Posted by: hajirikhusyuk | November 5, 2009

Kiasan

hutan firusDari Anta:

Tulisan saudara Tahjud.

Kiasan makrifat dan kedekatan Allah dengan hambaNya.

Bagi memudahkan penerangan, maka kiasan ini terpaksa dibuat bagi melancarkan pemahaman, ia cuma sebagai analogi, bagaimanapun  keadaan sebenarnya bukanlah begitu. Maka sebagai analogi bolehlah dikatakan bahawa Allah itu umpama kapas, dan ruh itu umpama benang, manakala hamba (manusia) itu umpama kain.

Jadi terdindingnya  (terhijab) hamba daripada  Allah, seperti kain tidak mengenal kapas, dan juga seperti benang tidak mengenal kapas.

Pertanyaannya  apakah ada tempatnya (kemungkinan) kapas tidak di dalam kain, dan ia juga  tidak juga di luar kain, tidak juga di kanan kain,  juga tidak di kiri kain, tidak juga di atas kain tidak juga di bawah kain,  tetapi mesra (esa) mulai dari awalnya. Sebenar-benarnya kain adalah melaluli kapas,  kain dan benang hanya nama saja,..serupa tidak sebanding.

Dan di saat mana, ketika kita menyaksikan Allah, umpamanya semasa di dalam kandungan, atau   semasa  makrifatullah, atau  di saat genting ketika mau berpulang ke Rahmatullah (meninggal dunia),  jelaslah sekali jikalau kita sebelum ini tidak mengenal Allah, maka pastilah  Dia tidak hadir (tidak dikenali) pada saat kematian itu,…maasya Allah.

(Dan jikalau ini berlaku kepada kita, maka kesudahannya kedudukan kita di akhirat nanti amatlah tidak baik.)

Barang sesuatu yang tidak dikenali (Allah), maka mustahil dapat diingati..atau disembah atau disaksikan.. berarti selama ini kita hanya beriman palsu belaka.

(Iman yang palsu tidak menjamin keselamat di dunia mahupun di akhirat, oleh itu berusahalah supaya iman kita adalah iman yang benar, iman yang benar-benar telah menyaksikan Dia  (isbatul Yakin) di dunia ini, bahkan sebelum sakaratul maut).

Cuba fikirkan, mengapa tidak mengenal NYA, sedangkan Dia sifatnya Wujud, manakala  manusia (adam) sifatnya tiada dan lemah (kosong).

Salam, semoga bermanfaat.

Dari,

Tahjud

Balikpapan

 


Responses

  1. SAH nya Iman sasorang itu dengan mengenali Nafi dan Isbath ….Sempurna nya Nafi dan Isbath itu dengan mengetahui Hakikat Islam. Sempurna nya Hakikat Islam itu dengan mengetahui Sifat 20 ia itu HAK ALLAH DAN HAK RASUL…. maaf kalau salah.///

    • benar,

  2. Maaf ….apa kah yang di maksudkan dengan Hak Allah dan Hak Rasul itu….???

  3. Jua apa kah yang di maksudkan dengan Hakikat Islam itu >>>>tk

    • salam,,

      penyerahan jiwa dan raga secara total kepadaNya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: