Posted by: hajirikhusyuk | Julai 24, 2009

Penyaksian

telur & sarangSyuhud adalah pandangan yang tidak ada keraguan di dalamnya, apa yang dilihat itu adalah benar-benar KEBENARAN. … yakin dengan sebenarnya,  jikalau masih ada ragu-ragu gemerlapan cahaya yang dilihat itu bukanlah Nur Ilahi.

Sementara itu, apabila disebut musyahadah, .. ia bermaksud kehadiran Al Hak JUGA TANPA ragu-ragu… suatu KEBENARAN tanpa ragu-ragu, itulah penyaksian dengan HATI NURANI atau RASA …Musyahadah bi Dzauki.

Penyaksian Al Hak tidak dapat digambarkan, dibayangkan dan dilukiskan kerana DIA , …. TIADA SUATU PUN YANG MENYERUPAINYA, ia adalah Dzat Wajibal Wujud, yang ada sendirinya, apabila DIA ADA, yang lain TIADA.

Bagaimanappun,  DIA hadir pada seseorang Salik, dengan Cahaya Keagungan Ilahi yang membias pada cahaya hati salik tersebut.. atau sesiapa saja yang dikehendaki NYA.  Dan salik yang telah mampu melihat NYA  atau merasakan KEHADIRANNYA telahpun melampaui makam Takwa, …tetapi hadir dalam KEESAAN.

DIA hanya dapat diRASAKAN atau diILIHAT DENGAN MATA HATI,  (siapa yang belum merasa belum ketemu), dan hanya itulah kemapuan manusia ataupun ruh melihat Tuhan. Kita mampu merasakan KEBERADAAN atau KEHADIRAN NYA,… tanpa mampu melihat wujud NYA.

Hanya dengan anugerah NYA sahaja yang dapat melihatnya, bukan dengan usaha sendiri…. TIADA DAYA DAN UPAYA..

MasyaAllah


Responses

  1. Tujuan manusia dicipta adalah untuk menyembah (menyatakan) kesempurnaan keujudan tuhan yang maha Esa yang mencipta alam semesta dengan kudrat iradat ilmu dan hayatNya.
    Ilmu yang sejati adalah hasul daripada amalan yang menjadi alim.
    terima kaseh.

  2. Salam…
    Terpulang kepada diri sendiri untuk menempatkan diri, sama ada penyembah (hamba), kekasih, atau YANG MENGENAL ALLAH(makrifahtul Allah).

    Mereka yang berilmu bukan yang mengenal Allah, hanya setakat TEORI sifat-safat Allah, sifat-sifat Allah bukanlah Allah yang sebenar, Tuhan adalah Dzat MutlaK yang Ghaibul Ghaib, yang tidak satupun menyerupainya, dan ia maha meliputi.

    Mengenal Allah adalah dengan anugerah bukan dengan ilmu, walaupun segunung ilmu.

    Dan juga merasa kehadiran Tuhan adalah adalah pengalaman (Hal), siapa yang belum merasa belum lagi mengenal Allah.

    Banyak-banyaklah beramal sehingga Allah berkenan (anugera), semoga Allah menjadikan pertuturanmu adalah PERTUTURANNYA, dengan itu tidaklah lagi pendustaan.

    Perbezaan pendapat adalah Rahmat, asalkan ada Hikmah yang diperolehi daripadanya.

    Ahli makrifah adalah mereka yang telah lebur dalam Dzat Allah, tiada lagi ego, tiada lagi daya dan upaya….Hanya Allah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: