Posted by: hajirikhusyuk | Ogos 26, 2009

Mikraj

k rooSolat adalah mikraj orang mukmin. Sudah benarkah kita bermikraj ketika solat. Adakah syarat-syarat mikraj telah kita penuhi semasa solat. Hanya kita sendiri yang dapat menjawabnya, orang lain tidak  tahu.

Secara dasarnya Mikraj adalah proses mengosongkan diri dari semua yang lain (ghayr) kecuali Allah. Mikraj ini terbahagi kepada dua golongan iaitu Mekraj Kecil dan Mekraj Besar.

Mekraj Kecil ialah berusaha sedaya upaya keluar dari diri sendiri dengan suluk dan mujahadah untuk kembali kepada Allah, di samping itu ia juga berusaha dengan gigih dan tanpa jemu untuk menghapuskan atau mengawal nafs, iaitu nafsu dan keinginan-keinginan duniawi. Dan ini adalah cara bagi ahli-ahli ibadah, yang kewarakannya jelas  terlihat oleh orang lain.

Manakala Mikraj Besar adalah nafi dan isbat,  iaitu menafikan  ghayr (selain Allah) dan mengisbatkan Allah,  supaya seseorang itu binasa diri (mati sebelum mati) dan Kekal  dalam Allah. Dan ini adalah bagi ahli-ahlli makrifat, yang tiada sebarang tanda yang menunjukkan ia adalah seorang yang warak atau hampir kepada Allah, …tetapi mereka tetap bersatu dengan Kekasihnya….. Allah.

Dengan pertolongan Allah jua, seseorang itu dapat menukar liqanya (aspek wujudnya) menjadi Liqa Allah.

Dan sangat beruntunglah mereka yang demikian.

MasyaAllah.


Responses

  1. Salam..

    Berjalan menuju kepada Allah dilakukan dgn beramal ibadat..berjalan bersama Allah bagaimana cara nya pula & bagaimana dikatakan berjalan bersama Allah..?

    Terima kasih..

  2. Salamm..

    Berjalan bersama Allah, adalah bagi mereka yang telah menamatkan perjalanan pertama, iaitu perjalanan menuju Allah,..

    perjalanan bersama Allah adalah bagi mereka yang telah terbuka Mata Hati,.. iaitu mereka yang telah melihat Allah dengan mata hati, yang telah melihat Hakikat Ketuhanan di dunia ini.

    jadi setiap yang mereka lakukan seperti beramal ibadah, bekerja, bermain, bergerak dan diam adalah dengan kehadiran Allah, yang dilihatnya dengan mata hatinya.

    Allahu aklam.

  3. Salam

    Apabila hati dipenuhi rasa rindu pd Allah, siang mlm & dlm segala keadaan asyik terkenangkan Allah, adakah itu sdh dikira bersama dgn Allah atau masih dlm perjalanan menuju Allah..?

    Terima kasih..

  4. Salamm..

    masih rindu dan masih terkenangkan..tetapi masih belum bertemu…

    bagi ana masih dalam perjalanan menuju kepada KekasihNya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: