Posted by: hajirikhusyuk | Oktober 8, 2009

Sufi dan Firaun

hutan hijau

Apabila Allah bersemayam pada Arasy (segala yang ada) maka ia sebati di dalam sifat-sifat Rahmaniahnya (sifat yang memberi wujud pada sekelian yang ada). Begitu juga apabila Allah bersemayam dalam Qalbu seorang mukmin, maka sifat uluhiyah (ketuhanan) bersebati di dalam diri Ihsan (makrifatullah).

Begitulah rahasia kesebatian sifat-sifat ketuhanan terhadap Ihsan,  sehinggakan, kerana sifat-sifat kekuasaan  luar biasa yang mereka ada (pinjam), ada di antara mereka yang sanggup mengaku diri sebagai Tuhan.  Seperti Firaun yang berkata: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku’…

Ucapan Firaun ini berdasarkan kehendak dan kesadaranya sendiri. Beliau tidak hanya menyebut kata-kata ‘Tuhan’ tetapi juga menyebut kata ‘selain aku’. Bermakna beliau menyebutnya dalam kesadaran, bahawa “tuhan” dan “aku” adalah dua entiti yang berbeza.

Sikap yang diambil Firaun adalah berbeza dengan yang diambil oleh Sufi. Sufi terkenal, Abu Yazid Bistami berkata: Aku Allah. Beliau berkata demikian dalam keadaan yang tenggelam dalam makrifah Allah dan telah hapus rasa kediriannya. Bermakna semasa beliau menyatakan perkataan itu beliau berada dalam ketiadaan… Fana.

Maksud Abu Yazid berkata: Aku Allah, adalah beliau membuktikan kewujudan Allah dalam dirinya, sehinggakan beliau (Abu Yazid) menjadi Fana (diri beliau sendiri tidak ada), dan yang tinggal hanyalah Allah. Maka dengan itu terucaplah pengakuan ketiadaan dirinya itu.. Aku Allah (maksudnya hanya Allah). Dirinya sudah tiada lagi, sudah Fana.

Maka seharusnyalah  beliau itu dimaafkan sebab walaupun ungkapan itu luar biasa, tetapi ia timbul di luar kesadarannya. Ucapan ‘luar biasa’ seumpama itu tidak akan dinyatakan  oleh seorang Sufi dalam kesadaran, kerana mereka tahun apabila diucapakan dalam kesadaran maka itu  adalah kufur dan syirik.

Di sinilah perbezaan antara ucapan Firaun:’ Akulah Tuhanmu yang paling tinggi’. Beliau mendakwa dirinya sebagai tuhan dan diucapkan dalam penuh kesadaran dan dengan penuh keangkuhan.

Berbeza dengan apa yang diucapkan Sufi Abu Yazid: Aku Allah. Beliau mengungkapkan ini dalam ketidaksadaran dan kefanaan, dalam keadaan asyik menyaksikan keagungan Allah di dalam dirinya,  yang nampak baginya hanyalah Dzat Allah SWT.

MasyaAllah.

 

 


Responses

  1. di dalam keadaan fana ,seseorg itu mengalami suatu keadaan yg ia merasakan dirinya tidak ada sama sekali.
    Timbul perkataan yg menyalahi pd pandangan awan tetapi pdnya tidak menjadi kesalahan pd hukum kerana diluar kesedaran biasa
    krn yg brkata Allah sendiri..,salik lebur dlm Allah.

  2. di mana kah letaknya diri kita selepas mati…setelah kita menjadi allah?

  3. Saudara Zul
    bukan menjadi Allah..,tapi memang diri ini adalah Allah.,jazad adalah bayangan semu (fana) akan rusak.
    Ruh kembali pada Allah
    jazad dikubur


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: