Posted by: hajirikhusyuk | Februari 27, 2010

Keesaan Nur Muhamad

Keesaan Nur Muhamad

Mengikut pandangan sufi semua yang ada di alam semesta ini adalah daripada Nur Muhamad. Sedangkan Nur  Muhamad ini pula berasal  daripada Nur Allah yang berasal pula dari Dzat Allah.

Setiap yang ada,  sama ada yang  kelihatan atau tidak kelihatan, atau dalam  istilah lain, yang nyata dan yang ghaib,  adalah berasal daripada Nur Muhamad tersebut.

Nur adalah dalam bahasa Arab,  dalam bahasa kita ia bermaksud cahaya,  Al Nur adalah salah satu daripada nama-nama Allah.

Nur Muhamad mempunyai beberapa nama lain, seperti Hakikat Muhamad, ada pula  yang menamakannya al Ruh, al Qalam al A’la. Ada pula yang memanggilnya Luh Mahfuz, al  ‘Aqal Awwal dan  Hakikat bagi segala hakikat. Bahkan berbagai nama lain yang mengikut fungsi kegunaanya.

Maka dari hakikat  itulah (Nur Muhamad) terjadinya alam semesta ini  sama ada yang nyata kelihatan atau pun yang ghaib.

Nur Muhammad adalah manifestasi yang pertama, dan dari Nur Muhamad lah lahirnya segala yang lain. Dari Nur Muhamad yang esa itu, maka terzahirlah  banyak penzahiran sebagaimana yang dapat kita lihat di dunia ini.

Maka kerana itulah dikatakan Nur Muhamad (dzat) itu adalah esa, tetapi manifestasi  atau penzahirannya adalah banyak, bahkan tidak terkira.

Untuk memudahkan pemahaman, Nur Muhamad ini dapat digambarkan dalam analogi  sebegini, umpama air, air itu satu, tetapi tampat yang menakung  air itu sangatlah banyak,  hinggakan tidak terkira, contohnya air laut, air sungai, air tasik, air kolam, air paip, dan bermacam-macam lagi.

Satu lagi analogi, manis itu satu, tapi banyak jenis manis, manis gula, manis tebu, manis senyuman, manis budi bahasa, dan sebagainya.

Begitu pula masin, masin itu hanya satu, tapi terdapat pelbagai-bagai jenis masin, ante boleh fikirkan sendiri yang lain itu.

Begitulah banyak manifestasi Nur Muhamad yang terdapat di dalam alam semesta ini.

Tetapi yang paling penting untuk diketahui dan untuk difahami adalah Nur Muhamad  yang terdapat di dalam diri setiap insan. Kerana Nur Muhamad di dalam diri itu adalah berfungsi sebagai rasul, sebagai  pemimpin, sebagai penunjuk jalan agar manusia dapat kembali kepada Yang Maha Pencipta.

Ada pendapat yang menyatakan Nur Muhamad dan RuhKu adalah sinonim, kerana di dalam diri manusia, kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama iaitu untuk membimbing manusia kembali kepada Tuhannya.

Setiap manusia ada Nur Muhamad maka setiap manusia mempunyai pembimbingnya,  maka tidak ada alasan bagi sesorang cuba bersikap lepas tangan,  dan mengatakan tidak siapa pun yang membimbingnya.  Yang penting bagi ante, mempelajari bagaimana mahu berkomunikasi dengan pembimbing ante itu.

Apabila ante telah berjaya membuat hubungan dengan pembimbing ante itu, sudah pasti kehidupan ante diredai Allah, kerana Allah menyatakan;  siapa yang mencintai RasulKu,  samalah seperti mencintaiKU.

Oleh itu, kenalilah Nur Muhamad, kerana ia dapat membawa ante kembali kepada Yang Maha Pencipta.

Sebagai  santapan jiwa,  ana lampirkan syair sufi terkenal  Jalaluddin Rumi, yang dipetik dari Mathnawi beliau yang terkenal itu:


Pelita banyak dan berbeza
Cahaya sama dan satu jua
Jika anda lihat lampu saja
Hilanglah anda dalam banyak dan berbeza.

Pandanglah pada cahaya
Anda akan lihat satu jua
Berbilang-bilang hanya bentuk jua
Boleh dibilang satu, dua dan tiga.

Begitu jua pendapat manusia
Berlain-lain dan berbeza-beza
Timbulah pelbagai mazhab agama
Keluarlah pelbagai pendapat dan fatwa.

Jikalau kita ada Cahaya
Dapat memandang keseluruhan
Tidaklah lagi ada perbezaan
Lenyaplah segala perbalahan.

Semoga Bermanfaat.


Responses

  1. NUR MOHAMMAD …..Nur itu cahaya……
    Cahaya itu terang ….
    Terang itu gemilang.

  2. Baik2 membelah buluh..dalam buluh ada ulat
    Baik2 membelah ulat..di dalam ulad ada sengat

    Baik2 mengkaji Tubuh..dalan tubuh adaSifat
    Baik2 mengkaji Sifat ..dalam Sifat ada DZAT.

    • ya,,

      benar bangat.

  3. Salam,bagaimana hendak mengenal nur muhamad yang ada dalam diri.Hanya Dia yang mengenal Allah dan membimbing kita,benarkah begitu?

    • salam,,

      ante carilah guru mursyid,,

      kalau tidak,, bawalah soalan ini dalam tafakur ante,,

      insyallah ia akan memberikan jawapan,,,

      • bagai mana mau tafakur,lampunya harus dihidukan dulu,supaya jalannya tidaklah keliru.karena bukanlah yg zohir mengenal,tetapi yg mengenalah yg dikenal.

    • Salam Saudara Mohd Iskandar. Nur Mohd itu tiada orang bolih nampak.Wslm terima kasih.

  4. Ana ada melayari pelbagai halaman web berhubung masalah nur muhammad.Banyak pendapat menyatakan bahawa istilah nur muhamad ini tiada di dalam kitab mahupun hadith.Malah kebanyakannya menganggap ia adalah sesat sebagaimana yang dinyatakan oleh Maulana Asri Yusuf dan ustaza rasul dahri dalam youtube.Bagaimana untuk menangkis hujjah mereka. Saya agak keliru juga dalam istilah ini.

    • salam,,

      hidayah itu datang dari Dia,,

      itulah sebannya ada yang percaya (believer) dan yang tidak percaya (non believer),,
      yang percaya dengan nekmatnya dan yang tak pecaya dengan siksanya,,

      dalam sejarah perkara ini telah banyak ditunjukkan.

    • banyak orang hanya mengkaji syariat saja,sementara jalan mengenal allah swt itu ada 4
      yaitu syariat,torikat,hakikat dan makrifat.

  5. Ke mana Tuan Hajirikhusyuk ni pergi. blog sudah lama tidak update.

    • salam,

      ana baru balik dari umrah, sekarang masih berihat,

      nanti ana update blog, dan jawab pertanyaan yang ada.

      makasih atas doa semuanya.

      • Selamat kembali tuan.🙂

  6. salam alaikum,

    sila ke blog saya disini ya🙂

    • salam.

      tahniah,, semoga blog ante bermanfaat

      untuk pembaca.

  7. Salam Ustaz,
    satu lagi artikel yang bermanfaat. Fahamlah saya kini. Apa itu Nur Muhammad. Ia dtg dan Ia pergi membimbing, Ilmu yg diajar tidak akan dapat kita mempelajarinya dimana mana. yg harus direnungkan buka Al quran dan Sunnah Rasullullah. Maaf Ustaz, betulkan saya sekiranya saya silap. saya dhaif, banyak lagi yg perlu saya pelajari dan dingertikan. terima kasih.

    • salam,,

      ya,, jikalau kita ikhlas dalam pencarian
      kita terhadapnya,, Dia pasti membantu
      kerana,, umpama analogi, apabila kita
      berjalan kepadaNya, Dia berlari kepada
      kita,,

      yang pentingnya keikhlasan,,
      jangan ada niat yang lain selainNya.

  8. salam Ustaz,
    terima kasih diatas penjelasan Ustaz. kini semakin fahamlah saya diatas apa yg terjadi..Alhamdulillah, Syukur pd Maha Suci Allah dan terima kasih pd Ustaz mengusahakan menulis blog yg bermanfaat pd siapa yg mencari.

  9. salam,

    mohon diberikan tunjukajr..saya ada mengikuti serba sedikit perihal hakikat…mohon tunjuk ajar dan share….

    ikhlas,
    azmi

  10. salam, saya ada masalah cahaya hening, saya lihat ia kelihatan pada diri saya dan cahaya itu boleh dilihat di mana apa sebenarnya rahsia dia.

    • salam,,

      setiap benda mempunyai vibrationnya sendiri yang menghasilkan tenaga atau cahaya,,

      cahaya ini berbeza-beza warnanya bergantung kepada emosi dan spiritual seseorang,,

      ada orang memanggil cahaya ini sebagai aura,, untuk lebih lanjut serch google berkaitan aura. semoga dapat membantu anda.

  11. salam hji
    Nur muhamad dtg dari nur Allah .
    Bukanlah dua nama itu lain atau berbeza ..pd hakikatnya sama jua.
    Nur muhamad dlm dua keadaan ,yg pertama di panggil muhamad mustaffa rasullullah yg ghaib.
    Yg kedua alam semesta dan termasuk jasad kita yg berperanan sebagai muhamad zahir dan mengambil tugas penyampai hak yg batin iaitu muhamad mustafa rasullulah yg menjadi sir atau rahsia kpd Allah..
    Allah itu zat muhamad rasul sifat bagi zat Allah dan jasad itu muhamad zahir atau adam afaal bagi Allah…

  12. good one…thanks..

  13. pandang satu dalam banyak

  14. Dalam Surah Al-Fatihah : Alhamdu badan, lillahi Hati, Rabbil nyawa, ‘Alamin rahsie, dst. Klarifikasi Alhamdu :
    Alif : berdiri tegak
    Lam : lengkungan di kepala-leher-bahu
    Ha : dada
    Mim : pusat
    Dal : kaki

  15. Asww, mhn izin koment.Kalau tdk ada Nur tentu semua jadi tidak ada.Misal satu ruangan kalau tidak ada cahaya pasti kita tdk bisa melihat apa-apa.
    Begitu juga dlm diri kita telinga bisa mendngar mata bisa melihat hidung bisa mencium kulit bisa merasa dll semua bisa berfungsi karna ada Nur dan alat yg dipakai tdk rusak.
    Begitu juga dlm hati,kita bisa tahu kebaikan dan keburukan karna ada Nur.Untuk itu slalu jaga hati agar tidak rusak supaya bisa memilih kebaikan meninggalkan keburukan.
    Kemudian lagi dlm batin,kalau tdk kita jaga maka tdk akan bisa musyahadah kpd Allah.Justru sbaliknya yg hakikatnya sebab Nur itu juga kita malah akan melihat hijab2 batin yg akan mengantarkan kita pada kerusakan.
    Jadi pd intinya Nur adalah penghubung sgala alam baik alam ciptaanNya maupun sang pencipta itu sendiri.Maka dikatakan mesra,ada,meliputi pada stiap keadaan dan tempat.
    Maka sadarilah keberadaan dan fungsi daripada Nur agar sempurna ma’rifat yaitu kpd Allah dan RosulNya.Asyhadu anlaailaahaillallah adalah ma’rifatulloh.Waasyhaduanna Muhammadarrosululloh adalah ma’rifaturrosul.

  16. assalamualaikum…mcam mna saya nk cari guru mursyid???
    dn siapa guru mursyid di negara kita ni???

  17. assalamualaikum…bila tun haji nak update blog n…kita sangat berminat dalam setiap ilmu yg ada…

  18. Can you give approval for us to publish this article
    on our Bebo?

  19. belajar tauhid lah dahulu,karna barang siapa mengenal diri,maka engaku kenal tuhan yang nyata.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: