Posted by: hajirikhusyuk | September 11, 2009

Kufur

msaiKufur adalah menutup Keesaan Allah dengan tabir yang banyak..kejamakan, segala apa yang kelihatan di dunia ini adalah sebagai tabir yang menghalang  penglihatan kepada Allah.

Syirik pula adalah menganggap Wujud Allah yang satu sebagai dua, atau lebih daripada dua, syirik sentiasa beralaku sama ada di dalam ibadah atau di luar ibadah, kecuali bagi mereka  yang telah kasyaf, iaitu yang telah melihat Wajah Allah.

Menurut Syariat, kufur dan syirik adalah kotoran dan dosa yang perlu dibersihkan atau dibuang terlebih dahulu supaya amal ibadah yang dilakukan mendapat pahala daripada Allah.

Menurut Tarikat kufur dan syirik adalah cinta kepada dunia, kerana cinta dunia telah membuatkan mereka terhijab daripada Allah.

Manakala menurut Hakikat pula kufur dan syirik adalah mengadakan gyair (selain Allah), dan tidak melihat Keesaan Allah di sebalik yang banyak, iaitu di sebalik apa yang kelihatan di alam maya ini.

Walaupun Allah telah menperingatkan manusia di dalam Al-Quran bahawa Tuhan itu adalah Satu,.. Esa. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengindahkan firman Allah ini, mereka tetap mensyirikkan Allah dalam setiap apa yang mereka lakukan. Dan Allah juga telah mengingatkan bahawa kebanyakan manusia tidak beriman kepada Allah tanpa menyekutukannya atau mensyirikkannya.

Firman Allah Albaqarah:ayat 163: Sesungguhnya Tuhanmu adalah Tuhan yang satu.

Firman AllahSurah Yusuf ayat 106: Dan kebanyakan mereka tidak beriman dengan Allah tanpa menyengutukan yang lain dengan NYa.

Syirik bukan senang dilihat Ia menyerap dalam semua orang, umpama semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pula, kecuali bagi mereka yang sudah makrifah. Syirik dan kufur ini hanya dapat dihapuskan apabila seseorang itu mengEsakan Allah dalam setiap yang dilakukannya.

MasyaAllah.


Responses

  1. Apakah yang di makssudkan dengan ..
    Qadak dan Qadar….Untung baik dan untung
    datang nya dari Allah T?A

    • Qada dan Qadar adalah ketetapan Allah yang telah ditentukan dari azali lagi, disusuli dengan kejadian-kejadian sebagaimana yang telah ditentukan.

      Hukum alam yang berkaitan dengan kehidupan manusia adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

  2. Jadi ……adakah di satiap kejahatan yang telah dilakukan dan akan berlaku itu pun adalah aturan Allah???
    Dan di mana fungsi nya Akal yang di miliki itu?

    dan adakah dengaan ini tindak tanduk dari Allah …..untuk menghukum akan kita?/
    maaf …..tk

    • setiap pilihan perbuatan itu sudah ada kesudahannya, sama ada pilihan itu baik atau jahat.

      Kerana Allah memberikan kuasa kepada ante untuk memilih sama ada perbuatan baik atau jahat, jahat dibalas jahat dan baik dibalas baik.

      Oleh itu anda dikurnia atau dihukum berdasarkan pilihan anda, oleh itu pilihlah berdasarkan yang telah digariskan Al Quran dan Hadis.

  3. terima kaseh…

    • terima kasih kembali.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: