Posted by: hajirikhusyuk | November 15, 2009

Al Muntahi (bhg. 14)

bulan

Al Muntahi (bhg. 14)

28.      Inilah ertinya:  Yang fakir itu tiada suatu pun baginya. Maka firman Allah dalam Hadis Qudsi:

Tidur fakir itu tidurKu,
Makan fakir itu makanKu,
Dan minum fakir itu minumKu.
 

Dan lagi firman Allah: Manusia itu adalah RahsiaKu dan Aku Rahsianya dan Sifatnya.

Berkata pula Uways Al Qarani: Yang fakir itu hidup dengan hidup Allah, dan sukanya dengan Kesukaan Allah.

Seperti kata Mashaikh: Barangsiapa yang mengenal Allah maka ia akan menyengutukannya, dan barangsiapa mengenal dirinya maka ia itu kafir.

Seperti kata Syeikh Muhyil Din Ibnu Arabi:

Yang makrifat itu dinding bagiNya,
Bermula jikalau tiada wujud kedua (alam) nescaya nyatalah AdaNya.
 

29.      Kerana belajar dan makrifat, rindu dan merindu, sekeliannya itu, pada iktibarnya adalah sifat hamba juga, jikalau sekelian itu tiadalah padanya, maka lenyaplah ia. Kerana dzatnya dan sifatnya nisbat kepada Allah SWT jua, jikalau barangkala tiada ia, maka sifat hamba, seperti sifat ombak, pulang ke laut (Dzat).

Inilah makna Firman Allah QS  Fajr 89:28: Pulang kepada Tuhannya dengan reda dan diredai.  Dan makna QS Al Baqarah 2:156: Daripada Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali.

Dan Firman Allah: QS Al Qashash 28:88: Tiap-tiap sesuatu binasa kecuali wajah Allah. Dan juga Firman Allah QS Ar Rahman 55:26,27: Segala sesuatu akan fana, dan yang kekal Dzat Tuhanmu yang empunya Kebesaran dan Kemuliaan.

Bersambung ke bahagian 15.


Responses

  1. Selagi kita membangsakan di satiap perbuatan itu adalah perbuatan kita maka >>>>selagi itu lah kita hidup di dalam keadaan SHIRIK>>>.maaf..//

    • salam ,,, ya benar.

  2. firaun itu tidak mahu sedar dari mimpinya yg serba aku . Sedangkan hendak menyuapkan nasi ke mulut pun dgn kudrat n iradat AKU kata Allah,
    jadilah sirik khafi kerana telah menduakanya.
    Dpd dulu smpai sekarang inilah perkara yg akan brlaku kiranya kita semua tidak mengenal diri dan tidak ingin pelajari..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: