Posted by: hajirikhusyuk | Julai 13, 2009

Berbaik sangka

P2010067Hari ini pagi-pagi aku dan isteri telah keluar rumah, ada temu janji dengan seorang pengusaha tekstil dan ketua sebuah pertubuhan solat dari Indonesia, yang baru tiba ke Malaysia. Dia dan seorang lagi rakannya menginap di sebuah hotel di Puchong. Tapi kami hanya bertemu dengan pengusaha itu  kerana yang seorang lagi itu ada urusan lain.

Bapak ini berumur 57 tahun tapi masih kelihatan gagah dan tidak nampak tua. Beliau seorang pengusaha tekstil di Solo dan mengeksport tekstil ke Eropah. Tujuan utamanya kami  berjumpa beliau adalah untuk menayakan peluang-peluang perniagaan antara Kuala Lumpur dan Solo.

Bagaimanapun beliau bercerita juga  tentang patrap dan menghampirkan diri kepada Allah dan di samping itu berjaya dalam perniagaanya di dunia.

Secara ringkas yang dapat ku ingat akan ku catatkan di sini.

Beliau berkata yang paling penting adalah berbaik sangka dengan Allah dan jangan ragu-ragu sedikitpun terhadapnya, jikalau ada keraguan Allah akan menjauh daripada kita.  Lakukan saja apa yang ada dalam intuisi mu dan analisisnya kemudiankan saja. Ini sesuai dengan sebuah hadis yang pernah menyebut mulakan sesuatu itu dengan tangan  kanan,  padanya yang dimaksudkan tangan kanan itu adalah otak kanan, di mana letaknya intuisi atau ilham,  bahasa Tuhan dengan manusia. Mulakan sesuatu pekerjaan itu dengan penuh keyakinan dan sandarkan kejayaannya kepada Allah, kerana Allah itu amat dekat. 

Katanya,  pejamkan mata kamu, tapi kamu masih nampak saya dalam mata hati kamu,  saya masih ada di sini. Begitulah kita dengan Allah, Dia sentiasa ada bersama kita. Serba ke Allah dan Pasrah lagi kepada Allah.

Saban hari begitu ramai orang meminta kepada Allah, umpamanya dalam solat ‘tunjukkan  aku jalan nan lurus’  ini kalau tidak silap disebut sebanyak 17 kali dalam lima solat fardu setiap hari, tapi malangnya  tidak ada tindakan yang dilakukan untuk itu,  hanya memohon, memohon dan memohon tiada tindakan, jadi  bagaimana sesuatu itu akan berlaku. Perlulah melakukan sesuatu dengan bersangka baik terhadap Allah  insyaalah hasilnya akan positif.

Perkara-perkara yang negatif seperti gangguan jin, saka itu jangan difikirkan, kerana ia akan mengganggu perjalan kita kepada Allah, itu sebabnya kita disuruh berzikir mengingati Allah,  supaya benda-benda lain tidak dapat masuk ke dalam hati kita. Pasrah sahaja kepada Allah. Di samping itu solat adalah anugerah Allah yang paling berharga kepada kita, cuba fikirkan, solat tidak bolih ditinggalkan walaupun kita sakit, walaupun kita terbaring di atas katil kerana sakit, tiba waktu solat, kita harus solat. Tapi kalau ibadah lain seperti puasa jikalau kita tidak upaya ia boleh dikadakkan. Solat itu adalah mikraj nya orang mukmin.

Berdoalah kepada Allah, “Aku bermohon menjadi saksi agar anak-anak ku berjaya dan diberkati di dunia dan di akhirat”  Berdoalah ketika kita sakit, Ya Allah izinkan aku memakai Kekuasaan Mu dan mohonlah agar sakit itu disembuhkan Allah. Insyaallah penyakit kita akan sembuh. Penyakit itu umpama gangguan jin yang menghalang kita dalam perjalanan kita kepada Allah.

Secara kasarnya umat islam ini ada tiga kumpulan,  iaitu kumpulan kanan, kumpulan kiri, dan kumpulan tengah. Kumpulan kiri menuju ke neraka, kumpulan kanan menuju ke syurga dan kumpulan tengah menuju Allah. Oleh itu sentiasa saja berzikir dan menuju kepada Allah,  jangan difikirkan kiri dan kanan.

Sampaikan yang kita mahukan kepada Allah selepas itu tenang dengan yakin ia telah diterima Allah, dan hasilnya terpulang kepada Allah, sudah pasti positif.

Jangan berteori sahaja tetapi perlulah beramali, orang dulu-dulu tidak banyak teori tetapi amali, amali akan menimbulkan keyakinan. Insyallah.

Ya Allah,……Berkatilah aku dan terimalah aku di sisimu ya Allah.


Responses

  1. Berbaik sangka adalah satu pekerjaan yang di
    tuntut bagi menghilangkan di satiap perbuatan itu perbuatan mahlok.
    Salagi perbuatan itu di kategeri kan perbuatan mahlok maka Shirik lah jadi nya …maaf benar
    kah ia? Tuan.

  2. Salaam…

    benar..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: