Posted by: hajirikhusyuk | September 30, 2009

Al Muntahi (bhg. 9)

fsAl Muntahi: bahagian 9.

17. Firman Allah SWT: QS AS SAFFAAT 37: 96: Bahawa Allah menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu.
Dan lagi Firman Allah SWT: QS Hud 11:56: Tiada sesuatu yang melata di muka bumi, melainkan Dialah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku di jalan yang lurus.
Dan lagi sabda Rasullulah SAW: Tiada daya dan upayaku kecuali dengan izin Allah.
Sabda Rasullulah lagi: Tidak bergerak suatu zarah kecuali dengan izin Allah.
Sabda Rasullulah lagi: Baik dan buruk itu daripada Allah SWT.
Firman Allah SWT QS AL MURSALAT 77:30: : Dan tidak berkehendak mereka itu seorang jua pun melainkan dengan kehendak Allah jua.
18. Sekelian dalil dan hadis ini isyarat kepada : Siapa yang mengenal diri maka mengenal Tuhannya,  lain daripadanya tiada.
Dan kata Syeikh Muhyildin Arabi:
Telah haramlah atas segala yang berahi bahawa memandang lain daripadaNYA,
Apabila ada keadaan Allah dengan cahayaNYA giling gemilang.
Barang segala yang ku katakan dan bahawa Engkau jua Esa, tiada lain
Suatupun daripadaMu maka sekarang barang lain daripadaMu itu seperti haba adanya.
 
Seperti Firman Allah SAT: QS AR RAHMAN 55: 29: Pada segala hari Ia dalam kelakuanNYA
Bersambung ke bahagian 10.
 

Respon

  1. untuk mengenal diri itu >>> apa kah yang hendak di kenal? serta bagaimana cara2 nya>..serta apa kah faedah nya??? maaf

    • untuk mengenal diri adalah mengenal ruh seterusnya allah,,

      banyak berzikir,,

      supaya tidak syirik kepadanya.

  2. Apa kah cara nya yang hendak di buat >>>untuk muhasabah diri?>>>>> apa2 yang di perlukan untuk di muhasabah kan (barang2 yang berkaitan)

    • telitilah apa yang telah ente lakukan selama ini,,
      sama ada ia berfaedah atau seballiknya.

  3. Baik dan buruk itu semua nya daripada Allah>>>?
    (Rukun Iman ke 6)>>>apa kah huraian nya dan bagaimana kah jalan nya???

    • salam,,

      adakah selain Dia yang lebih berkuasa?

      • n/b: baca juga tulisan “baik dan buruk”

  4. Kuasa Nya tidak terhingga ….
    tetapi cerita Ilmu Nya dan jalan nya untuk kesampaian nya itu macam mana ?

    Sekira nya semua nya di pulangkan diatas kuasa Nya…..apa kah itu Ilmu dan Amalan??? untuk kita
    menerokai nya untuk sampai kapada Ke Esaan Nya ??

    • salam,,

      kuncinya adalah Dzat Allah Yang Maha meliputi,,

      dapatkan itu dahulu,,

      yang lain akan datang dengan sendirinya,,

      caranya mendapatkannya,, adalah
      dengan anugerahnya,,

      tapi jikalau ente ikhlas,,
      dan selalu meneliti tulisan-tulisan
      yang ada dalam blog ini,,

      jawapanya sudah ada di sini,,

      tapi,, sudahkah sampai masanya,,

      Dia mengkehendaki ente
      sampai kepadanNYa,,

      itu haknya.

      yang lain hanya dapat menunjuk jalan,,
      dia sendiri yang yang memilih ente.

  5. barang siapa menuju kepada Allah dgn bersungguh …Allah akan tunjukkan jalan yg tak pernah ia ketahwi dan dibukakan rezeki yg tak pernah di sangkakan..
    Menampakkan kebesaran Allah yg selama ini di alam hayalan dan angangan tersingkap.
    Maka leburlah segalanya di dlm tiada daya upaya lagi semuanya didlm kekuasaan Allah belaka .


Tinggalkan Jawapan kepada hamdan mphd Batal balasan

Kategori