Posted by: hajirikhusyuk | Julai 31, 2009

Al-Muntahi (Bhg: 3)

piramidBahagian 3: Al-Muntahi

5. Seperti firman Allah SWT: IA itu serta kamu barang di mana ada kamu. Dan lagi Firman Allah SWT: Jika orang tiga, melainkan IA jua keempatnya dengan mereka itu; dan jika ada lima (orang), melainkan IA keenamnya dengan mereka itu; dan tiada lebih dan tiada kurang daripada demikian itu malainkan IA jua serta mereka itu.

Seperti firman Allah SWT: Kami terlebih hampir kepadanya daripada urat leher yang kedua.

6. Dengarkan hai Talib (pelajar) WA HUA MA AKUM (dan DIA beserta kamu), tiada di luar dan tiada di dalam, dan tiada di atas dan tiada di bawah, dan tiada di kiri dan tiada di kanan, seperti firman Allah SWT: IA  jua yang Dahulu (Awal) dan IA jua yang Kemudian (Akhir) dan IA jua yang Nyata (Zahir) dan IA jua yang Tersembunyi (Batin).

Lagi pun tamsil seperti pohon kayu sepohon. Namanya (pohon) limau atau atau lain daripada (pohon) limau. Daunnya lain, dahannya lain, bunganya lain, buahnya lain, akarnya lain. Pada hakikatnya sekelian itu (pohon) limau jua. Sungguhpun namanya dan rupanya dan warnanya berbagai, hakikatnya esa jua.

Jikalau demikian hendalah segala Arif (orang)  mengenal Allah SWT seperti isyarat Rasullulah SAW:  Barang siapa mengenal dirinya maka sanya mengenal Tuhannya.

bersambung … ke bahagian 4.


Responses

  1. Subhanalloh..terimaksih atas penverahannya saudraku…..

    http://www.idinsaepudinruhimat.wordpress.com

    • Salam…

      Segala pujian hanya untuk Allah,

      Saya bersyukur kerana saudara mendapat menfaat daripadanya..

  2. WA HUA MA AKOM .>>>Dia beserta kamu….
    Jikalau dah beserta apa yang menjadi masaalah pada kita. Cuma yang perlu di fikirkan bagaimana di katakan tiada diluar dan didalam, tiada didepan dan belakang ,tiada di atas dan di bawah tiada di kiri dan di kanan. tapi di mana?

    Wal Awal , Akhir ,Zahir ,Bathin ini apa dia dan
    bagaimana hendak di huraikan, kedudukan nya
    pada siapa?

  3. salaam..

    fanalah…

    makanya tiada yang lain hanya DIA…

  4. Maaf kan saya …… saya maseh memerlukan huraian serba sadikit untuk panduan Ilmu.
    Sakira nya di satiap jawapan hanya kapada Dia Nya
    Hakikat Makrifat >>>> maka bagi saya hujah ini
    maseh terumbang ambing bagi orang2 yang belum lagi mendapatkan parhatian mata hati ka Hakikat dan Makrifat .. maaf.

  5. salam..

    benar sekali pendapat saudara…

    satu cadangan, di samping melakukan pensucian diri, pelajarilah juga bagaimana Tuhan berkata-kata dengan hambanya…iaitu ILHAM

    setelah tahu bahasanya barulah mudah berkomunikasi dengan NYA.

  6. Kata2 Ilham itu ada dua cara/bahagian dan
    yang mana satu yang betul . Kita kena teliti betul2 ..jikalau tidak >>>>>Nafsu yang di ikut.
    oleh itu mana yang satu ..yang terdahulu ke atau yang terkemudian ..?

  7. Salaam..

    hai jiwa-jiwa nan tenang kembalilah kepada Tuhanmu dengan reda dan meredai..

    Tuhan berkata-kata kepada jiwa-jiwa nan tenang..
    jiwa nan hening..

    artikel “sanubari atau nuranai” mungkin dapat membantu.

  8. JIKALAU JIwA DAH TENAANG TA PAYAH CERITA.
    Ini masaalah nya sabelum jiwa menjadi tenang?
    Satiap percakapan itu ada dua?

    • Salaam..

      kalau belum tenang berusahalah supaya jiwa itu menjadi tenang..

    • Salamun alaikum

      Kepada Saudara ku Hamdan Mohd,

      Izinkan saya berkongsi pengalaman. Kisah ini benar tapi mungkin aneh jika mengikut kefahaman kebanyakan orang.

      Ada satu ketika saya sedang bersolat fardu Asar dirumah. Tetapi saya tidak mendapat khusyu’ sepertimana yang Nafsu saya sangkakan sebagai khusyu’ sebenar-benar khusyu’. Maka hati saya kecewa yang teramat sangat. Semua ini berlaku ketika saya masih di dalam solat itu. Dengan Taqdir Nya yang Maha Kaya, saya terdengar suara didalam diri saya yang berkalam dalam bahasa ibonda, Dia mengatakan, “Kenapa perlu bersedih? Ketika hati mu lalai, Aku tetap ADA.” Sapaan itu amat lembut dan amat meyaqinkan hati saya. Serta-merta terangkatlah satu hijab yang telah mengganggu saya sepanjang hidup saya. Alhamdulillahi Wallahu Akbar.

      Peristiwa ini membawa saya lebih jauh dan dalam di atas Tafakkur Rabbaniyyah. Kesimpulannya: Kita tidak dapat beribadat dengan sempurna selagi Nafsu masih tercela. Didalam solat pun Nafsu yang tercemar boleh menciptakan kerosakan. Tanpa pertolongan Ilahi, celaka lah jiwa ini. Yaa Arhamar Rohimiin…

      Ampun jika saya melampaui batasan.

      • salam alaika,,

        ante tidak melampaui batas pun.

  9. SALAM ALAIKA HAJIRIKHUSYUK
    saya bimbang disalah-tafsir, mohon supaya delete komen saya di atas. TQ.

    • salam alaika,,

      ana kira tak apa-apa pun,,


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: