Posted by: hajirikhusyuk | Oktober 13, 2009

Melihat Dia

hutannBagi yang telah sampai kepada Allah, melihat, merasakan dan bertemu denganNya itu adalah suatu rahasia.

Dan tidak boleh diceritakan tentang pertemuan itu, cukup bagi dirinya sendiri yang mengetahui.

Bagaimana mungkin pertemuan itu dapat diceritakan, kerana jikalau diceritakan dengan lisan, maka ia menjadi suatu kesalahan, kerana yang keluar dari lisan itu adalah bersifat baharu ( sedangkan Allah itu muhalafah lil hawadith – berbeza dengan yang baharu).

Bagaimanapun, bagi mereka yang telah bertemu dengan Allah dan meraskan kehadiran   Allah, mereka sendirilah yang tahu bagaimanakah rahasia pertemuan itu. Orang lain tidak akan dapat meneka pertemuan itu, kerana hanya yang merasa yang mengetahui.

Bagi mereka Allah itu  Maha Meliputi sekelian alam termasuk diri mereka sendiri (zahir dan batin). Dan yang paling penting, harus ingat, melihat Allah itu tidak boleh  dibayangkan  dengan sesuatu yang kita lihat, atau sesuatu yang pernah kita lihat sebelum ini.

Apabila Allah dibayangkan  dengan sesuatu yang kita lihat,  maka itu adalah suatu kesalahan, kerana masih melihat Allah dengan membayangkan sesuatu  denganNya, sedangkan bayangan itu adalah muhadith (sesuatu yang baharu), dan ini bersalahan dengan Sifat Dzat Allah.

Bagai manapun, sesuatu bayangan  (wujud)  yang terlihat atau pernah dilihat itu, hanyalah sebatas bayang-bayang atau kenyataan sifat-sifat Allah sahaja,  sekadar penghubung  bagi menyampaikan kepada yang dituju  (Allah).

Kita yakin  bahawa  sebagai analogi, bayang-bayang  itu tidak pernah terpisah dengan Tuan Yang Punya bayang-bayang (Allah), bahkan bayang-bayang itu adalah tanda wujudnya Allah.

Jikalau demikian boleh sahaja demikian adanya.
(lihat juga ‘Tauhid penyaksian’)

MasyaAllah.


Responses

  1. Kita ambil teropong….. kita teropong gunung..
    gunung di dalam teropong …. sama dengan
    gunung di luar teropong……jadi kita ini adalah
    gunung di dalam teropong>>>???

    • mikrokosmos dan makrokosmos, cuba fahamkan antara kedua ini.

  2. melihat allah tidak semudah kita bayangkan… yang pertama kita harus mengetahui hakikat wujudNya

    • salam alaika,,
      mungkin ante tidak keberatan untuk sharing dengan pembaca tentang
      apa yang ante katakan,,
      ‘yang pertama kita harus mengetahui hakikat wujudNya’.
      makasih.

      • salam alaika

        afwan sya lupa membalas perkataan bang haji.. hakikat wujud Allah.

        1. Wujud Allah swt. merupakan wujud yang mutlak yang tidak bisa dipersepsikan oleh apa sja
        2. Wujud Allah merupakan Wujud kesempurnaan Dzat, sifat, dan af’al
        3. Wujud Allah itu sendiri bukan berupa CAHAYA… jdi jng salah tafsir klo Allah itu berupa cahaya… ” MASA’ CAHAYA MENCIPTAKAN CAHAYA!!!”

        “kita bisa melihat Wujud Allah swt. bila sesuatu di alam semesta MUSNAH!!! dan hanya ANDA dan ALLAH MAHA MUTLAK YANG ADA..”

      • salam alaika,,

        yang ante katakan ini suasana fana,…

        untuk santapan jiwa,, bagaimana pula suasana baqa????

        kerana keselamatan adalah di dalam baqa.. bukan… fana.

      • salam alaika

        wallahualam bang Haji

      • salam alaika,,

        lihat yang satu dalam yang banyak.

      • salam alaika,,

        makasih.

  3. salam alaika..

    tertuju kepada yang satu dari yang banyak..
    itulah kesempurnaan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: