Posted by: hajirikhusyuk | April 22, 2010
Manisnya gula

Manisnya gula.
Apabila akal dan hatinya percaya dan yakin bahawa tiada yang ada, tiada yang wujud dan tiada yang maujud tetapi itu semua pada hakikinya adalah Dia (Allah), maka inilah satu daripada tanda-tandanya salik itu telah sampai kepada matlamat yang dicarinya.
Selain daripada Dia semuanya ilusi belaka, yang ada hanyalah Dia semata-mata. Segala sifat, nama, kelakuan dan dzat adalah Dia semata-mata. Inilah pandangan dan pegangan mereka yang telah sampai ke tahap yakin sepenuh yakin.
Mereka mempunyai iktikad yang tinggi dan bulat, iatu sangat-sangat yakin kepada apa yang dipegang oleh akal dan hatinya. Iktikad mereka pada ketika itu adalah diri mereka sudah tidak ada lagi, segala yang ada, segala yang berlaku dan segala yang akan berlaku adalah semata-mata Dia.
Mereka hanya mahu bertawakal dan berserah kepadaNya. Pasrah tanpa bimbang, ragu-ragu dan was-was. Diri mereka sendiri telah dianggap binasa, apabila diri telah binasa, yang tinggal lagi bukan diri mereka, yang tinggal bukan lagi alam, bahkan hanya Dia semata-mata.
Ini bukanlah bersatu dengan Allah (hulul), tetapi hanyalah tawakal atau berserah kepadaNya dengan dilandasi Makrifatullah.
Inilah pegangan mereka yang dikasihiNya sama ada mereka yang terdahulu ataupun pada masa sekarang ini. Mereka tidak menggunakan ilmu jampi serapah, ilmu pengasih atau ilmu kebal apabila mereka berhadapan dengan sesuatu keadaan yang mencabar, tapi yang mereka ada adalah keyakinan mereka kepada Allah. Dan itu sudah cukup untuk menyelamatkan mereka dari mara bahaya di dunia dan akhirat.
Yakin kepada kekuasaan Allah, membuatkan mereka tidak merasa takut kepada mara bahaya sama ada di dunia ini atau di alam ghaib (akhirat), mereka tidak takut selain Allah.
Keyakinan kepada Allah itu, yang membuatkan mereka tidak berbekas oleh senjata tajam, pedang mahupun peluru senapang dan sebagainya. Keyakinan hanya semata-mata Allah itulah, yang membuatkan mereka berani, gagah, kuat dan selamat dari sebarang mara bahaya.

Ini bukanlah ilmu bersatu dengan Allah, tidak mungkin kita dapat bersatu dengan Dia. Kerana Dia itu esa jua. Tidak mungkin sesuatu yang esa dapat bersatu dengan yang lain, hanya yang lebih dari satu (esa) sahaja dapat bersatu, contohnya, kopi dan susu, dapat bersatu menjadi benda baru iaitu kopi susu. Tetapi jikalau hanya ada kopi sahaja bagaimana dapat ia bersatu menjadi kopi susu, kopi (esa) tetap kopi selama-lamanya.
Mereka yang mempunyai keyakinan di peringkat ini, tidak memandang lagi kepada yang lain, tetapi hanya kepada Dia. Mereka tidak lagi memandang alam sebagai alam, tetapi yang mereka pandang itu adalah Wajah Allah “berserta” alam. Mereka tidak lagi melihat diri, sebagai diri, tetapi yang mereka lihat itu adalah Wajah Allah “beserta” diri.
Bukan mereka menafikan kewujudan sifat alam atau sifat makhluk atau sifat diri, alam dan makhluk itu tetap ada buat sementara (walaupun hakikatnya tiada), tetapi mereka manggangap alam dan makhluk itu telah binasa dalam Wajah Allah.
Kalau dibuat analogi, mereka hanya tertuju kepada sifat manis, tetapi bukan tertuju kepada sifat gula.
Semoga bermanfaat.
Like this:
Be the first to like this post.
Alhamdulillah,
Semakin indah uraian kata yg saudaraku berikan semoga bermanfaat bagi kami yg membacanya.
ampun maaf.
By: sigit on April 22, 2010
at 1:59 pm
salam,,
makasih,,
keredaannya yang yang ku pinta,,
dan cintanya yang ku harapkan,,
semoga kita semua mendapat rahmatnya.
amin,,
By: hajirikhusyuk on April 22, 2010
at 6:02 pm
Salam Ustaz,
Luahan saya, pandangan saya yg diluahkan berupa huruf saja.
Buah labu,
buah tembikai,
sungguh enak dan manisnya isinya labu,
terkadang tawar terkadang manis rasa tembikai,
putih bersih bijinya labu,
banyak yang hitam sikit pula putih bijinya tembikai,
Bentuk yang sama antara tembikai dan labu
serupa tapi tak sama, itulah kebijaksanaan Al Muqiit,
bukti yang tersembunyi dari yang Maha Satu.
kalau silap harap maaf dan berharap diperbetulkan.
terima kasih
By: yanzukhruf on Mei 7, 2010
at 3:10 pm