Posted by: hajirikhusyuk | Mac 29, 2010

Cahaya hadis

Cahaya  hadis

Pada kali ini, ana akan membincangkan tentang keesaan wujud atau dalam bahasa Arabnya Wahdat al wujud. Bagi ahli sufi keesaan wujud amat penting difahami kerana kalau tersalah tafsiran akan mengakibatkan syirik dan kufur.

Seorang sufi terkenal al Balyani, pernah membincangkan tentang keesaan wujud ini. Beliau berkata kepada pencari-pencari (Allah) yang setia, jadilah kamu bekas untuk Allah. Jikalau kamu tidak menjadi bekas kepada Dia, janganlah kamu menjadi bekas untuk diri kamu sendiri, kerana dengan tidak menjadi bekas untuk diri kamu sendiri, dengan sendirinya kamu menjadi bekas untuk Dia (menjadi bekas itu seperti menjadi tempat penzahiran Dia di dunia ini).

Dan beliau dengan lebih berani menyatakan: Sebaik-baiknya kamu jadilah Dia. Jikalau kamu bukan Dia, janganlah kamu jadi diri kamu sendiri, jikalau kamu bukan diri kamu sendiri kamu adalah DIA.

Wah, sungguh berani pernyataan beliau (tetapi ia ditujukan kepada khalayaknya), dapatkah semua orang menerima pendapat yang sebegitu, tetapi hakikatnya itulah makrifatullah yang sebenar, yang dipegang oleh ahli-ahli sufi besar yang lain.


Baiklah sekarang cuba kita lihat tentang Hadis Qudsi, yang sangat popular di kalangan pencari-pencari (sufi) yang setia.

Sesiapa yang mengenal dirinya, sesungguhnya mengenal ia Tuhannya:


Berdasarkan hadis tersebut, ia cuba menyatakan bahawa Dia tidak bersama atau bersekutu dengan sesiapa atau dengan apa-apa pun, sama ada zahir dan batin, sama ada sekarang, masa lalu ataupun masa akan datang.

Dia juga tidak di atas, di bawah, di kanan atau di kiri, dan tiada siapa pun atau apa pun yang hampir atau jauh dariNya. Tidak ada masa tidak ada ketika, tidak ada penzahiran dan tidak ada tempat yang bersangkutan dengan Dia. Bahkan Dia dahulu sama dengan Dia sekarang. Dia satu (wahid) tanpa kesatuan (wahidiyah).

Dia bukan nama atau benda yang dinamakan, kerana namaNya adalah Dia dan benda yang dinamakan adalah juga Dia. Tidak ada nama selepas namaNya dan tidak ada nama selain namaNya.

Dialah yang Awal, Yang Akhir, Yang Dzahir dan Yang Bathin. Tidak ada yang lain selain Dia.
Tiada yang melihat Dia, kecuali Dia. Tidak ada nabi, wali ataupun malaikat yang kenal Dia. Hanya Dia yang kenal Dia. Dia mengutus diriNya kepada diriNya sendiri dengan cara diriNya sendiri, dari diriNya sendiri kepada diriNya sendiri. Tidak ada penyebab kecuali diriNya sendiri. Tidak ada perbezaan antara “yang mengutus” dengan “yang diutus” dan “yang menerima utusan”.

Kenabian dan kerasulan itupun diri Dia sendiri juga. Kerana itulah Rasullulah saw bersabda:

Siapa yang mengenal dirinya maka mengenal ia akan Tuhannya.

Sekarang cuba kita lihat pula satu lagi Hadis Qudsi yang popular di kalangan sufi.

Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku:

Ramai orang tidak pasti dengan apakah maksud hadis ini, bahkan ada yang menolaknya. Cuba kita fikirkan kalau frasa itu tidak benar, wau,, mana mungkin tidak benar, kerana hadis adalah kata-kata Rasulullah saw, beranikah ente tidak percaya kepada sabda  Rasulullah?.

Baiklah ana teruskan perbincangan, hadis tersebut mahu manyatakan bahawa:

Ente bukanlah ente sebenarnya, tetapi ente itu adalah Dia, dan tidak ada ente.

Ini bukan bermakna Dia memasuki (hulul) ente atau timbul daripada ente, ataupun ente memasuki Dia. Ini juga bukan bermakna ente memiliki sifat-sifat atau memiliki wujud. Tetapi sebaliknya apa yang dimaksudkan hadis tersebut adalah ente langsung tidak wujud, dan tidak akan ada wujud, sama ada oleh diri ente sendiri ataupun melalui Dia, ataupun dalam Dia, ataupun dengan Dia.

Dan juga tidak boleh dikatakan, ente dahulu wujud tetapi sekarang tidak berwujud lagi, ataupun sekarang ente masih berwujud. Sila ambil perhatian, isi penting yang hendak dinyatakan oleh hadis itu adalah:

Dia adalah ente dan ente adalah Dia.

Jikalau ente kenal diri ente dengan cara kesufian ini, maka ente telah kenal akan Dia, jikalau tidak demikian adanya, sesungguhnya ente tidak kenal akan Dia, tetapi hanya kenal diri ente yang tidak berwujud itu.

Jikalau ente tidak dapat menerima perkara ini, jangan menyalahkan sesiapa, tetapi bawalah ia ke dalam tafakur  ente, semoga Dia berkenan memberikan pengertian.


Semoga bermanfaat.


Responses

  1. Salam alaika Hajirikhusyuk,

    Ugama Allah Ta’ala ini telah dicemari dengan indoktrinasi pemikiran manusia yang dangkal dimana keEsaan Nya telah disama-ertikan dengan angka 1, yang ada 2, 3 dan seterusnya. Seolah-olah Zat Allah Ta’ala dapat ditangkap dan lingkupkan didalam perangkaan manusia.

    Insan harus mengerti bahawasanya Zat Allah Ta’ala itu tidak akan dapat dimengertikan oleh akal dan jiwa yang masih dibelenggu oleh pelbagai indoktrinasi para “agamawan” ataupun “ilmuan”. Sekalian sangkaan-sangkaan yang ada didalam benak jiwa mereka itu bukan Tuhan. Itu semua adalah khayalan mereka belaka. Mana mungkin Zat Tuhan disempadani oleh sesuatu yang tercipta?

    Untuk keluar dari indoktrinasi minda dan ruhani amatlah sukar kerana ia memerlukan kepada peleburan diri didalam hakikat kebenaran yang duduknya di suatu dimensi yang amat halus (al-latif). Ego manusia harus fana didalam kewujudan AL-Haq. Malahan disini pun, masih bukan Tuhan kerana itu masih alam Nama Nya yang Mulia…namun Dia jua pada tajalli.

    Manusia itu telah diperintah Allah Ta’ala untuk mengenal dirinya, apakah dia Ammarah, Lawwamah ataupun Mutmainnah? Tetapi manusia zaman sekarang fobia apabila mendengar ungkapan “mengenal diri”, “hakikat insan”, dsbgnya, walhal dalilnya semua ada. Apakah sia-sia kalam Allah Ta’ala, sehingga dianggap sebagai dongengan dahulukala?

    Kesukaran ini adalah disebabkan indoktrinasi minda dan ruhani semenjak dari bayi lagi, dimana label-label menjadi rebutan, bukan lagi kebenaran asli.

    Manusia harus mengerti bahawa “ugama” itu hanyalah kenderaan untuk manusia mengenal Allah Ta’ala. Rahmat ugama bukanlah penghujung jalan. Matlamat manusia bukanlah untuk “beragama” didalam konteks masakini, tetapi beragama itu adalah untuk meng-Esa-kan Zat Allah Ta’ala sehingga manusia dapat menempatkan dirinya di makam Ihsan. Inilah ibadah yang sebenar, yakni mencapai tahap keruhanian seorang Muhsin, bukan sekadar Muslim ataupun Mukmin, dimana hidupnya didalam penyaksian Wajah Nya dengan mata hati yang tembus pandangannya.

    Jika seorang Mufti itu seorang yang bersih dari kekufuran , mengapa masih berdiam diri tentang riba? Kenapa menghalalkan produk riba yang berlabelkan Arab? Riba ternyata menghancurkan kehidupan manusia sehingga menjadikan mereka hamba kepada sang kapitalis. Apakah dia seorang Muslim yang sejati?

    Peng-Esa-an Zat Allah Ta’ala sebenarnya membawa jiwa insan kepada pembebasan dari segala bentuk belenggu taghut. Selagi insan tidak dapat memahami arti Addin yang sebenar, selagi itulah dia tidak akan mencapai makam makrifatullah kerana fana fillah haruslah bersifat total, bukan mengikut selera. Maka itu, kembara dan perjuangan jiwa sang arif itu tiada titik henti.

    Ramai manusia mahu mengenal Tuhannya, tetapi mereka kurang kepada tafakkur ataupun renungan yang mendalam. Mereka kira ini perkara enteng. Mereka hidup bersandarkan amalan lahiriah sedangkan mereka lalai terhadap hati mereka. Walhal, Allah mencela hati yang lalai.

    Manusia menyangka jalan mengenal Tuhan itu seperti menyelesaikan modul Izajah Pengurusan Perniagaan. Mereka sangka ilmu Allah Ta’ala ini dapat dipelajari didalam konteks indoktrinasi taghut. Dimana logika nya? Mana mungkin!

    Untuk mengenal Tuhan, kesedaran insan terhadap apa-apa sangkaannya terhadap Tuhan, dirinya sendiri dan alam semesta haruslah dilepaskan semuanya. Insan harus mengaku akan kedho’ifan dirinya secara total lalu berserah (muslim) jiwa dan raga kepada Penciptanya. Insan harus kosongkan hatinya sehingga kepada titik Ba’ yang terakhir. Insya Allah disini, dia n akadapat menembusi alam khayalan yang dia sendiri ciptakan untuk dirinya seumur usianya, lalu masuk ke daerah keTuhanan yang tidak ada bias terhadap apa pun, yakni daerah kewujudan tunggal yang sejati.

    Jika bukan ini matlamat hidup, kenapa perlu ada ayat Al Quran tentang menyaksikan Wajah Allah Ta’ala? Dan kenapa perlu ada hadith tentang Ihsan? Dan kenapa dihunjamkan didalam jiwa manusia akan suatu rasa gelora yang mendesak untuk mengenal Tuhan dengan lebih mendalam? Dari mana rasa gelora itu datang kalau bukan dari Allah Ta’ala sendiri?

    Maaf, jika panjang bicara saya. Saya harap akan ada yang memahami maksud coretan saya ini, Amin.

    • salam alaika
      sdr ismail nan berbahagia,,

      benar sekali kata-kata ente,,

      untuk memberikan kesadaran kepada yang belum bermakrifat
      bukanlah perkara mudah,, kerana kebanyakan mereka telah
      menutup pintu hati mereka,, dan beranggapan hanya
      pendapat (amalan) mereka sahaja yang benar,,

      sedangkan awal beragama itu mengenal allah,,
      jikalau kita tidak kenal dengan allah,,
      kita mudah tertipu,,

      kerana tukang tipu seperti syaitan dan jin itu banyak,,

      iblis juga mengenal allah,, bahkan pernah berkata-kata dengan allah,,
      dan allah membenarkan mereka menyesatkan manusia,,

      kecuali mereka mukhlisun (bermakrifat)

      jadi bagi ana makrifat itu penting,, agar kita selamat di dunia dan akhirat,,
      dan ana harap,, bagi yang belum bermakrifat jangan menutup pintu hati,,

      belajarlah ilmu makrifat,,

      kerana kabaikanya bukan untuk orang lain,, tetapi untuk diri sendiri juga,,

      renung-renungkan dan fikir-fikirkan.

      • Salam alaika Hajirikhusyuk,

        Lanjutan dari komentar saya di sini —> Hakikat Insan> sebagai bacaan tambahan untuk para salik yang mencari-cari petunjuk, sekadar yang ada.

      • assalamualaikum…
        tuan ismailsgbuloh..boleh kah saya brjmpa dngn tuan..saya btol2 mahu belajar tentang ilmu makrifat tarikat hakikat…kalau boleh saya mahu no tel tuan ismailsgbuloh

  2. Salam alaika Tuan Haji,

    Saya bangga dgn blog ini, kiranya ada juga yang mengupas ttg Agama yg haq….
    dan ini sangat bermanfaat untuk pencerahan umat menuju Makrifatullah….

    Apakah di dalam diri kita ada Tuhan ???

    Firman Allah ;” Dialah yang awal, Dialah yang akhir, Dialah yang Zohir, Dialah yang Bathin dan Dia Mengetahui segala sesuatu ”
    Firman Allah ini menunjukkan bahwa Allah menempati semua ruang dan waktu —> Jadi jelasnya dimana ada Ruang dan waktu disitulah Allah —> Termasuk di dalam diri kita ada tuhan yang bernama Allah —–> selain itu tidak ada, yaitu Allah Zat yang mutlak Laisa Biharfin wala Saudin.

    Laysa Kamsilihi Saiun ( Tuhan itu tidak ada bandingan dengan sesuatu). Walahu kuli saiun (dan baginya dari tiap-tiap sesuatu). Maksudnya tidak ada bagi yang lainnya yang ada hanya bagi Allah termasuk kehendak adalah kehendak Allah bukan kehendak kita.

    Jadi segala apa yang terjadi di muka bumi dan dilangit atau pada diri kita semua kehendak Allah semata. Kita ini lahaula wala kuata ilabillah, yaitu Allah zat yang mutlak Laisa Biharfin wala Saudin.

    Kesimpulannya 7 lapis langit 7 lapis bumi beserta isinya tidak lebih dan tidak kurang serta bumi berputar pada porosnya sekali putaran 24 jam sehari semalam adalah mengandung makna menyangkut pada diri yang namanya manusia bahwa Hidup adalah nyata amal, petunjuk dari pada Rosulullah ialah sholat dan zakat.
    – shalat lima waktu 17 rakaat sehari semalam 24 jam…. yang 5 waktu maknanya menyangkut pada diri yang namanya manusia yaitu 4 sangkarnya (jasadnya) asal dari pada 4 unsur = tanah, air, api dan angin —-> yang satu ialah zatnya bekerja memenuhi ruang lingkup yang namanya manusia. 17 rakaat maknanya 17 potongan tubuh yang namanya manusia —-> Rakaat ialah harkat, martabat, derajat manusia —-> maksudnya 17 potong tubuh manusia merasakan kerjanya Zat Allah —-> zat Allah yang mutlak Laisa Biharfin wala Saudin.

    Untuk merasakan kerjanya Zat haruslah menuntut Agama Allah yang haq yang diperbantukan Allah kepada hambanya sampai mendapat Ridho Allah petunjuk dari pada Rosululloh yang Haq Laisa Biharfin wala Saudin.

    Tks,… wasalam

    Mas Siyam
    Palembang

  3. Assalaamualaikum.

    Wahai saudara mukmin semua. Meminati ilmu makrifat adalah satu anugerah dari Allah yang terbit dari hati kita namun ilmu makrifat bukanlah ilmu yang boleh disyiarkan kerana ia terlalu berbeza dengan ilmu syariat, tariqat dan hakikat.

    Beribu orang telah menhambil bait kepada guru-guru yang mursyid namun kemuncak makrifat itu bukanlah pasti boleh dimiliki oleh kita.

    Guru mursyidpun belum pasti mencapai makrifat yang hakiki kerana yang memiliki hakikat makrirat yang sebenar adalah insan pilihan Allah sendiri. Allah yang menzahirkan sifatnya kepada wadah yang betul-betul compatible (sesuai) dengan capacity sifat batinnya.

    Contoh yang terbaik adalah Nabi Muhammad yang menjadi Jubah kepada batin sifat itu sendiri.

    Tidaklah roboh jasad baginda apabila cahaya zat melimpah kesekelian alam zahir dirinya sendiri.

    Janganlah terpedaya kepada cerita wali-wali yang keramat kerana tidak ada lagi nabi yang dapat mengesahkan akan betulnya makrifat seseorang wali itu. Kita lupa bahawa kesukaan iblis yang utama adalah menyesatkan manusia di dalam ilmu Tarikat, Hakikat dan Makrifat. Lebih-lebih lagi semua cabang ilmu ini ada bersangkut paut dengan perjalanan hati dan yang rhoib.

    Kita sendiri tidak kenal akan ketulusan hati kita sendiri. Hanya Allah yang betul-betul kenal dengan ketulusan setiap hati kita lebih-lebih lagi hati budi kita dizaman ini telah dicemari dengan kehidupan hati duit.

    Sejak beribu tahun dulu manusia telah menerokai ilmu ini dan beribu kesesatan jua telah dilahirkan dari amalan musyahadah yang nodai oleh iblis penyesat ini.

    Berhati-hatilah dalam menerokai alam cahaya mata hati ini kerana Jin dan syaitan itu juga dari unsur charge yang bercahaya.

    Perbetulkanlah niat yang tercetus dari sirr itu sendiri. Mohon kepda Allah agar dilihat kan kita akan wahjah Rasullullah di dalam mimpi kita dengan wajah yang sebenar dan bukan wajah yang terbit dari obsessed hayalan sehingga termimpi-mimpi.

    Ikutlah panduan yang diajar oleh ulamak yang muktabar.

    Beliau tidak berkulit hitam. Tidak rendah. Berjubah dan beserban putih. Hanya bahagian pusat ke atas sahaja. Berwajah tampan dan tidak berkata-kata. Hanya senyuman.

    Janganlah tamak dalam menuntut hak milik Allah ini. Kita berhak meminta dan tidak wajib bagi Allah untuk kurniakan kerana dia kenal diri kita lebih dari kita sendiri.

    Tanpa kitapun Allah tetap sempurna.

    Tak ada siapa mahu memuja sesuatu yang tidak sempurna. Sebab itulah kita martabatkan Allah sebagai tuhan iaitu tuhan yang memiliki nyawa setiap yang bernyawa.

    Allahu alam.

  4. ,….. ketika abdi mengenal tuhan nya,

    hancur binasalah jasad dan jiwa nya,…,musnah nama yang diberikan oleh ibunda nya, hilang segala ilmu yang dituntut nya,…,semua hancur, semua musnah,semua hilang……,

    ternyata betapa fakir nya dia,…..abdi pun ghaib dari kehidupan mimpi dan angan-angan yg selama ini menipunya,…ada suara gema yg memanggil-manggilnya ,

    katanya : “AKU”lah yang nyata,”AKU”lah yang hidup,..!karena selain “AKU” hidupnya adalah tiupan nafas “KEHIDUPANKU”,

    …. dalam herannya si “ABDI” menghampiri,….dan suara itu berkata lagi :

    …., hai “ABDI” diri sebenar diri abdi,..”AKU” itu “ENGKAU”, “ENGKAU” itu “AKU”…….!!! , maka esa jua “AKU”…!!! .

    selepas peritiwa itu, si abdi tidak ada lagi, si abdi yg sememang nya tak pernah ada, manakala “AKU YANG WAJIB ADA “.

    Masya’allah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: