Syuhudi
Setelah mengalami kefanaan, maka munculah penyaksian terhadapnya, tajali Illahi. Pada saat itu benar-benar penglihatan tertumpu terhadap Dia, yang satu pun tidak menyerupainya, Laisa kamislihi syaiun.
Perkara ini tidak banyak diperkatakan atau dibincangkan tetapi hanya dipraktikkan oleh mereka yang telah memahaminya, kerana perkara ini adalah antara rahasia yang perlu dijaga.
Dalam penyaksian ini, jasad sama sekali tidak “dilihat” lagi, jikalau masih dilihat, maka batallah Dia yang disaksikan. Atau dengan perkataan lain, kehadiran Dia sebagai kurniaNya yang dimukasyafahkan atau dibukakan kepada si penyaksi menjadi terbatal.
Ada antara sufi yang berpendapat, tahap penyaksian ini (tauhid syuhudi) adalah lebih tinggi berbanding tauhid dzati, iaitu merasai kehadiran Dia.
Wassalam.









Alhamdulillah…tuan haji sudah kembali. Syukran Jazilan.
By: helwa on Mac 20, 2011
at 4:25 pm
alhamdulillah, setelah sekian lama, ustaz kembali membuat coretan. moga berterusan..
ustaz..betol mengenai tahap penyaksian ini (tauhid syuhudi) adalah lebih tinggi berbanding tauhid dzati.. alangkah gembiranya hati jika tahap itu dapat dinikmati, tetapi ia hanya berlaku pada yang terpilih, dan aku masih menunggu-nunggu saat itu…
tidak cukup hanya berada di tahap mengetahui tanpa rasa.. oh bilakah masanya…
By: maliquekandayas on Mac 20, 2011
at 6:04 pm
barangkali itulah yang membezakan antara mengetahui dan mengenal..
By: Ismail on April 23, 2011
at 8:41 pm
subhanallah….
lamanya saya sudah tidak berkutat degan Bacaan seperti ini..
Alhamdulilah,,ada postingannya Bang Haji …
Serasa disirami lagi kalbu anna
semoga kita semua diberi pemahaman ilmuNya..
tersurat maupun tersirat ..amin
By: chalida on Mac 21, 2011
at 11:50 am
Salam Hajirikhusyuk,
Apa khabar? Semoga afiat selalu.
Sabit hal saya, fana ini lama tempohnya malah bertahun-tahun lamanya. Duduknya dgn Allah semata-mata, yg lainnya tidak peduli. Bila pulih darinya, maka kembali kepada dua kalimah syahadah lantaran syariat Rasulullah SAW.
Kesimpulan saya, benarlah perjalanan itu diatur oleh Allah Taala. Segala ikhtiar dan hasil adalah milikNya. Malah sekalian atom milikNya. Segala awal, akhir, zohir dan batin adalah milikNya… yang berlangsung didalam kesempurnaan Qodho’ dan QodarNya. Betapa faqir lagi dhoif hakikat insan.
Dan, perjalanan ini tidak dapat dicari atau dirancang kerna ia adalah kurniaan tajalli Ar-Rahman akan af’alNya. Jika bernafsu didalam bersyahadah, maka itulah nafsu ammarah yang ghurur.
Kerna itu disuruh supaya sentiasa bersabar dan bersolat yakni berserah dan setia kepada Allah Taala.
Wallahu A’lam Walhamdulillah.
By: ismailsgbuloh on Mac 21, 2011
at 3:45 pm
sekarang ini hanya rasa kerinduan yang melampau bagaikan orang yang mabuk cinta…dimana sahaja pandangan ini diletakkan, hati hanya teringatkan dia…
apakan daya, perjalanan masih jauh lagi, diri terasa masih kosong tidak mengerti apa-apa, tiada daya apa-apa, tiada ilmu pengetahuan tentang apapun, sedangkan dunia bagaikan tembok penjara sempit tidak bertingkap, tidak berpintu…
bila kan agaknya dapat menatap wajah kekasih yang indah?
By: helwa on Mac 23, 2011
at 5:05 pm
salam sdr sume..
kepada tuan blog hajirikhusyuk dan sdr ismailsgbuloh
atas perkongsian bersama …
hakiki maliki marifat hakikat…
diri ini masih meniti lagi
rindu pada empunya diri saban hari
trima kasih atas perkongsian bersama-sama
dalam pencerahan diri dalam liputanNYA
By: salamdiri on Mac 24, 2011
at 3:03 pm
Assalamualaikum tuan.
di mana boleh saya dapatkan buku kamarul huda?
tq
abgaci@gmail.com
By: khairil on Mac 27, 2011
at 10:49 pm
assalamualaikum tuan hajiri, sdr ismail dan yang lain nya. Alhamdulillah.. Akhirnya tuan hajiri muncul kembali..
By: miow97 on April 1, 2011
at 3:18 pm
………,”AKU”adalah titik ( . )……..tik. Awal dari “semua” adalah titik, akhir dari “semua” juga adalah titik.
maka “AKU”lah yang AWAL, “AKU”lah yang AKHIR. “AKU”lah Laisha kamitslihi syai’un.
apabila “AKU” mengenalkan “DIRIKU” maka “AKU”lah :Nur Muhammad, “AKU”lah :Hakikat Muhammad, “AKU”lah ;……………………..Rasullullah Saw.
akan tetapi “AKU” ingin mengenal diri “KU” di luar diri “KU”, maka “AKU” mengenal “AKU”, dan……kemanakah aku..??! ,
aku telah musnah, aku telah tiada, sememang nyalah aku tak pernah ada,…”AKU” lah yang “ADA”,…..”AKU” lah………titik ( . ) ….AHAD.
By: Billie pahreza on April 4, 2011
at 5:58 pm
Salam Tuan Haji kerana sudah menulis semula, terima kasih.
By: mat rodzi on April 29, 2011
at 10:04 pm
dimana..dlm diam dan dalam renung..dalam penglihatan ..namun kalau masih bersama as siwa..dalam penglihatan pun belum melihat aku pada segala sesuatu ..sehingga sesuatu itu digugurkan baru lah tibanya Aku.belum sampai penglihatan agung ..hingga tiba melihat Aku semata-mata..sampai jadi rakan duduk bersanding..buangkanlah namaKu..nama itu menjauhkan dari Aku..
By: ana on Mei 26, 2011
at 12:38 pm