Posted by: hajirikhusyuk | November 11, 2009

Makrifat iman

hutan

  

  

 

 

 

 

 

 

 

 

Dari Anta:

Tulisan Saudara Tahjud.

Makrifat tauhidul iman

Makrifat adalah nikmat yang teramat besar, bahkan kenikmatan syurga tiada sebanding dengan nikmat menatap wajah Allah secara langsung. Itulah puncak dari segala puncak kenikmatan dan kebahagiaan.

Rasulullah SAW  sendiri menjanjikan hal ini dan baginda pernah menyebut bahawa umatnya dapat melihat Allah SWT di saat fana  maupun jaga (sadar). KezahiraNya sangat nampak pada hamba. Hadis qudsi Al insanu syirri wa ana syirrohu (Adapun insan itu Rahasiaku Dan Aku pun Rahasianya).

Firman Allah: Kuciptakan Adam dan anak cucunya seperti rupaku (Khalakal insanu ala surati Rahman). Kesimpulannya insan itu terdiri daripada tiga unsur, iaitu Jasad, Ruh/Nyawa dan Allah. Maka dengan itu hiduplah hamba.

 Adapun Jasad, Nyawa, dan Allah taala, bagaikan sesuatu  yang tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Umpama  langit, bumi, dan makhluk yang tidak dapat dipisahkan antara satu dengan yang lain. Bagaimanapun pandangan insan terhadap Tuhannya adalah berbeza-beza, mengikut tahap pencapaian ilmu masing-masing.

 Pada pandangan amnya, Allah Taala itu satu, dan hamba menyembahNya bersama-sama dan beramai-ramai, tetapi sebenarnya  (hakikatnya) bukan begitu. Itu hanya sangkaan umum saja.  Dari segi makrifat  Allah SWT  itu Esa pada wujud hamba.  Dalilinya, QS  Al Qaf 50:16: Aku lebih dekat dari urat lehernya. QS Az Zariyat51 :21: Dalam diri kamu mengapa tidak kamu perhatikan.

Masing-masing  hamba sudah mutkak (esa dengan Tuhannya), satu persatu (esa) diberi sesembahan (Allah di dalam diri), kenapa berpaling mencari Tuhan yang jauh, ini sungguh melampaui batas (tidak makrifat).

Dalilnya, QS Al Hadid 57:4: Aku beserta hambaku di mana saja dia berada. Oleh itu,  janganlah risau dan takut Allah sentiasa bersama kita ke mana sahaja kita pergi.

Sekarang, mari kita lihat pula bagaimana Nabi Musa melihat Tuhannya, seperti mana yang diceritakan di dalam Al Quran.  Allah SWT berfirman mengisahkan permintaan Musa untuk melihatNya QS Al A’raaf 7:143:

Dan tatkala Nabi Musa datang pada waktu yang kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya,  maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata:” Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku (Dzat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu.”  Allah berfirman: ”Kamu sekali-kali tidak dapat  melihat-Ku,

(rahasianya:  tidak ada siapa yang dapat melihat Allah,  hanya Allah dapat melihat Allah.  Hamba terdinding daripada Allah,  kerana selain wujud Allah, masih ada Rasa wujud Hamba).

tetapi pandanglah ke gunung itu,

(Pada ketika Nabi Musa memandang gunung itu,  begitu juga Allah Taala berpisah sementara daripada jiwa Nabi Musa, maka Nabi Musa pengsan,  bukannya mendengar akan letusan gunung tersebut)

jika ia tetap berada di tempatnya (sebagaimana sediakala) nescaya kamu dapat melihat-Ku.

(” Engkau adalah aku, aku adalah engkau “, apa yang disaksikan Nabi Musa adalah menyaksikan dirinya di luar dirinya untuk sementara waktu, setelah Allah bertajalli  (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka)  tajalinya itu  menjadikan gunung itu hancur lebur dan nabi Musa pun jatuh pengsan.)

Setelah Nabi Musa  sedar, dan berkata: ” Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepada Engkau dan akulah orang yang pertama beriman (pada zamanku)”  

Demikian sedikit paparan tentang Nabi Musa melihat Tuhannya. Dan jelaslah Allah dapat dilihat tetapi bukannya dengan mata kasar, yang dilihat dengan mata kasar itu adalah hijab, oleh itu jangan tersalah, hati-hati, kalau tersalah boleh  menjadi syirik dan kufur.

Maha Suci Allah Yang Maha Berkuasa, tiada daya sekalian makhluk melainkan Allah.

Semoga bermanfaat.

Ampun Maaf
Wassalam
Tahjud
Balikpapan

Responses

  1. semakin jelas walaupun masih kabur.
    bagaimana utk aku hubungi tuan?

    • melalui blog ini saja.

  2. adakah kerana Allah berpisah sementara dgn jiwa menyebabkan Nabi Musa pengsan?

    • ya,,

  3. assalamualaikum haji…alhamdulillah banyak ilmu dari blog tuan. moga Allah merahmati tuan.
    saya ada pertanyaan …saya tertarik dgn ayat ini..

    “Pada pandangan amnya, Allah Taala itu satu, dan hamba menyembahNya bersama-sama dan beramai-ramai, tetapi sebenarnya (hakikatnya) bukan begitu. Itu hanya sangkaan umum saja. Dari segi makrifat Allah SWT itu Esa pada wujud hamba.. ”
    dan ayat ini..
    “Masing-masing hamba sudah mutkak (esa dengan Tuhannya), satu persatu diberi sesembahan (Allah di dalam diri), kenapa berpaling mencari Tuhan yang jauh, ini sungguh melampaui batas (tidak makrifat).”

    soalan saya..
    1)adakah ini bermaksud tuhanku dgn tuhanmu(tuan haji ke..etc ) tidak sama?
    2) bolehkah saya ( azhar) mengabdi/meminta/berdoa/beramal kepda tuhan azhar itu sebab ‘dia adalah DIA..atau azhar menggunakan tuhan azhar utk mengabdi kpd Allah( zat mutlak) ?
    3) ataupun memang soalan saya ni datang dari orang yg keliru lg .. ataupun kena sampai diperingkat fana dahulu baru boleh menyembah Allah di dlm diri?
    harap maaf kalu soalan ni tak betul…

    • salam alaika,,
      selamat datang ke blog ini.

      jawapan soalan 1:
      Os An Nisa 4:126:Allah itu maha meliputi segala sesuatu.
      jadi maksudnya,, tuhan yang sama,, hanya Tuhan yang Esa,, namanya Allah.

      jawapan soalan 2:
      bukan begitu,, tapi terus sahaja mengabdi kepada Dzat Allah.

      jawapan soalan 3:
      Jangan keliru,, Allah itu tidak bertempat,,, Dia ada di mana-mana,,
      seperti Firman Allah QS Al Baqarah 2:115: Kepunyaan Allah Timur dan Barat, dan kemana pun kamu menghadap di situ ada wajah (dzat) Allah. jadi yang kita sembah itu adalah Dzat Allah.

      Jikalau ante tidak mampu fana (buat masa ini), ante perlulah Ihsan,, yang bermaksud: seolah-olah ante melihat Allah (jikalau ini pun tidak mampu), seolah-olah Alllah melihat ante (ini lebih mudah kerana Allah itu sememangnya maha melihat).
      sekian,, ana harap ante tidak tersalah tafsir.
      masyaAllah.

  4. thanks haji… insyaallah saya akan amalkan Ihsan tu .

    • terima kasih kembali.

  5. Bagai mana kah kita hendak melihat akan Allah?….kita kena memahami dengan sifat2 nya….yang di sertakan ….sifat maani itu..

    Yang sunyi ..se sunyi sunyi nya …
    yang nyata dengan senyata2 nya..

    • salam,,

      kita melihat allah dengan
      pandangan mata hati,,

      iaitu diri batin kita yang melihatNya,
      apabila mata hati telah melihatNya,
      maka nyatalah ia seterang-terangnya,,

  6. salam alaika,,

    ada Ruh>>>>>>Jiwa
    Allah>>>>>>>>>??????

    wassalam

  7. Apa kalian yg pernah melihat Allah juga pinsan. Kalo tdk jangan jangan ini tipu daya syetan. Saya yakin Mussa jauh lebih baik dgn kita tetapi ketika melihat Allah masyaallah beliau pinsan sedangkan kita tidak.

    • salam,,

      Rasulullah melihat allah dengan keadaan sadar, ini berlaku semasa israk mekraj.

      sedangkan nabi musa melihat allah, pengsan sebagaimana yang dikhabarkan dalam al-quran.

      baiklah kembali kepada soalan ente,,

      “apakah kalian yang melihat allah juga pengsan?”

      bagi ana syarat untuk melihat allah, terlebih dahulu perlu “mati sebelum mati”
      jikalau ente masih “hidup” ente tidak akan mampu melihat allah.

      mati di sini adalah bahasa kiasan,, bermaksud juga “fana” ,, fana adalah istilah yang digunakan dalam islam.

      apabila segala sesuatu itu fana maka yang tinggal adalah Wujud allah,

      oleh kerana itu, hanya allah melihat allah,,

      selagi enter bergelar manusia,,
      ente tidak akan dapat melihat Nya dengan terang dan nyata.

      perkara itu perlu direnungkan dengan hati,
      kerana akal tidak mempu berfikir tentang allah,
      kerana allah itu tidak terjangkau oleh akal fikiran.

  8. Syukron pak. Insyaallah dgn usaha dan ridho Allah kita berusaha semaksimal mungkin beramal sebagaimana dicotohkan Rasulullah saw. Maka kelak di akherat nanti kita akan melihat Wajah Allah yg mulia bukan dalam mimpi.

    • salam,,

      ya, di samping beramal,,

      carilah ilmu yang boleh menyampaikan
      kita kepada Nya,,

      kerana Dia boleh ditemui di dunia ini
      juga,,

      tak payah tunggu di akhirat.

  9. Maaf.. menurut kefahaman saya yg jahil ini..

    Pengsannya musa itu adalah fana..
    Hancurnya gunung itu adalah leburnya sifat2 gunung yg nampak hanya dzatnya..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: