Posted by: hajirikhusyuk | Ogos 8, 2009

Ghaib

indahTuhan adalah sesuatu yang ghaib, yang tidak dapat dilihat oleh mata kepala dan dirasai oleh panca indera.  Jikalau demikian bagaimana kunci untuk sampai kepadaNya?

Sesuatu yang ghaib, maka untuk sampai kepadaNya perlukan jalan yang ghaib pula, ….iaitu melakukan hubungan dengan alam ghaib. Untuk melakukan hubungan dengan alam ghaib tidak perlu pergi bertapa ke dalam hutan, gua, gunung atau ke tepi pantai dan sebagainya.

Bahkan dalam kesebukan harian dalam keramaian,…  hubungan ini boleh dilakukan… yang diperlukan ialah keheningan Qalbu. Seseorang itu harus mampu mengheningkan Qalbunya dalan kesebukan yang dilaluinya.

Keheningan ini adalah perbatasan antara alam nyata.. iaitu alam yang kita duduki sekarang ,.. dan alam ghaib. Dalam keheningan inilah signal-signal dari alam ghaib dapat ditangkap,….yang berupa ilham, ilmu laduni  dan sebagainya…

MasyaAllah…


Responses

  1. Allah ada lah sasuatu yang ghaib..>>>>
    Oleh itu di suruh kita sembahyang saolah2
    melihat Allah . Bagaimana cara nya dan rupa
    Nya?. dan >>>>>saolah2 Allah memandang akan kita ,….. di manakah Ia Nya duduk untuk
    melihat kita beramal? ..maaf

  2. Salaam..

    Tingkatan ihsan berbeza-beza bergantung kepada tahap pengertian seseorang,

    tentang soalan bagaimana caranya dan rupanya?

    caranya, yakin bahawa Allah sedang melihat kita, kerana sememangnya Allah itu Maha Melihat,… tentang rupanya pula… tiada satupun yang menyerupainya, ia tak terjangkau oleh fikiran dan imaginasi.

    Allah juga tidak bertempat tetapi Allah juga Maha Meliputi segala sesuatu…

    Inilah yang dikatakan kebingungan-kebingungan yang perlu dilalui oleh seorang pencari… sebelum menemuiNya…

    MasyaAllah

  3. Apa kah istilah matikan diri sabelum kita mati,
    apa pengertian dan jalan perlu di lakukan
    untuk matikan diri?

    • Salaam..
      Fana Dzat, atau Tajali Dzat..

    • Matikan diri adalah mematikan diri kita pada apa yang ada disekeliling kita. Hati/Jiwa hanya tertumpu pada Allah semata2. Jiwa hanya menyebut Allah.. Allah.. Allah.. sehingga pada satu ketika, terasa hati/jiwa syahdu.. hingga menitiskan air mata.

      Tapi perjalanan pada Allah.. tidak hanya pada itu..

      Sekadar sharing.. dan apa yang saya jelaskan mungkin kurang.. wallahualam.

      • Salam..

        Benar sekali Jelita..

        Setelah mendapat respons daripada Allah maka tamatlah perjalanan menuju Allah,.. dan bermula pula lah perjalan bersama Allah..

  4. KAFIR lah ia sakira nya Nafi dan Asbart
    ceraikan…

    • salam,,
      nampaknya macam dah ketemu yang dicari?

  5. Ilmu dan cerita nya memang ada di dengar tetapi kenyataan Nya ….maseh jauh lagi …..tiada kelihatan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: