Posted by: hajirikhusyuk | Februari 8, 2010

Qalbu mukmin

 

Qalbu  mukmin

Apakah yang dikatakan qalbu mukmin itu, adakah ia terdapat pada semua orang, dan adakah ia juga ada pada haiwan.

Kata  orang bijak pandai, Tuhan  tidak dapat dikandung oleh alam semesta ini,, tetapi Dia dapat dikandung oleh qalbu orang mukmin.

Qalbu bagi orang mukmin adalah tempat bersemayamnya Maha Pencipta, ia juga adalah bagaikan cermin tempat jatuhnya tilikan Yang Maha Berkuasa.

Ada orang berkata Qalbu mukmin adalah ruh, dan setengah orang pula menyatakan ia adalah Ruhku,, iaitu ruh yang ditiupkan ke dalam jasad Adam, setelah Maha Pencipta, menciptakan jasadnya.

Sebenarnya,  hakikat qalbu mukmin adalah Ruh. Qalbu orang mukmin adalah tempat bersemayamnya Yang Maha Berkuasa. 

Ada yang  berpendapat ruh orang mukmin  tidak terdapat pada semua orang, seperti orang gila dan sebagainya, ia hanya terdapat pada orang yang mana hatinya telah menerima pancaran nur Ilahi. Dan haiwan sudah pasti tidak mempunyai qalbu yang semacam ini.

Ruh jenis ini (ruh yang telah bebas, bukan ruh yang diselaputi nafsu) juga tidak dimiliki oleh haiwan. Ruh ini adalah anugerah Allah kepada hambanya yang berusaha bersungguh-sungguh  untuk mengenali penciptanya.

Dan ruh inilah apabila telah terbebas daripada ikatan nafsu berupaya membawa manusia kembali kepada Yang Maha Penciptanya.

Dengan lain perkataan ruh ini hanya berfungsi pada manusia yang telah mengenal dirinya, atau pun kebalikannya manusia yang telah mengenal Penciptanya.

Dan kesempurnaan Hati atau Qalbu bukanlah  terletak kepada dzikir atau banyaknya dzikir yang telah dilakukan, tetapi terletak kepada iman yang sempurna.

Apakah iman yang sempurna itu?

Iman yang sempurna ialah iman orang yang percaya kepada Penciptanya. Bukan hanya percaya di kata-kata sahaja tetapi percaya kerana telah mengenalinya, dengan pengenalan yang sempurna.

Ada yang  berkata cuba engkau dengarkan baik-baik dengan hatimu,, atau cuba engkau berkata-kata daripada hatimu atau qalbumu.

Nah,,

Apakah maksudnya?

Yang dimaksudkan di sini adalah berkata-kata dengan kesadaran Ruh, iaitu ruhlah  yang berkata-kata bukan jasad. Jasad tidak punyai apa-apa, hidupnya pun dihidupkan.

Nah bagi mereka yang telah agak matang perjalanan ruhaninya maka, apabila ia berkat-kata dari qalbunya, ia akan menggunakan kesadaran yang lebih tinggi daripada ruh, apakah kesadaran itu?

Apakah kesadaran yang lebih tinggi dari kesadaran ruh?

Tentu ante sudah dapat menangkap  apa yang ana maksudkan.

Mereka yang mempunyai kesadaran yang tinggi ini, adalah mereka yang secara lumrahnya menjadi khalifah di muka bumi ini.

Ada yang  berkata manusia itu adalah khalifah di muka bumi ini, pada pandangan ana ini adalah kenyataan yang terlalu umum, tidak semua manusia yang menjadi khalifah di muka bumi ini,

kerana tugas khalifah adalah untuk membangunkan bumi yang indah diciptakan Tuhan, tetapi sangat ramai manusia  yang  memusnahkan dan merosakkan bumi ini, sudah pasti mereka bukan khalifah.

Jadi khalifah yang sebenarnya adalah mereka yang  qalbunya telah disinari cahaya Ilahi,  yang tugasnya antara lain adalah membangunkan alam ini dan menjadi pelita kepada jiwa-jiwa yang ingin kembali kepada Penciptanya..

Apabila cahaya Ilahi telah menyinari hati atau qalbu seseorang itu, yang tinggal hanyalah sifat-sifat yang terpuji, yang akan dapat memakmurkan dan merawat alam ciptaan Yang Maha Pencipta ini.

Khalifah itu diberikan kuasa khusus  oleh Penciptanya untuk merawat  alam semesta ini dan alam semesta ini juga menghormati kepada sang Khalifah.

Allah u akbar.

 

About these ads

Respon

  1. Ass. pak Haji,
    Perkenalkan saya dari Indonesia Sorowako sudah banyak membaca artikel di blog ini yang sangat bermanfaat bagi saya yang merindu berjumpa denganNya namun belum diberi TAHU. Ma’af kalau bahasa Indonesia asli bukan Melayu, he he..
    Wassalam,

    • salam,,

      selamat datang ke blog ini,, semoga blog ini bermanfaat untuk ante,,
      bahasa indonesia ngak apa-apa, ana juga paham.

  2. Ass,
    Ma’af kalau melenceng dari judul di atas, di judul yang lain..ada penjelasan mengenai Dzikrullah yang berarti Kesadaran Melihat yang Diingat. Akankah beda artinya bila di balik Ingat yang Melihat? Mohon pencerahannya Tuan Haji.
    Wass.

    • salam,,

      melihat yang diingat,,
      ingat yang melihat,,

      ana rasa perbezaannya mungkin tidak ada dan mungkin ada,
      apabila yang diingat dan yang melihat itu adalah
      sesuatu yang sama,,

      cuba kita tambah (aku) pada frasa tersebut,,

      melihat yang diingat (aku)…. melihat aku
      ingat yang melihat (aku) ….. ingat aku
      ingat (aku) yang melihat … aku melihat

      perbezaannya bergantung kepada tahap pemahaman seseorang.
      itu sebabnya dikatakan ilmu itu bertingkat-tingkat.

  3. salam alaika,

    terima kasih banyak atas pencerahannya Tuan Haji semoga blog ini selalu mendapt perlindungan dan pintu RahmatNya, di lain kesempatan insya Allah bertanya lagi,,mohon do’anya agar aku dimudahkan di jalanNya, Amin..

    • salam,,
      makasih kembali

  4. Salam Alaik’

    tajuk yang bagus, apakah tajuk diatas cenderung ke Sufi atau Sunni?

    berikan jawapanya.

    wassalam

    • salam alaika,,

      tanggapan ante bagaimana?

  5. Melihat yang di ingat itu apa benda nya…..
    Ingaat yang melihat itu di mana tmpat nya???maaf//

  6. Salam..

    betulkan sy jika sy silap..
    kesedaran yg lebih tinggi dari kesedaran ruh itu
    adalh DIA..
    bahkan ruh itu, jasad dn juga Dia adalh DIA juga..
    bukan lain..

    • salam,,

      benar.

  7. salam….hamba Allah tu pernah bertanya saya,
    zura apa khabar?saya yang terpinga pinga menjawab,khabar baik…
    hamba Allah tu menjawab “saya bertanya pada zura yang satu lagi,zura yang didalam..”
    Apabila kite letakkan diri kite spt org yang sedang tidur,akal tidak berfungsi,dengan sendirinya ruh itu yang akan memainkan peranan..Kita selalu meninggalkan ia di belakang,kite menjalankan jasad kite dengan akal…kenapa kita tidak biarkan ruh kite yang mengendalikan jasad kita.
    Hamba ALLAH itu juga pernah berkata,setiap kali bangun..bertanya la pada diri..”zura,apa khabar”.
    Ya ALLAH….sesungguhnya hamba mu ini terlalu rindu untuk mendengar dan menanggis seperti dahulu…Temukan lah daku dengan org yg pernah Engkau temukan padaku…
    terima kasih byk2,krn mengingatkan saya kembali….jika saya salah,harap diperbetulkan…maaf…

  8. Bagaimana pula nak biarkan ROH kita itu mengendalikan akan jasad kita tu??
    Kenal ke akan Roh itu yang macam mana?… Roh pun di kendalikan oleh Allah….jua.
    jadi …bagaimana jalan nya untuk kita belajar akan Ilmu Tauhid untuk….

    Mengenal akan Allah serta diri kita itu

    Kenal Diri maka kenal lah akan ALLAH.
    Kalau kenal Allah maka binasa lah diri.

    Bagaimana pula cara nya yang di atas itu???/ maaf

  9. salam hji
    beruntunglah sesiapa yg mendapat qalbu mukmin baitullah.
    Hati yg senantiasa bersama dengan tuhannya.
    Qakbu inilah yg perlu kpd seseorang berusaha utk mendapatkanya.
    Perlu kpd latihan2 tertentu utk mendapat nya.
    Bagi sesiapa yg sudah mendapatnya di sini lah mulanya pengajaran yg senang dan tersusun akan diajar oleh guru sejati iaitu Allah .kerana qalbu itulah tempat singgah sana bagi Allah mempertaruhkan rahsia kpd hamba.
    Qalbu akan di penuhi cahaya yg sehingga menjadi tempat kpd hamba utk menilik rahsia diri sekagus menilik akan tuhanya.
    Itulah yg dikatakan oleh mereka yg bijak pandai..AKU ADALAH PERBENDAHARAAN YG TERSEMBUNYI HANYA KEKASIH KU SAHAJA YG MENGETAHUI…

  10. salam haji…mohon izin disalin segala bahan untuk rujukan…

  11. Apa bila qalbu mukmin yang menatap,tentunya tidak butuh jawapan lagi, sudah cukup rasa yang bersemayam menjawabnya…

  12. Salam… buat tuan rumah dan sudara2 yang masuk ke lama ini. sebenarnya sebagai seorang manusia yang dipanggil sebagai insan sejatai akan melalui 2x fana dan 2x baqa untuk sampai ke tahap hakikat Qalbu Mukmin Baitullah itu…

  13. Baqa 1 berlangsung di alam roh/kandungan ibu, peringakat 2 ‘aku’ lazimnya akan fana (lupa) melihat indahnya dunia, hingga lupa kepada hakikat ketuhanan, peringakat 3 ‘aku’ fana (lupa) taksub dalam menyaksikan keindahaan Allah, ia dipanggil ‘fana billah’, di sini ‘aku’ sering terlupa pada pada jasad, pada rupa, hingga terpasul keluar kata berbau fitnah ‘aku’ adalah ‘Aku’ yang hak itu (ana Al Hak) peringakat 4 aku telah kembali normal dan dapat menimbang antara tuntutun zahir dan batin. Wajah zahir melihat dunia/makhluk, sedangkan wajah Hakikat melihat Allah…

  14. subhanalloh…. blog ini sangat luar biasa… dan blog ini adalah kumpulan orang2 pilihan


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 206 other followers

%d bloggers like this: