Posted by: hajirikhusyuk | Disember 1, 2009

Pertanyaan

 

Di dalam kitab Syarabul Asykin, sebuah kitab lama, karangan sufi terkenal Hamzah Fansuri,  ana dapati ada dua soalan yang sesuai untuk ditanyakan pada sepanjang zaman.

Soalan yang sering ditanya oleh pencari Allah:

  1. Jikalau Dzat Allah pada sekelian semesta alam lengkap, kepada najis dapatkah dikatakan lengkap?
  2. Jikalau Dzat Allah lengkap kepada makhluk (manusia), maka siapakah yang merasai seksa neraka dan siapa pula yang merasai nikmat syurga?

Mari kita lihat, jawapan yang diberikan oleh Sufi terkenal itu:

Soalan pertama:

  1. Jikalau Dzat Allah pada sekelian semesta alam lengkap, kepada najis dapatkah dikatakan lengkap?

Jawapan:

Seperti panas lengkap kepada sekelian alam, kepada najis pun lengkap, kepada benda busuk pun lengkap, kepada baik pun lengkap, kepada jahat pun lengkap, kepada Kaabah pun lengkap, kepada rumah berhala pun lengkap, kepada sekeliannya pun lengkap:

Kepada najis ia tidak akan najis, kepada busuk ia tidak akan busuk, kepada baik ia tidak akan baik, kepada jahat ia tidak akan jahat:

Daripada kaabah tidak ia beroleh kebajikan, daripada rumah berhala tidak ia beroleh kejahatan:

Sedangkan panas lagi demikian, lagikan pula Allah SWT, suci daripada segala suci, maka fikirkanlah  supaya mendapat fahaman yang benar.

Soalan kedua:

  1. Jikalau Dzat Allah lengkap kepada makhluk (manusia), maka siapakah yang merasai seksa neraka dan siapa pula yang merasai nikmat syurga?

Jawapan:

Seperti emas dan asyrafi (kotoran), (emas mengandungi asyrafi), jikalau dibakar asyrafi juga yang hangus terbakar, emas tidak terbakar. Sungguhpun asyrafi dan emas tidak bercerai antara satu sama lain, apabila dibakar asyrafi juga yang hangus, emas tetap baqa (kekal).

Asyrafi umpama makhluk dan emas umpama Khaliq (Tuhan);  apabila dibakar makhluk juga yang hangus dan binasa, Tuhan tetap baqa (kekal).

(ulasan: Hamba tetap hamba dan Tuhan tetap Tuhan, kenyataan ini adalah benar, dan ia tidak perlu diragukan lagi.

Bagi mereka yang berada di makam ini, mereka berpendapat  hamba dan Tuhan itu, tidak esa, tetapi dua. Maka jadilah tuhan dan hamba itu dua. Jikalau demikian mereka tertakluk di bawah hukum qada dan qadar. Maka buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat.

Bagaimanapun, bagi mereka yang makrifatullah, mereka tahu  bahawa hamba dan Tuhan itu esa jua. Sebagai analogi mereka yang makrifatullah ini, umpama ombak kembali menjadi Laut.

Nah,,

Jikalau demikian, adakah mereka tertakluk kepada hukum QADA DAN QADAR? Adakah mereka kena seksa juga?)

Cuba fikirkan.

MasyaAllah.

 


Responses

  1. salamu alaika
    Kalau Allah tampa hamba siapa yang mengenal.
    Kakau hamba tampa Allah bagaimana hidup..
    Kalau tuhan di luar kotor, kalau di dalam.. pecah..
    Makanya diadakan roh untuk pendingin sebagai tali hayat…
    kebanyakan orang hidup menganggap hidup dengan roh.. sebenarnya Allah ..roh disifati oleh Allah juga.
    salam alika

    • terima kasih saudara Tahjud,
      salam
      alaika.

  2. tuhan itu hamba, hamba bukan tuhan.
    tapi hamba kembali kepada tuhan.
    maka tiada lagi hamba..
    apa benar?

    • tuhan itu (juga) hamba, hamba bukan tuhan (bagi yang belum kenal).
      tapi hamba kembali kepada tuhan. maka tiada lagi hamba..(hanya mainan bahasa, sebenarnya esa jua)
      apa benar?

      jawapan,,
      ya,, benar.

  3. sebenarnya hamba atau adam/nafsahu hanya diada-adakan saja cerita/sandiwaranya juga..
    sebenarnya inilah sandira Allah..

    Allah bagi hamba yang sudah kenal rahasianya mudah saja..
    kuciptakan manusia dalam bentuk sempurna Artinya yang sempurna itu..
    siapa yang punya…cuma Allah.. siapa lagi..

    salam alaika.

    • makasih saudara Tahjud yang mulia.

  4. salam hj dan sdr tahjud,
    bertambah paham sekarang walaupun bukan sepenuhnya

    • alhamdu lillah,,
      salam alaika.

  5. assalamualaikum….
    boleh tak dikatakan begini..
    bila hamba/adam/nafsahu/diri dicuci …akan membawa kpd terbitnya ‘muhammad’

    1)siapakah ‘muhammad’ itu sebenarnya?
    2)apa pula kaitan muhammad dgn ruhKU?

    saya nak cuba jawap soalan saya sendiri…maaf nampak mcm lawak tapi harap betulkan..

    1)muhammad’ tu adalah insan yg dah suci..sebelum suci, ia dikenali dgn nafs/hamba/diri keakuan. Nafs adalah “barzakh”
    ataupun sempadan antara muhammad’ dgn jasad
    2)ruhKU adalah sempadan (barzakh) antara ZAT MUTLAK dgn muhammad’??????

    • dalam proses tajali Dzat Mutlak, tiga teratas ialah: Dzat…Nur Allah…Nur Muhammad…RuhKU,,,
      Ini adalah nama-nama dalam proses pentajalian,, tetapi sebenarnya esa jua,
      (nak lebih faham, baca tulisan ‘Kiasan’.. tentang,,, kapas,, benang,,, kain).

      saya nak cuba jawap soalan saya sendiri…maaf nampak macam lawak tapi harap betulkan..

      1)muhammad’ tu adalah insan yg dah suci..sebelum suci, ia dikenali dgn nafs/hamba/diri keakuan.
      (jawab: Muhammad itu adalah Cahaya Penunjuk dalam diri,, juga disebut …rasul; lihat qs yasiin 36:3)

      Nafs adalah “barzakh” ataupun sempadan antara muhammad’ dgn jasad
      (jawab: mengikut al quran nafs itu terdiri dari jiwa dan jasad, (dan bersamanya ada ruhku, nur muhammad dan nur allah.))

      2)ruhKU adalah sempadan (barzakh) antara ZAT MUTLAK dgn muhammad’??????
      (jawab: cuba lihat tiga proses tajali di atas di manakah kedudukan RuhKu,,,)

      Perhatian: soalan sebegini amat sukar dijawab dengan terus,, kerana ante mungkin tersalah fahaman,,kalau tersalah faham akibatnya adalah buruk,, ana cadangkan supaya ante memahami konsep esa, jikalau ante faham konsep itu,, soalan sebegini, jawapannya amat mudah difahami.

      semoga bermanfaat,,
      salam alaika.

  6. sebenarnya allah itu sudah sedia karena dia sudah
    menjadi nyawa..pada rahasia..

    Ketika Nabi isro mikraj, nabi berdialog dengan diri di luar diri beliau bagaikan cermin.. Begitu juga Nabi Musa di bukit tursina pingsan =menyaksikan Allah=yaitu Melihat diri di luar diri.. begitu juga hamba-hamba yang mengenal Allah = melihat diri di luar diri..inilah yang Haq..inilah yang diamanahkan allah allah mencipta hambanya karena Allah ingin melihat dirinya..diluar dirinya…

    Lailahaillallah: syahadad tubuh=meniadakan akan tubuh;
    muhammadarasulullah: syahadad nyawa= meniadakan akan nyawa;
    Hu= syahadad Allah= tubuh dan nyawa mu itu milikku..kata Allah.

    jadi kesimpulan= tubuh nyawa Allah taala= satu
    umat muhammad Allah taala=satu

    manakala akan menyatu lahirlah hamba namanya.
    manakala akan berpisah sesaat untuk mati sempurna = maut namanya.

    manakala di dunia Allah berpakaian hamba ..
    manakala di surga hamba berpakaian Allah.
    tetap gaibi pada rahasia…

    salam alaika.
    tahjud

    • terima kasih sdr tahjud yang mulia,,
      salam akaika.

    • Salam Haji. Bagaimanakah yang dikatakan berdialog dengan diri di luar diri sebagaimana yang dikatakan oleh Tahjud. Adakah sama diri dengan diluar diri.Minta penerangan dari haji dan tahjud

      • salam alaika,,
        ana harap sdr Tahjud sudi menjawab soalan ini.

      • jawapan : melihat diri di luar di diri:

        artinya, penyaksian: diri yang sebenar-benar-nya diri yang murni (diri yang lagi satu, yang berada di alam Wahdah)—
        yang serupa tetapi tidak sebanding..karena hanya dia yang maha ADA..
        kenapa tidak sebanding..
        (kerana) nyawa hamba hanyalah bayang..tiada.. ada
        gerak ada diam..
        salam
        alaika

      • Terima kasih di atas penerangan tahjud cuma saya sedikit kurang faham disebabkan bahasa yang halus. Boleh tak dimudah secara analogi atau contoh.

        (Hajirikhusyuk: ana harap sdr Tahjud tidak keberatan menjawab.)

  7. terimakasih haji dan saudara tahjud. moga Allah merahmati tuan berdua.
    insyaallah ..Allah Taala akan memberi kefahaman kpd saya yg masih merangkak ni.

    • terima kasih kembali,
      salam alaika.

  8. Kesucian yang serahasia.
    Se ia sekata-serasi serahasia
    puji memuji yang dipuji
    kenal mengenal yang di kenal
    aku adalah engkau engkau adalah aku
    putih =umpama hamba
    suci=umpama nyawa
    murni =umpama allah
    kiasan seperti :
    kain putih =umpama hamba
    benang= umpama nyawa
    kapaS=umpama Allah
    salam alaika..

    • salam alaika//
      terima kasih sdr Tahjud.

  9. Roh adalah anak Mohammad dan Mohammad itu adalah Sifat2 Allah (Hakikat) Allah itu adalah Tuan empunya semua nya. (RAHSIA)Jadi kita perlu faham
    untuk memakai dan merangkumkan apa yang di katan kalimah LAILAHAILALLAH.itu dengan ini
    barulah sealiran selari . dan yang manakah kita
    yang kita hendak ISLAM kan di dalam diri kita itu???

    • salam alaika,,
      ana rasa ada sesuau yang ante mahu katakan,,
      huraikan saja dengan jelas,,
      agar pembaca dapat menilai,,
      apa yang ante katakan..

    • muhammad :adalah raja selakian roh nyawa pada hamba ..
      adam:adalah raja sekalian jasad alah jasat pada hamba..
      sedangkan allah adalah raja sekalin zat rahsia pada hamba..

      • salam alaika..
        makasih sdr Tahjud.

      • ketiga-tiganya membentuk suatu kesatuan yang tidak dipisahkan..

        Adam = Jasad
        Muhammad = Nur
        Allah swt. = Dzat Allah

        ketiga kesatuan itu membentuk menjadi manusia yang sempurna…
        bukankah begitu saudara??

  10. Allah Mohd Adam >>>>bersatu tapi bukan satu .
    (betul lah kata tahjud itu >>>) tetapi apa yang menjadi tanda taanya adalah dimana kita dan
    siapa kita >>>> Aku hembus kan Rahsia Ku ..
    Rahsia Ku itu lah Aku>>> dan cara kita hendak di Islamkan??? maaf.

    • salam alaika,,

      ana tidak pasti apa maksud ante ‘islamkan’. mungkin ante ada maksud lain
      yang tersendiri, tapi bagi amnya, islam itu penyerahan, dengan kata mudah,
      iaitu menyerah diri kepada allah.

      supaya jelas, ana nyatakan apa komponen manusia itu, manusia terdiri
      daripada nur allah, nur muhammad, ruhku, jiwa dan jasad.

      secara amnya manusia yang belum makrifatullah itu adalah nafs, iaitu terdiri dari jiwa dan jasad. (yang lain itu ada tapi belum dikenali lagi, maka belum berfungsi).

      nafs ini terdiri dari tujuh peringkat, dari amarah hinggalah kamaliah (baca tulisan manusia dan nafsu).

      Tiga nafsu yang pertama adalah nafsu kotor yang berfungsi untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat kembali kepada allah.

      tiga nafsu tersebut ialah amarah, lawamah, dan mulhamah, nafsu inilah yang
      perlu dibersihkan supaya ia mencapai nafsu yang diredai, iaitu nafsu mutmainah, nafsu yang tenang, nafsu yang diredai, nafsu yang dipanggil oleh allah,

      hai jiwa-jiwa nan tenang kembalilah kepada tuhanmu…

      ante bertanya dimanakah kita?

      pada ana jikalau ante belum makrifatullah, ante berada dalam salah satu nafsu tiga yang pertama itu, jika benar demikian maka berusahalah supaya ante mencapi nafsu mutmainah, kalau ante telah mencapai nafsu itu, ante telah selamat di dunia dan akhirat.

      Apabila ante telah mencapai nafsu mutmainah, maka nafsu itu telah menjadi suci, maka ia akan bersatu dengan ruhku, gabungan ruhku dan nafsu mutmainah itu akan bergabung pula dengan nur muhammad, dan gabungan mutmainah, ruhku, dan nur muhammah akan bergabung pula dengan nur allah, dan akhirnya kembali kepada dzat yang maha suci.

      ante bertanya apakah yang nak diislamkan itu?

      di sini maksud nak diislamkan itu sama dengan yang nak disucikan iaitu, tiga nafsu yang pertama, amarah, lawamah dan mulhamah.

      jasad akan hancur di dalam tanah,
      yang dinisab ialah nafs, jika ia bersih (telah mencapai nafsu mutmainah) ia mendapat balasan yang baik, jika ia kotor (amarah, lawamah, mulhamah)
      ia akan diseksa.

      ruhku, nur muhamad, nur allah memang sudah sedia bersih ia kembali
      kepada dzat allah.

      semoga bermanfaat.

  11. salam alaik.

    terima kasih tuan haji.

    amin

    ….

    • salam alaika,,

      terima kasih kembali,,
      semoga diredai allah.

  12. salam alaika.

    saya ingin meminta izin daripada tuan haji untukmengambil sedikit sebanyak isi dari blog tuan haji untuk digunakan di dalam blog saya.

    • salam alaika,,
      ya boleh.

  13. salam alaika.

    terima kasih tuan haji.

  14. Salam ….terima kaseh..diatas jawapan yang diberi..
    Nafsu itu lah yang hendak di Islam kan kerana
    Roh dan Nafsu itu ada didalam ramuan yang tersendiri….
    Satiap amalan yang kita melakukan itu melalui
    Nyawa Roh dan Nafsu yang di rangkul kan
    untuk mengiakan di atas kawalan Nya…
    Nafasu mempunyai tujuh peringkat dan
    satiap amalan yang dilakukan itu akan merubahkan peningkatan dan kedudukan nafasu
    itu >>>>semakin kita menjaalani amalan yang dengan peningkatan maka Nafsu itu akan meng
    hampirkan dirinya dengan Allah. …
    oleh itu ….maka akan menjadi kekaseh nya dan
    pemergian kita kehadapan Nya itu adlah sabagai jemputan tetamu yang agong.
    maaf sakira tersalah isian ini??

    • salam alaika,,
      ya,, begitulah.

  15. Sakiranya >>>tiada kesampaian didalam amalan kita dengan Allah….kenapa kita perlu di seksa??

    Bahkan >>>Aku hembuskan Rahsia Ku…..
    Rahsia Ku itu adalah AKU..

    Serta kira2 nya kita menjadi tetamu Allah
    Apakah ada soal jawab2 Nya pada kita??
    T/K

    • salam alaika,,
      ante diseksa kerana tidak mengikut perintah allah,,
      supaya menjauhi nafsu,,

      jika ante menjadi tetamu allah,,
      ante akan dilayan dengan baik.

  16. salam alaika..

    adam malikul jasad: adam raja sekalian jasad
    muhammad malikul arwah: muhammad raja sekalian Ruh

    Allah malikul Dzat: Allah raja sekalian zat

  17. assalamualaikum haji dan kawan2 sekelian…

    saya nak tanya ni supaya dpt jadi asas pegangan (niat )saya bilamana nak melakukan sesuatu bagi orang awam mcm saya yg belum makrifatullah ni…

    bila nak solat

    1) nak di niatkan “aku” tu sebagai apa… adakah aku solat fardhu zohor…………? aku tu hamba or …..?
    tapi bila difikir balik kalau aku diiktikadkan sebagai hamba, seolah2 ada dua kuasa iaitu
    Allah
    hamba
    walhal hamba tu sebenarnya lemah or tiada. macamana orang yg lemah dan tiada, boleh solat.

    bila bersyahadah

    1) aku bersaksi tiada nyata selain Allah… aku tu nak di iktikad siapa?

    bila nak buat sesuatu contohnya makan , kerja, nak baca quran…etc
    1) aku buat kerja ni kerana Allah… aku tu adakah diiktikadkan sebagai hamba?
    tapi…. macamana nak kata itu hamba yg buat padahal hamba tu lemah, tiada daya upaya

    • salam alaika,,

      orang yang berfikir itu adalah yang beragama dengan betul,,

      berfikir akan mendatangkan kesadaran,,

      kesadaran siapa diri kita yang sebenar itu,,

      itulah adalah sebaik-baik pengetahuan,,

      perjalanan kita menuju allah memang bertingkat-tingkat,

      maka dengan itu kita menyembah allah mengikut tingkatan yang kita duduki pada masa ini,,, semasa solat, bagi orang yang telah makrifat,,
      maka tiada yang menyembah dan tiada yang disembah,, atau,,
      yang menyembah dan disembah itu adalah sama..

      bagi yang belum makrifat,, sembahlah mengikut tahap ante,, jika ante anggap hamba maka sembah lah dia,, dan ante sebagai hamba.

      begitu juga dengan bersyahadad,,

      walau pun tidak sempurna,, tapi ante mesti berusaha mencari kesempurnaan,,
      insyaallah satu ketika nanti ante juga akan makrifatullah.

      amin…

  18. Bagi orang Awam …..Aku itu adalah diri kita ini.
    dan bagi orang yang satu itu….Aku itu adalah talok nya pada Roh/Nyawa kita. Yang ini memerlukan pengajian dengan Guru Murshid.

    Apa itu Roh / Nyawa yang ada pada kita …..ini yang
    di cari artikan padaa diri kita.
    sahingga kita akan kenal akan dia itu.

    • salam alaika,,

      Apa itu Roh / Nyawa yang ada pada kita …..ini yang
      di cari artikan pada diri kita.
      sahingga kita akan kenal akan dia itu.

      jawapan:

      ruh ini adalah ruh yang ditiupkan allah kepada kita.

      wanafahtu fihi minruhi.

      ruh inilah yang mengenal allah, apabila ante telah mengenal ruh ini
      (setelah mengalahkan hawa nafsu), maka ruh ini akan membimbing ante
      kembali kepada allah, itulah ruh ini perlu dikenali,, kerana ruh ini
      diselaputi oleh nafsu,, itulah ante perlu mengalahkan hawa nafsu,,
      barulah ruh ini boleh bebas dan kembali kepada allah.

      satulagi komponen yang ada pada manusia adalah nafsu,,
      nafsu ini mencintai dunia,, dia tidak mahu ante kembali kepada allah,,
      kerana apabila ante kembali kepada allah nafsu akan binasa,,
      itulah sebabnya nafsu berusaha bermati-matian supaya ante tidak kembali kepada allah.

      kesimpulannya,, jangan sekali-kali mengikut nafsu.

      semoga bermanfaat.

  19. Yg menyeksa itu Allah..
    yg diseksa itu Allah jua..

    • itu sudah esa ke belum esa,,

      kalau sudah esa mana ada yang menyeksa dan yang diseksa,,

      mana ada aku mana ada dia,,

      fikir-fikirkan,, cuma kata-kata,, kerana tiada perkataan yang tepat untuk menyatakannya dengan tepat.

  20. salam sekalian…

    sekadar untuk memahamkan esanya Dia..
    Hakikatnya Dia jua..
    mohon kemaafan jika sy tersilap..

    • salam,,

      ya,, pemahaman itu penting.

  21. salam alaika.. yang esa itu hanya Aku.dan Aku jua yang berkehendak..dan kehendak itu pun dari Aku..dan Aku jua yang melakukannya..walaupun pada syariat dan orang awam ia nampak sesat pd fahaman mereka..apa pendapat saudara haji..

    • salam,,

      ente kata,,

      “yang esa itu hanya Aku. dan Aku jua yang berkehendak..dan kehendak itu pun dari Aku..dan Aku jua yang melakukannya”.

      ane nak tanya ente adakah ente pasti pernyataan itu benar??

      baiklah,,

      ane jawab begini,,,, benar dan palsu.

      benar dari segi hakikatnya,, apabila tiap sesuatu itu telah kembali
      kepada hakikatnya,, maka pernyataan itu adalah benar,, tidak kira siapa
      yang menyatakanya,, walaupun kelihatan seperti Mansur al Hallaj (dihukum bunuh kerana menyatakan Ana al Haq).

      palsu pada keadaan semasa (yang belum kembali kepada hakikat),,
      apakah maksud,, yang belum kembali kepada hakikat,

      ana cuba jawab,, menggunakan analogi ini,,

      ketulan air batu (icebergs),, yang terdapat banyak di kutub utara sama di permukaan laut atau di bawah permukaan laut,,

      pada hakikatnya,, kita tahu ice dan air laut pada hakikatnya adalah esa jua,,
      tapi dalam keadaan semasa adakah ice dan air laut itu esa?

      bagi ane,, sudah pasti tidak,, kerana ice dan air laut tidak sama,, keadaan fizikalnya juga tidak sama,,

      tapi,, bilakah ice itu menjadi sama, dengan air laut itu?

      jawapan ane,, ketika ice itu menjadi cair, dan menjadi air laut,, ketika itulah baru ice dan air laut itu esa jua,,

      jadi untuk ice menjadi air laut,, ice perlu dikenakan proses,, contonya ice perlu dipanaskan supaya ice cair dan menjadi air..

      tidak begitu??

      selagi ice belum melalui proses, selagi itulah ice dan air tidak esa,,
      ana harap ente faham,, (walaupun hakikatnya esa jua).

      ana bagi satu lagi anologi,, berdasarkan tulisan Hamzah Fansuri di atas,,

      katanya,, emas dan asyrafi (kotoran),, emas umpama tuhan dan asyrafi umpama hamba,,

      apabila asyarafi ditunu (dibakar) yang tinggal adalah emas,,

      dibakar,, itulah proses bagi asyrafi untuk menjadi emas,,
      (jadi analoginya,, apabila hamba melalui proses,, maka barulah ia itu Dia.

      begitu juga aku (perlu melalui proses untuk menjadi) Aku.

      apakah prosesnya,, itu ente kena tanyakan pada guru mursyid,,
      tidak boleh dinyatakan di sini,, kerana ana khuatir,, jikalau tersalah tafsir atau tersalah kefahaman,, boleh membuatkan seseorang itu menjadi kufur,, dan mendapat laknat allah.

      apabila aku telah menjadi Aku,, barulah pernyataan ente di atas itu benar,, jikalau tidak ia masih lagi palsu.

      jadi,, hati-hatilah dengan pernyataan hakikat dan makrifat,, kerana di sebalik
      pernyataan itu ada rahsianya,,

      rahsia inilah yang tidak banyak diketahui orang,,
      tanpa mengetahui rahsia ini,, pencari mungkin akan menjadi kufur atau sesat.

      allah hu aklam.

  22. terima kasih haji.ana faham apa yg haji terangkan .ana bersyukur sgt.haji..apa pandangan anta tentang apa yg ana lalui ini..ana melihat tiada ANTARA di antara aku dan Dia..ana merasa hanya Aku yang wujud dalam diam ana ini.ana merasa ana dalam satu rasa yang lain dimana ana melihat dengan pandangan yang penuh pengertian tentang apa yg ana lihat.dan pandangan ana mengertikan hanya Dia.dan pandangan ana itu hanyalah pandangan Aku.haji..terkadang ana confius dengan apa yg ana alami bila ana tidak lagi merasa ada pertentangan di antara dua perkara.ana cuma hanya berasa bahawa semua perkara adalah baik dan betul hatta salah dari sisi syariat yang selama ini ana pegang kuat.apa pandangan haji setakat apa yang baru saya nyatakan pada haji..

    • salam,,

      dari segi hakikatnya hanya ada dia,, sesuatu yang berasal dari dia adalah baik semata-mata,,
      tetapi di dunia ini ada opposites (bagi yang tidak makrifatullah),, jadi ada pertentangan,, baik dan jahat,,
      kaya dan miskin dan sebagainya,, baik dan buruk (cuba lihat tulisan tentang baik dan buruk),,

      oleh kerana itu,, sufi yang sempurna adalah mereka yang beradap,,
      jadi jagalah adap,, kerana perintah melaksanakan syariat datang daripadanya juga,,
      ini untuk mengelakkan fitnah,, supaya tidak berlaku seperti yang dialami oleh Mansur al Hallaj, dan Syeikh Siti Jenar,,
      (ini antara contoh sahaja).

  23. salam alaika haji..maksudnya..ana harus menjaga apa yg ana alami..dan harus dirahsiakan supaya mengelakan fitnah bagi yg tidak memahami.ertinya apa yg berlaku pada syeikh siti jenar itu kerana menyatakan pada umum apa yg patut didiamkan..haji..ana mohon maaf atas ketelanjuran dalam bertanya..maafkan ana..haji bolehkah haji huraikan sedikit erti nafsu didalam diri seorang yang makrifatullah..maksud ana adakah baik dan buruk itu tiada setelah esa.

    • salam,,

      kalau ente lihat sejarah ramai yang tidak menyukai golongan
      sufi atau golongan makrifatullah,,

      mereka mengganggap ilmu ini tidak ada di zaman Rasullullah,,
      dan banyak juga masyarakat yang tidak menerima golongan sufi,,

      tetapi mereka lupa, awal bergama itu adalah mengenal Allah,,
      bagi ana, hanya dengan jalan makrifatullah sahaja seseorang itu
      dapat sebenar-benar mengenalNya,,

      dan bagi mereka yang telah sampai jagalah etika (adab),,
      bicaralah perkara ini pada khalayak yang sesuai,, dan jagalah
      lidah supaya tidak latah,, seperti menyatakan sesuatu perkara yang
      tidak sesuai pada tempatnya.

      Pada makan keesaan,, segala-galanya ada baik,, tiada dualiti,,
      tetapi ingat,, ente masih lagi tinggal di dunia ini, sesebuah negara itu,
      ada undang-undangnya,, yang mana itu juga terjadi kerana dengan iziNya.

      kerana ente juga terikat dengan hukum-hukum lahir,,
      baik di balas baik dan jahat di balas jahat (masuk penjara).

      Banyak ahli sufi yang telah mati kerana dihukum bunuh,, mereka dianggap zindik dan sebagainya,,

      tetapi terdapat banyak juga bukti,,mereka ini adalah kekasih-kekasih allah (makrifatullah).

      contohnya,, seorang sufi yang mati dihukum bunuh,, darahnya mengalir dan menuliskan kalimat allah.

      oleh itu hati-hatilah,

  24. alhamdulillah.terima kasih.sudah terang pemahamam ana.terima kasih menjadi penyuluh pada ana yang kekeliruan ini..ayat-ayat ente amat mudah ana fahami…haji..kenapa wali sembilan selain siti jenar menghukum bunuh pada siti jenar sedangkan mereka sahabat rapat.adakah benar walaupun diperingkat kewalian namun masih ada yang belum sempurna sebagai ahli yang arif..

    • salam,,

      sesuatu yang bersalahan dengan hukum,,
      pasti mendapat balasan,,

      contohnya, hukum (sifat) api adalah panas dan membakar,,
      jadi,, jikalau api digunakan mengikut hukumnya,,
      pasti ia memberikan manfaat,, seperti memasak makanan,,
      dan sebagainya,,

      tetapi jika disalah gunakan,, api boleh membinasakan,,
      membakar rumah dan sebagainya,,

      jadi Seikh Seti Jenar,, banyak pendapat menyatakan telah
      menyalahi hukum syariat,,(membukakan rahsia yang tak sepatutnya),,
      jadi sebab itu hukum jatuh kepadanya.

      berkaitan wali pula,, banyak peringkat wali,,martabat antara wali itu,,
      tidaklah sama,, contohnya seorang yang baru menjadi wali,,
      takan sama martabatnya dengan yang telah menjadi wali selama sepuluh tahun (ini lumrahnya,, tapi pasti ada kekecualiannya).

  25. terima kasih atas penerangan ente..aalhamdulillah..haji..pandangan menyatakan segalanya pada kita ..nyata bahawa dengan pandangan itu membuat semua alam fikir bersatu..dan memberikan sebuah fahaman yang dapat difahami tanpa kata..tanpa rupa..tanpa ibarat..tanpa sesuatupun..tetapi kefahaman bahawa Aku itu jelas…apa pendapat haji..

    • salam,,

      ya,, Akulah yang harus dikenali,,
      dengan sebenar-benar pengenalan,,

      apabila enta telah mengenal Aku,,
      maka ente telah mengenal diri ente.

      • salam Aku cuma Aku yg tahu.
        Aku esa yg byk dan pelbagai adalah keesaanku.
        Bak kata hujan,aku bukan air dan kata air aku bukan hujan.
        Benarlah kata air dan hujan.,bahawasanya bukan, bukan dan bukan.
        Anak yg ke kecil boleh menilai bapak yg garang.
        Bukankah Allah yg mnilai.
        Kebanyakan kita terlepas pandang ,sedangkan LAMAUJUD ILLALLAH. Maaf

  26. Salam alaika,,,,
    Alhamdulillah…..yang kabur telah jelas
    masyaAllah

    masih adakah kesinambungannya hj…!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: