Posted by: hajirikhusyuk | Julai 19, 2009

Pembebasan

solat di tangga

Jikalau dirimu (ego) masih ada, kamu belum masuk dalam makam kehambaan, kamu hanya menyembah diri sendiri dan syaitan, dan sebenarnya kamu tidak menyembah Tuhan.

Begitulah selama hati berada dalam kendalian syaitan dan nafsu, maka tempat penyembahan al-Hak dan tentera-tentera Ilahi terampas, peribadatan kepada al-Hak tidak terwujud di sana,  bahkan segala peribadatan kamu  menjadi untuk syaitan dan nafsu.

Sejauh kamu keluar dari tentera-tentera syaitan, maka kamu akan memasuki wilayah-wilayah kekuasaan tentera-tentera Ilahi, sampai terjadi tiga penaklukan atau kemenangan seperti berikut:

1. Al-Fath al-Qarib (Penaklukan atau kemenangan dekat).

Penaklukan wilayah-wilayah dengan mengusir tentera-tentera syaitan,  dan hasilnya adalah manifestasi Tauhid Perbuatan (at-Tauhid al-Af’ali). Firman Allah (QS ash-Shaff:ayat: 13). Pertolongan Allah dan kemenangan yang dekat.

2. Al-Fath al-Mubin (Penaklukan atau kemenangan yang nyata)

Penaklukan Kabah Hati dengan mengeluarkan syaitan-syaitan pembisik dari hati. Firman Allah (QS al-Fath:ayat 1): Kami telah memberikan kepada kamu penaklukan yang nyata.

3. Al-Fath al-Muthlaq (Penaklukan atau kemenangan mutlak)

Ini melampau ritual-ritual lahiriah dan meleburkan takyunat-takyunat (pembatasan-pembatasan) yang nyata dan ghaib,…  Kesatuan dalam Keesaan. Firman Allah (QS an-Nashr:ayat:1): Jika datang pertolongan Allah dan kemenangan.

Hasil daripada ketiga-tiga kemenangan itu, …  maka  terbukalah seluruh Kekuasaan Ilahi dan … pemberian anugerah  kepada kamu.


Responses

  1. Jikalau dapat pertolongan Mohd serta Rahmad Allah
    di atas penyucian laataib2 dengan zikir rullah serta
    dengan Taubat nya ..maka nescahya kebersehan itu
    dapat di perolehi oleh orang yang mengerjakan dengan serentak luar dan dalam, tetepi ……
    ia bukan semudah yang di cakap2 kan …bagi
    mencapai kesucian di sisi Allah..

    • Salam…

      benar sekali untuk mendapat kesucian di sisi Allah bukanlah perkara yang mudah, ia mengambil masa sehingga bertahun-tahun, dan ia juga bergantung kepada alat pencuci yang digunakan, tapi yang pentingnya tidak putus asa dan yakin Allah itu maha Pemurah dan Pengasihani, insyallah akan berjaya.

  2. Tuhan Tetap Tuahan ….tetapi apa ada kaitan Nya dengan Ia mengadakan manusia di alam ini?

  3. Salam..

    Tuhan berfirman Aku adalah perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin diketahui..

    Jadi Allah menciptakan manusia agar mengenal Allah, setelah manusia mengenal Allah, ..

    barulah ia tahu yang mana Tuhan dan yang mana hamba,.. kemudian baru dia sedar bahawa Tuhan tetap Tuhan… dan hamba tetap hamba…

  4. Serupa lah jika di kaji berkaitan Pujian2 itu ada 4

    Qadim memuji yang Qadim
    Qadim memuji Muhadath
    Muhadath memuji Muhadath
    Muhadath memuji yang Qadim

    Yang di maksudkan Perbendaharaan itu apa Tuan?

  5. Salaam…

    Dzat Mutlak..

  6. salam alaika..

    Dzat Mutlak.. Yang Dzahir dan Yang bathin

    Allah Malikul Dzati: Allah penguasa Dzat


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: