Posted by: hajirikhusyuk | Mac 20, 2011

Syuhudi

Syuhudi

Setelah mengalami kefanaan, maka munculah penyaksian terhadapnya, tajali Illahi.  Pada saat itu benar-benar penglihatan tertumpu terhadap Dia, yang satu pun tidak menyerupainya, Laisa kamislihi syaiun.

Perkara ini tidak banyak diperkatakan atau dibincangkan tetapi hanya dipraktikkan oleh mereka yang telah memahaminya, kerana perkara ini adalah antara rahasia yang perlu dijaga.

Dalam penyaksian ini, jasad sama sekali tidak “dilihat”  lagi, jikalau  masih dilihat, maka batallah Dia yang disaksikan. Atau dengan perkataan lain, kehadiran Dia sebagai kurniaNya yang dimukasyafahkan atau dibukakan kepada si penyaksi menjadi terbatal.

Ada antara sufi  yang  berpendapat,  tahap penyaksian ini (tauhid syuhudi) adalah lebih tinggi berbanding tauhid dzati, iaitu merasai kehadiran Dia.

Wassalam.


Responses

  1. Alhamdulillah…tuan haji sudah kembali. Syukran Jazilan.

  2. alhamdulillah, setelah sekian lama, ustaz kembali membuat coretan. moga berterusan..

    ustaz..betol mengenai tahap penyaksian ini (tauhid syuhudi) adalah lebih tinggi berbanding tauhid dzati.. alangkah gembiranya hati jika tahap itu dapat dinikmati, tetapi ia hanya berlaku pada yang terpilih, dan aku masih menunggu-nunggu saat itu…

    tidak cukup hanya berada di tahap mengetahui tanpa rasa.. oh bilakah masanya…

    • barangkali itulah yang membezakan antara mengetahui dan mengenal..

  3. subhanallah….

    lamanya saya sudah tidak berkutat degan Bacaan seperti ini..
    Alhamdulilah,,ada postingannya Bang Haji …
    Serasa disirami lagi kalbu anna🙂

    semoga kita semua diberi pemahaman ilmuNya..
    tersurat maupun tersirat ..amin

  4. Salam Hajirikhusyuk,

    Apa khabar? Semoga afiat selalu.

    Sabit hal saya, fana ini lama tempohnya malah bertahun-tahun lamanya. Duduknya dgn Allah semata-mata, yg lainnya tidak peduli. Bila pulih darinya, maka kembali kepada dua kalimah syahadah lantaran syariat Rasulullah SAW.

    Kesimpulan saya, benarlah perjalanan itu diatur oleh Allah Taala. Segala ikhtiar dan hasil adalah milikNya. Malah sekalian atom milikNya. Segala awal, akhir, zohir dan batin adalah milikNya… yang berlangsung didalam kesempurnaan Qodho’ dan QodarNya. Betapa faqir lagi dhoif hakikat insan.

    Dan, perjalanan ini tidak dapat dicari atau dirancang kerna ia adalah kurniaan tajalli Ar-Rahman akan af’alNya. Jika bernafsu didalam bersyahadah, maka itulah nafsu ammarah yang ghurur.

    Kerna itu disuruh supaya sentiasa bersabar dan bersolat yakni berserah dan setia kepada Allah Taala.

    Wallahu A’lam Walhamdulillah.

  5. sekarang ini hanya rasa kerinduan yang melampau bagaikan orang yang mabuk cinta…dimana sahaja pandangan ini diletakkan, hati hanya teringatkan dia…

    apakan daya, perjalanan masih jauh lagi, diri terasa masih kosong tidak mengerti apa-apa, tiada daya apa-apa, tiada ilmu pengetahuan tentang apapun, sedangkan dunia bagaikan tembok penjara sempit tidak bertingkap, tidak berpintu…

    bila kan agaknya dapat menatap wajah kekasih yang indah?

  6. salam sdr sume..
    kepada tuan blog hajirikhusyuk dan sdr ismailsgbuloh
    atas perkongsian bersama …

    hakiki maliki marifat hakikat…
    diri ini masih meniti lagi
    rindu pada empunya diri saban hari

    trima kasih atas perkongsian bersama-sama
    dalam pencerahan diri dalam liputanNYA

  7. Assalamualaikum tuan.
    di mana boleh saya dapatkan buku kamarul huda?
    tq
    abgaci@gmail.com

  8. assalamualaikum tuan hajiri, sdr ismail dan yang lain nya. Alhamdulillah.. Akhirnya tuan hajiri muncul kembali..

  9. ………,”AKU”adalah titik ( . )……..tik. Awal dari “semua” adalah titik, akhir dari “semua” juga adalah titik.

    maka “AKU”lah yang AWAL, “AKU”lah yang AKHIR. “AKU”lah Laisha kamitslihi syai’un.

    apabila “AKU” mengenalkan “DIRIKU” maka “AKU”lah :Nur Muhammad, “AKU”lah :Hakikat Muhammad, “AKU”lah ;……………………..Rasullullah Saw.

    akan tetapi “AKU” ingin mengenal diri “KU” di luar diri “KU”, maka “AKU” mengenal “AKU”, dan……kemanakah aku..??! ,

    aku telah musnah, aku telah tiada, sememang nyalah aku tak pernah ada,…”AKU” lah yang “ADA”,…..”AKU” lah………titik ( . ) ….AHAD.

  10. Salam Tuan Haji kerana sudah menulis semula, terima kasih.

  11. dimana..dlm diam dan dalam renung..dalam penglihatan ..namun kalau masih bersama as siwa..dalam penglihatan pun belum melihat aku pada segala sesuatu ..sehingga sesuatu itu digugurkan baru lah tibanya Aku.belum sampai penglihatan agung ..hingga tiba melihat Aku semata-mata..sampai jadi rakan duduk bersanding..buangkanlah namaKu..nama itu menjauhkan dari Aku..

  12. alhamdulillah pekara yg dibincangkan memang ada berlaku , dari zaman syikh hamzah fansuri lagi , pengijazahan ini berlaku oleh yang mempuyai talian dari beliau bagi salik untuk mencapai syuhud ( fana ) .

  13. Setelah itu, Fana Alam Dan Dunia,
    Tiada lagi rindu melainkan MerinduiNya,
    Wajah yang bersih, hatinya jernih,
    Sungguh, Kematian dirasa sebelum mati.

    Hajar aswad, terbuka ia,
    Beserta alif berdiri ia,
    Sungguh luas terpana semua,
    Hanya cinta, menanti tiba.

  14. Sungguh gembira akan dirinya,
    Tiada langkah umpama langkahnya,
    Tiada indah seindah lautnya,
    Berperi nyata, tak terkata.

  15. Assalamualaikum wbt…
    Saya masih sangat2 baru dalam hal ini… perjalanan saya masih sangat jauh. Namun saya bersyukur kerana diberi ilham rasa mengenal Allah sebelum saya menutup mata, kembali kepadaNya
    Akan tetapi saya ada satu kekeliruan yang sangat besar… seorang sahabat yang menyampaikan kepada saya perjalanan mengenal diri, mengenal Allah ini mengatakan bahawa bila sudah berhakikat sepenuhnya, yakin bulat semata-mata kepada Dia, maka syariat sudah tidak penting… solat semata2 dilakukan untuk menunjukkan contoh kpd anak2, pasangan… kalau diri seorang dia tidak solat, begitu juga puasa. Dan lain2 ibadah dilakukan hanya sebagai syarat selagi hidup di dunia… (syariat dunia…)
    Bila begini saya jadi keliru… kenapa bila sudah mengenal diri, lalu mengenal Tuhan malah langsung meninggalkan amal ibadah… hanya cukup dengan zikir nafi isbat (laillahaillallah)?

    Mohon sangat2 penjelasannya.
    Jazakallah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: