Hajirikhusyuk

allahArtikel-artikel di dalam blog ini kebanyakannya adalah berkaitan Hakikat dan Makrifat.

Semoga tulisan-tulisan tersebut dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang tersebut.

Yang baik itu daripada Allah dan yang tidak sempurna itu daripada penulis sendiri, kerana itu, terlebih dahulu ana menyusun jari memohon maaf,  jikalau terdapat kesilapan dan kesalahan, yang tidak disengajakan.

Untuk sampai ke Kampung Akhirat dan berjumpa dengan Allah,  setiap manusia perlu melalui kematian atau Fana, kerana mustahil  dapat sampai ke kampung akhirat dan bertemu Allah sebelum mati,  bagaimanapun mati yang dimaksudkan di sini adalah mati sebelum mati.

Rasullulah bersabda: Jikalau tangan dan jari-jarimu tidak digunakan untuk jalan mati, maka tangan dan jari-jarimu, martabatnya sama dengan haiwan, dan kamu termasuk golongan kafir.

Anggaplah tulisan di dalam blog ini  sebagai journal peribadi ana,  dalam menempuh perjalanan pulang ke kampung akhirat (kecuali tulisan di bawah  kategori: Dari Anta  – iaitu sumbangan dari pembaca).  Bagaimana pun ia tidak bertujuan untuk membimbing sesiapa pun, tetapi ia boleh dijadikan asas untuk perjalanan pulang tersebut,  kerana ia adalah bersumberkan Al Quran dan Sunnah Rasullulah.

Bagaimana pun, ana minta dikecualikan daripada sebarang tanggung jawab, akibat tersalah tafsiran pembaca berkaitan tulisan di blog ini, yang mungkin boleh menimbulkan kesyirikan dan kekufuran.

Bagaimanapun, jikalau niat kita dari awal adalah semata-mata kerana Allah, bukan kerana nama, kekuasaan dan harta, insyaAllah kita semua tidak akan tersasar, kerana Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.  Kebiasaannya yang tersasar itu adalah kerana mempunyai niat selain daripada Allah.

Allah berfirman  QS Maryam 19:76: Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang mahu menerima petunjuk..

Oleh itu, tidak mungkin kita tersasar jikalau Allah yang memberi petunjuk kepada kita.

Anggaplah tulisan di blog ini sebagai suatu usaha ikhlas kerana Allah,  untuk berbuat amal jariah.

Dan marilah sama-sama  kita berdoa: Ya Allah,,,  kami berlindung kepada Mu daripada kesesatan dan kekufuran.

Amin.

Responses

  1. Terima kasih kerana telah membuat blog ini. Mudah2an saya akan dapat banyak faedahnya. Amin.

  2. Salaam..

    Bersyukur kepada Allah kerana blog yang tak seberapa ini dapat memberikan manfaat kepada sesiapa sahaja yang berminat.

    Amin….

  3. Assalamu’alaikum.

    terima kasih sudi singgah blog ana.. IbnRajab online

    http://ibnrajab.wordpress.com

    wassalam

  4. salam..

    berbanyak terima kasih kembali..

  5. Assalamualaikum,

    Selamat berpuasa to all brothers & sisters..

    Bersyukur pada Illahi kerana diberikan peluang menyambut Ramadhan sekali lagi pada tahun ini. Alhamdulillah. Sepatutnya semakin kita mendalami ilmu sufism nie.. kita akan lebih kepada NYA. Ingatan senantiasa pada NYA. Tapi semakin dalam kita pergi, tak terasa hasutan syaitan begitu kuat menggoda hingga terlalai bukan seketika tapi hanyut juga dibuatnya. Memang begitukah lazimnya?

    Semoga keberkatan bulan Ramadhan ini, diri akan senantiasa ingat pada NYA.

    Ya Allah ampunilah dosa2 ku.

    Maaf jika kehadiran saya ada mengganggu sesiapa disini.

  6. Salaam..

    Semoga Ramadan yang mulia ini banyak memberi berkat kepada kita, dan semoga iman kita bertambah dan mendapat keredaanNya.

    Hasutan syaitan itu memang semakin kuat kerana mereka tidak mahu manusia berjaya kembali kepada Allah.

    Tetapi jikalau kita ingat Allah, insyaAllah kita akan mendapat pertolongan Allah, Amin..

  7. Terima Kasih.

    Setidak2nya.. hati yang lara (atau tak tenteram) bisa enak jika membaca post2 yang bro posted.

    Thanks sekali lagi.

    ps. ingin sekali share some tots in here. mungkin dilain waktu.. buat masa ini “antena” masih “distorted” skit. hehehe..🙂

  8. Salam..

    Blog inii terbuka kepada sesiapa juga yang sudi untuk sharing santapan minda..

    Sharing Jelita ana alu-alukan, sama ada memberikan jawapan tambahan kepada soalan-soalan yang ada, atau sharing idea-idea baru berkaitan topik-topik yag tertentu, bagi manfaat pengunjung blog ini dan juga ana.

    • Terima Tuan Haji. Ana yang daif ini mohon izin untuk kongsikan kepada rakan2 ana pencerahan ilmu yang anta nukilkan.

      Semoga mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH yang empunya segala-galaNya.

  9. mutiara dan sinar cahaya..terbit……….
    di blog ini………

    terima kasih Allah……

  10. Salam saudara Badrul…

    mutiara nan tulen tidak akan terjejas oleh kotoran lumpur yang menyelaputinya, setelah dibersihkan kilauannya bersinar kembali..

  11. t kasih atas usaha gigih tuan memaparkan sedikit sebanyak tentang perjalanan ilmu yg tuan usahakan, sy diketika ini dlm usaha pembelajaran mengenal tuhan dan bertariqat ahmadiah, jika ada apa2 ilmu yg dpt berkongsi dgn saya amatlah sy sanjungi dan ribuan t kasih. emel sy isaalif@yahoo.com

    • salam,,
      selamat datang saudara aqsAqsa,

      ikutilah paparan di blog ini,
      semoga bermanfaat bagi ante.

  12. Assalamu Alaikum Warahmatullah

    Selamat Menyambut Idul Adha 2009 kepada HAJIRIKHUSYUK dan Ikhwan sekalian dan semoga ibadah korban kita diterima ALLAH TAALA. AMIN.

    • salam alaika,,
      begitu juga daripada ana,
      selamat menyambut aidul adha,,
      amin…

  13. salam

    Ungkapan dan analogi yang dipersembahkan sangat menyentuh jiwa terutama bila diingatkan kembali tika bersendirian dan bersunyian memikirkan dia yang sangat dicintai itu. Kita mengembalikan dan menyandarkan urusan hanya kepada Alllah. Hati yang mencari penciptanya pasti akan tersentuh dgn ayat -ayat yang sensitif siratan maksudnya dalam blog ini. Untuk dapatkan faham , mistilah tiada lain maksud dan tujuan selain engkau wahai Allah. Selaku pembaca baru, ana doakan usaha ini akan terus mendapat taufik dan hidayah untuk melahirkan muslim yang sejahtera jiwa raganya, insyaallah.

    • salam alaika,,

      ya,,

      semoga kita semua mendapat taufik dan hidayahnya..

      allah, hanya engkau yang kami maksudkan dan keredaanmu yang kami pinta.

  14. salam ustaz,

    ” allah, hanya engkau yang kami maksudkan dan keredaanmu yang kami pinta ”

    Sekadar tambahan,

    Insan yang dari kelompok inilah yang akan mampu menangani permasalahan. Tubuh badan mereka bergerak bertasbih kepada Allah , tunduk dan patuh kepada perintahnya. Hanya landasan yang tepat akan menemukan pengembara dgn cintanya.

    • salam alaika..

      kalau ante ada pengalaman dalam perjalanan pulang
      ke maha pencipta, kongsilah dengan pembaca semua di blog ini.

  15. Salam
    Ustaz. Ya saya .. terima kasih
    Oh terasa faham dan terasa kembali kepada adanya Allah. ” Rasa-rasa ada………… Allah ” kalimah yang diajar oleh seorang muallim supaya mengenal ikhlas suatu ketika dulu.

    Sikap suka berselawat, berzikir dan mendengar huraian-huraian untuk mengenal diri rupa-rupanya merangsang rasa fitrah kecintaan untuk mencintainya. Dia yang memberi faham. Muallim berkata ” tak terpilih ….. ” . Mualim berkata ” pemberian …..”.

    Ahli makrifat telah menajamkan lagi panggilan kecintaan dengan ucapan kalimah ‘alimul ghaibiwasshahadah ‘.
    Pancaindera kita bergerak dengan arahan raja hati dengan suluhan nur muhammad yang kenal nur ilahi.

    Mudah-mudahan bermanafaat.

    • salam ,,,

      alhamdu lillah,,

      semoga allah memberkati ante.

  16. ALHAMDULILLAH SEMOGA KITA DALAM DIDLONYA SELALU AMIN..

    • salam alaika,,

      semoga kita semua,,

      sentiasa mendapat petunjukNYA.

  17. salam perkenalan.berminat jugak untuk lanjutan perkongsian ilmu

    • salam alaika,,

      selamat datang ke blog ini,,

      ana mengalu-alukan kalau ante mahu
      berkongsi ilmu di blog ini,,

      silakan tulisannya.

  18. salam, warga hidayatullahi alaik…

    malam nie fakir ingin berkongsi sikit tentang perkara atau ibadah yg paling penting, kira no. satu lah dlm ranking amalan..ada hadis yg tercatat bahawa mafhumnya amaln yg mula2 dihisab di akhirt nanti adalah pada solat seseorng, jika menjadi solat tersebut maka menjadilah dan diterima jua lah amalan2 lain, dan sebaliknyer..

    betapa seriusnye akan kepentingn menjaga kualiti solat. tapi bagi arif billah solat adalah amalan yg senang untuk dilaksanakan keran telah pecah hijab cermin dirinye, sehinggakan ada yg mengaku bahawa dia tidak melakukan sembahyang dan tidak akan sembhyang lagi setelah mengenali akan hakikat yg sebenar…maunyer pelik dan terkejut beruk apabila statement ini didengari oleh sekalian umat zahir yg jahil langsung tentag hal ini,

    tanpa mendengar penjelasan terperinci terus melabelkan arif tersebut sebagai sesat dan syirik dll… kita lihat 2 kondisi berbeza diantara arif yg mengeluarkn kenyataan dan para juhalak yg mendengar stetment itu..persoalanye perlukah seorng yg arif lagi alim tentag ilmu itu, membuka rahasia dihadapan orang zahir, yg lebih akan membawa perpecahan dan silap faham..setahu ana walopun sesama arif yg belajar sekalipun (arif di sini lebih kepada murid baru jalani ilmu sufi) dilarang untuk berbincng atau berbahasa seperti bahasa guru kpd anak muridnyer ddalam kuliah..

    contoh.. ada 2 perbualan antara 2 alim. seorang bertanya: nak kemana pak soh? maka dijawab nyer pak soh td, TUHAN nak ke kedai beli sekian2.. betolkah perbualan sebegitu..bukankah ada adab2 dalam pengajian..maka perlulah setiap yg berilmu itu tdk terlalu ghairah untuk menzahirkan ilmunyer sehinggakan timbul fitnah pada awam..sbb bukankah ilu ini tempatnyer di dalam hati ,qalbu mukmin dan bukan mainan untuk suka2 dikeluarkan …..

    berbalik kpd solat td.. bkn arif tersebut tidk solat langsung, tetapi pehaman akibat dr hidayah dr allah dan taufiqnye akan kefahaman tntg tida nyer wujud 2 golingn iaitu yg menyembH dan yhg disembah..maka itukan wujud 2 wujud, padahal allah itu wujudnyer satu..maka betollah statment arif itu bukan dia dan tidk sekali2 dia akan solat melainkan dngn izin allah…dalil{laa tataharraku zarratun illa biznillai ahadan ahada)…tidak akan bergerak sesuatu zarah melainkn dngn izin allah..

    maka 7 sifat itu adalh milik allah dan dia yg melakukanye pd setiap gerak geri kita..maka berbahagialah bg ahli makrifat yg smpi ke tahap ini…ramai yg menjalani jln ini, tp tk ramai yg betol2 tiba d hentian makrifat, ada yng hanya berada di hentian tarekat, ataupun hakikat..semua itu masih tdk complete krn masih ada lbh dari satu wujud padahal laa maujud illallah…aasif ala kulli hall.astaghfirullahal azimm… ana faqir ya allah

    solat itu sndiri adalah diri kita.jd dngn berani ana ingn mengatakan bahawa sesiapa yg menemui atau sedang berjalan di atas jalan yg meniti menuju makrifatullah tetapi meninggalkan syariat sebagai contoh solat.maka ia adalah trkeluar dari jln gol.yg benar…kran analoginyer..solat itu adalah diri kita..

    subuh=2 rkaat=kepala dan otak(aqal)
    zohor=4 rkaat=2 kaki 2 tangn
    asar= 4 rkaat = 2 mata 2 telinga
    maghrib=3 rkaat=lubng mulut dan hidung
    isyak=4 rakaat= 4 tulang kerat depn blakang

    maka sah lah solat tu adalh bentuk tubuh zahir kita.jd bayangkan lh jika tiada salah satu dr 5 tmpat or jenis solat td atau anggota td, bukankh cacat namanye.maka tidaklh jd insan kamil..wallahuallah

    • salam alaika,,

      makasih banyak,,

      maklumat yang sangat berharga.

      • Salam…
        Huraian saudara Maliquekandayas sgt bermakna utk diri saya.
        Terima Kasih.

    • Salam…
      Saya berharap sangat dapat berhubung dengan Tuan Haji atau mungkin Tuan Maliquekandayas secara peribadi….ada sesuatu yg ingin saya tanyakan…boleh respon ke email saya beetle70_s@yahoo.com. Bantuilah saya dalam pencarian ini.

      Terima Kasih

      • salam, silakan tuan Shyam, insyaallah langsung disini. mudahan ramai sahabt dpt sama-sama

      • Salam…ada beberapa perkara yg sy musykil. Saya bertemu dgn sorg Pakcik yang pada saya memang dia mempunyai ilmu makrifat. Tetapi saya dapati dia tidak melakukan syariat spt; sholat 5 waktu dan puasa. Syariat tanpa hakikat adalah kosong manakala hakikat tanpa syariat adalah batil (ada beberapa istilah lain). Namun saya tertanya apakah ada kemungkinan lain yg membolehkan dia tidak perlu melakukan syariat. Pada mulanya sy memang sgt2 sangsi dgnya namun skrg saya cuba berlapang dada. Sy cuba letakkan hal dia yg tidak melakukan syariat ke satu tempat yg saya anggapkan sebagai PENDING. Namun sekiranya Tuan-tuan disini dapat mengulas atau memberi pendapat alangkah baiknya. Persoalan utk diri sy sendiri yang mungkin nampak naif tetapi penting utk saya…utk org seperti saya, yg hanya tahu syariat perlu ke sy tinggalkan syariat dan mencari ilmu hakekat dulu….salahkah sy meneruskan syariat dan mencari hakekat seiring…..

        Perkara utama yg dia sarankan kepada sy adalah berselawat kepada Rasul dan Ahlul bait. Sebenarnya saya hanya tahu tentang ahlul bait ini, keutamaan ahlul bait dan kenapa mereka perlu mengekalkan nasabnya….. betapa cetek ilmu saya.
        [ Dalam masa yg sama sy juga saya dapati sekarang seakan satu fenomena baru di Malaysia dengan aktiviti Maulid, yg tidak lagi hanya dilaku oleh kelompok tertentu sahaja satu ketika dulu. Saya ada dgr dr tokoh terkenal di TV Alhijrah; apabila ditnya kepadanya tentang mereka2 yang sangat rajin berselawat namun sholat dan puasanya entah kemana…kata beliau secara ringkasnya…” tidak mengapa biarlah disemai rasa cinta kepada rasul itu dan insyallah yg lain akan dtg kemudian….. ] – seolah2 membenarkan apa yg sy dgr dari Pakcik tersebut. –

        Dan seperkara lagi….sejauh mana mimpi boleh dijadikan panduan…saya mendengar org2 yg berzikir (selawat) akan mengalami mimpi2 begini dan begitu…dan akan merujuk kepada Pakcik tersebut….dia akan mengulas.

        Rasanya setakat ini saja utk kali ini…harap dpt respon dari tuan-tuan. Mungkin ini sebagai titik permulaan utk saya menambahkan pengetahuan dan meliraikan kekusutan dan moga terjawab pelbagai persoalan.

        Assalammualaikum….

      • Alhamdulillah, persoalan yg bertimpa2 mmg biasa terjadi bagi para pemula jalan hakikat. alhamdulillah semoga kita semua sentiasa dibimbing Allah.Tidak lah dapat saya menjawab samaada “pakcik’ itu dlm golongan benar atau tidak, kerna mungkin ilmu allah pada saya tidak setinggi beliau. masyaallah. walaubagaimana pun, sehingga ke saat ini, saya masih berpegang pada hadis qudsi : Syariat tanpa hakikat batil, hakikat tanpa syariat zindiq.dan contoh zindiq dlm sejarah peradaban manusia yg terbaik allah bawakan adalah FIRAUN. die memilik ilmu hakikat bahkan die langsung menidakkan syariat dengan mengaku dialah tuhan.senangkata. nabi muhammad selaku contoh ikutan ummat yang satu satunya mencapai tahap Makrifatullah paling tinggi turun pada syariat yg paling rendah untuk membimbang ummat. apakah itu tidak cukop untuk menjadikan contoh pada kita.syariat usuludin makrifatullah adalah satu dan tk bercerai, cuma berbeza tingkatan, dianologikan seperti kulit, daging,tulang dan degup nadi, rukun faeli, qauli,qolbi, hilang salah satu adakah lengkap?
        2) memang digalakkan mengingati nabi tambahan skrng ni ada qosidah, berzanji, dll, qosidah bukan perkara baru, tlah wujud dinusantra zaman nenek moyang kita lagi. malah qosidah itu dimulakan oleh bapak saudara baginda sendiri abu talib semasa mengetahui bahawa ada dikalangan keturunan dia akan menjadi pengakhir rasul.tetapi rasul tidak pernah sekali2 menyaran umatnya mengingatinya tetapi melupakan allah, mungkin apa yg diperkata tuan itu dikhususkan kpd gol.muda mudi atau yg jauh dngn ugama supaya minat dan tertarik untuk kembali. itu cara yg paling asas kebanyakan ulama guna. terpulang jika saudara hisyam mahu meletakkn diri dalam gol tersebut. hehe.
        3) Soal mimpi itu subjektif, mmg ada terjadi para salik yang menjalani zikir atau amalan akan mendapat ilham, mimpi dsbgainya. saya pernah dinasihatkan guru, supaya selagi tidak mencapai tahap makrifat sebenar, walau apa pun dtg, walo apa pun muncul selain baginda rasulullah, maka abaikan dulu, tolak dulu. dibimbangi yang datang untuk menunjuki itu buknalah seperti apa yg kita sangka. wallahualam… sekadar apa yg saya boleh trngkan.

      • syariat tanpa hakikat sia-sia, hakikat tanpa syariat batal (assyariatu bila haqiqat aatilah, walhaqiqotu bila syariat batilah.

      • Carilah guru yg boleh memandu rohani serta mendidik rohani..insyaAllah segala persoalan akan terjawab….

  19. HAKIKAT SYAITAN

    maka kebanyakan arif billah mengatakan bhwa telah jatuh syirik bg sesiapa yg beriktiqad bahawa syaitan dan iblislah yg menyebabkan bapa kita adam dan hawa terkeluar dr syurga..

  20. qolallahu taala…wama kholaqtul jinna wal insa illa liya’budun..
    yg dimaksudkn dengn jin dan ins tu bukanlh manusia dan jin semata, tetapi hakikatnye adalah dirimu yg zahir dan yang batin..krn syart ilmufardhu ain itu ada 3 peringkat, feqah, usuludin dan tasawuf, sama juga dngn rukun dlm solat, rukun faeli, rukun qauli,dan qolbi.jd kesempurnaan solat terletak pd adanye dan berhimpunye ketiga2 bidng ilimu td.. maka itulah sebenr2 nyer BERJAMAAH..

    • salam alaika,,

      banyak makasih.

  21. salam kunjungan dr wana93..
    thnx c0z lawat ana nye bl0g..
    bl0g ni memg byk mnfaat agamanya..
    alhamdulillah..🙂

    • salam alaika,,

      blog ante juga bagus,,

      semoga dirahmati allah.

  22. saya berminat dgn laman ini semuga perkongsian ilmu bisa menjana kebaikan buat bekalan mudik kita . diharap kan kebaikan buat semua teman wasalam. hamzah

    • salam alaika,,

      ya,,

      semoga kita semua mendapat keredaannya,,

      selamat datang ke blog ini,,

      kalau ingin berkongsi ilmu,,

      silahkan,,,, ana amat berterima kasih.

  23. terima kasih haji saya amat berbesar hati dapat diterima bersama.

    insyaallah saya akan bersama bukan atas dasar nama tetapi sebagaimana kata empunya blog untuk sama berkongsi pendapat dan pandangan tanpa mengukur taraf dalam dasar ilmunya

    kerana terpaggil saya di blog ini perkataan balikpapan ada cerita dalam perjalanan saya.

    wasallam hamzah

    • salam alaika,,

      kalau tidak keberatan,,

      bagaimana cerita di sebalik

      perkataan balikpapan itu.

      makasih banyak.

  24. semasa pencarian, saya ketemu di sebuah pulau di perbatasan kalimantan, musafir tua berpakaian nelayan. katanya, dari balikpapan. itu lah ayat pertama nya, sudah kah kau bersalam degan tuhan mu.

    maaf jua atas cerita ini, tidak kerna nama atau apa jua, rasa rendah hati dan diri mohon keampunan allah, mohon saya serta kemaafan sesama manusia,

    maafkan saya cuma keinginan bersama kalian, saya cuba dalam blog ini mencari kebaikan yang mungkin bisa saya pertingkat kan dalam misi pengembaraan saya.
    wassallam hamzah

    • salam alaika,,

      ana berterima kasih,,

      kerana ante sudi berkunjung,,

      ke blog ini.

  25. salam alaika hajirikhusyuk,
    ana baru tahu…selamat pergi berumrah dan kembali utk mu sekeluarga.

    • salam,,

      makasih banyak atas doanya.

  26. Assalamualaikum.

    Segala puji bagi Allah di atas kewujudan blog ini dan pertemuan dengan mereka yang mahu kembali kepada-Nya.

    Saya sebahagian dari-Nya dan berkumpul di blog ini untuk menemui jalan kembali kepada-Nya.

    Salam perkenalan.

    • salam,,

      alhamdulilah,, semuanya atas ketentuannya jua,,

  27. Salam….

    Indahnya dapt bersama Ahli..
    tohmahan manusia tidak kupeduli..
    jgn dibuka rahsia illahi..
    Alhmdulillah berjumpa blog ini..

    Sy lega dapat menjumpai blog saudara…

    kerana dpatlah kita bertukar tukar pendapat..

    susah juga di luar sana..menanggung nikmat Dia..

    tp bila jumpa blog ini dn sdara hajirikhusyuk..

    maka senang nk berbicara dn meluahkan nikmat ini…

    bukan xde yg ahli diluar sane..tp saje nk mencari

    kat dlm internet..akhirnya jumpa blog ini..

    salam hajirikhuyuk..bersyukur ke hadratnya dapat

    bertemu sedara dan semua ahli disini…

    • salam,,

      alhamdulillah semuanya ketentuanNya jua.

  28. salam…

    sy ingin bertanya…mengapakah Ahli usul tahkik itu dianggap sesat??adakah mereka ini benar2 sesat atau mereka ini benar??kerana jika dilihat mereka ini juga tujuannya DIA..adakh mereka sesat??

    • salam,,

      semuanya ketentuanNya jua,,

      Dia yang memasukkan seseorang ke dalam cahaya,
      dan dia juga yang memasukkan seseorang ke dalam kegelapan,,

      bagi ane,, sesat atau tidak seseorang itu bergantung kepada niat,,
      kalau dia berniat semata-mata kerana allah pasti tidak tersesat,,
      tapi kalau ada niat yang lain di samping allah pasti tersesat.

      kami berlindung dari kesesatan,,, amin.

      • sesungguhnya jika HAK itu muncul maka bathil pasti nya tenggelam..

  29. terima kasih tn hj…

    Amin….

  30. saya ikut nyimak, terima kasih

  31. masyasallah, betol2, sesat atau tidak jngn sekali2 terlalu memikirkan tntg ramai orng, tp sebaiknya pandang dan fokis pd bekas diri sendiri. itu sebaiknya, niat yg terus kepada allah, insyaalah akan mendapat apa yg diniatkan, seba itu ramai yg terkandas samada di tarekat atau hakikat, hnya sedikit sja yg melepase sehinga makrifatullah.

  32. asalammualikum

    terima kasih kepada empunya blog
    walaupun ketinggalan kapal
    nampaknya post-post tuan memang banyak memberi menafaat dan antara yang paling mudah untuk diikuti dan difahami….
    terima kasih tuan….
    izinkan saya untuk copy n paste….
    buat panduan anak cucu……….
    terima kasih tuan
    dengan doa tuan sentiasa diberi barakah…..amin

  33. Salam idulfitri almubarok. maaf zohir dan batin.

  34. Alhamdulillahi Rabbil Alamin, melalui blog ini saya dapat tambahan pencerahan.. Buat Bapak yg buat blog ini semoga rahmat Allah selalu tercurah kita bapak beserta kita semua. Amien

  35. salam perkenalan….
    semoga kita semua diberi taufik dan hidayah dr ALLAH.saya tersentuh bila membaca blog tn. haji..
    Syukur saya mempunyai sedikit pengalaman,jadi bila baca tu ade yang saya paham,ada perkataan yg pernah saya dengar sebelum ni.
    Sama sama la kite perbaiki ape jua kekurangan diri..

    Terima Kasih….

  36. salam,
    izinkan saya yang daif ini ikut menadah hati di sini bapak haji…

    syukur kepada Allah kerana dapat bertemu blog bapak ini…semoga dengan rahmat dan kasih-sayangNya kita semua selamat pulang ke kampung abadi, amin…

    terima kasih banyak buat bapak haji atas pencurahan ilmu dan cahaya yang tidak ternilai harganya ini…

  37. salam perkenalan .. semoga kita semua mendapat keredhaan NYA dan menemukan apa yang kita cari2kan.. insya Allah.. amin.

  38. as’kum, sesungguhnya kita hidup di dunia ini semata-mata kerana Allah. Ayat yang mudah tapi maksud yang mendalam🙂 . semoga kita dapat petunjuk jalan insanu kamil insyaAllah ..

  39. assalamu’alaikum….

    alhamdulillahirabbil’alamin….

    tuan pemilik akun dan tuan2 semua, saya dari indonesia mohon izin menggunakan tulisan tuan-tuan semua sebagai bahan pelajaran bagi saya dan orang disekitar saya.

    dan saya juga mohon maaf bilamana yang saya lakukan ini merupakan suatu kesalahan…

    pada tuan-tuan semua saya do’akan semoga senantia diberi kebahagian dan ketenangan lahir bathin tidak hanya didunia juga di akhirat.

    terimakasih…

    wassalamu’alaikum..

    • salam,,

      silakan….. agar bermanfaat dan diberkatinya.

  40. Assalamualaikum wrahmatullahi wabarakatuh, terima kasih dari hamba buat Tuan, blog ini sungguh bermanafaat terutamanya bagi hmba yg masih kosong n teraba-raba….dalam mencari kebenaran n untuk mengenal yg haq… mohon keizinan dari Tuan bagi hmba membaca, menyalin dan mendapatkan manafaatnya…terima kasih dan wassalam..

  41. Salam…
    Saya ingin bertanyakan pendapat dan pandangan tentang masalah sy. Boleh saya dptkan email tuan.

  42. Assalamualaikum w.m .. syukur kerana saya menjumpai blog ini.. setelah saya baca sedikit dari topik2 di atas, tidak syak lagi ianya sama dengan apa yang saya pernah pelajari 30 tahun dulu.. waktu itu umur saya baru belasan tahun.
    Semoga blog ini banyak memberi menafaat kepada sesiapa yang mengkaji..

  43. Assalamualaikum, tuan dan sahabt sume.

    Bila bicara ttg nama Allah ke 100 tu, bila saya memahaminya, rasa semacam saja. loya, tiba dada rasa berdebar kencang, kebas tangan kaki. Adakah dia telah kenalkan diriNya pada hamba ini? Kalaulah memang itu namanya, memanglah rahsia. Bila org yg tak memahaminya mungkin akan kata kita ni gila atau syirik. Saya memahami jika itulah nama Dia maka tiadalah jiwa dan hati kita akan memandang suatu yang berlaku di alam ini nikmat atau laknat. Betul ke pengalaman saya ni haji dan kefahaman saya terhadap namanya yg 100 itu.

    Terima kasih.

  44. ASS. M.kum. Pak Hajirikhusyuk.
    Yang di mulyakan ALLAH..

    Catatan di dalam blog ini sangat bagus.. Arti dari tulisannya sangat menyentuhkan Hati.. Dalam ilmu pengenal diri untuk mencapai ketenangan jiwa.
    Terutama adalah kesabaran dan ke iklasan.

    Sebelum saya mohon maaf.
    Saya minta izin pada pak
    Hajirikhusyuk.
    Untuk menyalin dari sebagian catatan ini..

    salam

  45. as-salam, tn haji ri AL-khusyuk,
    rahsia nama ke100

    setelah berteka-teki oleh tn tahjut nan-mulia dan komen balas oleh tn haji ri AL-khusyuk, saya melihat akan petunjuk tentang nama ke100 itu pada gelar-gelar yg dinyatakan oleh tn tahjut dan tn hj ri iaitu al-amin, al-siddiq, al-farok, al-nurin, al-murtada, nan-mulia, nan-berbahagia,….., maka saya meneka faham saya akan nama ke100 ini dgn memberi contoh-contoh yang lain seperti al-mahdi, al-KHUSYUK, al-SIRR, nama yg nyata tapi RAHSIA,

    sesuai juga dgn pemahaman saya akan tulisan tn hj ri berikut iaitu,

    “AKUAN PADA NAMA RAHASIA, kepada Allah kena, kepada hamba pun kena, sekali sebut saja sudah terhimpun (pada kedua-duanya) . Segala sesuatu akuan didudukkan pada nama RAHASIA Allah,…”

    apakah benar penglihatan dan pandangan saya ini, mohon hj ri AL-khusyuk mengesahkan atau memberi respon ke email saya atau hp saya +0137376958
    harus tn hj ri AL-khusyuk sebagai “guru” saya pada bab nama ke100 ini jika benar kefahaman saya ini, bi’iznillah

    terima kasih, wassalam
    teka, malaysia

  46. Bissmillahi Rrahmani Rrahim,Assalamu Alaikum,salam sejahtera smuanya.mohon izin bergabung diBlog ini…TKS banyak sbelumnya…

  47. bismillahirrahmanirrahim …………………………innallaha wamalaaikatahu yusolluuna alannabi yaa ayyuhallazii na amanu sollu alaihi wasallimu taslima. allahumma sholli ala sayyidina muhammadin nabiyyi sallallahu alaihi wassalam.

    bukanlah terlambat bila masih ada kesempatan bernigin sangat untuk blajar mencari ketenangan jiwa.

    setelah kuberjalan jauh……….
    mencari dan bertanya tanya???
    kemana kuharus mencari ketenangan diri.

    sampai saat ini kutemukan blog ini dan cukup mengesankan bagi diriku
    mohon dizinkan untuk bergabung kepada sesepuh2 ………

    terutama dengan pak hajirikhusyuk …….
    tiada fikir……….
    tiada nalar………
    tiada merasa……….
    tiada dapat lagi aku untuk ungkapkan

    hanya….menyadari bahwa daku hanya seorang yang terhampar…..
    menjalani sebenar benar manusia yang dhaif.

    kenapa was was dalam daku berdiri selalu menghantuiku…..
    semua pengetahuan dan keinginan untuk tahu seakan tertutup tiada gairah.

    kapankah insan pemakai rabbani dapat kutemui………

    mohon bimbingannya.

  48. Salam untuk abangnda..Mahabbah dan RidhoNYA smoga terkaruniakan,salam sayang..dari tanah jowo..Allah Hu..

  49. Tiada lagi update dari Tuan Haji ?

  50. Assalamu’alaikum wr. wb.
    Ane ucapkan terima kasih atas blog yg selama ini ane cari, moga bermanfa’at bagi ummat Islam pada umumnya.

  51. Assalamualaikum tuan…saya orang baru di sini..minta izin untuk berkongsi dan memanfaatkan ilmu yg tuan berikan untuk diri dan keluarga…terima kasih

  52. terima kasih

  53. salam tuan haji,
    minta izin join blog ini..

  54. salam perkenalan,
    pucuk paku dalam paku
    paku datang dari seberang
    carilah aku dalam aku
    aku bersembunyi di dalam terang

  55. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ.
    اَلْحَمْدُلِلّهِ
    Setelah sy baca di blog ini sy semakin tertarik dan terasa wajib belajr dan mendalami nya. Jd sy mohon ijin pada mursyid haji dan semua yg telah sharing di blog ini tuk mengkopy paste
    Terimakasih sbelum nya.

  56. Asww.Kpd Pak haji saya ucapkan selamat berjuang teriring doa jazaakmullohi khoirotii wasa’atiddunya walakhiroh amiin yarobbal ‘alamiin

  57. salam pada tuan haji serta rakan2 ………………………………………………………banyak pekara bersambung2 dan titian diri ini dalam suasana gembira serta keizinan copy untuk kajian semasa dan salam buat semua…………………………………………………………………………………………….

  58. Aslmkm Wr Wb

    Tak banyak lagi tulisan di posting dalam page ini Tuan Haji?

    salam,
    Balikpapan

  59. ya tuan, dimana menyepi, kami butuh dorongan tuan. mohon hadir hadirlah hadir heheehee, dah macma seru seru

  60. sepi sekali gak ada lagi komukasi disini, pada hal ingin sekali, menyampaikan ,dibalik 50 wajib ada 50 mustahil

  61. buat para pembaca atau siapapun yang mau mmbahas ,..ttang ilmu tahid saya mengajak mmbahas 3 pardhu yaitu PARDHU ” AIN, PARDHU ”KIPAYA DAN PARDHU TA’qidh.

  62. disini sedikit saya jelaskan pardhu ain adalah memperjelaskan sholat 5 waktu, sdangkan pardhu kipaya, adalah penjelasan dari mematikan diri sebelum mati, bukan pula arti dari mensholatkan orang yg meninggal ,…dan pardhu ta’qidh….adalah menjelaskan 50 mustahil

  63. salam serta aman …………………………..dah lama tak kemari

  64. Salam Pak hajirikhusyuk …………

  65. salam perkenalan.
    mencari ilmu rahasia, adalah didalam diri, sebagaimana yang telah difirmankan, Aku terselib didalam syareatmu, carilah Aku Bukan dengan kata-kata.
    Aku adalah Rahasia, hanya dengan Rahasia yang mampu mengenal Rahasia.
    Ilmu Rahasia juga mengajarkan tentang pengenalan Diri Yang Sempurna.
    karena di akhirnya nanti yang diminta oleh Allah mana kepunyaannya yang telah diletakan pada diri-diri manusia, Pertanyaannya Apa Yang Dia punya yang diletakan pada diri-diri Manusia?karena hanya yang Suci ketemu dengan yang Suci. Pertanyaannya Apa itu Suci??????

  66. salam serta rakan2………………………………………………..

  67. salam …………. tak tahu apa yng nak di katakankan

  68. Syukron, Jazakumulloh khairan katsiro

  69. Salam..

    Alhamdulillah..dengan izin dan rahmatnya..

    Izin kan saya menadahkan hati untuk mngambil ilmu,kefahaman dan manfaat dari blog ini..

    Berbanyak banyak trima kasih kepada haji yg membuat blog ini.

  70. Apabila sudah mengenal akan Allah maka akan mengenal pula akan Muhammad….maka ketahuilah bahawa Allah dan Muhammad itu tidak berpisah…..

  71. salam. tuan haji, sy mohon maaf dan berterima kasih kpd allah krn telah dipertemukan dgn blog ini. ada satu pertanyaan yg hendak sy sampaikan.
    kita sepakat kalau syahadat ( ashyadu alla illa ha illallah wa asyadu anna muhammadarasulullah) adalh buat kita (muslim ) semua tetapi apakah baginda muhammad rasulullah jika bersyahadat yg sama dengan kita ? lalu kenapa baginda tdk bersyahadat degan as…… wa anna muhammad rasulullah?. mohon maaf kalau pertanyaan saya yang salah. tolong dijelaskan siapa muhammad yg dimaksud dlm syahadat tersebut. terima kasih banyak atas penjelasannya.
    salam

  72. salam. maaf tuan haji.
    boleh saya bertanya? terima kasih. semoga allah memberi pemahaman kepada saya tentang ilmu yang membawa kita dijalan allah.
    semoga pertanyaan saya tdk salah.
    haruskah kita qomat sebelum sholat (walaupun kita sholat sendiri)
    apa maksud dari paham ini? terima kasih atas jawabannya.
    salam

  73. Assalamualaikum wbt.
    Alhamdulillah saya ditemukan dengan blog ini… syukur sangat2.
    Moga di usia ini saya masih belum terlambat untuk dapat mengenal Dia… mengembara untuk mengenal Dia yang maha sempurna… megenal Dia melalui ilmu hakikat, tarikat dan makrifat.

    Saya ingin hidup dalam makrifat dan mati juga dalam makrifat… insyaAllah.

    Mohon bimbingan jua dari semua terutama empunya blog YBhg Tuan Haji…
    dari mana saya harus mulakan perjalanan pengembaraan mengenal Allah ini…?

    Mohon penjelasannya.
    Jazakallah.

    —————————-

    Sebagai wanita, walau berhakikat, saya tetap harus menjaga syariat terutama hubungan sesama manusia, maka saya mohon tanya juga… adakah sesiapa yang tahu kaum hawa (wanita) yang telah tulus, bulat berhakikat… saya ingin berhubung terus dan saling berkongsi ilmu…

    Terima kasih jua.
    Wasallam


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: