Posted by: hajirikhusyuk | Februari 23, 2016

Tajali Tuhan

Tajali

Tajali Rahman (atau Tajali Allah)
Tajali Ruhani (atau Tajali Ruh)

Lihat dulu tentang tajali ruh.

Adakah yang keliru berkaitan dengan tajali ruh ini? kerana tajali ini juga menyatakan ‘Ana al Hak’. Dan makhluk sujud kepada keagungan Ana al hak itu. Tetapi sebenarnya sufi itu belum sempurna fananya, apabila tajali itu surut, timbul semula sifat-sifat kehaiwanan, dan nafsu (nafs) menguasi semula sufi itu dengan lebih kuat.

Dalam Tajali Ruhani syak wasangka selalu menggoda hati dan sufi itu merasakan makrifatnya tidak begitu sempurna lagi. Kebanggaan diri (nafs) bertambah kuat dan akhirnya tidak melaksanakan syariat.

Tajali Rahmani

Dalam Tajali Rahmani nafs hancur sepenuhnya, tiada lagi keinginan-keinginan nafs yang tinggal. Pada tajali ini wujud sufi bertukar kepada tidak wujud dan tidak akan ada wujudnya lagi. Tidak akan ada lagi sifat-sifat kehaiwanan padanya.

Dalam Tajali Rahman ke-aku-an sufi binasa selama-lamanya dan kerinduan kepada Tuhannya semakin bertambah.

Dua perkara yang di atas itu adalah berkaitan dengan Tajali Allah, sekarang cuba lihat pula berkaitan Tajali Tuhan.

Pasti ada yang keliru tentang perkara ini, jika keliru cubalah buat kajian, jikalau tidak dapat, abaikan saja insyaallah Tuhan akan memberkati jalan penyelesaian.

Bagi ana perbezaan Tajali Allah dan Tajali Ketuhanan (atau Tajali Tuhan), adalah level atau tahap dalam Martabat Tujuh. (Sifat Tuhan itu Dzat kepada Allah, dan Dzat Allah itu Sifat kepada Tuhan. Analoginya: Tuhan = matahari manakala Allah = cahaya matahari. Satu tapi dua, dua tapi satu…. )

Tajali Tuhan

Tajali Dzat Tuhan sangat jarang, dalam tajali ini tidak ada apa-apa, tidak ada wujud dan tiada diri.

Dalam Tajali Sifat Tuhan (Dzat Allah) sufi melihat dirinya dan makhluk sebagai cermin kepada sifat Allah. Didapatinya Allah mendengar, melihat, berkata-kata melalui inderannya dan didapatinya zat sufi binasa dalam dzat Allah.

Makhluk lenyap daripada sufi, yang tinggal hanya satu wujud dan satu dzat.

Dirinya dan makhluk lenyap yang tinggal hanya Allah (Hak) dan dia memanggil dirinya dengan panggilan AKU.

Surah Taha: Ayat 14: Akulah Allah tiada Tuhan selain AKU.


Responses

  1. terima kasih tuan. lama tidak mengupdate blog.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: