Posted by: hajirikhusyuk | Ogos 16, 2009

Pulang ke Allah

lubang jepangHai jiwa-jiwa nan tenang kembalilah kepada Ku (Allah) dengan reda dan diredai, maka masuklah hamba Ku, masuklah ke dalam surga Ku. (QS Al Fajr 89:27-30).

Sebenarnya untuk kembali kepada Allah itu sangat mudah,.. semudah memejamkan mata atau menarik nafas. Setiap saat pun kita boleh kembali kepada Allah. Di mana sahaja kita boleh kembali kepada Allah, hanya yang diperlukan adalah keyakinan, keikhlasan dan kerelaan.

Kita tidak perlu mempunyai ilmu yang banyak,  bahkan tanpa ilmu pun kita boleh kembali kepada Allah. Tetapi nampaknya kita tidak percaya untuk kembali kepada Allah itu sangat mudah, Kita tidak menerima bahawa kembali kepada Allah  itu pekara mudah, oleh itu kita mencari pelbagai ilmu,  yang sesungguhnya telah menghijap kita dari perjalanan kita menuju Allah. Ilmu itu adalah hijab,  pada satu ketika ilmu itu harus ditinggalkan untuk sampai kepada Allah.

Sekali lagi, malangnya kebanyakan orang tidak percaya kembali ke Allah itu mudah. Mereka dihijab ilmu, untuk sampai kepada Allah mesti mempunyai ilmu yang banyak,  contohnya mesti lulus ilmu Kalam, ilmu  Wahyu dan pelbagai macam ilmu lagi. Mereka ini lah orang-orang yang telah terhijab oleh ilmu, jikalau mereka tidak sadar mereka tidak akan maju,… untuk sampai kepada Allah.

Di zaman Rasullulah dahulu, tidak adapun pelbagai ilmu yang ada seperti sekarang.  Umat di zaman Rasullulah diberikan kefahaman tentang Tawakal, Yakin, Ihsan, dan Reda…… dan kebanyakan mereka telah berjaya kembali kepada Allah semasa mereka masih hidup lagi, ….semasa mereka masih berjasad lagi.

Kembali kepada Allah bukan dengan amal, bukan dengan ilmu, bukan dengan apa-apa pun, cukuplah hanya dengan Penyerahan Diri dan Kerelaan untuk kembali kepada Allah. Allah lah yang akan memperjalankan kita, …  kita hanya berserah diri kepadan Nya,  … selanjutnya mengikut apa yang dikehendaki Nya.

Allah tidak perlukan ilmu kita, amal kita, harta kita,…. tetapi ia mahukan Kerelaan kita, …. Penyerahan Diri kita kepadanya secara keseluruhannya.

Sememangnya, Allah tidak terjangkau oleh akal fikiran dan imaginasi,… tetapi Allah Maha Meliputi, dan ia lebih Hampir dari urat leher kita sendiri,

Oleh itu, kembalilah kepada Nya dengan Reda,…..dengan Penyerahan Diri secara total…hanya untuk NYA.

MasyaAllah…


Responses

  1. Assalamualaikum.
    Sy mengikuti blog ni sejak beberapa ketika. Sy rasa ia byk membantu sy utk tidak ‘takut’ kepada istilah2 mcm makrifat, mati sebelum mati, kembali kepada Allah, sufi dan yg seangkatan dengannya. Sy tak pasti tp sy dapati penjelasannya byk yg singkat dan mudah difahami. Bahkan kadang2 mmg boleh di amal terus. Maaf, kerana sy ade mengamalkan terus beberapa pendekatan yg disyorkan dlm blog ni tanpa minta kebenaran dulu.
    Harap2 sy dapat mengikuti tulisan dlm blog ni terus2an.

    Terima kasih. Wassalam

  2. Salam..

    Alhamdullilah…

    Tuan haji boleh guna apa-apa yang bermanfaat di dalam blog ini tanpa izin.. semuanya milik Allah..

    syukurlah kepadan Nya..

  3. Boleh dibaca dan di fahamkan ….bahawa Ilmu Allah itu luas dan ada Ilmu2 untuk mendekatkan diri dengan Allah itu … ada saluran yang tertentu
    serta ia memerlukan Guru untuk menerangkan
    bab2 yang tertentu…….semuga mendapat kefahaman di samping Rahmad dan Shufaat NYA
    …….Alhamdullillah…..semuga di betkati Ilmu itu

    • amin..

  4. salam alaika..

    alam ini tiada batasnya..
    engkau pergi kesana pasti ada yang sejati..
    yaitu aku sejati…tapi bukan Aku..
    lantas siapa lagi.. Aku bukan aku…
    yaitu Aku sejati..
    Yang tiada Akhir dan tiada Awal
    tiada ruang tiada batas…
    meliputi dan diliputi..
    diliputi dan diselimuti…
    diselimuti dan dipeluki..
    dipeluki dan dikekapi
    dikekapi dan diliputi..

    bayangkan tiada habisnya kasih sayang Allah kepada Hambanya. Yang menyelimuti hamba-hambanya setiap waktu..

    • salam alaika,,

      makasih

      • salam alaika..

        makasih kembali tuan haji
        tolong tambahkan lagi artikel-artikelnya karna ana sudah baca semua.
        tpi tinggal difahami

      • salam alaika,,

        insya Allah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: