Posted by: hajirikhusyuk | Julai 24, 2009

Saksi

solat

solat

Banyak yang tidak percaya Allah dapat dilihat di dunia ini, mereka percaya DIA dapat dilihat hanya di akhirat nanti,,.. tetapi ingatlah firman Allah,  “Sesiapa yang buta di dunia ini, di akhirat kelak akan lebih buta”, (QS Al Israk 17:72), ….bagaimanapun melihat itu bukan dengan mata kepala tetapi dengan Mata Hati, …..RASA. 

Perbicaraan tentang hakikat dan makrifat ini adalah sesuatu yang berat bagi jiwa-jiwa yang belum tercerahkan oleh Nur Illahi, …Nurun ala Nurin.. (Cahaya di atas Cahaya),  bagaimanapun ia perlu dilakukan kerana ia adalah fitrah manusia, …. matlamat manusia dilahirkan ke dunia ini untuk Mengenal Allah,… yang belum tercerahkan itu, jangan tergesa-gesa, mohonlah kepada Allah, kerana Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Tuhan dapat disaksikan atau dirasakan (dengan Mata Hati) oleh indera perasa yang dimiliki oleh Ruh Qudus, yang ada  pada setiap Insan Kamil, … yang telah merdeka daripada nafsunya. Indera perasa ini dinamakan sebagai SIR atau Rahasia,…sebagaimana firman Tuhan, ” Manusia itu Rahasia KU, dan AKU adalah Rahasia NYA”.

SIR inilah yang dapat berkomunikasi atau menangkap signal-signal Tuhan, … untuk sampai ke tahap ini bukanlah sesuatu yang mudah, terlalu banyak ranjau dan duri yang perlu diharungi dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Tidak semua yang menempuh jalan ini yang berjaya, tetapi hanya mereka yang mendapat pertolongan  daripada Allah.

Di dalam agama Islam mereka yang berjaya mencapai makrifat di sebut Syahid, … kerena mereka telah mati dalam perjalanan itu, tetapi bukanlah mati jasad, bahkan “Mati sebelum Mati”,…  manakala bagi kaum Sufi ia disebut “Wusul” (sampai).

Setelah menyaksikan Tuhan haruslah menepati janji yang telah diucapkan, ..(Syahadah: Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Rusul itu Pesuruh Allah), …Mulut dan Hati yang berjanji, manakala amal Perbuatan kita pula pihak yang melaksanakan janji,……

Allah itu Tuhan kerana adanya Manusia……


Responses

  1. assalamualaikum haji….
    saya ada kemusykilan..
    saya tak ingat ayat surah mana tapi saya lebih kurang berbunyi begini..
    firman Allah… bila tlh kusempurnakan kejadian manusia ,maka kutiupkan ruhKU……………….

    soalan saya
    1) adakah ruhKU itu bermaksud ruh qudus yg orang mcm saya ni belum dapat lg sebab belum insan kamil?
    2) adakah ruh kudus itu berbeza dgn ruh yg ada pd saya sekarang yg dari sifat qudrat tu
    3) ataupun soalan no. 2 saya tu salah sebab yg ada pd orang mcm saya hanya nafs (nafsu)?
    mohon penjelasan…terimakasih

    • salam alaika,,

      QS Al Hijr 15:29

      1): ya,,

      2): ruh qudus esa jua.

      3): nafsu amaran hingga mulhamah perlu dibersihkah sehingga mencapi nafsu mutmainah, iaitu nafsu (jiwa) yang tenang,

      ruh kudus itu ada pada semua orang (esa jua), secara sedar atau tidak disedari.

    • salam alika sudara

      “adanya makhluk ini bagaikan adanya bayangan pohon, dari waktu ke waktu bayangan itu akan hilang tetapi yang punya bayangan itu tetap pada wujudnya”

      • makasih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: