Posted by: hajirikhusyuk | Jun 15, 2009

Hakikat Penghambaan

Masjid al AqsaIni berlaku apabila ego dan kecintaan terhadap diri sendiri terhapuskan, dan yang tinggal hanyalah Allah dan perbuatanNya.  Ego dan kecintaan diri terhapus apabila berlaku tajali Dzat, sebelum tajali ini berlaku, kita tidak akan mencapai tahap kefanaan dan melebur dalam Dzat Allah.. dan dalam kefanaan ini kita akan hilang kecintaan terhadap diri sendiri.

Selama kita belum mencapai fana dzat, maka kita belum terlepas dari cinta ego sendiri, dan keperitan hidup. Bagaimanapun untuk mencapai fana dzat ini bukan lah satu perkara yang mudah.  Ada orang , sehingga sampai hayatnya pun masih belum mencapai makam ini,  ia memerlukan ketabahan hati dan kekuatan jiwa yang paling kuat untuk mencapai matlamat,  tetapi matlamat  yang dihajati itu sebenarnya adalah satu anugerah, berapa banyak kita berusha pun  belum tentu  mendapatinya, selagi anugerah itu belum diberikan.

Kita perlu banyak bersabar dan menanggung segala penderitaan dan ujian yang diberikan, semoga dengan itu Allah bermurah hati untuk mencapaikan matlamat yang kita hajati itu.

MasyaAllah.


Responses

  1. Benar Tn Hj..

    Hanya mampu berserah diri seluruhnya.. sehabis habisnya..
    Hingga jatuh miskin.. malah lebih lagi.. papa papa sepapa papanya.. tiada apa lagi yg tinggal.. tiada apa lagi tersisa.. jika masih tersisa bermakna masih belum benar2 berserah dgn sebenar2 benar berserah.. tiada tiada setiada tiadanya..

    Yg tinggal hanyalah aku yg bodoh.. yg hina.. yg fakir.. yg miskin..

    hanya terserah kpdNya jika sudi utk berkenalan..
    Sungguh diri ini tiada daya upaya..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: