Posted by: hajirikhusyuk | September 8, 2009

ILham hatiku

matahariHati kecilku sering berkata;  ikutilah,  laksanakanlah dengan ikhlas segala pesanan benar yang telah kau ketahui, kalau tidak kau laksanakannya dalam kehidupanmu seharian,  maka seakan-akan ia tidak kau ketahui dan tidak akan memberikan manfaat kepadamu.

Hai hatiku apakah  yang harus ku laksanakan?

Laksanakanlah kata-kata hatimu itu dengan benar:

Bahawa orang yang sentiasa tenggelam dalam ingatan kepada NYA adalah Diri NYA sendiri.

Barangsiapa  yang mengetahui bahawa sesungguhnya dia tiada, yang ada hanya Allah, maka sesungguhnya Dia telah mengenal Tuhannya yang Maha Esa.

Bersyahadah itu bersaksi kepada yang Disaksikan dan berzikir itu mengingat yang  Dilihat.

Sesungguhnya Dia adalah bukti nyata atas Diri NYA  sendiri.

Si Fakir nan arif melihat Dia dengan Diri Nya Sendiri.

Akulah bukti akan Dia, kerana Aku dan Dia tidak pernah menyatu, kerana Aku dan Dia tidak pernah mendua. Aku dan Dia tidak perlu bersatu kerana,…Akulah…Dialah…Aku.

Betapa Tuhan dapat dilihat oleh selain Diri NYA,….tidak mungkin,…Hanya Dia melihat Diri NYA  Sendiri. Inilah dia Isbatul Yakin..


Responses

  1. Serahkan semua urusan kepada Allah
    Hiduplah dalam kekinian
    Jangan risaukan apa yang telah lewat
    dan apa yang ada didepanmu
    Biarkan kehendakNya mengalirimu
    dan mengajarimu Jalan Kebenaran

    Sesungguhnya kau tak memiliki apapun
    dan tak kuasa atas apapun
    Cukuplah kau berserah diri padaNya
    karena Dia jualah yang akan mencukupimu
    Renungkanlah o pejalan fakir
    Masukilah relung-relung kesunyian hatimu

    Jiwa-jiwa ini ada dalam genggamanNya
    bahkan bersitan hati sebesar zarah
    tak luput dari IlmuNya,Yang Maha Meliputi
    Ambilah hikmah tersirat dengan bashirahmu
    pada setiap fenomena lahir
    yang menyapa tiada henti

    Biarkan cahayaNya mengalir
    menerangi setiap sudut nuranimu
    hingga kegelapan berganti terang cahaya
    Singkirkan ego dan keinginanmu
    Sambutlah Harta Yang Terpendam
    Biarkan cahaya itu memancar ke alam raya

    • amin,,

      • Salam Haji,

        Bagaimana saya nak baca blog baru? saya cukup minat baca, dan mengenal diri.

        terima kasih,
        Firdaus.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: