Posted by: hajirikhusyuk | Oktober 5, 2009

Al Muntahi (bhg. 10)

solat=kapalAl Muntahi (bhg. 10)

19. Pada zahirNya berbagai-bagai, tetapi pada DzatNya  tidak berbagai-bagai dan tiada berubah kerana Ia, seperti Firman Allah QS Al Hadid 57: 3.

Dia Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin.

AwalNya tidak ketahuan akhirNya tidak berkesudahan zahirNya amat tersembunyi dengan batinNya tidak kedapatan. Memandang diriNya dengan diriNya, melihat diriNya dengan DzatNya dengan SifatNya dengan AfaalNya dengan AtharNya (bekasnya). Sungguhpun namaNya empat tetapi hakikatNya esa.

Seperti kata Syeikh Muhyildin Arabi: Menunjukkan AdaNya dengan AdaNya.

Sementara itu, Imam Muhammad Ghazzali berkata: Alam ini daripadaNya dengan Dialah tetapi sekelianya Dia.

Kata Kimiyai Saadat:

Wujud kami daripadaNya dan kuasa kami dengan Dia,
Tiada bezanya antaraku dan Tuhanku melainkan dengan dua martabat. (martabat Tuhan dan martabat hamba).
Inilah ibarat kata-kata: Siapa yang mengenal dirinya mengenal ia Tuhannya.

 

20. Allah SAW tidak bertempat dan tidak bermisal. Mana ada tempat jika lain daripadaNya tiada? Mana tempat, mana misal, mana warna?

Hamba pun demikian lagi hendaknya jangan bertempat, jangan bermisal, jangan berjihat enam, kerana sifat hamba (adalah sifat) Tuhannya, seperti kata-kata berikut:

Apabila sempurna Fakir,  maka Ia itu Allah dan hidupNya dengan hidup Allah.

Maulana Abdul Rahman Jami berkata:

Kepada kekasih yang tidak berwarna itu (Allah) kau kehendak, hai hati
Jangan kau padamkan kepada warna mudah-mudahan, hai hati
Bahawa segala warna daripada tidak berwarna datangnya, hai hati
Barangsiapa mengambil warna daripada Allah itulah terlebih baik, hai hati !!!

 Bersambung ke bahagian 11.


Responses

  1. Allah nama zatku
    Muhamad nama sifatku.
    Allah,muhamad dlm kesatuan wujud yg mempunyai dua wajah
    wajah ketuhanan dan wajah kehambaan..

  2. ITULAH AKU…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: