Posted by: hajirikhusyuk | Februari 2, 2010

Terang dan nyata

 

 

Nyata dan terang

Mari kita imbas sejarah Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya, terutamnaya setelah Musa memasuki Lembah Suci Tuwa.

QS Taahaa 20:12: Sesungguhnya Akulah Tuhanmu, maka bukalah kedua terompahmu, sesungguhnya  kamu berada  di Lembah Suci Tuwa.

Inilah perintah yang diterima oleh Nabi Musa daripada Tuhan, supaya menanggalkan terompahnya (alas kaki seperti kasut dan sebagainya), supaya Nabi Musa dapat masuk ke hadirat Allah dan mendengarkan suaraNya.

Kedua terompahnya harus ditanggalkan, apakah maksud terompah dalam konteks ini, adakah ia benar-benar alas kaki atau benda lain yang dinyatakan sebagai  kiasan.

Jikalau kita fikirkan, jika terompah itu adalah alas kaki yang sebenarnya, seperti sepatu, selipar dan sebagainya, apakah makna menanggalkannya, sedangkan Nabi Musa telah berada di Lembah Suci Tuwa, sama ada Nabi Musa menanggalkannya atau tidak, terompah itu tetap telah berada di Lembah Suci Tuwa.

Dalam perkataan lain sama ada Nabi Musa menanggalkan terompahnya atau tidak Nabi Musa dan terompahnya itu tetap berada di Lembah Suci Tuwa.

Perintah (tanpa suara di dalam hati) menanggalkan terompah itu bermakna Tuhan telah memilih Musa untuk datang ke hadiratNya dan mendengarkan suaraNya.

Jadinya terompah yang macam manakah yang dapat menghalang suara Tuhan daripada didengar Musa. Nampaknya hebat sekali terompah itu kerana dapat menghalang sesuatu yang berasal dari Tuhan.

Untuk memahami maksud terompah ini kita perlu lebih dahulu tahu tentang fana,,

Apakah itu yang dimaksudkan fana,, fana adalah hilangnya sifat-sifat tercela dan diganti dengan sifat-sifat terpuji. Mereka yang fana tidak lagi mengharapkan dunia dan akhirat,, yang diinginkannya hanyalah Allah,, kekasih yang sangat dirinduinya yang telah lama dicarinya tapi tak kunjung jumpa.

Kita sering mendengar sufi berkata : kosongkan hatimu dan ia akan dipenuhi oleh Penciptamu.

Apabila hati kita kosong  daripada selainnya maka Dialah yang bersemayam di dalamnya, dialah yang akan mengatur segalannya.

Nah sekarang kita ketahui,, untuk fana kita perlu mengosongkan hati kita,, tetapi  Allah memerintahkan kepada Musa: tanggalkanlah kedua terompahmu,,

Nah ,, ini bermaksud ada satu lagi yang perlu ditanggalkan,, sepasang terompah bermakna ada dua benda,,, satu daripada benda itu telah kita ketahui,,  hati,,  tapi apakah yang satu lagi itu,,

Apakah bendanya yang lagi satu itu, yang nampak gayanya sangat kuat sehingga dapat menghalang suara Tuhan daripada kedengaran kepada Musa,,

Ya,, satu lagi yang perlu ditanggalkan ialah Fikiran,,segala fikiran harus dikosongkan,, kerana fikiran dapat menghalang suara Pencipta daripada kedengaran.

Segala fikiran segala imaginasi segala emosi dan sebagainya harus ditanggalkan,, insya Allah barulah kita akan dapat mendengarkan suara Pencipta yang maha meliputi.

Jadi untuk mendengan suara yang maha menjadikan kita harus dapat mengosongkan fikiran dan hati kita daripada segala sesuatu kecuali Allah., dengan itu kita akan menjadi fana dan menjadi alat bagi yang maha pencipta.

Allah dan Rasul itu maha hidup,, maha hadir dan maha berkata-kata,, jikalau ia maha berkata-kata bagaimana kita dapat mendengarkan suaranya,, sedangkan bahasa maha pencipta, tanpa huruf dan tanpa suara.

Bagaimankah Musa dapat mendengar kata-kata Penciptanya,, adakah dia mendengarkan sepertimana kita mendengarkan kata-kata daripada seseorang yang kita kenali.

Nah,,, ini satu lagi rahsia yang perlu dikupas agar kita tidak tersalah fahaman,, bukannya mendengar kata-kataNya, seperti mana kita mendengarkan suara daripada kenalan kita di dunia ini, bukan begitu.

Mencinta Rasul atau fana rasul, adalah apabila kita benar-benar mengikut perintah rasul,, tapi bagaiman kita harus mendengarkan perintah Rasul yang maha hidup,,

Ya,,, maka bertandanglah ke hati nurani dan dengarkanlah perintah tanpa huruf dan suara di sana,, begitulah juga jika kita mahu mendengarkan kata-kata yang maha pencipta.

Begitulah yang telah dialami Musa,, dan ia yakin dengan perintah yang diterimanya,, tanpa ragu-ragu lagi kerana ia tahu,, itulah yang benar.

Jadi,, jikalau begitu mudah untuk mendengarkan kata-kata tuhan,, teruslah kita fanakan diri,, dan akan mendapat mendengarkan kata-kata yang maha pencipta.

Tidak semudah itu,,

mengapa,,

ilmu dan amal jaraknya umpama langit dan bumi..

Orang mungkin berkata, baiklah aku fana sekarang,,  berapa lamakah fananya dapat bertahan,  sesaat atau dua saat,, dan lepas itu kembali kepada ke-aku-annya. Sedangkan fana yang diperlukan adalah fana yang berterusan sepanjang masa,,

cuba fikirkan,,

dapatkah ini terjadi tanpa latihan dan keinginan yang sungguh-sungguh.

Cuba kita lihat lagi QS Al Baqarah 2: 55,56:

Dan ingatlah ketika kamu berkata: Wahai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu sebelum kami melihat Allah  dengan terang,  kerana itu kamu disambar halilintar dan kamu menyaksikannya.

Setelah itu Kami bangkitkan kamu supaya kamu bersyukur.

Ayat  ini turun, berikutan pengikut-pengikut Musa,, meminta kepada Musa agar mereka diajarkan bagaiman untuk melihat Allah dengan terang dan nyata, dan Allah memperkenankan permohonan itu,,

Ayat  QS Al Baqarah 2: 55,56: adalah ayat mutasyabihat, iaitu ayat kiasan,, tetapi sebenarnya itulah kaedah melihata Allah dengan nyata dan terang,, di dunia ini juga, maka carilah rahsianya.

Jadi Allah itu dapat dilihat dengan nyata dan terang di dunia ini juga, tidak payah tunggu di akhirat nanti,, kerana Allah itu yang maha hidup dan yang maha meliputi.

Jadi mereka yang telah dianugarahkan dengan penglihatan ini, tidak seharusnya memencilkan diri,, tetapi harus kembali ke dunia ini untuk membangunkan ummah dan membantu yang lain untuk  kembali melihat Penciptanya dengan nyata dan terang,

dan untuk membangunkan  Bumi dengan keindahan yang telah diciptakan Tuhan.

 

Allah u akbar.

 

 

 

 

 


Responses

  1. salam,
    sila layari bersama juga web saya..terima kasih

    Admin,
    http://NTVirus.wordpress.com

  2. Bagaimana kah caara nya latihan untuk menjadi fana itu????

  3. Salam..

    sy cube menolong yg termampu..
    Dia juga yg menolong dn Dia juga yg berilmu..
    untuk mencapai fana itu..perlu kita membuang akal..
    kerana fana tidak akan sesekali dapt dicapai jika masih menggunakan akal.untuk mencapainya akal tidak berfungsi sama sekali.mencapai fana adalah dgn nur makrifah mata hati…BUKAN DGN AKAL.

    Untuk mencapainya perlulah kita berguru dgn guru yg mursyid..yg dapat menyampaikan kita kepada Fana itu..
    carilah guru yg mursyid..Allah tidak akan mensia siakan mereka yg mencariNya…

    • salam,,

      ya,, nasihat yang baik.

  4. Latihan fana adalah dengan meninggalkan diri ini dan mengikuti kepada YANG MAHA ADA, Yang Maha Menggerakkan. Selalu ke ALLAH dan ALLAH.

    • salam,,

      selamat datang,,

      makasih banyak atas petunjuknya.

  5. salam hji
    utk seseorang itu ingin melihat tuhan dgn nyata prlulah seseorg menganggap bahwa diri tiada ujud dan klu ujud pun ia sudah mati.
    Meniliklah akan yg ada hanya hidup yg maha hidup iaitu Allah .
    Yg lain sebenarnya tiada wujud dan wujud yg ada hanya bayangan sahaja .
    Tetapi ini perkara yg memerlukan pengetahuan yg luas dan keyakinan yg betul2 kuat utk seseorg itu menghadapi.
    Peringkat yg tiada daya dan upaya melainkan rahmat ,kurnia dan anugerah dpd Allah sendiri…

  6. Salam,,,,
    Bertambah iman sy. Trimakasih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: