Posted by: hajirikhusyuk | Oktober 14, 2009

Isbatul Yakin

lautanAllah SWT amat nyata, Dia lebih nyata daripada apa yang tersembunyi, tetapi bagaimanakah kita melihatNya? Ya,,, kita melihatnya dengan mata hati  terhadap  nikmat yang diberikanNya kepada kita, apa sahaja yang ada pada diri kita adalah nikmatNya atau anugerahNya. Dengan lain perkataan inilah yang dikatakan rahsia pandangan mata hati.

Apabila kesadaran ini tertanam dalam hati nurani kita, bahawa Allah sentiasa meliputi diri kita dengan nikmatNya, maka dengan itu mudahlah kita mengingatinya, walaupun 24 jam sehari, kerana semuanya adalah nikmat Allah kepada kita. 

Cuba fikirkan apakah nikmat Allah itu yang sentiasa ada bersama kita? Ya,,, antara nikmat Allah yang ada pada kita, ambil sedikit sahaja sebagai contoh, seperti  degupan jantung, turun naik nafas, peredaran darah dan penglihatan mata kita.

Dengan itu:

Siapakah yang mengatur jantung kita sehingga ia berdegup  setiap saat?
Siapakah yang mengatur naik turun nafas kita?
Siapakah yang mengalirkan darah kita  keseluruh tubuh  kita?
Siapakah yang mengatur kerdipan dan penglihatan mata kita?

Ya,,, sudah pasti semua itu Allah yang mengatur dan Allah yang mengawasi kehidupan kita. Sehinggakan semuanya berjalan dengan lancar tanpa campur tangan daripada kita.

Jikalau kesadaran ini telah tertanam, maka dengan itu mudahlah kita dapat mengingati Allah, kita akan sentiasa ingat Allah, maka itulah yang dikatakan kita mengingati Allah sama ada berdiri, duduk atau berbaring. Kuncinya adalah pada kesadaran, dan  itulah yang dikatakan menginagati Allah secara rahasia.

Jelaslah,,, setiap yang ada pada kita adalah  nikmat Allah, sebagai bukti bahawa Dia meliputi diri kita. Seperti Firman Allah QS Al Zariyat 51:21: Dalam diri kamu mangapa tidak kamu perhatikan.

Kesadaran inilah yang akan membawa kita lebih dekat kepada Allah, kerana kita tahu Allah sentiasa ada bersama kita dan di mana pun kita berada. Hanya mereka yang mempunyai kesadaran ini, akan merasakan kebahagiaan  dan tiada kekuatiran dan ketakutan pada mereka kerana mereka sadar Allah sentiasa bersama mereka.

Tanamlah kesadaran ini dengan kukuh kerana dengan kesadaran itulah seseorang dapat mengenal Allah dengan benar dan melihatNya dengan mata hati,,, Isbatul Yakin, …. melihat Allah dengan nyata di dunia ini.

MasyaAllah

 


Responses

  1. Perlu ka pangkal jalan dengan Keshukuran apa
    yang telah di anugerahkan oleh Allah demi
    kebesaran Mu Ya Allah

    • amin.

  2. untuk itu sdr ku yang mulia, ….tanggal kan tanggalkan…….wujud diri mu yang di wujudkan kepada …. wujud yang qodim……selagi masih ada wujud mu, maka wujud Nya tidak akan tampak………. dari saya -makah al-mukaramah

    • salam,
      selamat datang,,
      saudara pengembara.

  3. salam sdr ku…..tahniah atas blog yang sdra usahakan ini yang fokus nya lebih menjurus kepada hal hak ketuhanan, ke akuan dan penauhidan….syabas…..moga ruangan ini akan dapat memberikan pengetahuandan membuka minda kepada para pencinta ruangan khusus nya mereka yang sedang tercari cari hakikat diir nya yang sebenar….syabas ….salam perkenalan……

    • terima kasih kembali saudara pengembara,
      segalanya untuk Allah.

  4. salam.
    “lihat dgn pndgn mata hati” ap yg dikatakan dgn pndgn mata hati itu?? bgaimna hndak memperhalusi mata hati itu??

    • rasa….
      kalau tak silap,, ana telah bincangkan dalam salah satu tulisan di blog ini,,

      • Salam Haji. Di dalam kesedaran kita sememangnya mengetahui setiap perilaku adalah Hak Allah semata-mata. Apabila kita berada di dalam keadaan tenang, kita mengakui semuanya dari Allah, tetapi apabila berlaku ujian atau musibah atau kecelakaan pada diri Kita, seringkali terlupa bahawa setiap kejadian datangnya dari Allah. Contohnya apabila berlaku pergaduhan atau kecelakaan yang menimpa diri kita. Bagaimana untuk konsisten setiap kejadian adalah datang dari NYA dan kita tidak mudah melatah dan faham Allah bersama dengan kita

      • salam alaika,,
        sabar, dan ingat,
        tiap-tiap yang berlaku,
        adalah dari allah,,
        dan yang lebih penting
        kembali kepadanya,,


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: