Posted by: hajirikhusyuk | Oktober 23, 2009

Cuba fikirkan

forest- 3Manusia wajib menemui Allah di dunia ini.

Bagaimana pun, ada   yang  berpendapat Allah tidak dapat ditemui di dunia ini, tetapi hanya di akhirat nanti selepas ruh meninggalkan jasad, atau dengan lain perkataan setelah meninggal dunia.

Tetapi  Allah menurunkan Al Quran sebagai  panduan untuk kehidupan manusia di dunia ini, bukan untuk sesudah meninggal dunia, dan terdapat ayat-ayat Al Quran yang menyatakan Allah itu boleh ditemui di dunia ini,  antaranya adalah seperti  ayat-ayat berikut:

QS Al Insyqaq 84:6: Kamu harus berusaha bersungguh-sungguh untuk menemuiNya, dan kamu akan MenemuiNya (Allah).

QS Al Ankabut 29:5: Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Allah, maka waktu pertemuan itu pasti akan tiba.

QS Al Khafi 18:110: Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang benar…

QS Al Baqarah2:46: Orang yang menyakini akan  menemui Tuhannya, mereka akan kembali kepadaNya (Allah).

QS Al Ahzab 33:21: Telah ada pada Rasullulah tauladan yang baik untuk mu, iaitu orang yang mengharapkan pertemuan  dengan Allah, dan kemudiannya banyak mengingati Allah.

 

Cuba fikirkan ayat-ayat tersebut, apakah Allah dapat ditemui?

(ya,,, pertemuan itu bukan dengan mata kasar)…

semoga bermanfat.

MasyaAllah


Responses

  1. kalau dah jumpa, camana nak sahkan?
    salam kenal.

    • salam perkenalan kembali,,

      kepastian itu timbul setelah mata hati berfungsi,

      setelah Qalbu menerima pancaran Nur Allah.

  2. salam,
    minta izin nak ambil mana2 entri utk blog saya..

  3. boleh ambil untuk kebaikan, kerana Allah,

  4. JIKALAU DAPAT BUKAN SEKADAR MENEMUI
    NYA SAHAJA TETAPI SEKIRA NYA BOLEH

    HENDAK BESERTA NYA SEKALI

    • kalau dah bertemu,

      maka senanglah untuk beserta denganNya.

  5. salam
    ana ingin mnanyakan soal mata hati..bgaimana ianya berfungsi?? adakah ia mnegur ap yg salah,dan ap yg ptt??

    • salam alaika,,
      mata hati melihat dengan rasa,,
      cuba tutup mata, walaupun tak kelihatan apa-apa,,
      tapi dapat tak anta rasakan kehadiran tangan anta.

  6. kita menemuinya dng mata apa dulu?

    • kalau ante mencariNya dengan mata yang ada di kepada, sampai bila-bila pasti tidak akan ketemu,,
      tapi kalau melihatNya dengan mata hati, pasti ante ketemunya.

  7. AKU LEBIH HAMPIR DARI URAT LEHERMU…

    KEPUNYAAN AKU TIMUR DAN BARAT..MAKA DIMANA KAMU MENGHADAP..DISITULAH WAJAHKU…

    AKULAH YG AWAL..AKULAH YG AKHIR..AKULAH YG ZAHIR…DAN AKULAH YG BATIN..

    SELAGI AKALMU BERFUNGSI..TIDAK SEKALI KALI ENGKAU MENEMUIKU

    • salam kasyafulasrar,,

      ente telah memberikan anak kunci kepada

      pencari-pencari setia Nya,,

      selagi akal berfungsi Dia tidak akan ditemui,,,, benar sekali,,

      kerana dia tidak dapat difikirkan (He is beyond mind).

  8. Salam Ustaz,
    Alhamdulillah, semakin terang dan jelaslah apa yang dicari ketika ini dan apa yang belaku pada diri saya. Saya harus yakin “Haqul Yakin” diatas apa yang terjadi semuanya adalah dari Maha Suci Allah. Saya kenalah merasai dan menjiwai dan melihat melalui mata hati untuk mendapatkan jawapannya. Maaf, sekiranya saya silap, harap diperbetulkan. terima kasih

    • salam,,

      ya ente kena yakin,, selalulah bertanya kepadaNYa,,
      Dia pasti akan memberikan jawapan,,

  9. Salam Ustaz,
    Tulisan saya ini sekadar pengalaman dan luahan saya, Kesenangan didunia hanyalah sementara dan adalah suatu pementasan yang tidak kekal. Kesenangan itu ada pasang dan surutnya dan ada pula baik dan buruknya terserah utk Maha Suci Allah memberikan dan kita menerimanya.

    Apalah ada pada kesenangan dunia kalau hati tidak tenang, Jiwa tidak tenteram. Kesenangan dunia mudah didapati tetapi tidak pada ketenangan Jiwa dan hati.

    Sekiranya Jiwa dan hati sudah dibersihi dengan izin Maha Suci Allah, maka terpancarlah cahaya Illahi. Ketenangan dan ketenteraman Jiwa dan hati mengingati yang Maha Suci, Jiwa Akan senantiasa pasrah dan tawakkal terhadap apa yang diperlakukan olih yang Maha Berkuasa lagi Maha Esa. Betapa hebatnya ketenangan dan ketenteraman jiwa dan hati menemukan dan mendapat apa yang dicari.

    Diamnya jiwa dan hati dibentuk menerima ajaran Illahi. Matikan diri sebelum dimatikan. Begitulah damainya jiwa dan hati yang kekal abadi yang dikurniakan olih Maha Suci Allah.

    Maaf, sekadar menulis luahan bisikkan hati berupa huruf saja. Kalau silap harap memperbetulkan. terima Kasih.

    • salam,,

      benar kata-kata ente itu,,

      setiap kita harus belajar,, mematikan diri sebelum mati,,

      inilah keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

      amin.

      • tn guru…
        mohon sharing ttg “Mati Sebelum Mati”. Kalau tak memungkinkan dipublish di blog Tn Haji, mohon japri saja ke gmandalan@yahoo.com

        tks tak terhingga kami haturkan
        aw

  10. Salam sahabat2 semua

    Allah membolakbalikkan hati. Di titipkan kehati hal-hal yang setinggi2 hinggalah yang serendah2nya. Bagi mereka yang telah pasrah kepada Allah, hal2 tersebut tidak akan memberi bekas , malah akan menambahkan kasihnya hati kepada dia. Melihat dan merakam sifat2nya yang indah dari segala yang terjadi di muka bumi ini.

  11. salam kenal saudara-saudaraku semua

    tuhan telah nyata,knp msh bnyk tanya???

    Sampai kapanpun bapak polisi tak akan pernah dapat menangkap maling,kecuali polisi itu yg jadi malingnya

    semoga bermamfaat

  12. dengan mata kasar kita tk akan dpt melihat tuhan dan hanya mata hati sahaja yg dpt mengenal dan melihat tuhan .
    Dan melihat tuhan itu dgn tuhan sendiri nya tiada brkaitan dgn makluk…

  13. ye..melihat dan mengenal zat Allah dgn nur makrifah mata hati..
    bkn dgn akal..kerana akal amatlah lemah untuk memikirkan tentg zat Allah..
    bila adanya keterangan dari Al-Quran dan hadis maka terhapuslah logik akal..dan tiada bergunalah akal melainkan Al-quran dan HAdis..
    contohnya : tentang israk dan mikraj nabi muhammad s,a.w ..
    akal tidak smpai untuk memikirkan tntg peristiwa itu melainkan adanya keteranagn dari Al-quran..maka terhentilah akal..
    ikot akal sesat..ikot Al-QURAN dan Hadis xkan sesat selamanya..

    dah tu bile da smpai ??? xkn nk guna Al-quran dan hdis lg kot??
    biarlah Allah yg bimbing..kompas ngn peta 2 simpan la(Al-qURAn dan Hadis)..sbb da smpai…Allah jela yg bimbing..bkn Alquran dan hadis da..🙂
    Al-quran dn hadis hya sebagai pnduan dn penunjuk jalan…
    bile da smpai..hakikat yg sebenar yg mncari itulah yg dicari..hakikatnya DIA TIADA lain dariNya ..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: