Posted by: hajirikhusyuk | Februari 14, 2010

Tafakur sufi

Tafakur sufi

Bertafakur  mengingatiNya akan membuatkan sufi  sentiasa hadir bersamaNya dalam kehidupan seharian,  kerana apabila disebut namaNya maka hadirlah Dia.

Tapi malangnya bagi yang lupa mengingatiNya, Dia akan terselubung dan terlupakan dalam kehidupan,  yang kelihatan hanyalah makhluk dan alam semesta.

Hanya dengan menutup mata dan masuk ke dalam qalbu, dan menggabaikan makhluk dan alam semesta barulah sufi  dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepadaNya, inilah yang dikatakan  tafakur,  tafakur sesaat yang sampai kepada dzat (cinta) itu lebih baik daripada tujuh puluh ribu tahun amalan sunat.

Semasa tafakur sufi  dapat mengosongkan fikiran,  dan dengan itu sufi dapat merasakan hakikat ketuhanan. Bagi sufi yang sempurna tafakurnya mereka akan dapat merasakan kelazatan yang tidak dapat dibayangkan oleh akal fikiran  dan tidak dapat hendak diceritakan, kenapa tidak dapat diceritakan, kerana tiada perkataan yang dapat menggambarkan suasana yang hendak dikatakan.

Suatu kelazatan yang diketahui atau dinikmati oleh yang merasanya sahaja.

INGAT,, Kebahagiaan tidak akan dapat ditemui oleh akal fikiran, fikiran adalah penghalang yang memisahan sufi daripada kebahagiaan ruhani. Oleh itu semasa tafakur amat penting fikiran tidak lagi bergerak dan juga hati mestilah hanya dipenuhi oleh Tuhan semesta alam.


Fikiran berfungsi kerana adanya dualiti contohnya siang dan malam, susah dan senang dan sebagainya. Tetapi Kebenaran tidak ada dualiti  ia adalah kesatuan keadaan, contohnya tiada susah dan tiada senang, tiada tua dan tiada muda.

Ini bermakna yang mengetahui dan pengetahuan itu adalah satu, yang melihat dan yang dilihat adalah satu, pencinta dan kekasih  adalah satu, dan sebagainya.

Jadi tafakur adalah bertujuan untuk menghantar sufi dari dualiti kepada uniti (di dalam qalbu), contohnya pencinta dan yang dicintai menjadi  satu.

Tafakur sebenarnya adalah milik yang sangat berharga bagi para sufi yang dapat membantunya dalam pencariannya kepada kekasih sejatinya.

Satu cara sufi dalam bertafakur adalah dengan menggunakan tenaga cinta Ilahi yang mendalam untuk membendung akal fikiran.Cinta adalah dzat dari hakikat ilahi, dan adalah kekuatan yang paling nyata  bagi seseorang sufi. Berasal dari dimensi Diri Yang Maha Tinggi, cinta memiliki getaran yang lebih cepat daripada fikiran dan memiliki kemampuan untuk mengatasi fikiran.

Bagi sufi inilah apa yang dikatakan jatuh cinta, kerana apabila cinta datang alasan pun menghilang, fikiran tidak lagi berfungsi kerana kekuatan cinta mengatasi yang lainya.

Dengan perkataan lain, tafakur adalah amalan yang
menenggelamkan fikiran dan emosi sufi dalam samudera cinta yang tak terbatas.Untuk melakukan tafakur qalbu, asalkan tubuh relaks kedudukan jasad tidak begitu penting boleh duduk ataupun berbaring. 

 


Yang penting dalam tafakur ini adalah membangkitkan rasa cinta iaitu dengan mengingati Allah, segala fikiran dan emosi yang datang selepas itu haruslah ditenggelamkan dalam cinta itu,  dan akhirnya fikiran akan menjadi kosong atau tidak bergerak lagi. Setelah fikiran dan hati menjadi kosong barulah sufi dapat mendengarkanNya, sebagaimana yang dialami Nabi Musa di Lembah Suci Tuwa.

Dan ingatlah,, ketika sufi tiada  Dia akan ada Dalam Sufi,  bila sufi  bebas dari diri sendiri, Dia akan menunjukkan Keindahannya kepada Sufi.


Dengan mengosongkan fikiran, sufi  menciptakan ruang batin di mana sufi  dapat menjadi sadar akan kehadiran Sang Kekasih.

Dia selalu di sini tetapi fikiran, emosi, dan dunia luar menghalang sufi daripadaNya. Dia adalah diam yang kosong,   dan untuk mengalamiNya sufi  perlu untuk menjadi diam yang kosong pula.

Dalam tafakur sufi  memulangkan dirinya  kembali kepada-Nya, dari dunia pelbagai bentuk ke dalam “dunia lautan nan esa”  yang tak terbatas.

Semoga bermanfaat.


Responses

  1. Alham dulillah dengan cara amalan Ilmu yang sabegini lah mudah kesampaian kapada NYA …..tetapi bukan semudah cerita ia di lakukan>>>

    • salam,,

      ilmu tanpa amalan,, tak banyak
      manfaatnya,,

      yang baiknya banyak amal ..

  2. salam,.
    alhamdulillah,. begitu membaca,. hati menjadi sejuk dan tenang,.
    banyak yang ingin saya tanyakan, tp tak sanggup bertanya,.,
    seolah-olah sudah ada jawaban di dalam hati saya,.,
    ,.
    terima kasih,. atas artikel yang begitu bermanfaat,.,

    Fu

  3. alhamdulilah….ternyata untuk menggisi batin yang kosong dg tafakur…mohon minta amalan dan teknis dzikruloh dan relaks tafakur yang baik

  4. Salam…. fu66… di satiap kemuskilan yang timbul memerlukan penyelesaian semuga tiada berasa keraguan di hati ini. Oleh itu ….kita perlu bertanya kapada orang yang Arif tentang Ilmu2 itu.>>>>>>di takuti sekira nya kita tak bertanya kemuskilan itu maka ….ia didalam kehendak Nafsu.
    Jadi …..bagaimana akan kedudokan kita di ketika itu ….maaf.

  5. Ingin bertafakur???? maka anda perlu belajar akan Ilmu bab Tauhid ….untuk menngenal akan diri dan Tuhan.
    Melalui Guru yang Murshid dan kemudian …guru itu akan mengajar cara2 Tafakor yang bermenafaad……dengan ini maka berbuat lah selalu …semuga berjaya.

  6. Anda tahu tak ….>>> bertafakur itu untuk mencari APA tu?????
    matlamat serta tujuan untuk nya apa ya?????
    di setiap daya dan usha itu … InshaAllah dkan berjaya.

  7. salam hji
    amalan bertafakur sgt byk kaedah dan metod brgantung kpd peramalnya tetapi tujuan adalah sama jua.
    Iaitu tahap kehancuran lulur dan hilang lenyap diri keakuan ,terbang dan hinggap pd keesaan tuhan semata..
    Leburlah bersama kelazatan dan kenikmatan pandanganya.
    Sehingga alunan kata berkata menjawab prsoalan tiba dpd sang esa..
    Dlm memandang hanya dia ,cerita yg tiada huruf suara hanya kekasih yg difahamnya itulah itulah ajaran tafakur kpd manusia yg tk alah dgn derita…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: