Insan dan Sirr
Mengadakan dua wujud itu adalah perkara yang syirik, kerana Dia adanya dengan sendirinya. Jikalau begitu, bagaimana pula ada insan itu adalah dengan Dia?
Soalnya di sini siapakah insan itu?
Cubalah cari jawapannya sendiri kerana jawapan yang didapati dengan usaha sendiri itu adalah lebih bermakna.
Selanjutnya, Wujud itu bermaksud Ada, maka yang Ada itu adalah Dzat, dengan itu Wujudnya itu adalah bagi menyatakan Dzatnya.
Sedangkan pun Wujud insan dapat dilihat pada Sifatnya, kerana wujud insan adalah dengan Dzatnya. Dan Dzatnya itu adalah Sirr kepada insan.
Dia berfirman, Insan itu rahsiaku (sirr) dan Aku rahsia insan, dan lagi kataNya, Sifatku adalah sifat Insan.
Oleh itu, perjalanan salik adalah satu proses, salik perlu mengenal dirinya, siapa mengenal jasadnya maka mengenal ia nyawanya, siapa mengenala nyawanya maka mengenal ia Sirrnya, dan lagi siapa mengenal Sirnya maka mengenal ia akan Tuhannya.
Insan adalah Rahsianya, dan Sirr itu adalah Dzatnya.
Wassalam.






![Desire.. [Explored] 22.2.12 Desire.. [Explored] 22.2.12](http://static.flickr.com/7194/6921502699_4cb090c84f_m.jpg)


tidak bercerai sifat dan dzat, sedangkan sifat tazali nya dzat, dan insan tazali nya sifat.
pada hakikatnya insan itu adalah sifat itu sendiri, yang tak berhuruf dan bersuara, yang tak di kiri tak di kanan, tak di atas tak di bawah, tak di depan tak di belakang, tak di tengah tak di pinggir.
sebegitu nyatanya DIA, sehingga tak usah di fikirkan, tak usah di bayang-bayangkan, tak usah dibawa segudang ilmu, pandanglah DIA dengan MATA HATIMU, niscaya memandang di pandang, menyaksikan disaksikan, menyembah disembah…….., masya Allah.
By: Billie pahreza on April 1, 2011
at 9:49 am
seumpamanya melihat bayang-bayang matahari di dalam air?
dengan adanya bayang-bayang itu maka dapat kita lihat matahari tanpa merosakkan mata.
tetapi bayang-bayang itu hanyalah gambaran tentang wujudnya matahari dan ia bukanlah matahari itu sendiri…sedangkan bila hilang bayang, matahari tetap ada…
By: helwa on April 1, 2011
at 1:12 pm
Assalamu’alaikum wr.wb.,tuan haji,
Tulisan yang mencerahkan, sangat senang membaca tulisan tuan haji ni:), izin tuk sharing tuan haji:),
ya mesti di awali dari “man arafah nafsahu fakod arafah robbahu”
seperti kata arifbilla,”yang ada itu banyak tapi yang Wujud itu SATU”,,
Dia tidak bertempat tapi ADA di mana-mana,
Dia yang di sana dan di sini tapi Dia bukan yang ini dan yang itu,,
sehingga “faainama tuwallu fatsamma wajhullah” (QS.2:115),
namun,”segala sesuatu itu akan fanin (binasa) kecuali Wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal. (QS.55:26-27).
salam alaika..:)
By: salam on April 1, 2011
at 3:02 pm
masyaallha, sempurna ustaz, mantooooooop heheee
By: maliquekandayas on April 2, 2011
at 12:25 am
….Tuhanku bukan tuhan mu,..Tuhanmu bukan tuhanku,
baharu bagiku “tidak” untuk mu, baharu bagimu “tidak” untuk ku…..,!
AKU mengkhabari aku bila waktu untuk menjemput ku, sampai pada waktu yang AKU tentukan, maka AKU akan mengambil aku untuk pulang kepadaku,
maka AHAD jua AKU, tiada tuhan selain ” AKu”…….dirikanlah shalat untuk mengingat “AKU”.
By: Billie pahreza on April 3, 2011
at 11:50 am
Askum pa haji…
ini pertama nya saya ikut komen, setelah lama sudah saya baca2 tulisan pa haji..yang mana saya minta izin, ada tulisan pa haji yang saya petik.
menurut pendapat saya. siapa kah insan itu? yang bernama insan itu adalah muhamad, barang siapa kenal akan diri nya. maka kenal akan muhamad (jasad dn ruh). bagi yang tak kenal akan diri nya, maka posisi nya, mahluk.
barang siapa kenal muhamad kenal akan tuhan nya. lalu siapa muhamad , siapa Alloh. muhamad jasad dan ruh. Alloh ismun kabir. sebenarnya pada hakikat nya esa jua. dua asma satu wujud.
dalam perkara ini, se baik2 perkara ambil pertengahan. antara muhamad dan alloh. itu lah rahsia. dan rahsia itu, yang dapat di nyata kan tuhan sebenarnya.
By: Rudhy on April 6, 2011
at 10:30 pm
menyejukkan sangat jiwa ini…
By: anthariksa on Mei 25, 2011
at 3:20 am
assalamualaikum ini forum yang bernilai ibadah tinggi di sisi sang khaliq,amin mudah-mudahan allah merahmati kita semua amin ya allah
By: baghdad on Jun 6, 2011
at 3:59 pm
suka….
By: hidayahamin on Jun 29, 2011
at 8:55 pm