Posted by: hajirikhusyuk | Oktober 9, 2009

Wujud diri

hutan hujan 

Menghapuskan wujud diri sendiri itu, iaitu selain  Allah, inilah taubat yang hakiki. Apabila diri dan kendirian lenyap,…. juga disebut fana, maka seseorang itu akan sampai ke makam Keesaan. Pada ketika itu Tuhan memakrifarkan Dirinya dengan kekasihNya.

Tempat keesaan ini (Wahdat) adalah tempat hakikat yang sebenar, hakikat bagi segala hakikat, tempat kesatuan dan keesaan dengan Tuhan Yang Maha Pencipta. Itulah tempat makhluk yang dinamakan hamba berhadap-hadapan dengan Khaliq (penciptanya) yang disembah sebagai Tuhan. Inilah tempat yang dikhususkan untuk para nabi, wali dan kekasih Allah.

Apabila wujud Ihsan bersatu dengan wujud Allah, maka wujud kedua-duanya itu tidak lagi berasingan dan terpisah. Pada hakikatnya wujud yang satu itu jua.

Yakinlah,,,  apabila Ihsan (makrifatullah) berhadapan dengan Tuhannya, diri akan lebur dan fana , juga disebut ‘mati syahid’, iaitu mati dalam penyaksian Dzat Allah, tiada wujudnya lagi, yang ada hanyalah Wujud Yang Maha Kekal,.. Dzat Allah. Ketika itu Ihsan tidak lagi mahu berpisah dengan Tuhannya, apa yang dicarinya selama ini telah ditemukan, sehingga wujudnya yang adam (kosong) tidak akan lagi berpisah dengan wujud Yang Kekal.

Apabila semua perhubungan dengan dunia telah terputus (jangan ambil maksud lahiriah), dan Ihsan telah bersatu dengan Tuhannya, maka si Ihsan akan menerima kekudusan dan kesucian yang kekal, yang mana tidak ada cacat dan celanya, dia menjadi seorang yang dimaksudkan Allah dalam Firmannya,

QS Al A’raf  7:42: Dan orang yang beriman dan beramal salih, tidaklah Kami berati diri seseorang, melainkan sekadar tenaganya, mereka ini penghuni surga, dan  mereka kekal di dalamnya.

Inilah yang harus kita usahakan semasa masih di dunia ini, sehingga kita mencapai Isbatul yakin, iaitu menyaksikan Allah dengan mata hati.

MasyaAllah.


Responses

  1. masyaallah haji…. hamba suka dgn post ini

    • terima kasih..

      subhanallah.

  2. Assalamu alaikum maaf mau nanya bukankah makhluk degan tuhan tidak kan pernah bersatu (ittihad) dan juga berpadu (hulul) dalam artian, makhluk ya makhluk, tuhan ya tuhan. Apakh maksud ente di atas bersatu itu bersatu degan baqa billah ?

    • makhluk ya makhluk,, tuhan ya tuhan,,

      makhluk tetap makhluk, tuhan tetap tuhan,,

      tidak mungkin makhluk menjadi tuhan,, dan tidak tuhan menjadi makhluk,,

      tidak ada ittihad dan tidak ada hulul,,

      dalam keadaan ini tiada ittihad dan hulul,, kerana untuk itu berlaku memerlukan lebih dari satu,,

      sedangkan tuhan dengan makhluk esa jua.

  3. Assalamua’alaikum WrWb.
    Ijin kan lah saya bertanya tentang hal di atas iaitu pasal Wujud diri.

    Diatas disebutkan : Yakinlah,,, apabila Ihsan (makrifatullah) berhadapan dengan Tuhannya, diri akan lebur dan fana , juga disebut ‘mati syahid’, iaitu mati dalam penyaksian Dzat Allah, tiada wujudnya lagi, yang ada hanyalah Wujud Yang Maha Kekal,.. Dzat Allah. Ketika itu Ihsan tidak lagi mahu berpisah dengan Tuhannya, apa yang dicarinya selama ini telah ditemukan, sehingga wujudnya yang adam (kosong) tidak akan lagi berpisah dengan wujud Yang Kekal.

    Yang saya tanyakan :
    1. Apakah yang dimaksud “Mati Syahid” setelah penyaksian Zat Allah yang tiada wujudnya lagi hanyalah Wujud yang Maha Kekal yaitu Dzat Allah ?
    2. Apakah maksud daripada Penyaksian Dzat Allah dalam Peleburan diri ?

    demikian, atas perhatian dan jawabannya, sebelum dan sesudahnya “Al-Haq Wujud Diri” ucapkan terima kasih

    • selagi sorg itu masih lgi ada ujud diri ,selagi itulah ia tidak akan dpt mengenal yg hak dgn sebenarnya .
      Selagi ada makluk tidak akan menampakkan yg hak.
      Hilangkan serba dirimu nyatalah hak..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: