya dia melepaskan sandaran itu dia akan jatuh, tidak bermaya, tidak boleh bergerak, kerana dia benar-benar melihat dirinya kehilangan apa yang datangnya dari Allah s.w.t. Hal atau suasana yang menguasai hati abid itu akan melahirkan amal atau kelakuan sangat kuat beribadat, tidak memperdulikan dunia dan isinya, tidak mengambil bahagian dalam urusan orang lain, sangat takut berjauhan dari Allah s.w.t dan gemar bersendirian. Dia merasakan apa sahaja yang selain Allah s.w.t akan menjauhkan dirinya daripada Allah s.w.t.

    2 : Asyikin:

    Asyikin ialah orang yang mendapat asyik dengan sifat Keindahan Allah s.w.t. Rupa, bentuk, warna dan ukuran tidak menjadi soal kepadanya kerana apa sahaja yang dilihatnya menjadi cermin yang dia melihat Keindahan serta Keelokan Allah s.w.t di dalamnya. Amal atau kelakuan asyikin ialah gemar merenung alam maya dan memuji Keindahan Allah s.w.t pada apa yang disaksikannya. Dia boleh duduk menikmati keindahan alam beberapa jam tanpa berasa jemu. Kilauan ombak dan titikan hujan memukau pandangan hatinya. Semua yang kelihatan adalah warna Keindahan dan Keelokan Allah s.w.t. Orang yang menjadi asyikin tidak memperdulikan lagi adab dan peraturan masyarakat. Kesedarannya bukan lagi pada alam ini. Dia mempunyai alamnya sendiri yang di dalamnya hanyalah Keindahan Allah s.w.t.

    3 : Muttakhaliq:

    Muttakhaliq adalah orang yang mencapai yang Haq dan bertukar sifatnya. Hatinya dikuasai oleh suasana Qurbi Faraidh atau Qurbi Nawafil. Dalam Qurbi Faraidh, muttakhaliq merasakan dirinya adalah alat dan Allah s.w.t menjadi Pengguna alat. Dia melihat perbuatan atau kelakuan dirinya terjadi tanpa dia merancang dan campur tangan, bahkan dia tidak mampu mengubah apa yang mahu terjadi pada kelakuan dan perbuatannya. Dia menjadi orang yang berpisah daripada dirinya sendiri. Dia melihat dirinya melakukan sesuatu perbuatan seperti dia melihat orang lain yang melakukannya, yang dia tidak berdaya mengawal atau mempengaruhinya. Hal Qurbi Faraidh adalah dia melihat bahawa Allah s.w.t melakukan apa yang Dia kehendaki. Perbuatan dia sendiri adalah gerakan Allah s.w.t, dan diamnya juga adalah gerakan Allah s.w.t. Orang ini tidak mempunyai kehendak sendiri, tidak ada ikhtiar dan tadbir. Apa yang mengenai dirinya, seperti perkataan dan perbuatan, berlaku secara spontan. Kelakuan atau amal Qurbi Faraidh ialah bercampur-campur di antara logik dengan tidak logik, mengikut adat dengan merombak adat, kelakuan alim dengan jahil. Dalam banyak perkara penjelasan yang boleh diberikannya ialah, “Tidak tahu! Allah s.w.t berbuat apa yang Dia kehendaki”.

    Dalam suasana Qurbi Nawafil, pula muttakhaliq melihat dengan mata hatinya sifat-sifat Allah s.w.t yang menguasai bakat dan keupayaan pada sekalian anggotanya dan dia menjadi pelaku atau pengguna sifat-sifat tersebut, iaitu dia menjadi khalifah dirinya sendiri. Hal Qurbi Nawafil ialah berbuat dengan izin Allah s.w.t kerana Allah s.w.t mengurniakan kepadanya kebolehan untuk berbuat sesuatu. Contoh Qurbi Nawafil adalah kelakuan Nabi Isa a.s yang membentuk rupa burung dari tanah liat lalu menyuruh burung itu terbang dengan izin Allah s.w.t, juga kelakuan beliau a.s menyeru orang mati supaya bangkit dari kuburnya. Nabi Isa a.s melihat sifat-sifat Allah s.w.t yang diizinkan menjadi bakat dan keupayaan beliau a.s, sebab itu beliau a.s tidak ragu-ragu untuk menggunakan bakat tersebut menjadikan burung dan menghidupkan orang mati dengan izin Allah s.w.t.

    4 : Muwahhid:

    Muwahhid fana dalam zat, zatnya lenyap dan Zat Mutlak yang menguasainya. Hal bagi muwahhid ialah dirinya tidak ada, yang ada hanya Allah s.w.t. Orang ini telah putus hubungannya dengan kesedaran basyariah dan sekalian maujud. Kelakuan atau amalnya tidak lagi seperti manusia biasa kerana dia telah terlepas dari sifat-sifat kemanusiaan dan kemakhlukan. Misalkan dia bernama Ahmad, dan jika ditanya kepadanya di manakah Ahmad, maka dia akan menjawab Ahmad tidak ada, yang ada hanyalah Allah! Dia benar-benar telah lenyap dari ke‘Ahmad-an’ dan benar-benar dikuasai oleh ke‘Allah-an’. Ketika dia dikuasai oleh hal dia terlepas daripada beban hukum syarak. Dia mungkin melaungkan, “Akulah Allah! Maha Suci Aku! Sembahlah Aku!” Dia telah fana dari ‘aku’ dirinya dan dikuasai oleh kewujudan ‘Aku Hakiki’. Walau bagaimana pun sikap dan kelakuannya dia tetap dalam keredaan Allah s.w.t. Apabila dia tidak dikuasai oleh hal, kesedarannya kembali dan dia menjadi ahli syariat yang taat. Perlu diketahui bahawa hal tidak boleh dibuat-buat dan orang yang dikuasai oleh hal tidak berupaya menahannya. Ahli hal karam dalam lakuan Allah s.w.t. Bila dia melaungkan , “Akulah Allah!” bukan bermakna dia mengaku telah menjadi Tuhan, tetapi dirinya telah fana, apa yang terucap melalui lidahnya sebenarnya adalah dari Allah s.w.t. Allah s.w.t yang mengatakan Dia adalah Tuhan dengan menggunakan lidah muwahhid yang sedang fana itu.

    Berbeza pula golongan mulhid. Si mulhid tidak dikuasai oleh hal, tidak ada zauk, tetapi berkelakuan dan bercakap seperti orang yang di dalam zauk. Orang ini dikuasai oleh ilmu tentang hakikat bukan mengalami hakikat secara zauk. Si mulhid membuang syariat serta beriman berdasarkan ilmu semata-mata. Dia berpuas hati bercakap tentang iman dan tauhid tanpa beramal menurut tuntutan syariat. Orang ini bercakap sebagai Tuhan sedangkan dia di dalam kesedaran kemanusiaan, masih gelojoh dengan keinginan hawa nafsu. Orang-orang sufi bersepakat mengatakan bahawa sesiapa yang mengatakan, “Ana al-Haq!” sedangkan dia masih sedar tentang dirinya maka orang berkenaan adalah sesat dan kufur!

    5 : Mutahaqqiq:

    Mutahaqqiq ialah orang yang setelah fana dalam zat turun kembali kepada kesedaran sifat, seperti yang terjadi kepada nabi-nabi dan wali-wali demi melaksanakan amanat sebagai khalifah Allah di atas muka bumi dan kehidupan dunia yang wajib diuruskan. Dalam kesedaran zat seseorang tidak keluar dari khalwatnya dengan Allah s.w.t dan tidak peduli tentang keruntuhan rumah tangga dan kehancuran dunia seluruhnya. Sebab itu orang yang demikian tidak boleh dijadikan pemimpin. Dia mesti turun kepada kesedaran sifat baharulah dia boleh memimpin orang lain. Orang yang telah mengalami kefanaan dalam zat kemudian disedarkan dalam sifat adalah benar-benar pemimpin yang dilantik oleh Allah s.w.t menjadi Khalifah-Nya untuk memakmurkan makhluk Allah s.w.t dan memimpin umat manusia menuju jalan yang diredai Allah s.w.t. Orang inilah yang menjadi ahli makrifat yang sejati, ahli hakikat yang sejati, ahli tarekat yang sejati dan ahli syariat yang sejati, berkumpul padanya dalam satu kesatuan yang menjadikannya Insan Rabbani. Insan Rabbani peringkat tertinggi ialah para nabi-nabi dan Allah s.w.t kurniakan kepada mereka maksum, sementara yang tidak menjadi nabi dilantik sebagai wali-Nya yang diberi perlindungan dan pemeliharaan.

    Ahwal (hal-hal) yang menguasai hati nurani berbeza-beza, dengan itu akan mencetuskan kelakuan amal yang berbeza-beza. Ahwal mesti difahami dengan sebenar-benarnya oleh orang yang memasuki latihan tarekat kerohanian, supaya dia mengetahui, dalam amal yang bagaimanakah dia mendapat kedamaian dan mencapai maksud dan tujuan, apakah dengan sembahyang, zikir atau puasa. Dia mesti berpegang sungguh-sungguh kepada amal yang dicetuskan oleh hal tadi, agar dia cepat dan selamat sampai ke puncak.

    ——————————————————————————

    1:Gambaran, ingatan, tarikan dan keinginan terhadap benda-benda alam seperti harta, perempuan, pangkat dan lain-lain.

    2: Kehendak atau syahwat yang mengarahkan perhatian kepada apa yang dikehendaki.
    3: Kelalaian yang menutup ingatan terhadap Allah s.w.t.

    4: Dosa yang tidak dibasuh dengan taubat masih mengotorkan hati.

    Diri manusia tersusun daripada anasir
    i.tanah,
    ii.air,
    iii.api dan
    iv.angin.

    Ia juga diresapi oleh unsur-unsur alam seperti galian, tumbuh-tumbuhan, haiwan, syaitan dan malaikat. Tiap-tiap anasir dan unsur itu menarik hati kepada diri masing-masing. Tarik menarik itu akan menimbulkan kekacauan di dalam hati. Kekacauan itu pula menyebabkan hati menjadi keruh. Hati yang keruh tidak dapat menerima sinaran nur yang melahirkan iman dan tauhid. Mengubati kekacauan hati adalah penting untuk membukakannya bagi menerima maklumat dari Alam Malakut. Hati yang kacau itu boleh distabilkan dengan cara menundukkan semua anasir dan unsur tadi kepada syariat. Syariat menjadi tali yang dapat mengikat musuh-musuh yang cuba menawan hati. Penting bagi seorang murid yang menjalani jalan kerohanian menjadikan syariat sebagai payung yang mengharmonikan perjalanan anasir-anasir dan daya-daya yang menyerap ke dalam diri agar cermin hatinya bebas daripada gambar-gambar alam maya. Bila cermin hati sudah bebas daripada gambar-gambar dan tarikan tersebut, hati dapat menghadap ke Hadrat Ilahi.

    Selain tarikan benda-benda alam, hati boleh juga tunduk kepada syahwat. Syahwat bukan sahaja rangsangan hawa nafsu yang rendah. Semua bentuk kehendak diri sendiri yang berlawanan dengan kehendak Allah s.w.t adalah syahwat. Kerja syahwat adalah mengajak manusia supaya lari dari hukum dan peraturan Allah s.w.t serta membangkang takdir Ilahi. Syahwat membuat manusia tidak reda dengan keputusan Allah s.w.t. Seseorang yang mahu menuju Allah s.w.t perlulah melepaskan dirinya dari belenggu syahwat dan kehendak diri sendiri, lalu masuk ke dalam benteng aslim iaitu berserah diri kepada Allah s.w.t dan reda dengan takdir-Nya.

    Perkara seterusnya yang yang diperkatakan sebagai ilmu hikmatialah junubbatin tidak suci dan dilarang melakukan ibadat atau memasuki masjid. Orang yang berjunub batin pula tertegah dari memasuki Hadrat Ilahi. Orang yang di dalam junub batin iaitu lalai hati, kedudukannya seperti orang yang berjunub zahir, di mana amal ibadatnya tidak diterima. Allah s.w.t mengancam untuk mencampakkan orang yang bersembahyang dengan lalai (dalam keadaan berjunub batin) ke dalam neraka wil. Begitu hebat sekali ancaman Allah s.w.t kepada orang yang menghadap-Nya dengan hati yang lalai.

    Mengapa begitu hebat sekali ancaman Allah s.w.t kepada orang yang lalai? Bayangkan hati itu berupa dan berbentuk seperti rupa dan bentuk kita yang zahir. Hati yang khusyuk adalah umpama orang yang menghadap Allah s.w.t dengan mukanya, duduk dengan tertib, bercakap dengan sopan santun dan tidak berani mengangkat kepala di hadapan Maharaja Yang Maha Agung. Hati yang lalai pula adalah umpama orang yang menghadap dengan belakangnya, duduk secara biadab, bertutur kata tidak tentu hujung pangkal dan kelakuannya sangat tidak bersopan. Perbuatan demikian adalah satu penghinaan terhadap martabat ketuhanan Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi. Jika raja didunia murka dengan perbuatan demikian maka Raja kepada sekalian raja-raja lebih berhak melemparkan kemurkaan-Nya kepada hamba yang biadab itu dan layaklah jika si hamba yang demikian dicampakkan ke dalam neraka wil. Hanya hamba yang khusyuk, yang tahu bersopan santun di hadapan Tuhannya dan mengagungkan Tuhannya yang layak masuk ke Hadrat-Nya, sementara hamba yang lalai, tidak tahu bersopan santun tidak layak mendekati-Nya.

    Perkara yang ke empat adalah dosa-dosa yang belum ditebus dengan taubat. Ia menghalang seseorang daripada memahami rahsia-rahsia yang halus-halus. Pintu kepada Perbendaharaan Allah s.w.t yang tersembunyi adalah taubat! Orang yang telah menyuci-bersihkan hatinya hanya mampu berdiri di luar pintu Rahsia Allah s.w.t selagi dia belum bertaubat, samalah seperti orang yang mati syahid yang belum menjelaskan hutangnya terpaksa menunggu di luar syurga. Jika dia mahu masuk ke dalam Perbendaharaan Allah s.w.t yang tersembunyi yang mengandungi rahsia yang halus-halus wajiblah bertaubat. Taubat itu sendiri merupakan rahsia yang halus. Orang yang tidak memahami rahsia taubat tidak akan mengerti mengapa Rasulullah s.a.w yang tidak pernah melakukan dosa masih juga memohon keampunan sedangkan sekalipun baginda s.a.w berdosa semuanya diampunkan Allah s.w.t. Adakah Rasulullah s.a.w tidak yakin bahawa Allah s.w.t mengampunkan semua dosa-dosa dan kesalahan-kesalahan baginda s.a.w (jika ada)?

    Maksud taubat ialah kembali, iaitu kembali kepada Allah s.w.t. Orang yang melakukan dosa tercampak jauh daripada Allah s.w.t. Walaupun orang ini sudah berhenti melakukan dosa malah dia sudah melakukan amal ibadat dengan banyaknya namun, tanpa taubat dia tetap tinggal berjauhan dari Allah s.w.t. Dia telah masuk ke dalam golongan hamba yang melakukan amal salih tetapi yang berjauhan bukan berdekatan dengan Allah s.w.t. Taubat yang lebih halus ialah pengayatan kalimat:

    “Laa Hau la wala quwata illa billah.”

    Tiada daya dan upaya melainkan anugerah Allah s.w.t.

    “Inna Lillillahi wa-inna ilai-irajiun”

    Kami datang dari Allah s.w.t dan kepada Allah s.w.t kami kembali.

    Segala sesuatu datangnya dari Allah s.w.t, baik kehendak mahupun perbuatan kita. Sumber yang mendatangkan segala sesuatu adalah Uluhiyah (Tuhan) dan yang menerimanya adalah ubudiyah (hamba). Apa sahaja yang dari Uluhiyah adalah sempurna dan apa sahaja yang terbit dari ubudiyah adalah tidak sempurna. Uluhiyah membekalkan kesempurnaan tetapi ubudiyah tidak dapat melaksanakan kesempurnaan itu. Jadi, ubudiyah berkewajipan mengembalikan kesempurnaan itu kepada Uluhiyah dengan memohon keampunan dan bertaubat sebagai menampung kecacatan. Segala urusan dikembalikan kepada Allah s.w.t. Semakin tinggi makrifat seseorang hamba semakin kuat ubudiyahnya dan semakin kerap dia memohon keampunan dari Allah s.w.t, mengembalikan setiap urusan kepada Allah s.w.t, sumber datangnya segala urusan.

    Apabila hamba mengembalikan urusannya kepada Allah s.w.t maka Allah s.w.t sendiri yang akan mengajarkan Ilmu-Nya yang halus-halus agar kehendak hamba itu bersesuaian dengan Iradat Allah s.w.t, kuasa hamba sesuai dengan Kudrat Allah s.w.t, hidup hamba sesuai dengan Hayat Allah s.w.t dan pengetahuan hamba sesuai dengan Ilmu Allah s.w.t, dengan itu jadilah hamba mendengar kerana Sama’ Allah s.w.t, melihat kerana Basar Allah s.w.t dan berkata-kata kerana Kalam Allah s.w.t. Apabila semuanya berkumpul pada seorang hamba maka jadilah hamba itu Insan Sirullah (Rahsia Allah s.w.t).

    MAHA SUCI ALLAH YANG MENUTUPI RAHSIA KEISTIMEWAAN (PARA WALI) DENGAN DIPERLIHATKAN SIFAT KEMANUSIAAN BIASA KEPADA ORANG RAMAI DAN TERNYATA KEBESARAN KETUHANAN ALLAH S.W.T DALAM MEMPERLIHATKAN SIFAT KEHAMBAAN (PADA PARA WALI-NYA). Orang yang jahil dan lemah imannya mudah terlintas sangkaan apabila berhadapan kejadian yang luar biasa yang terzahir daripada seseorang manusia. Nabi Ia a.s dilahirkan secara luar biasa, dan padanya terzahir mukjizat yang luar biasa, menyebabkan segolongan manusia menganggap beliau a.s sebagai anak Tuhan. Uzair yang ditidurkan oleh Allah s.w.t selama seratus tahun dan dijagakan di kalangan generasi yang sudah melupai Kitab Taurat, lalu Uzair membacakan isi Kitab Taurat dengan lancar. Orang ramai pun menganggap Uzair sebagai luar biasa, lalu mengangkatnya sebagai anak Tuhan. Orang ramai sering mengagungkan manusia yang memiliki kebolehan yang luar biasa. Kadang-kadang cara pengagungan itu sangat keterlaluan sehingga orang yang diagungkan itu didudukkan pada taraf yang melebihi taraf manusia. Selain dianggap sebagai anak Tuhan, ada juga yang dianggap sebagai penjelmaan Tuhan. Timbul juga penabalan sebagai Imam Mahadi yang dijanjikan Tuhan. Kesan pemujaan sesama manusia banyak terdapat pada lembaran sejarah. Pemujaan yang demikian disifatkan Allah s.w.t sebagai mempertuhankan makhluk. Perkara ini berlaku kerana salah mentafsirkan kejadian luar biasa yang terzahir pada orang berkenaan, walaupun mereka tidak meminta diagungkan. Perkara luar biasa yang terjadi pada nabi-nabi dinamakan mukjizat dan yang terjadi pada wali-wali dinamakan keramat. Mukjizat menjadi sebahagian daripada bukti atau hujah kepada orang ramai tentang kebenaran kenabian. Fungsi utama mukjizat adalah memperkuatkan keyakinan orang ramai kepada seseorang nabi itu. Sesuai dengan fungsinya mukjizat berlaku secara terbuka dan diketahui umum. Keramat pula merupakan kurniaan khusus kepada para wali. Tujuan utamanya adalah untuk menambahkan keyakinan wali itu sendiri. Ia bukan bertujuan untuk membuktikan kedudukan wali itu kepada orang ramai. Kekeramatan banyak berlaku pada zaman akhir ini, jarang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat, sedangkan para sahabat baginda s.a.w adalah aulia Allah yang agung. Sebahagian daripada mereka telah pun diistiharkan sebagai ahli syurga ketika mereka masih hidup lagi. Mereka sudah memiliki iman yang sangat teguh, tidak perlu kepada kekeramatan untuk menguatkannya. Jaminan syurga yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w tidak membuat mereka mengurangkan khidmat bakti mereka kepada Allah s.w.t. Umat yang akhir ini tidak memiliki hati sebagaimana umat pada zaman Rasulullah s.a.w. Umat zaman akhir ini memerlukan kekeramatan sebagai penawar yang menguatkan hati mereka. Oleh sebab kekeramatan itu lebih berguna untuk diri sendiri, maka ia lebih banyak berlaku secara tersembunyi, hanya sebilangan kecil yang menyaksikannya atau kadang-kadang tidak ada yang melihatnya. Sifat kewalian dizahirkan kepada wali Allah itu sendiri sedangkan kepada orang ramai dizahirkan sifat manusia biasa, hinggakan orang ramai tidak mengetahui kedudukannya yang sebenar. Dengan demikian seseorang wali Allah itu diberi layanan sebagai manusia biasa. Dia perlu hidup dan menguruskan kehidupan seperti orang ramai. Perilakunya yang memakai sifat kemanusiaan biasa menjadi contoh kepada orang ramai, bagaimana mahu menjalani kehidupan di dunia dengan mentaati Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w menjalani kehidupan sebagai manusia biasa di mana baginda s.a.w terpaksa mengikat perut dengan kain bagi menahan lapar, padahal dengan hanya berdoa kepada Allah s.w.t baginda s.a.w boleh menjadi kenyang tanpa makan. Para nabi dan para wali adalah manusia yang menjadi model untuk diikuti oleh orang ramai. Jika mereka hidup secara istimewa seperti bergerak secepat kilat dan kenyang tanpa makan, sudah tentu tidak ada manusia yang dapat mengikut mereka. Oleh itu apabila Allah s.w.t memakaikan sifat kehambaan seperti orang ramai kepada para nabi dan para wali-Nya itu adalah bagi kebaikan manusia umum. Orang ramai boleh mengikut contoh yang mudah dan tidak timbul pemujaan sesama manusia yang boleh membawa kepada syirik
    salam alaika

  10. salam alaika,,

    makasih banyak,,

    saudara Tahjud nan mulia.

  11. salam alaikum,,

    pencetus minda di pagi Jumaat yang mulia,,

    tak siapapun dapat mengenal allah,,
    walaupun wali, nabi atau rasul yang terdekat,,

    benar kah begitu?,,

    ada orang berkata
    hanya allah mengenal allah,,,

    jikalau hanya allah yang mengenal allah,,
    jadi wali, nabi dan rasul itu siapa?

    ada orang berkata,,
    tak siapapun dapat menyembah allah dengan sempurna,,

    yang sempurna,,

    hanya allah menyembah allah,,

    iman adalah rasa,,
    jadi, kenalilah dirimu dengan rata,,
    supaya dapat kamu merasa,,
    dan melihat allah dengan NYATA..

    renung-renungkan…..

  12. salam alaik,,,

    sepertinya ini faham al Halaj

    bsa lbih djelaskan mengapa tajuk diatas terasa sperti aneh.

    • salam,,

      boleh jelaskan,,

      anehnya bahagian mana,,

      baru ana boleh jawab,,

  13. salam alaik,

    afwan, bukan menyalahkan ttpi tolong dijelaskan apakah tajuk diatas sesuai dalil atau tidak?

    makasih

    • salam,,

      pada ana siapakah aku? adalah jawapan yang mesti terjawab
      oleh semua pencintanya,,

      kerana awal beragama adalah mengenal allah, dan mengikut sufi, mengenal diri adalah mengenal allah,

      diri mana yang harus dikenal jasad atau ruh,, sudah pasti ruh,, dan ruh ini memanggil dirinya aku,,

      dan pencipta juga memanggil dirinya Aku,,

      dan inilah pertanyaannya aku yang mana?
      persoalan ini yang cuba ana jawabkan,,

      harap tidak keliru.

      • Salam Alaika,

        bukan Allah yang boleh bilang ‘Aku’??

      • salam,,

        firaun pun boleh bilang aku,, soalnya kebenaran atau kebatilan?

      • Salam,

        sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan
        matikanlah dirimu sebelum kamu dimatikan

        tiap ilmu (syariat, tarekat, hakikat dan makrifat) ada ahlinya

        oleh itu, janganlah mengkalungkan mutiara dileher babi

      • salam,,

        walaupun ente mengutamakan seribu ekor babi,,

        tapi ane tetap menerangi jalan, walau pun hanya seorang salik,

        yang ikhlas untuk mengenal makrifat dan hakikat.

      • Salam alaika,

        Kalung itu hanya boleh dikalungkan di leher mu sahaja. Jika ada orang lain yang mengalungkannya di leher mu itu, maka ia tidak sahih lagi. Dan setiap insan ada kalung ini. Ia adalah anugerah yang langsung datang dari Allah Ta’ala sendiri.

        Ba’ Alif Ba’ Ya itu pun ada kalungnya yang tersendiri. Hanyasanya, kalung insan lah yang paling sempurna. Masing-masing dengan perjalanannya yang unik. Tidak boleh dihukum dari kacamata kasar kerana bagi yang melampaui batas, Allah Ta’ala sendiri yang akan menghukumnya. Sebagai pengembara alam, kita seharusnya tonton sahaja melainkan ada perintah yang jelas dari Pemilik Kalung itu.

        Ini ialah nasihat hatiku kepada ku. Sharing is caring.

      • salam,,

        thank you for the sharing..

        semoga kita semua dirahmatiNya.

      • Ash-Shura-25

        Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.

        Al-Baqarah-269

        Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

  14. Indahnya hidup bersama Aku…

    Tidak Aku ciptakan alam ini melainkan untuk Mu
    Telahkan Aku kurniakan aqal agar engkau dapat memikirkannya
    Telah Aku kurniakan hati agar dapat engkau merasakannya
    Telah Aku kurnia pancaindera yang lima agar dapat engkau menyaksikannya
    Telah Aku kurniakan nafas agar engkau dapat menghidu baunya
    Telah Aku kurniakan mata agar dapat engkau melihat rupanya
    Telah Aku kurniakan telinga agar engkau dapat mendengarkan alunan suaranya
    Apa lagi mahu mu wahai insan?
    Kenapa masih ada sangsi dalam hati mu?
    Kenapa masih engkau menafikan Aku?
    Telah Aku ciptakan sekaliannya untuk mu
    Telah Aku sempurnakan kejadianmu
    Masihkah kabur pandangan mata hati mu?
    Apa yang kamu nantikan tidak pernah pergi darimu
    Apa yang kamu cari tidak pernah hilang dari dirimu
    Pilihlah Aku sebagai Zat yang bertahta dihatimu
    Demi NamaKu yang Agung, tiadalah zat yang wujud melainkan Zat Aku.
    Demi matahari dan bulan, tiadalah yang lebih bersinar dari sinaran Diri Ku
    Keluarlah engkau dari belenggu yang engkau tautkan pada dirimu sendiri
    Kembalilah kepada Ku
    Kerna bukan engkau yang menanti
    Aku yang menantimu.

    • Aku maha meliputi,,

      tiada ruang dan waktu yang tak Ku liputi,,

      di dalam dirimu,,

      tiada antara, antara engkau dan Aku,,

      tak payah susah-susah,

      tak payah jauh-jauh,

      kau cari Aku,,

      Aku sentiasa ada di sini,

      di tempat aku, berdiri.

      • ….. tersenyum sendirian.

      • salam alaika

        kesadaran Tauhid

  15. Aku lahir ke dunia didalam keadaan amnesia
    Maka disuruh mengingati Dia
    Fikirku,”Mengapa Dia? Kenapa tidak Aku?”
    Seumur usia ku renungi persoalan ini
    Seumur usia juga pampasan yang perlu ku bayar untuk Aku mendapatkan jawabannya.

    Didalam kembara Aku
    Ku temukan pelbagai rupa ku
    Namun tidak satu pun yang menenangkan jiwa ku
    Siapa Aku?????
    Dimana lagi akan kutemukan diriku yang asli?
    Sesekali aku terfikir,”Apa bisa ku ketemukannya?”

    Kekadang ku tertawa pabila memikirkannya
    Bagaimana mungkin hidup tanpa mengenal diriku ini?
    Apa aku sudah gila? Ya, mungkin saja.

    Tapi nun jauh didalam hati nurani ku
    Aku tahu aku tidak gila
    Aku cuma mahu menghilangkan gelora didalam dada!
    Siapa bisa membantuku? Siapa?
    Ayahku? Ibuku? Guruku? Muftiku?

    Insan-insan lain hidup bergembira menikmati dunia
    Sedangkan aku gundah berkelana diri
    Mencari arti hidup yang tersendiri

    Aku belek-belek ugamaku yang ku warisi
    Ahh…jawabannya tiada disana!

    Aku intai-intai dan ku telusuri jalan-jalan rohani
    Ahh…tiada juga!

    Tiada tampak, tiada sembunyi
    Mana lagi harus ku cari?

    Longlai dalam frustasi
    Aku teruskan misi hati
    Biar aku mati dari hidup tidak mengenal diri

    Dalam diam, dia berbunyi
    Dalam keriuhan, dia menghilangkan diri
    Siapa ya?
    Apa mungkin ini yang ku cari?

    Dengan berani aku mendekati hatiku
    Mana mungkin hatiku berdusta kepada ku?
    Mana mungkin aku mendustakan hatiku sendiri?
    Dialah satu-satu temanku!

    Mendengarkan bicaranya yang lunak lagi terpecaya
    Aku mulai melihat sinaran cahaya yang tersembunyi
    Aku mulai merasakan keenakannya
    Kedatangannya bagai sakti ….setiap kali!

    Sedikit demi sedikit aku mulai memahami
    Ilusi diri yang tebal mulai menghakis
    Sehingga tiada tinggal walaupun sedikit

    Akhirnya! Akhirnya!
    Gelora didalam dadaku sudah tiada!

    Siapa Aku?
    Aku tidak wujud!
    Aku tidak pernah ada!

    Yang ada hanyalah kesedaran tentang Dia
    Yang ada hanyalah kesedaranNya
    Yang ada hanyalah Dia yang mengalami Alam yang fana ini
    Maka itulah sebabnya aku diperintah mengingatiNya!

    Nota: Hanyalah pengalaman peribadi, tidak sama dengan yang lain-lain.

    • salam alaika,, sdr Ismailsgbuloh

      terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman.

    • Salam alaika,

      Mohon pencerahan terhadap suatu rasa yang dirasakan..

      “Dalam jaga ada Dia.. hadir Dia.. hanya Dia juga”

      “Dalam nafas ada hadir Dia.. tarikan nafas akan Dia.. hembusan nafas akan Dia”

      “Ke mana hendak ku paling lagi.. semua ada Dia”

      “Bagaimana bisa lelap kalau dalam lelapan hadir Dia.. kelihatan Dia.. hanya Dia”

  16. AKU….Aku berdiri dengan AKU
    AKU >>>>AKU BERDIRI DENGAN SENDIRI NYA ///

    Apa kah Aku itu AKU….memang Aku merangkumi akan diri AKU

    • subhanallah

  17. To know the truth is not to be the truth
    To be the truth is not to express the truth
    And to express the truth is to fulfill your destiny.

    Kun Fa Yakun
    ‘Til I say it is, it is not,
    And I say there is no truth truer than I,
    So be it, Subhani.

    • Untuk mengenali Aku, anda harus berani keluar dari diri yang tercipta dan melangkah masuk ke daerah diri yang tidak tercipta. Daerah ini dikenali sebagai daerah “lam yalid wa lam yuulad.”. Di daerah ini anda akan mengerti kenapa Aku bertajalli ke alam aku yang tercipta.

      • alhamdulilah

  18. sememang hendak keluar dari diri yang di cipta dan melangkah masuk ka daerah diri yang tidak di cipta >>>>tetapi apa kah cara nya dan sokongan nya yang di perlukan untuk kesampaian kapada Nya??/
    maaf>>>/

    • Salam alaikum,

      Saya mohon laluan dari Hajirikhusyuk yg mulia.

      Pengalaman saya telah saya kongsikan di atas, dalam bentuk puisi kerana jika dinyatakan secara penceritaan mungkin mengambil ruang yang banyak. Namun demikian, saya akan cuba ringkaskan disini. Jika ada yang baik, gunakanlah. Jika sebaliknya, jangan diterima. Dan jangan buruk sangka.

      Rumi mengatakan didalam sajaknya bahawasanya dia bukan seorang Muslim, Kristian mahupun Yahudi…..(pada pendapat saya) kerana dia telah merobohkan tembok yang dia sendiri dirikan didalam diri batinnya yang memisahkan dirinya dengan Al-Haq. Apabila saya telah memahami maksud disebalik kata-kata Rumi R.A. ini, saya telah mengambil pendekatan berani ini. Hasil dari pendirian ini, saya telah dapat melihat isi kandungan AlQuran dan AlHadith dari sudut yang bebas da merdeka (tidak bias) dari warisan ilmu ugama yang saya pelajari semenjak kecil hingga dewasa.

      Saya telah dapat menjiwai watak Muhammad yang dirujuk Allah SWT didalam AlQuran dan AlHadith. Maksudnya, sayalah Muhammad, kerana Muhammad adalah satu-satunya watak hamba yang terpuji yang akan dapat melihat dengan mata hatinya sehingga tembus sampai ke Arash Allah Taala. Hanya watak Muhammad yang dapat kembali kepadaNya dalam keadaan Radhiyatam Mardhiyyah. Dalilnya? Apabila Allah mengatakan Muhammad itu mempunyai akhlaq yang agung dan Muhammad itu adalah contoh terbaik untuk diikuti. Atas dasar ini, saya telah cuba sedaya-upaya menyelami watak Muhammad dari segi batinnya, kerana watak zahirnya saya agak sudah arif.

      Kemudian saya juga telah meneroka pandangan-pandangan para ahli makrifat dari kalangan ahlil kitab kerana Allah telah menyatakan ada dikalangan mereka hamba-hamba yang ikhlas. Antara yang menyentuh hati saya adalah Meister Eckhart. Sebelum dari ini, saya telah banyak meneroka sejarah Wali-Wali Allah di Nusantara dan Timur Tengah, antaranya Wali Songo, Habib Nuh, Tok Kenali, Ibnu Arabi, Junaidi Al-Baghdadi, Sh. Abdul Qadir AlJinani, dll. Tujuan saya hanyalah untuk membuat perbandingan tentang pegangan mereka. Kesimpulan yang saya dapat ialah mereka semua berpegang kepada aqidah yang sama, cuma mungkin penampilan mereka sahaja yang berbeza. Saya juga ada meneliti fahaman Wahabi dan Syiah. Dan saya juga sering memikirkan perbezaan pendapat dalam pelabagai isu dikalangan para Sahabat dan Ulamak-Ulamak Salaf (RA).

      Ramai juga dikalangan orang-orang barat masa kini yang pada pandangan saya sudah mencapai taraf makrifat selepas saya menilai penulisan mereka. Pada pandangan saya, mereka kenal benar dengan Allah Taala. Disamping itu mereka juga mengiktiraf sekalian jiwa-jiwa yang agung sebelum mereka, mahupun sezaman yang terdiri dari mereka yang menganut berbagai ugama.

      Penulisan-penulisan Hajirikhusyuk yang berani dan jujur juga banyak membantu kefahaman saya tentang apa yang perlu saya lakukan.

      Semua ini saya lakukan demi menghilangkan gelora didalam dada! Orang hanya pandai mengatakan Islam itu ugama universal, tetapi mereka berpendirian sempit sehingga melumpuhkan jiwa-jiwa yang merdeka. Allah bagi saya adalah tidak terjangkau akan ilmu dan perbuatanNya. Mana mungkin Zat Allah disempitkan oleh akal manusia? Dan saya merumuskan bahawasanya saya tidak akan dapat sampai kepada Al-Haq melainkan saya telanjangi batin saya dari sekalian ilmu tentang kebenaran kerana saya fikir saya harus mengalami kebenaran ini, bukan hanya tahu berkenaannya. Allah juga telah menyatakan bahawa Dia adalah sebagaimana sangkaan hambaNya. Itu yang dimaksudkan saudara Tahjud, menyembah Allah itu satu-satu, kerana sangkaan-sangkaan kita mustahil boleh sama. Laisa kamithlihi syaiun.

      Dengan rumusan-rumusan di atas serta keikhlasan hati dan niat yang jitu, saya telah berjaya (dengan Rahmatullah) merobohkan segala ilusi tentang diri saya sebagai seorang Muslim dan juga sangkaan-sangkaan saya yang sempit tentang cara berugama. Dan apabila sudah berada disini, rasanya seperti tidak pernah bingung atau musykil. Semua soalan sudah ada jawabannya, mengikut perjalanannya.

      Ketahuilah, jiwa manusia itu tidak lebih dari sebuah kesedaran yang Allah ciptakan/tajallikan agar Keperkasaan Allah dapat dipersaksikan. Tanpa makhluk, Keagungan Allah Taala tidak dapat diketahui, kerana Dia telah bertitah,”Aku ingin dikenali.” Bagaimana? Seperti yang saya nyatakan didalam puisi di atas, Aku dilahirkan didalam keadaan amnesia (lupa). Begitulah kebijaksanaan Pencipta kita. Maka Zat nya telah bersifat. Tanpa sifat-sifatNya, Zat tidak dapat diketahui. Dan tiada ruang di antara zat dan sifat kerana Allah meliputi sekalian yang tercipta. Jika hati manusia boleh sampai kemana-mana melalui angan-angannya, maka dia juga boleh sampai kepada Zat yang Esa. Inilah antara rahsia-rahsia Ilahi yang saya ketemukan melalui pengalaman peribadi.

      Akhir kata, isu ini adalah isu hati. Tiada manusia lain yang dapat merungkai isu ini melainkan pemiliknya sendiri. Hajirikhusyuk kata jangan takut syirik jika mahu masuk kedalam kebenaran kerana selagi tidak masuk, kita berada didalam syirik khofi (syirik tersembunyi kerana tidak menyedarinya). Benar sungguh. Sebenar-benarnya, Allah yang menanti kita, di ArasyNya…didalam hati manusia.

      • salam,,

        sdr ismailsgbuloh nan berbahagia,,

        berbanyak syukur kehadaratNya,, kerana Dia telah sudi menerima kepangkuanNya,, satu lagi jiwa-jiwa nan tenang,,

        untuk menduduki makam Hadiratnya,,

        semoga ante sentiasa berada dalam keberkatan dan rahmatNya.

        alhamdulillah.

  19. ini menceritakan psal tarekat..anda berasal dari tarekat mana??

    • salam,,

      tak payahlah beri nama.

  20. hehe…silapnya firaun tidak mengenal Allah sahaja…

    • salam,,

      jadikan sebagai tauladan.

  21. Syukran haji.yang mencari dengan ikhlas itu senang menemui Aku.dan ku temui Aku dalam kediaman yang maha luas.terima kasih kerana menjadi pembimbing.ana merasakan bertuah menemui sahabat sahabat sekelian.

    • Aku bukan Dia,
      Namun Dia lah awal dan akhirku, zohir dan batinku,
      Tiadalah aku, melainkan Dia jua.

      Lama sudah aku memandang kepada kelibat Nya,
      Lama sudah aku dengarkan bujukan Nya,
      Lama sudah aku hidu haruman Nya,
      Lama sudah aku rasakan kehadirannya yang sering menghangatkan malam-malam sepi ku,
      Kini tibalah masa dan ketika untuk aku bersua dan menatap keindahan Wajah Nya, Alhamdulillah.
      :-) ismailsgbuloh.

      • salam,,

        sdr ismailsgbuloh nan berbahagia,,

        ya,, demikianlah,,

        jikalau kita telah mengenalNya,,
        wajahnya tidak akan luput dari pandangan,,
        walaupun sesaat,,

        bagi yang belum mengerti,,
        selalulah berdoa agar dapat melihat Wajahnya
        ini, di sini, sekarang juga!!!!

    • salam,,

      ya ,, benar kata ente,,,

      yang ikhlas itu senang menemuinya,,
      tetapi jikalau ada yang lain diinginkan, di samping dia,,
      ane yakin mereka pasti akan disesatkanNya,,

      kenapa,,

      kerana dia amat cemburu,,
      dia tidak mahu berbagi kasih,,
      dia mahukan kasih ente seratus peratus untukNya.

  22. Salam untuk saudaraku semua,

    Sekian banyak tulisan yang menyatakan tulisan Aku,
    apakah didalam saudaraku menuliskan kata “Aku” anda menyadari ana yg menuliskah atau tanpa kesadaran?
    kalaulah masih ada kesadaran anda alangkah naifnya itu semua.
    Sepertinya kita ini senang menjiplak kata2. karna kata Aku tdk bisa di tulis dengan pena tdk dapat di ucap dengan kata dan tdk termakan kira2.
    Ini adalah sebuah pendapat sahaja, tdk ada maksud untuk mecenoh atau merendahkan.
    ampun maaf.

    • salam,,

      Aku tak terjangkau akal pikiran, tidak dapat dibayangkan, tidak satupun
      yang mengenal Aku kecuali Aku, dan
      Aku juga maha meliputi,

      dari segi ini,, ante mungkin benar “Aku tidak bisa di tulis dengan pena tidak dapat di ucap dengan kata dan tidak termakan kira2.”

      tapi,, Aku amat nyata,, kerana Akulah yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin,,

      dengan ini nyatalah Aku juga zahir,, setiap yang zahir pasti boleh dikenali,,
      dan setiap yang dikenali,, pasti dapat dikatakan,,

      siapa yang tidak mengenal Aku dunia ini,, maka ia akan lebih buta di akhirat nanti,,

      maaf,, ini satu lagi, sebuah pendapat,, yang mungkin tidak sama dengan pendapat ente.

      • Salam alaika Tn hj yg dimuliakan Allah.
        Tiada yg ku pandang hanyasa wajah dia jua.lafas rinduku menanti dikampung akhiratku.

  23. Alhamdullillah,
    Pendapat adalah suatu kebebasan setiap individu, karna setiap individu tdk pernah mengetahui pendapat yg lain.
    kalau boleh saya bertanya untuk mungkin menyamakan suatu hal.
    1.apa saja yg tersusun pada diri manusia dan bagai mana bentuknya.
    2. bagaimana bentuk dari pada ruh itu sendiri.
    3. bagaimana meletakan sifat manawiah pada diri.
    trimakasih, ampun maaf.

    • salam,,

      pendapat adalah sesuatu yang didorong oleh
      ilmu yang ada pada seseorang,,

      dan ilmu ini pula bertingkat-tingkat,,

      dari segi syariat, tarikat, hakikat dan makrifat sahaja
      terdapat enam belas level (PERINGKAT),, yang berakhir
      pada level,, makrifatullah makrifat,,

      jadi di peringkat akhir ini,, bagi ana, semua persoalan telahpun terurai,,

      tapi,, di sini ente bertanya untuk menyamakan suatu hal, (pendapat),
      dan ini tidak mungkin berhasil,

      kecuali penanya dan yang ditanya berada pada level yang sama.

  24. Trimakasih, atas jawaban yang anda utarakan tentang tdk selevelnya saya dengan anda.
    semoga anda selalu bangga dengan kedudkan level ygtinggi.
    sekali lagi ampun maaf. wasalam

    • Salam alaikum,

      Saudara Priok, silakan saja anda menjelaskan tentang perkara-perkara berikut yang anda sendiri ajukan tanpa segan atau silu:

      1. kenaifan yang anda maksudkan
      2. apa saja yg tersusun pada diri manusia dan bagai mana bentuknya
      3. bagaimana bentuk dari pada ruh itu sendiri
      4. bagaimana meletakan sifat manawiah pada diri

      Silalah jelaskan jika anda tidak keberatan kerana apa yang ada di blog ini sudah terpapar sedangkan apa yang anda maksudkan masih belum tersurat.

      Wassalam, ismailsgbuloh.

    • salam,,

      subhanallah,,

      semua itu ketentuanNya juga.

      • saudara hajirihusyuk saya mw mengingatkan saja anda terlalu berani membuka blog kayak gini.

  25. Ampun maaf saudaraku hakikat insan,
    mungkin sedikit untuk bahan renungan mungkin saya hanya bisa memberitahukan sedikit untuk direnungkan;
    Diri terdri dari;
    1. tubuh yg jelas sekali adanya
    2. hati
    3. nyawa
    4. ruh
    cobalah renungkan satu demi satu untuk mengenal diri anda semua itu ada bentuknya, untuk jawaban yg ke dua ada pada diri anda sendiri, dan jawaban yg ke 3 pahamilah sifat 20, karena ini hanya dapat dipahami tidak bergantung pada level, seandainya Allah menghendaki kita bermarifat tentu tak ada g dapat menghalangi, ampun maaf saudaraku.

  26. Kepada semua minta izin untuk copy paste and print untuk dibaca dan dipahami.

  27. Assaalamualaikum ya empunya blog dan pengunjung-pengunjung yang berkongsi ilmu di dalam blog ini…semoga kalian di rahmati Allah dan sentiasa diberi petunjuk dari Allah taala…

    Saya mohon izin untuk copy paste@print semua artikal yang ada di dalam blog ini untuk dibaca dan dipahami.

  28. Assalamualaikum…..
    hamba yang kosong…
    boleh ana tumpang berkongsi ilmu…

  29. KUNJUNGI SOLOSPIRITISLAM.COM

  30. Assalamualaikum tuan/puan

    dari atas sampai bawah saya baca ….
    ada yang faham .. ada yg tidak ….

    saya tertarik dgn pengalaman/puisi tuan sgbuloh, hampir mengalir air mata … sebak … ntah mengapa .. kalau munkin boleh kita berjumpa …
    pengalaman tuan seperti apa yang sedang saya alami sekarang …
    namun berbeza dipihak saya masih tersimpul .. masih muda …
    tidak tahu apa yg dicari .. kadang terasa .. mengalir air mata
    kadang nya leka … dibuai nafsu…

    perguruan yang lalu membuka jalan baru … melihat dunia dari persepsi yg berbeza .. sukaa … bersyukur dgn ehsan dan keredhaanNYa ..
    saat terleka .. sedih .. menanti datangnya rasa yang tidak tahu asal usulnya.

    sudi tuan hantarkan email pada saya … berhubung terus … bercerita ..
    terasa tuan dapat membantu saya memahami apa yg dirasa dan sebenarnya yang dicari …

    kadang bercakap sendiri … gila kah saya ? … rasanya masih belum …
    hanya perlu bantuan … memahami apa yg dicari … bila dicerita pada teman ..
    apa yg di rasa … kata nya fikiran org tua … ternyata belum sampai masanya …
    masih tidak sehaluan …

    sesiapa jua di atas …. yang boleh membantu …. aku dahagakan rasa yang jarang² datang pada diri ini … kerana belum kenal benar pada diri ini …

    pesan dari guru yang tidak saya fahami sepenuhnya :

    kenal diri rata-rata … baru kenal TUHAN yang nyata.

    p/s: tuan sg.buloh, email saya : faiz.kosong@gmail.com

  31. Asyik sekali saya membaca tulisan bapak…..Insya Allah kita bisa ketemu ya Pak..

  32. akhirnya saya bertemu…

    jauh saya berjalan mencari DIA…bertanyakan tentang DIA pada sarjana-sarjana Timur dan Barat, mencari DIA dalam perbendaharaan kitab baru dan lama….dalam kepayahan, dalam kehausan, dalam kebingungan, separuh gila….akhirnya terlihat Wajah DIA di cermin…

    …rupanya DIA ada di dalam, sentiasa bersama…hanya aku yang selama ini lupa, tidak mengenal AKU, bila sudah bertemu AKU…maka sirnalah DIA mahupun aku…

  33. Aku dpd Nur Allah orang mukmin dpd Nur Aku.
    AKU adalah perbendaharaan yg tersembunyi hanya kekasihku sagaja yg mengetahui
    Aku adalah nurullah ,Aku adalah ruhullah Aku adalah ayat2 ,tinta, kalam, manifestasi,
    penzahiran ,bayangan ,Rasul dan HAKIKATNYA.
    merendah diri itu menafikan dirinya ..maka aku dalam kehambaAN..

  34. assalamlkm,tahniah buat tuan hajirikhusyuk sy suport blog tuan teruskan perjuangan tuan bersama org2 yg di rahmati Allah swt,wassalam (wong jowo

  35. AKU adalah nyata dan terang

  36. aku adalah aku, begitu nampak, hanya yang memahami aku yang kembali kepadaku, jika di alam jin ini masih tidak mengenali aku, apalagi pada saat kembali tak mungkin menemukan aku.

  37. Sejahtera hendakNya..

    Aku itu perihal akan AsmaNya..
    Allah masih dalam asmaNya…

    Aku yang di maksud itu berkata kata kepada aku sendiri yang berdiri dengan sendiriNya…

    jika Aku yang di maksudkan itu bersifat pasti ada rupa…
    yang ada pada Alam semesta itu perihal Aku keranaNya…

    apa yang ada kita lihat itu lah AsmaNya…
    di dalam AfaalNya….
    sifat yang maha Agong lagi bijaksana….

    semua yang ada itu penzahiran DiriNya… tajjali padanya sifat asma dan afaalNya.

    Dzat tidak memerlukan semua itu … tanpa perihal Nur , dzat tetap berdiri dengan sendiriNya…
    yang ini lah sebaik baik pengenalan yang harus di kenal .

  38. Belajar ilmu haq itu setahu saya memang disediakan bagi yang berhaq, dan itu datangnya dari atas, sekuat apapun anda mendaki setinggi apapun tangga yang anda naiki, kalau anda memang tidak mendapatkan ijin dan redhonya anda tidak akan pernah bisa memamahiNya.
    Belajar memang dari bawah, tapi redhpo dan ijinnya tetap dari atas, dari Yang Maha Mengetahui dan Maha Memiliki.
    Ikhlas kah anda ? Itulah salah satu kuncinya.

  39. subhanallah indah saling berbagi saya fakir ijin menyimak dan mempelajari dengan baik salaam ya salaam

  40. Salam alaika,tn hj dan ikhwan rahimakumullah.
    Untuk mendapat ia pada pendapat hendaklah dilemah dahulu akan pendapat itu.Hendak ia mendapat tuhannya diremuk redam dahulu ulu hatinya.segalanya benar nasihat mu tn “aku seperti apa yang hambaku sangka”tidak ia bersembunyi hanyasanya saja kita kurang teliti.mohon maaf jika terkasar bahasa.


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 206 other followers

%d bloggers like this: