Posted by: hajirikhusyuk | Ogos 9, 2009

Sang Pencinta

msai

Seorang pencinta akan berusaha sedaya upaya untuk mencari apa yang dicintainya. Begitu juga mereka yang mencintai Allah. Segala usaha ditumpukan untuk memahami tentang kekasihnya,….Allah. Mereka pergi berguru, banyak bertanya dan membaca dan sebagainya. Ini semua adalah kerana ransangan ingin tahun, ingin mengenal diri dan mengenal Allah. Mereka berpegang kepada phrasa-phrasa atau ayat-ayat tersentu, ….seperti Allah itu lebih dekat dari urat leher,.. ke mana sahaja kamu hadapkan wajahmu di situ ada Wajah Allah, …tiap-tiap sesuatu itu akan lebur kecuali Wajah Allah, ….tidak bergerak sesuatu zarah kecuali dengan izin Allah.

Dan banyak lagi kata-kata yang seumpama itu,… yang mendorong mereka berusaha mencari Allah, yang amat mereka kasihi. Seorang pencinta adalah seorang kekasih nan sejati.  Apabila pencinta mula mencari Allah,  maka janganlah berputus asa, kerana bayak ranjau duri yang akan ditempuhi di dalam perjalanan. Hanya mereka yang cekal,… insyallah akan berjaya. Tetapi walaupun pahit,  bagaimana seksa sekali pun,  ia perlu dilaksanakan kerana inilah fitrah sang pencinta,…. untuk mengenal Allah,… di dunia ini,  semasa masih hidup bukan setelah mati.

Pada suatu ketika nanti dalam perjalanan nan suci itu,  sang pencinta  akan mengetahui bahawa tiada jalan atau kenderaan yang dapat digunakan untuk mencapai kekasih yang dikasihi,….Allah.  Dengan itu pencinta tidak akan lagi bersandar kepada ilmu yang diperolehinya,… atau amal yang telah dilakukannya sekian lama. Apatah lagi untuk bersandar kepada ilmu dan amalan orang lain, …. walaupun martabatnya kelihatan tinggi dari pandangan matanya.

Apabila telah sampai ke tahap ini, sang pencinta itu perlu menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah, bagaikan kayu mati dibawa arus sungai,… tiada daya dan upaya,.. hanya upaya arus sungai.

Datanglah kepada Allah tanpa ilmu, tanpa amal, tanpa diri, tanpa makrifat,  tanpa segala sesuatunya,

……..kecuali Allah semata-mata.

MasyaAllah…


Responses

  1. Asalamualaikum

    ..danAllah itu meliputi.

    tak rasa tak tahu, ucapan tanpa rasa adalah dusta.

    terima kaseh salam hormat.

  2. Salaam..

    benar sekali, hai sang pencinta…

  3. Jangan selalu mendengar cerita dan kita kena
    mengaji siapa itu Mohd, kalau mendengar cerita maka mati dalam cerita.

    • Salaam…

      Nur Muhamad itu berasal dari DzaT Allah, kenallah Dzat dahulu…

      Tentang serita itu memang benar kata tuan…

    • salam alaika..

      memang benar, cerita yang kita dengar harus lebih digali lebih dalam dan jangan sampai mati dalam cerita tsb.

      semua rahasia ada dalam diri kita,begitu juga kita memegang rahasia orang. dan rahasia itu hanya ada di dalam diri dan di dalam diri orang yang dirahasiakan itu.

  4. salam..

    nice artikel reading..
    🙂

  5. salam alaik.

    pujilah Allah…

  6. tn Hj …,
    mohon dishare ttg bagaimana memasuki keadaan/hal berserah diri itu…
    kenapa hati & fikiran seperti tak mau ditinggalkan & dengan segala kekuatan ingin selalu bersama dan mengacaukan … sungguh keadaan ini sangat menyiksa dan melelahkan.

    salam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: