Posted by: hajirikhusyuk | November 28, 2009

Rahsia diam

 

Rahsia diam

Seorang salik  akan memasuki satu keadaan seperti keadaan  orang yang sedang tidur ataupun istilah yang biasa didengar ‘mati sebelum mati’, ataupun dengan istilah yang mudah ‘diam’, iaitu fikiran tidak bergerak, batin dan jasad juga tidak bergerak.

Qs Az Zumar 39:42:

Allah mematikan manusia (memegang rohnya) ketika mati, dan bagi yang belum mati di dalam tidurnya, lalu Allah menahan roh orang yang telah ditetapkan kematiannya dan melepaskan roh orang yang lain (tidur) sampai waktu yang ditentukan.

(Bagi salik yang mencapai tahap ini ia berpeluang untuk memasuki alam ruh dengan izin Allah).

Keadaan diam ini dilakukan supaya pencinta mencapai keadaan ‘mati sebelum mati’ atau ‘keadaan semacam orang tidur’.

Untuk mencapai keadaan ini, diam ini perlulah berhujung kepada hilangnya semua perasaan dan fikiran, sehingga tercapai keadaan ketiadaan rasa apa-apa pun, tetapi masih dalam kesadaran.

Diam itu tidak bergerak
Tidak bergerak itu mati
Mati itu hakikat tiada
Tiada itu adalah kekosongan
(hanya ada Allah)

 

Sebelum salik mencapai makam diam ini, salik  perlu melepasi beberapa tahapan sebelumnya iaitu:

Fana Rasul
Fana Allah
Baqa Allah
Liqa Allah (aspek wujud Allah).

 

Bagi pencinta Allah ingatlah bahawa:

Diam itu adalah singgahsana NYA
Diam itu adalah Hakikat Muhamad (Wahdah)
Diam itu adalah sumber Kun Fayakun
Diam itu mengangkat salik ke makam Insan Kamil Mukamil.

 

Tanpa proses ‘diam’ ‘kepongpong tidak akan menjadi kupu-kupu’.

Jelaslah sangat penting proses  diam ini,, umpama menunaikan haji di Mekah, tanpa wukuf di Arafah,, maka tiadalah haji. (ia tidak boleh diganti dengan dam), perlu dilakukan sendiri.

MasyaAllah.

 

 

 


Responses

  1. salam hj,
    moga tak terlewat aku ucapkan selamat i’dul adha utk tuan dan sekelian pembaca bisu.
    tuan, proses diam ini adakah tanpa zikir atau tanpa apa2?

    • salam alaika,,
      proses diam ini tanpa apa-apa,, yang ada hanya kesadaran tentang Dzat Allah,,
      itu sebabnya dikatakan semacam tidur,, tapi jangan tertidur pula, nanti tak ingat
      apa-apa pula.

  2. Memang di dalam berhubungan dengan Allah diam pada rahsianya : sebab di nafas kita ada nafas naik..dan ada nafas..turun, ada pula nafas yang tidak turun tidak naik.. seperti mati..atau bertahan,

    manakala nabi sebelum menerima mikraj ..menerima shalat 5 waktu..ada shalat tubuh, ada sholat nyawa, dan ada shalat rahasia..inilah kesempurnaan daripada shalat.. ditambah shalat 5 waktu.

    adapun sholat:tubuh gerak ditubuh tiada lainya..irodah Allah semata, shalat nyawa:puji di nafas, diada lain allah memuji dirinya apa ladi di saat terjaga maupun tidur, shalat rahasia Segala puji diada lainnya di saat sampai waktu…mudahan bermampat. .. yang di namakan puji qadin bagi qadim ana wala ana…

    salam
    tahjud

    • salam alaika,,
      terima kasih saudara Tahjud.

  3. Salam haji. Bagaimana untuk mengamalkan hakikat diam itu sendiri.Nampak mudah tetapi fikiran banyak berlegar-legar hal keduniaan menyebabkan hakikat diam sebegini agak sukar untuk diamalkan.

    • salam alaika,,
      ya hakikat diam ini memang sukar pada awalnya,,
      tapi cuba tumpukan perhatian pada dzat allah,
      insyaallah fikiran yang lain akan hilang dengan sendirinya.

      • Salam Tn Hj. Bagaimana kita hendak tumpu kepada zat Allah sedangkan kita tidak boleh berfikir tentang Zat Allah. Boleh tuan haji perjelaskan sedikit. Bukankah untuk ke tahap itu, kita perlu berguru memandangkan iblis akan mula mengganggu dan kita yang tidak mempunyai guru akan mula merasakan kita sudah sampai ketahap mengenal sedangkan ianya hanyalah gangguan dan kita sudah mula perasan. Mohon sedikit penjelasan tuan haji

      • salam alaika,,
        dzat allah tidak dapat difikirkan dan tidak dapat dibayangkan,,
        dzat allah adalah wilayah mereka yang mukhlisun,,
        iaitu wilayah yang tidak dapat dimasukki iblis,….. syeitan dan iblis tidak dapat mengganggu
        dalam wilayah itu,,

        sebelum tafakur,, ante niat masuk ke wilayah itu,…. dan ante larut di dalamnya,,
        tiada satupun yang tinggal,,
        hanya dzat allah.

        semoga bermanfaat.

      • Salam Haji. Terima kasih diatas penerangan tersebut. Fahamlah sedikit, tetapi saya memohon nasihat haji, untuk kearah itu, memerlukan guru mursyid untuk membimbing dan mengasuh kita kearah itu. Bukankan begitu haji. Sebagaimana Nabi Muhammad yang mendapat bimbingan pertamanya dari Jibrail. Harap haji dapat memberi petunjuk dan penerangan

      • salam alaika,,
        memeng benar yang ante katakan itu,, ana nasihatkan carilah guru
        mursyid,, guru yang makrifatullah,, guru yang telah pernak kembali ke kampung akhirat,,
        masalahnya guru mursyid susah nak ketemu, ia tak seperti ustaz yang memakai serban yang banyak ketemu,,
        guru mursyid ini macam orang biasa saja,,
        oleh tu mohonlah kepada tuhan semoga ketemu dengan guru mursyid,,

      • Ya benar kata haji tu. Memang payah mencari guru yang pernah pergi ke kg akhirat.Dia tahu jalan pergi dan balik ke sana

      • salam alaika..
        tapi kalau dengan izinnya,,
        akan berjumpa juga.

      • salam alaika

        jangan anda handalkan guru. karna Sang Guru belum tentu memberi Ilmu” yang dimiliki kepada muridnya.belum tentu dia menguasai ilmuTauhid dan hanya mengada-ngada pada perkataannya. karna berguru hakikatnya ada didalam dirimu.

        jalalludin rumi berkata: semuanya ada didalam dirimu, jdi mintalah kepada dirimu
        Ali bin Abi Thalib: kau lihat dirimu hanya seonggok materi semata,padahal di dalam dirimu terdapat kekuatan tak terbatas.

        semoga bermanfaat..,,,

      • Sama Sii Alim.Benar kata sii alim, tetapi bagaimana untuk bertemu dengan diri yang sebenar itu yang berada di dasar diri. Sedangkan diri yang berjasad seringkali mengaku dirinya.Mohon nasihat dari tuan

      • salam alaika

        coba pandang cermin yang gelap.
        lihatlah dan pandanglah dengan cermat.
        ketika kau memandang ketiadaan, itulah wujud sejatimu.
        ketika menutup mata, seakan-akan tiada, dan itulah wujud sejatimu.

        mudah-mudahan bisa dipahami

      • salam alaika,,
        makasih

      • kembali bang Haji..

      • Salam sii alim. Nampak mudah untuk difahami tetapi sukar untuk memahaminya. Bagaimana pula tu.

      • salam alaika
        saudara mohd iskandar yang dirahmati Allah swt.

        karna Wujud gelap yang diberi cahaya yang engkau lihat akan memantul kepada Wujud sejatimu, Guru Yang Esa itu hanya satu.,, dan kita-kita ini bukanlah Guru melainkan PERANTARA guru.

        dan Guru itu bernama Allah..,,
        “dimana Dia??”
        “TIDAK BERTEMPAT MELAINKAN DI HATI HAMBA YANG MUKHLISIN”

      • Wilayah ketiadaanlah yang membuat dirimu untuk mencapai kehadirat Yang Maha Kuasa

      • Salam Sii Alim, bagaimana kita hendak ke wilayah ketiadaan untuk mencapai ke haidarat ilahi.

    • salam saudara mohd

      wilayah ini antara mati dan tidak mati, jdi harus memfanakan diri untuk mencapai wilayah ini atau dengan cara tafakkur dengan ikhlas. niscaya akan bertemunya.

      terimakasih

      • Salam Anugerah, terima kasih atas penerangan tersebut. Bagaimanakah keadaan kita semasa berada diantara mati dan tidak mati. Kadangkala tanpa asuhan guru, kita banyak prasangka bahawa kita sudah berada diantara wilayah tersebut walhal hanya prasangka sahaja. Bagaimanakah untuk memberi keyakinan atau petua bahawa kita sudah berada diantara wilayah tersebut. Mohon petunjuk

  4. salam alika..

    proses diam merupakan perjalanan menuju Yang kekal..engkau ingin bahagia.. maka berdiamlah terlebih dahulu.. untuk mencapai KEBAHAGIAAN

  5. Sememang lah betul semua nya ada di dalam diri …
    tetapi adakah kita tahu jika ta di tunjuukkan jalan
    serta tiada pimpinan Guru maka tahukah kita akan
    Isi Ilmu2 itu?, Untuk menyelam kadalam diri maka
    permulaan memerlukan bimbingan Guru Murshid
    serta di bawah jagaan nya kitika didalam beramal
    supaya kita tidak kecundang di ganggu akan dengan
    Hawa Nafsu (–). Oleh itu salepas beramal berteru
    san ….akan berada dibawah jagaan G/M.

    Harus Allah menjadikan Alam>>>alam yg mana?
    Haarus Mohammad itu bertubuh macam kita …
    Kenapa?

    • salam alaika..

      bergurulah kepada Allah, bukan kepada Guru atau sebagainya. karna Guru yang mengajar kita hanyalah sebagai perantara dan guru Yang asli dan Yang Nyata..

      hanyalah ALLAH…

      • salam
        sememang kita mesti berguru dgn Allah ,itulah guru yg sejati
        tetapi sebelum nya kita hendak lah brguru atau diajar dahulu oleh guru zahir.
        Supaya kita dibagi cukup bimbingan .
        Setelah guru zahir melihat muridnya sudah ada tanda2 yg sudah layak utk brguru kpd Allah maka murid akan diajarkan kaedah2 dan melepaskannya prgi.
        Disini kita kenelah faham pada hakikat yg sebenar, tiadalah guru yg lain melainkan Allah jua yg gurunya cuma dlm prbezaan keadaan…

  6. salam alaika.
    saudara sekalian yang dirahmati Allah swt.

    saya hanya mau berbagi cerita tentang Nabi Musa dan Nabi Khidr, pada saat Musa a.s. bertemu dengan muridnya iaitu Nabi Khidr, dan nabi khidr berkata kepada nabi Musa, “sesungguhnya kamu sekali-kali tidak sabar bersamaku.” maka berjalanlah hingga keduanya menaiki perahu lalu pada saat di perahu, Nabi Khidr langsung membocori perahu itu. Musa berkata, “mengapa kau membocori bahtera ini?”. Khidr berkata, “bukankah aku berkata sesungguhnya kamu sekali” tidak sabar bersamaku”. lalu berjalanlah keduanya hingga tatkala mereka menjumpai seorang anak. dan ternyata Khidr membunuhnya. dan Musa berkata, “mengapa kau membunuh jiwa yang masih bersih itu”. dan Khidr berkata, “bukankah sudah kutanyakan kepadamu kau harus sabar untuk mengikutiku.” Musa sembari berkata, “jikalau kau membuat perbuatan ketiga kalinya maka aku akan pergi dan tidak akan menyertaimu. ketika mereka berjalan dan menjumpai sebuah kota, Nabi Khidr pun di meminta untuk menjamu oleh orang pedalaman, tetapi mereka tidak mau dan mereka menghinanya dan ketika Khidr melihat tembok rumah tersebut yang rapuh dan dia langsung membetulkan dan memperbaiki dinding rumah tersebut.

    semakin lama Musapun kesal atas perbuatan muridnya tersebut dan musa pun berkata, “baiklah saya tidak akan menyertaimu dan ambil dosa-dosamu atas perbuatanmu itu tadi.

    Khidr langsung berbicara kepada Musa apa yang sebenarnya terjadi yang dilakukan terhadapnya. yang pertama nabi khidr membocorkan perahu tersebut sebab dihadapan perahu tersebut ada raja perompak yang akan mencuri perahu-perahu tersebut, lantas khidr membocorkan perahu-perahu tersebut supaya perahu tersebut terlihat Rusak dan tidak layak.
    kedua Nabi khidr membunuh anak kecil yang takutnya akan menyesatkan penduduk-penduduk sekitar, dan dia menghendaki supaya mengganti anak-anak lain yang lebih baik.
    ketiga Nabi Khidr membetulkan Rumah yang tadinya retak, sebab dibawah rumah itu ada tersimpan harta karun besar yang hanya boleh diambil oleh orang mukmin. maka nabi khidrpun membetulkan rumah itu supaya tidak roboh dan tidak terlihat harta karun tersebut.

    kesimpulan dari cerita diatas ialah hendaknya kita bersabar dan berfikir untuk menghadapi kejadian dan dibalik semua itu pasti ada hikmahnya.

    wassalam..

    • salam alaika,,

      banyak makasih.

    • Manunggaling Kawulo Gusti🙂

  7. salam..

    benar kata sdara anugerah..tp untuk bertemu guru yg esa itu perlu bertemu guru perantara itu terlebih dahulu untuk menyampaikan kepada guru yg esa itu..tp tidaklah salah jika berguru dgn perantara..kerana guru itu juga kenal siapa dirinya…bukan dia yg mengajar hakikatnya…dia tau setiap yg keluar dari mulutnya hya dariNYa,,bukan dia lagi yg berkata kata..

    itu cuma untuk memahamkan..
    kesimpulannya bukan lain guru mursyid itu dan guru yg satu itu melainkan DIA jua…
    bhkan tiada guru mursyid itu dan tiada guru yg Esa itu melainkan DIALAH hakikatnya…
    dan Hya DIA sje yg mengajar akan DIA jua..
    dan sebenarnya DIA segalanya tnpa ada aku dan Dia..

    • salam,,

      alhamdulillah

  8. Salam
    Aku hanya mampu tersenyum
    membaca artikel tuan,
    senyum yang berbunga-bunga
    terima kasih semua………

    Selamat menjalani ibadah puasa……….
    dan aku terus tersenyum
    dan senyumannya berbunga-bunga……

  9. salam…
    saya bersyukur krn pernah bertemu dgn org yg dimaksudkan,sehingga kini saya berdoa,jika bole saya ingin ketemunya lagi…
    Dialah org yang mengajar saya tentang diri sebenar diri..bila sampai pada satu tahap,diri kita sebenarnya tidak wujud,yang ada hanya Allah…
    Ilmu ni pun bukan bole diceritakan kepada semua orang,takut di salah ertikan..hanya ahli dgn ahli sahaja yang boleh bercerita..
    jika diceritakan pada org biasa,tak sampai katanya.betul ke?jika salah harap diperbetulkan..

    • Siapa “Dialah org” yg norazura maksud. Mohon dengan sangat jangan dirahasiakan. japri ke gmandalan@yahoo.com. tks

  10. Subhanallah…
    Menarik sungguh pencerahan mengenai ‘Diam’
    Syukrn jazakallah wa barakkallhu fik ya Haji

  11. asalammualaikum?subhanallah saya senang dan mamahaminya

  12. Dalam diam sya mencoba untk trs mngingat allah , tp sllu ada hal lain yg mengusik , bagaimana cara sya utk mengatasinya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: