Posted by: hajirikhusyuk | Jun 21, 2009

Percaya diri atau percaya Allah

lautBanyak pakar motivasi… yang  mahukan khalayaknya percayakan diri sendiri. …kata mereka percayakan diri itu penting untuk mencapai kejayaan di dunia yang penuh mencabar ini. … tetapi benarkah mereka yang percayakan diri itu akan mencapai kejayaan. .. kerana sering juga kita lihat mereka yang percayakan diri tetapi … akhirnya kecundang mengharungi hidup di dunia ini.

Bagaimanakah diri yang kosong ini… yang tiada hakikatnya bolih dipercayai… bagaimana mempercayai mereka yang tidak ada… tidak mungkin dengan cara yang demikian mereka akan berjaya…mustahil…

Sudah pasti yang paling nyata… yang paling ADA … adalah  Dzat Yang Mesti Wujud  (Allah), … jikalau kita percaya kepada yang INI… sudah pasti kita akan berjaya kerena DIA pasti dapat melaksanakan sesuatu, … kerana IA memang ADA… yang ADA pasti dapat menghasilkan sesuatu… berbanding yang tidak ada… yang kosong… yang kosong mustahil dapat berbuat sesuatu..

Apabila kita makan,.., yakinlah bukan mekanan itu yang mengenyangkan.. tetapi Allah, ..apabila kita bekerja… yakinlah Allah lah yang menyempurnakan … kerja kita itu,… apabila kita meminta kepada NYA ,… yakinlah DIA akan memberikan apa yang kita minta itu…

Latihlah diri begini selalu…agar ia menjadi kebiasaan,…bahawa  kita hanya yakin kepada Allah, …bukan yang lainnya…

MasyaAllah.


Responses

  1. Maseh terdinding lagi akan diri ku ini.
    untuk itu adakah memadai hanya menyerah
    kan sahaja segala2 pada NYA.

  2. salam..

    Islam itu bermaksud menyerahkan diri..

    • Salam Haji, bagaimana untuk mencapai tahap itu, jika kadangkala kita terlalai bahawa setiap kejadian dari manusia itu sendiri sebenarnya adalah dari Nya.Contohnya kejadian manusia yang menzalimi manusia yang lain. Boleh beri penerangan sedikit Haji.

      • salam alaika,,

        jika sesuatu perbuatan itu adalah dilakukan dengan kehadiranNYA,
        maka perbuatan itu adalah perbuatanNYA.

        sebab itu ada kata-kata: setiap yang baik itu adalah daripada allah dan yang buruk
        itu daripada kamu sendiri.

        jikalau ante lupa allah dalam melakukan sesuatu perbuatan itu, maka itu adalah
        perbuatan ante sendiri (tetapi hakikatnya dia jua), oleh yang demikian anta jatuh
        dalam hukum: buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat.

        tetapi jika ante makrifatullah, ante adalah bebas. anda bebas memilih perbuatan ante, dan semua perbuatan itu adalah yang baik, kerana di sisi allah tiada yang buruk, maksudnya tiada yang berlawanan.

        semuanya baik belaka.

        semoga bermanfaat.

      • Terima kasih hj diatas penerangan tersebut. tetapi bagaimanakah perbuatan yang dilakukan bersama dengan Nya tetapi dimata manusia sekeliling nampak seolah-olah sesat seperti yang berlaku kepada Mansur al Hallaj, dimana terzahir rahsia yang sepatutnya dirahsiakan seperti sebutan ana al haq. Minta penerangan haji. Begitu juga dengan kedudukan wahdatul wujud. Minta penerangan haji. Maaf ye.

      • salam alaika,,

        soalan seperti ini adalah sensitif dijawab secara umum,
        bagaimanapun soalan yang ikhlas, kenalah dijawab,
        ana jawab soalan ante ini berdasarkan sejarah yang lalu,

        contohnya semasa islam mula-mula dikembangkan oleh Rasulullah di mekah,
        semasa zaman jahiliah dahulu, pada masa itu kaum qurysh, menolak agama tersebut, yang mereka anggap bertentangan dengan agama nenek moyang mereka,

        banyak pendulu islam yang diseksa dan mati dibunuh (sedangkan mereka bersama Allah,, apabila kita ingat allah maka kita telah bersama allah), kerana mengikut agama itu,

        sekarang ana tanya ante: jikalau agama itu benar, mengapa tuhan membenarkan mereka (umat islam) diseksa dan dibunuh? mengapa tuhan membiarkan mereka mati?

        ante jawab sendiri,,

        ana sambung cerita,, begitu juga dengan Mansur al Hallaj, ia mati dibunuh kerana menyatakan Ana al Hak (aku kebenaran atau aku tuhan),

        soalan untuk ante, jikalau al Hallaj bersama allah, mengapa allah membiarkan hallaj mati dibunuh? mengapa tuhan tidak menolongnya?

        ante jawab sendiri,,

        ingat apabila seseorang mati dengan mengingat allah, ini adalah kemuncak pejalanan spiritualnya, pada mereka mati itu adalah yang paling indah bagi mereka, dan dengan itu mereka mahu mati, daripada hidup di penjara dunia ini,,

        dan dengan itu allah pun reda kepada mereka, dan mereka pulang kepada allah dengan reda dan diredai,, bukan kah hidup di sisi allah lebih baik daripada ditipu dunia maya ini?

        semoga ante dapat menangkap maksud yang tersirat…

        semoga bermanfaat.

  3. Ass wr wb
    Mohon ijin copas. Saya yang baru belajar mendalami Islam sebagai agama yang diridhoi Allah, berpendapat membangun kepercayaan diri sah-sah saja selama untuk memotivasi diri utk hal positif, bukan menyombongkan diri. Mana yang lebih baik? Tidak percaya diri atau percaya diri? Mungkin tingkatannya seperti ini: Tidak percaya diri => Percaya diri dengan keterbatasan sebagai makhluk (manusia) => Percaya diri dengan yakin kepada Allah yang memutuskan segala sesuatunya.
    Mohon maaf kalau ada salah, dan tolong diperbaiki.
    Wassalam

    • salam alaika,,

      selamat datang ke blog ni,,

      ya benarlah seperti yang ante katakan itu,, tapi itu di tahap permulaan,,
      di mana ante menggangap ante dan tuhan itu,, dua yang berasingan,,

      tapi sampai satu ketika nanti,, ante akan mengetahui, bahawa ante dan tuhan itu esa jua,, pada ketika itu ante akan mengerti, percayakan diri ante samalah percayakan tuhan,

      kenapa begitu?

      kerana pada masa itu, ante telah kembali kepadanya, umpama ombak yang telah kebali kepada laut,,

      semuanya adalah lakuan laut, ombak dan laut esa jua.

      perkara ini agak sukar untuk difahami,, tapi tanamkan semangat agar pada satu ketika nanti ante memahami perkara ini, kerana perkara ini sangat penting, untuk keselamatan di dunia dan akhirat.

      semoga bermanfaat.

  4. salam alaika..

    semua alam ini wujudnya Esa..
    Esa itu satu..
    satu belum tentu Esa..
    karna satu akan fana..
    tapi Esa akan tetap Esa..

  5. saya ingin bertanya:
    adakah roh manusia seperti kita sama darjatnya dgn Nur Muhammad di dalam Muhammad? Biarpun kita asal sedikit terlalu sedikit dari Nur Muhammad.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: