Posted by: hajirikhusyuk | Oktober 2, 2009

Penampakan

P7250335Terdapat seseorang yang mendapat tajali sifat-sifat Allah pada dirinya, tetapi sayangnya sifat-sifat kemanusiannya tetap menebal pada dirinya, sehinggakan sifat-sifat Tuhan yang tertajali itu menjadi terpinggir dan tidak memberi manfaat kepadanya.

Sedangkan semasa sifat-sifat Tuhan bertajali kepada seseorang, sifat Tuhan itu dan sifat hamba akan menjadi tunggal, tiada dualiti sifat di situ,  namun hanya sedikit sekali yang dapat memanfaatkan dan menyadari tajali sifat Tuhan tersebut, dan beruntunglah mereka yang memahami perkara ini dan sangat merugilah mereka yang tidak menyadari Tajali Sifat Tuhan tersebut, seumpama sifat-sifat Tuhan tidak pernah bertajali kepadanya.
Sungguh rugi  sekali jikalau sifat Tuhan yang telah tertajali kepada seseorang itu tidak dapat disadari dan dimanfaatkan,  dan kerana itu janganlah menyalahkan orang lain tetapi salahkanlah diri sendiri kerana tidak mahu berusaha untuk memahaminya. 
Penampakan Tuhan pada hambanya melalui sifat-sifatnya  merupakan pemuliaan diriNya kepada seseorang itu. Dengan itu seseorang itu menggunakan sifat-sifat Allah dalam kehidupannya. Sanggat beruntunglah orang sedemikian itu.
Ini berbeza dengan tajali Dzat kepada seseorang itu yang mana KehadiranNya akan menyebabkan  kefanaan seseorang itu dan yang tinggal hanyalah yang Hak. Dirinya hancur lebuh (bahasa kiasan) dan tidak kelihatan lagi.
Hanya yang Mulia dan Perkasa yang kelihatan dan tiada satupun yang dapat menandingiNYA.

MasyaAllah..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: