Posted by: hajirikhusyuk | Julai 13, 2009

Mengapa… ya

P5080441Kadangkala kita terfikir juga, jika segala-galanya berasal dari Allah, sedangkan Allah itu adalah kebaikan dan tiada yang buruk datang dari NYA, mengapa kejahatan, sihir, gangguan jin, penyakit dan sebagainya wujud di dunia ini.

Dari manakah semua keburukan itu datang,  adakah dari Allah atau dari diri kamu sendiri. Tapi selalu kita dengar, bijak pandai sering berkata,  yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu daripada kamu sendiri. Benarkah begitu, jikalau tidak benar, masakan cerdik pandai berkata begitu.

Keburukan itu sebenarnya berpunca daripada ketidakfahaman kita terhadap kehendak Allah, Allah berfirman aku jadikan manusia itu untuk beribadah kepada ku, tapi sangat ramai yang tidak mahu beribadah kepada NYA, (tapi ingat ibadah pun bertingkat-tingkat bukan hanya puasa dan sedekah sahaja), yang ramainya adalah yang mahu meminta-minta kepada Allah. Minta rumah besarlah, kereta mewahlah  dan sebagainya.

Sebenar kebahagian itu tidak payah diminta-minta  jika kita sentiasa mematuhi kehendaknya, tapi masalahnya ramai yang tidak tahu apa yang Allah mahukan daripada kita. Kita memberikan apa yang kita sangka apa yang Allah mahukan daripada kita, tetapi jelas itu bukan apa yang Allah mahukan daripada kita, buktinya kita sakit, kita sangsara, kita menderita dan sebagainya.

Kita sering berkata ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah, tetapi ibadah itu kita lakukan untuk diri kita sendiri. Kita boleh menipu orang ramai, tapi mampukan kita menipu Allah,  yang maha mengetahui, dan tidak satu pun yang tersembunyi daripada NYA.

Segala sesuatu yang wujud di dunia ini adalah daripada Allah, oleh kerana itu segala sesuatu yang terdapat di dunia ini hendaklah dikendalikan kerana Allah. Kejahatan, keburukan, penderitaan, dan gangguan makhluk halus itu adalah kerana sesuatu yang kita dikendalikan itu  bukan kerana Allah, tetapi kerana diri kita sendiri.

Secara amnya kejahatan, pendertitaan dan sebagainya itu adalah kerana penyalahgunaan kuasa oleh kita sendiri, kita berbuat sesuatu kerana diri sendiri bukan kerana Allah.

Oleh itu salahkanlah diri sendiri jangan salahkan Allah.


Responses

  1. Rukun Iman yang ke 6, Buruk dan baik itu dari Allah Taala.
    Allah mentadbir kita dan kita mentadbir Alam.
    Pada hakikat cerita buruk dan baik itu apa dia
    Tuan … tolong beri huraian sadikit T/K

    • salam..

      yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari diri sendiri (ego)…

      • salam alaika bang haji

        bukankah kehendakku, kehendakmu, dan kehendakNya berasal dri Allah jua??

        tolong beri analogi

      • salam alaika,,

        umpama di dalam sebuah rumah yang ada banyak mentol lampu,,
        pelbagai warna dan disambungkan kepada suis elektrik nan satu,,

        apabila suis on maka kelihatan lah warna yang pelbagai, ada biru, merah, hijau,
        dan sebagainya,,

        tapi sumber elektriknya adalah nan satu.

        semoga bermanfaat.

  2. ikut sahaja………..

    sangka baik……pada Allah……

    Allah maha baik……

    baik dan buruk …ada hikmahnya…..

    untuk ciptaan nya…….

    tiada upaya….kecuali Dia…maha mengerti…..

    maaf saya tak mengerti satu pun….

    hina lagi diri ini……..maaf semua…bicara ini….

    Allah ku pohon maaf bicara ini……dari hamba mu yg hina ini…….

  3. ya,,, begitulah,

    berserah diri kepada Allah dengan ikhlas..

  4. Bagaiman pula dengan kedudukan ayat ini..

    WAT TATAFARAKU ILLA BIIZNILLAH
    (tiada bergerak sa besar zarahmelainkan
    pegerakan Allah)

    Apa kaitan nya dengan buruk dan baik itu dari
    Allah Taala……maaf.

    • ayatnya,,,

      LA TATAHARRAKA ILLA BIIZNILLAH,,

      maksudnya: tidak bergerak melainkan dengan izin Allah.

      Qs An Nisa 4:79: Kebaikan itu daripada Allah,
      dan keburukan itu dari kamu sendiri.

      tapi, dari segi hakikatnya semuanya dari Allah.

    • salam alaika…

      umpama 1 saklar dalam 2 lampu. 1 lampu warna kuning dan yang 1 warna putih
      saklar = Allah
      kuning = kejahatan
      putih = kebaikan
      lampu = manusia
      tergantung dari lampu itu sendiri, klo kuning ya kuning dan klo putih ya putih..tetapi tetap berada pada satu jalur, dari Allah

      jadi kejahatan itu datang dari Allah dan dari manusia itu sendiri

  5. Yg buruk yg jelek dan yg jahat iu kerana tidak ingat Dia.. manusia yg tidak meletakkan Dia hadir dlm hatinya..
    Sebenar benarnya mudah.. hanya perlu ingat Dia setiap detik atau setiap nafas.. jika sudah ada Dia.. insya Allah semuanya baik..

    Segala2nya aku.. jadilah kesombongan dalam kebodohan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: