Posted by: hajirikhusyuk | Oktober 20, 2009

Hakikat takbir

 

In_the_deep_forest_by_leenik2Hakikat takbir bukan semata-mata ucapan Allahu Akbar.

Takbir merupakan pengucapan yang lahir dari Firman Allah untuk memuji kebesaran Dzat Nya sendiri.

Jadi Takbir merupakan suara Tuhan yang meminjam mulut (jasad) kekasihNya.

Takbir sejati adalah menyatakan kebesaran Allah dari perbuatan (afaal) Allah sendiri.

Dan Takbir sejati juga adalah menyebutan nama Nya yang lahir dari kehendak Nya semata-mata.

Dengan Takbir yang demikian, maka yang lain menjadi sangat kecil, dan menjadi tidak ada.

Yang ada hanya Dzat Allah.

Maka, kemanapun dihadapkan muka, yang ada hanya Wajah Allah nan Maha Meliputi.

MasyaAllah.


Responses

  1. Adakah dengan cara ini jatuh nya Hukum2
    dengan menegakkan Hakikat pada satu2
    perkara itu?

    Sekira nya ia maka ada kah di situ taalok
    nya Perbuatan Allah segala2 nya?

    • hukum-hukum syariat tidak pernah gugur,

      tapi iradat hamba dengan muridun Tuhan.

  2. Maaf …tolong huraikan Iradat hamba dengan
    Muridun Allah ….Tk

    • dalam makam keesaan,
      kehendak hamba adalah kehendak Allah.

  3. Apakah kehendak hamba itu boleh diketegerikan
    di atas kehendak Nafsu yang perlu tinggalkan?
    atau bagaimana yang dikatakan di atas
    kehendak hamba itu…..kehendak nya?

    • jikalau masih ada nafsu, tidak akan sampai ke makam Keesaan, kerana nafsulah yang menghalang seseorang daripada kembali kepada Allah, jadi untuk kembali kepada Allah perlu meninggalkan nafsu terlebih dahulu,

      berkaitan kehendak hambu itu… kehendaknya

      di makam keesaan, umpama ombak dan laut esa jua adanya, hamba dan DIa esa jua adanya, jadi tak kiralah kehendak siapa, esa jua adanya.

  4. Apa kah Nafsu Mutmainah hingga ka Nafsu
    Radhiah itu maseh berkehendak?
    Bagaimana yang di katakan jikalau ada Nafsu
    itu?

    • nafsu mutmainah hingga ke nafsu radiah adalah nafsu yang terpuji, nama saja nafsu tapi ia adalah ruh yang suci. Nafsu yang perlu dibersihkan ialah dari amarah hingga ke nafsu mulhamah.

      ada nafsu itu, maksudnya masih mahu duniawi dan lupa PenciptaNya.

  5. Assalamu alaikum warahmatullah,
    Alhamdulillah, terimakasih kepada TuanRumah kerana ikhtiar anda di lelaman ini. Semoga DIA terus menyingkap TABIR-TABIR NYA yang MULIA di situs ini. Amin.

    Mohon izin untuk berkongsi. Adalah ikhtiar memperelokkan nafsu diri itu adalah tanda-tanda akan JAZBAHNYA. Setelah itu akan ditunjukkanNYA pula ke pintu ZIKRULLAH yang jazam. Kemudian diberi pula persalinan PAKAIANNYA yang MULIA untuk disarungi agar dapatlah mengadap NYA mengikut adat-resam HAKIKAT KEBENARAN. Maka bermulalah PENGHIDUPAN YANG MULIA. Bermula dengan DIA, berakhir pun dengan DIA. Tanpa DIA, siapalah kita.

    • salam alaika, dan selamat datang ke blog ini,

      berbanyak terima kasih atas ulasannya.

      • @jawapan pertanyaan syuk 90

        Assalamualaikum warahmatuh

        Untuk mendapatkan sepersalinan pakaian baru perlulah kita tekun dan ikhlas di dalam ZIKRULLAH. Tiadalah cara lain untuk mendapatkannya. Kerana itu, Allah memerintahkan manusia supaya selalu INGAT kepadaNYA.

        Rasulullah SAW mengibaratkan ZIKRULLAH itu sebagai PENCUCI HATI. Maka itu, seusai kita membersihkan DIRI, haruslah kita menyarung PAKAIAN BARU kerana pakaian lama itu kotor.

        Saudaraku yang bertanya (syuk 90), masuklah dahulu ke pintu ZIKRULLAH. Kemudian saudara akan mendapat anugerah PAKAIAN yang BERSIH lagi MULIA ini seperti yang telah DIA janjikan.

        Hanya dengan PAKAIAN ini kita dapat mengadaNYA. ‘Araftu robbi bi robbi. (mengenal Tuhanku dengan Tuhanku)

  6. salam..perlu kah pakaian itu bg mnusia?? ap sebenarnya PAKAIAN itu??

    • pakaian makrifat.

      @ Saudara Ismailsgbuluh juga menjawab soalan ini seperti di atas:

      Ana (Hajirikhusyuk) mengalu-alukan saudara Ismailsgbuluh dan saudara Tahjud, dan juga pembaca yang lain, berkongsi ilmu untuk menjawab pertanyaan-pertanyan yang dihantar pembaca dalam blog ini, semoga usaha kita ini di Rahmati Allah. Amin..

  7. SALAM TUANRUMAH, saya mohon ampun jika telah membelakangi adab.

    • salam alaika,,

      tidak apa-apa saudara yang mulia,,
      semuanya ketentuan Allah.

  8. Assalamualaikum warahmatullah,

    Berikut saya berkongsi apa yang saya faham dan amalkan. Semoga ada kebenarannya di SISI Yang Maha Esa, dan manfaatnya di sisi manusia, AMIN.

    Tiadalah sempurna agama kita melainkan kita melaksanakan Rukun Ihsan. Maka itu disebut “Awwaluddin Ma’rifaatullah” – Agama kita bermula hanya setelah menerima kurniaan Ma’rifat Allah, yakni sesudah tergabung Rukun Iman, Islam dan Ihsan seperti yang termaktub didalam Hadith Jibrail. Maka bermula lah satu penghidupan yang didasari oleh HAKIKAT dan MAKRIFAT yang berqiblat kepada ZAT yang ESA (AHAD).

    Untuk menjadi ‘Arifin Billah dan juga Ulil Albab, perlulah kita mengenal dan memahami hakikat kejadian ALAM semesta kerana YANG ZOHIR itu juga ALLAH, sama seperti YANG BATIN. (sila rujuk Asma ul Husna dan Martabat 7). Maka untuk mencapai maksud ini, lebih mudah jika kita perhatikan diri kita sahaja kerana ia paling DEKAT LAGI ZOHIR dengan kita. Kerana itu disuruhnya kita mengenal DIRI jika ingin mengenal Allah. Perlu diingatkan bahawasanya keinginan kita itu sebenarnya datang dari ALLAH jua yang mengingini agar kita mengenal DIA. Keilmuan alam semesta akan datang jua kemudian dengan IZIN NYA. Para Arifin Billah menyatakan bahawasanya DIRI itu ialah ALAM KABIR (macro-cosmos), sementara alam semesta itu ialah ALAM SOGHIR (micro-cosmos).

    Kaedah penerokaan diri dan alam semesta adalah menerusi zikir dan fikir. Skop zikir dan fikir ini seharusnya dilandasi oleh AlQuran dan Hadith Rasul, dan pengalaman peribadi. Apabila Allah mula mengangkat TABIR-TABIR NYA YANG MULIA, jangan pula kita lupa diri kerana ILMU ALLAH ini tiada tepinya. MAA SYAA ALLAH, DIA MAHA AGUNG, sekalian deria akan diangkat hijabnya mengikut JADUAL NYA dan kita mendapat kassyaf kerana ia adalah perlu untuk menerima semua pengetahuan yang telah diaturNYA di maqam HAKIKAT [sila rujuk Sifat 20].

    Keikhlasan hati, maksud dan tujuan adalah teramat penting dan kritikal didalam meneroka ALAM HAKIKAT. Ianya adalah satu-satunya Wasilah Diri untuk mendapat perlindungan dan RAHMAT Allah dari sekalian gangguan Iblis La’natullah. Untuk mendapat WASILAH RASULULLAH SAW, perbanyakkanlah berselawat kepada nya. Insya Allah, jika hati anda dicenderungkan kepada DIA YANG ESA, kamu akan dibimbing dan seterusnya diketemukan NYA akan AL-HAQ. Petanda besar yang menunjukkan kamu sedang dibimbing YANG MAHA ESA adalah apabila hati dan lidah kamu berada secara istiqomah diatas ZIKRULLAH, SELAWAT RASUL DAN ISTIGHFAR.

    Ilmu Makrifat ini tidak dapat diluahkan sepenuhnya melalui kata-kata kerana dibimbangi akan menimbulkan fitnah dan sebenar-benar tiada huruf yang dapat menggambarkan keadaannya [Laisa kamithlihi syaiun]. AL-YAQIN hanya dapat dibenarkan oleh pengalaman DIRI SENDIRI. Kerana itu, Syaitan suka menimbulkan was-was dalam hati manusia. Dengan ZIKIR KHOFI, sekalian was-was, ketakutan dan sangka buruk akan lenyap insya ALLAH.

    “HUWAL AWWALU WAL AAKHIR, WAZZHOHIRU WAL BAATHIN” Dia lah yang Awwal dan yang Akhir, dan yang Zohir dan yang Batin.

    Samada kita ingat atau lalai, beriman atau kufur, bersolat atau bermaksiat, DIA tetap DIA – Maha Tinggi lagi Agung. Tidak menambah atau mengurang akan DIA oleh apa pun. Jika kafir sekalian makhluq, DIA tetap AGUNG. Itulah ZAT yang ESA lagi MUTLAQ. “Tidakkah kamu melihat burung yang terbang di udara, SIAPA YANG MENGANGKATNYA?

    Bermula dari langkah pertama didalam kesedaran mujahadah wa musyahadah akbar kita, sehingga ke akhir langkah di liang lahad, semuanya adalah atas KURNIA ILAHI semata-mata. Tiada AKU sepanjang perjalanan itu. Jika masih ada KE-AKU-AN, sudah pasti akan tersesat jalan dan tidak akan bertemu tempat yang dituju. Dan kearifan kita tentang HAKIKAT ALLAH itu terserah kepada ZAT yang menamakan DIRINYA itu untuk menyingkap AL-HAQ seQADAR yang ditentukanNYA, tiadalah ikhtiar kita itu memberi bekas sebenarnya. Semuanya berdiri, duduk dan berbaringan di atas LA HAWLA WALAA QUWWATA ILLA BILLAH.

    Dan apabila kita [RUH RABBANI] diizinNYA untuk menelusuri ALAM KEBENARAN itu, menjadilah kita seakan-akan pemerhati sahaja. Sesungguhnya kita telah DI SIFATI NYA. Inilah PAKAIAN kita. Dengan RAHMATNYA, sehingga ke alam BARZAKH jua kita akan menikmati KURNIA NYA, hidup di SISINYA dengan mendapat REZEQI insya ALLAH.

    Rahsia ILAHI terkandung didalam DIRI sehingga sekalian makhluq NYA diperintahkan supaya sujud kepada ADAM. “Ana a’lamu maa laa ta’lamuun” [AKU tahu apa yang kamu tidak ketahui]. Tetapi…..

    “Bal tu’thiruunal hayatad dunya. Wal aakhirotu khoirun wa abqaa” – Tetapi kamu (manusia) cintakan kehidupan didunia [kehidupan nafsu ammarah] walhal akhirat [kehidupan nafsu mutmainnah] itu lebih baik dan kekal.

    Walhamdulillah, Wasolawatu Wassalam ‘Ala Muhammad Wa Alihi Wa ‘Ibadillahis Solihin Ajmain.

    • terima kasih saudara Ismailsgbuluh,,

      nanti ana masukkan di bawah kategori: Dari Anta.

      salam.

  9. salam..
    terima kasih kepada ismailsgbuluh..

    ana kadang-kadang rasa gelisah dengan diri sendiri dan persekitaran ana, bukan apa sekiranya ana melatah, Allah lah perkataan yang terkuar dari mulut ana..

    selain itu juga, walau pun dalam kehidupan seharian, ana dapat rasakan dalam hati dan jiwa ana, bergema kalimah Allah, acap kali sudah solat sekiranya berjemaah di msjid, ana mudah mengalirkan air mata dan ana sendiri pun tak mengerti mengapa ana keluar air mata dengan sendiri sedangkan ana tak bersedih ketika itu..

    “ana ingin bertnya: bagaimana seseorg merasakan dirinya telah memasuki gerbang ZIKIRULLAH??”

    • salam alaika,, ana harap saudara ismailsgbuluh sudi jawab.

  10. Assalamualaikum warahmatullah

    Saya berkongsi pandangan seQADAR yang DIA KEHENDAKI, ya Hajirikhusyuk dan Syuk90, insya ALLAH.

    Jalan yang kita telusuri ini ialah jalan para AMBIYAK dan AULIYAK ALLAH. Sesungguhnya kita sedang berkumpul di SIROTOL MUSTAQIM. Memang banyak onak dan durinya, namun kesudahannya HUSNUL KHOTIMAH insya ALLAH.

    Kegelisahan didalam hati itu adalah was-was. Ubatnya ialah TAWAKKAL dan TAUBAT. Yaqini bahawasanya segala-galanya adalah didalam naungan Allah. Terima saja se ADA NYA kerana ia adalah sebahagian dari prosesnya.

    Jangan menyaksikan selain dari ALLAH. Sifat “AKU” memang begitu, suka berbantah-bantah dengan yang HAQ. Namun jika tiada yang palsu, bagaimana mungkin kita mengenal YANG ASLI? Teruskan saja penyaksian itu dengan ZIKRULLAH, SELAWAT RASUL dan ISTIGHFAR.

    DIA yang mengajarkan NAMA-NAMA NYA, maka dengar dan perdengarkanlah sebanyak-banyaknya mengikut yang diajarkanNYA itu. Segala yang di langit dan di bumi bertasbih kepada NYA tetapi kita tidak menyedarinya. Sekarang anda telah menerima bukti yang dicari-cari.

    Sesungguhnya, air mata NYA boleh memadamkan julangan api neraka. Inilah jalan orang-orang yang IKHLAS, bermandikan air mata. ALLAH mengurniakan kamu dengan KAFFARAH.

    Apabila kita dimasukkan kedalam maqam ZIKRULLAH yang istiqomah lagi jazam, maka lenyaplah sekalian kebingungan, pertikaian dan persoalan kerana kita akan mendapat jawaban setiap kali ditanyakan, dimana tiada bezanya diantara yang bertanya dengan yang menjawab. Setelah puas, maka kemudiannya akan berkatalah kita,”RABBANA MAA KHOLAQTA HADZA BAATHILAA. SUBHAANAKA FAQINA ADZABANNAR.” [Wahai Tuhan kami, tiadalah sia-sia penciptaan MU sekaliannya. Maha Suci Engkau, jauhkanlah kami dari azab api neraka].

    Maaf jika jawaban di atas keterlaluan mahupun kekurangan. Wassalam.

    • salam alaika,,

      terima kasih,,

      saudara yang mulia,,

      atas jawapan yang sangat bermanfaat.

  11. shuk 90 >>>>maaf sakira nya boleh di bicangkan tk … Yang gelisah itu adalah tindakan nafsu kita . Yang maseh boleh di pertikaikan pada keadaan kedudukan nya ….maseh mahu menggoda anak Adam kajalan nya.
    Melatah dengan nama Allah itu memang bagus kerana perkataan Allah itu ( telah ) sebati dengan kita apa yang di prektikan selama ini….tetapi nama Allah itu ….adalah kebatinan telah di zahirkan.
    Bergema nama Allah dari dalam …pastikan siapa yang menyebut …….Hakikat kah ataau Allah itu sendiri///
    Yang menangis itu adalah jiwa kita diatas kedudukan nya yang kecil dan kesal dengan sendiri nya …..

    1 ….Sedeh dengan sendiri nya di atas apa2 yang telah di lakukan nya pada detik2 yang telah lepas…
    2….Kedudukan nya maseh belum dapat di letakkan pada tempat nya yang sebenar….ia itu pada kedudukan ,,,,MOHAMAD////

    Bab kebatinan jikalau di lahirkan ..itu lah yang terjadi.
    Di dalam sebutan ALLAH itu …baru lah ada pengesahan //// pengakuan Zikirrullah itu.
    Cuba2 berjumpa dengan Guru yang mengajar kita itu…cuba tanyakan kembali… akan keduduka
    perkara yang sebenar nya .
    Alham dulillal dengan pencapaian anda itu ….shukur shukur …maaf kesemua nya aturan Allah ..dan di sebalik nya ada pecahan2 Ilmu yang Tahkik … itu lah tumpuan ILMU.

  12. naaf Ismail SB ….Boleh ta huraikan yang di maksudkan dengan ….WAL AWALLUL WAL AKHIRRU WAL ZAHIR DAN WAL BATINNU,(hadith ke firman )

    • silakan sdr Ismail SB.

  13. Alham dulillah dengan penerangan2 ISB yang di atas it t/k

  14. Assalamuailaikum Tuan Haji. “Jadi Takbir merupakan suara Tuhan yang meminjam mulut (jasad) kekasihNya. Bagaimana untuk mempraktikan ketika mengangkat Takbir dalam solat” Adakah perlu bayangkan diri kita sebagai ALLAh ATAU DIRI KITA SEBAGAI HAMBA? HARAP ADA BIMBINGAN DI SINI.

    • salam,,

      ingat Dia tidak boleh dibayangkan dengan satu apa pun,,
      kerana akan menimbulkan syirik dan kufur,,

      sebelum mengangkat takbir pulangkan segala milikNya kepadaNya,
      zahir dan batin hendaklah dipulangkan kepadaNya,
      kemudian angkatlah takbir,

      maka yang tinggal itu adalah WajahNya semata,,
      inilah pandangan mata hati, sehingga selesai solat, memberi salam.

      • sesungguhnya jgn menyekutukan tuhan dgn apa sekalipun… Trmasuk diri kita .
        Manusia itu sebagai alat utk tuhan menyatakan sifat kebesarannya..
        Tiada yg lain hanya Dia dan yg lain tiada ..
        Jagalah diri kita supaya jgn ada keliru…yg akan mgakibatkan melengcong dari tafsiran sebenar…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: