Posted by: hajirikhusyuk | Mei 11, 2010

Rasa dan kenal

Rasa dan kenal

Dapatkah Allah dikenal dengan nyata dan terang?

Jikalau boleh bagaimanakah caranya?

Ya, inilah yang perlu jelas bagi salik pencari Tuhannya. Al-Quran telah memberikan panduan kepada kita tentang Tuhan Semesta Alam, bahawa  Allah tidak dapat dijangkau akal fikiran, tidak dapat dibayangkan dan tiada suatupun yang menyerupainya, di samping itu Allah juga Maha Meliputi.

Dan di sinilah banyak salik yang keliru?

Mereka beranggapan Allah itu tidak dapat dilihat?

Ini adalah persoalan yang rumit, jikalau kita hanya memakai akal fikiran, sedangkan Al-Quran sendiri telah menyatakan, Allah itu tidak dapat dijangkau dengan akal fikiran, bagi ana jikalau ente mahu mengenal Nya, janganlah pakai akal fikiran, kerana ia tidak akan menyampaikan ente kepadaNya.

Nah, kembali kepada persoalan asal, dapatkah Dia dilihat dengan nyata dan terang?

Bagi ana sudah pasti boleh, kerana sufi terkenal Hassan al Banna pun telah menyatakan,  “Aku tidak menyembah Tuhan yang tidak aku kenal”.

Bermakna beliau kenal kepada Tuhannya, kalau kenal pasti beliau melihatnya, kerana kenal dengan melihat itu pasti seiringan.

Perlu ana nyatakan, memang benar Allah tidak dapat dilihat dengan mata zahir, tetapi melihat Allah  adalah dengan mata hati, bukankah kita ini “dua dalam satu”, (zahir dan batin), yang zahir tidak dapat melihat, tapi yang batin dapat melihatNya.

Jadi apabila ada orang menyatakan, Dia tidak dapat dilihat, ini bermakna mereka hanya kenal diri yang zahir sahaja, tetapi tidak mengenal diri mereka yang batin, alangkah ruginya mereka yang sebegini.

Allah dapat dikenal dengan mata hati, dan dengan mempelajari sifat-sifatNya. Hanya dengan jalan inilah kita dapat mengenal dan melihat Allah dengan nyata dan terang, iaitu dengan pandangan mata hati.

Jikalau ada orang menyatakan ada jalan lain yang dapat mengenalkan Dia dengan sebenar-benar perkenalan,  itu  bagi ana  hanya dusta belaka, dan mereka sendiri ana pasti, mereka juga belum melihatNya dengan nyata dan terang.

MelihatNya dengan nyata dan terang adalah dengan merasakan kehadiranNYa, tanpa syak wasangka lagi.

Inilah yang dikatakan ilmu rasa,

Hanya yang merasa yang mengenal.

Dan melihatNya dengan nyata dan terang.


Responses

  1. Asalamwtk,

    saya ingin berkungsi pengalaman saya untuk mencari diri saya selepas kematian ibu yang tersayang, selama 30 tahun saya dalam perjalanan mencari/mengenal ALLAH, selama itulah juga bermacam-macam dugaan yang datang datang dengan izinNYA,

    saya diperlihatkan ZATNYA ketika saya mengerjakan solat malam, di tahiyat akhir Bathin saya keluar daripada tubuh zahir, mengadap ZAT yang AGUNG, seluruh tubuh saya mengigil; air mata jatuh berlinang ketika yang bathin memasuki semula ke jasad ini satu nikmat yang tidak akan dapat saya rasai selepas ini.

    WSALAM

    • salam,,

      selamat datang,,

      terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman,,

      jika ente ingin berkongsi pengalaman di blog ini ,, ana alu-alukan.

    • adakah msih brlaku lgi ( batihn keluar dr zahir )

      • asalamwtk hanya sekali sahaja disitu menunjukkan bahawa kita adalah hamba yg tidak sekali2 bersatu dgn KHALIKNYA zahir & bathin adalah sesuatu yg berbeza ZATNYA adalah yg mutlak tapi sy pernah mengealami kematian dimana ZATNYA sekali lagi hadhir bertapa sakitnya apabila roh hendak meninggalkan jasad tapi DIA memberi sy peluang kali kedua

  2. saya mengenal Allah daripad Al Quran terjemahaan 30th yang lalu, melalui daripada seorang mubalik yang datang ke tempat saya berkerja, betullah kata-kata Rasullah saw, fahamilah Al Quran, di situ saya memperbaiki solat saya, di mana saya membuat penyarahan dengan bacaan doa iftitah, sepertiman Nabi Ibrahim mencari Allah, tapi Rasullah saw yang menemuinya di malam israk mikraj,

    di mana juga kita dapat melakukan di dalam tahiyat awal & akhir. Apabila kita membaca Al Quran, seperti terbukanya computer input & output, itulah yang dikatakan mukjizat Nya taufik & hidayah, disertakannya hubungan saya denganNya, seperti telepati berbicara, tapi tidak bersuara, diilhamkan seperti komputer, dibuka pandangan hati seperti melihat kaca tv semunya dgn IzinNya.

    wsalam

    • salam,,

      ana rasa ente adalah seorang yang amat bertuah

      kerana mendapat anugerahNya dengan sebegitu rupa,,

      pada pandangan ana, ente telah layak untuk membimbing

      mereka-mereka yang ikhlas untuk kembali bertemu

      dengan KekasihNya.

      Kerana mereka yang telah menemuiNya sahaja yang layak untuk
      menjadi pembimbing (mursyid).

      salam bahagia untuk ente.

  3. Asalamwtk,

    saya telah merasa apa itu kematian, apabila jasad kita kaku tidak dapat bergerak, hanya ilmu yg dapat melafaskan kalimah Qul Huwal-Lahu Ahad;

    betul kata rasuallah saw hati ini seperti diiris-iris dgn pedang yg tajam sesaat tidak diberi nafas, maka, IA berkata sesaat nyawa kamu ditarik tidak ada ertinya seluruh isi alam.

    kita hidup adalah by the second, apabila roh sy keluar dpd jasad, sy dapat melihat keluarga sy dgn sekelip mata, sy berada di hadapan ibu, sy di alam roh. Ini menunjukan perjalanan roh itu seperti kilat, tapi Allah masih sayangkan sy. Dia pulangkan sy ke jasad sy utk meneruskan perjuangan sy dibumiNya.

    Di alam kubur rupa-rupanya adalah satu perkampungan, di mana kamu diletakkan setimpal dgn ilmu yg kamu ada banglow, rumah usang ataupun sebuah istana; juga sy telah dinaikkan kelangit pertama, dimana mereka-mereka ini memakai pakaian ihram, lelaki; perempuan bersantai di tepi tasik makan buah-buahan yg lazat, dgn istana yg tersergam indah.

    mereka suruh sy tinggal, tapi sy tidak mahu lalu sy melarikan diri; terus terjun ke dalam trowong dan tiba di sebuah pulau, mungkin itulah yg dicari olih saintis, the tunnel ataupun blackhole. semua ini ( saya lalui) dalam keadaan separuh sedar bukan dlm mimpi,

    tapi untk pengatahuan anda, untuk mendapat tahap ini bukan senang tidak dapat hendak sy ceritakan pahit dan susahnya diuji olih Allah.

    wsalam

    • salam,,

      satu pengalaman yang sungguh luar biasa,,

      hanya yang merasa yang mengetahui,,

      ia boleh dijadikan bukti bagi yang lain,,
      yang belum merasakannya lagi,,

      bahawa,

      apa yang diceritakan oleh al quran tentang kehidupan,
      setelah ruh meninggalkan jasad itu adalah benar,,

      kehidupan di alam barzah, alam kubur itu adalah benar,
      dan kehidupan di langit juga itu adalah benar,,

      oleh itu,,

      janganlah kita tertipu dengan ke hidupan dunia
      yang sementara ini,

      makasih sdri rohayah,,
      kerana berkongsi pengalaman ente.

    • assallamualaikum,alhamdulillah diketemukan dengan blog yang penuh informasi,moga allah melimpahkan rahmatnya keatas tuan pengelola dan pembaca sekelian.maaf kan saya terlebih dahulu,saya hanyalah seorang salik yang baru ingin mencari dan mengenal tuhannya, banyak lagi dan jauh lagi perjalanan,tetapi saya yakin insyallah dengan izinnya diketemukan jua suatu hari nanti.saya amat tertarik dengan pengalaman cik/puan rohayah ahamad dan mohon sekiranya cik/puan rohayah dapat memberikan alamat email untuk saya berhubung dengan cik/puan?terima kasih

      • asalamwtk apa salahnya kita berkenalan sy adalah hamba Allah yg ingin berkongsi pengalaman sy mencari yg HAQ

  4. السلام عليكم

    maaf saya mencelah…saya begitu tertarik dgn penjelasan rohayah ahamad , tetapi saya masih lagi kabur atas penjelasannya itu . Begitu jua melalui artikel yg ditulis oleh hajirikhusyuk [ tuan rumah ] yg saya hurmati .

    Perkataan “hati” seringkali kita temui manusia yg menggunakan perkataan tersebut , seperti mata hati atau melihat dgn mata hati . Untuk tidak berlengah saya benar2 ingin tahu , apakah yg dimaksudkan dengan perkataan hati? sepertimana penjelasan rohayah ahamad “hati ini seperti diiris-iris” . Dalam Quran kita dapat temui perkataan , [قلب فؤاد ] , [ نفس ] ketiga perkataan arab ini adakah mempunya rangkaian maksud pengertian yg sama ?

    Pada hajirikhusyuk ,”Inilah yang dikatakan ilmu rasa” [kenyataan dalam artikel anda] , sekiranya masih tahap rasa menunjukkan keadaan tersebut masih dalam keadaan zahir . Begitu jua adakah kehadiran Allah itu dapat dicerap oleh manusia melalui rasa .

    Saya mengharap penjelasannya ..wasalam

    • salam,,

      hati, mata hati, rasa, memang sering kita dengar dalam
      pengajian tarikat dan makrifat,,

      kita ini terbahagi kepada jasad dan ruh, yang dimaksudkan hati disini
      bukanlah hati atau jantung jasmani, yang terletak di dalam dada,,

      tetapi adalah hati ruhani, iaitu yang berkait dengan ruh, jadi inilah yang
      dapat memandang kepada benda-benda yang berkaitan dengan kerohanian,

      nafas, ya,, seperti kita bernafas, menyedut udara, fuad adalah mata hati, iaitu organ kepada ruh, dan qalbu, secara kasarnya boleh juga disebut sebagai hati,,

      jadi ilmu rasa itu adalah ilmu melihat dengan mata hati,, umpama kita merasakan kehadiran angin,
      tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi hati dapat merasakannya kehadiranNya,

      jadi begitulah salik melihat kekasihNya, merasakan atau melihat dengan mata hati tentang kehadiranNya.

  5. asslm wrwr, punten, mau numpang lewat, trma kasih atas smuanya, sangat luar biasa, siapun,dmnpun, dahulu atau skrg, pabila dah pd sumbernya, niscaya kan sama,

    tkan terhalang ppun kdaanya, para penjelajah dunia lain (tdk umum,at alam sagir) ssungguhnya bkn kt yg menjelajah, bkn kt yg mengtahui, palagi yang makrifat,

    melainkan Nur Muhammad… (Nur satu oleh smua) pengetahuanya tdk trbatas ..

    Akupun dbri tahu atas kshNya, tau dmn ujungnya barat, timur, utara, sltan,s erta pusernya, tau ujungnya bumi, langit, tau ahirat seisinya, tau kuburan sdri, tu smua tas kasihnya Nur M… LANJUTKAN….

  6. Dilihat atau tidak , diyakini atau tidak , dipercaya atau tidak , Yang PASTI ALLAH SWT ADA.Oleh karena itu , Jangan terlalu banyak bertanya sebab dikhawatirkan kalian menjadi Sesat
    Naudzubillah…….

    • Asalamwtk kita mesti ada guru untuk perjalanan ini, kadang2 kita tidak meminta untuk diberi pertunjuk TAPI ALLAH itu maha pengasih lagi penyang kalau kita iklas untuk mengenalinya, sbb tiap2 solat kita memohon pertunjuk didalam bacaan Al Fatiha itu, jgn sekali2 meminta sesuatu yg kita sendiri tidak layak meminta,itulah perjalanan kerohanian sy KEIKHALASAN kita kpdNYA

  7. salam….

    ingin saya kongsikan pengalaman saya ini, saya berkahwin pd usia yang agak muda, selepas saya berkahwin, saya tlh diserang penyakit misteri..saya telah berhabis beribu ringgit, untuk mengubati penyakit saya ini. apa yang terjadi, saya dapat rasakan bile ada kehadiran sesuatu ke dalam diri saya, badan saya seolah olah berayun, kaki tangan sejuk, jantung bergerak laju.

    dah banyak tempat saya pergi berubat. setakat paku, kene mandi air batu, itu dah lali buat diri saya.Saya berjalan seperti nenek bongkok tiga pun ada. Sehingga pd malam hari lahir saya, nenek tu kata, tgh mlm nanti die nak amik saya, tepat jam 12 tgh mlm,saya ditemani ibu, suami dan anak pergi ke rumah org yg mengubati saya.

    Saya ckp kat ibu saya,”mak saya tak nak mati lagi mak”.mak saya kata mengucap nak”…saya lari ke dapur, melutut depan kaki suami saya, saya dpt rasakan seolah olah nyawa saya akan di ambil…byk lagi kejadian yang menimpa saya,10 thn saya menanggungnya,

    yg saya hairan, semasa saya sakit,saya sedar akan apa yg saya katakan, sapa yang mengganggu saya.Semua pengamal perubatan yang saya jumpe, sume nya pada saya adalah penipu…tapi 3 thn lepas, saya tlh berjumpa dgn seorang hamba ALLAH, dia banyak membantu saya, dia kata saya memiliki hati sanubari itu..dia byk mengajar saya…dia byk bercerita mengenai ALLAH,

    apabila hadirnya Ia, saya dgn sendiri akan menanggis. betul katanya “apabila Ia hadir, yg lain akan turut hilang”, apabila Ia hadir,tiada kata kata, ketenangan itu lah zikir..

    Hanya jauhari yang mengenal manikam”. Alhamdulillah…kini saya dah sembuh..bila baca page ni, saya ingat kembali, apa yang dia pernah ajar..maafkan saya andai saya tersilap…

  8. Subhanallah. luar biasa.
    pak haji saya nak tanya kenapa saat saya mengingat asma allah seolah-olah ada suara lain yang berbunyi dan juga hayalan selalu entah kemana-mana saat dzikir, sembahyang dan waktu-waktu nak ingat allah. saya mohon panduan dan insya allah sangat bermanfaat buat saya.

  9. salam..
    rasa yg mcm mne blh kte m’ngenalNYA??

  10. saya punya seorang guruyang membimbing saya untuk mengenal alloh tapi sampai sekarang dia selalu menyuruh saya sabar sabar dulu sebab banyak tirakat dari pembelajaran jurus,puasa mutih,melek,puasa dg buka singkong …saya jadi ragu sebab kalo saya baca di sejarah dan jejak rosullluloh itu ga ada ..gimana solusi saya dan mohon penjelasan tentang ini….

    • Asalamwtk “Telah aku sempurnakan agama kamu itulah ISLAM’ ugama ibrahim -yg lulus dlm doa iftitah ‘hanifan’JADI dari Ibrahim,Musa,Isa & Muhammad adalah agama ketuhanan, kita bersyukur kerana dilahirkan umat Muhammad,kesempurnaan ibadah itu telah sempurna,jadi ikutlah syriat yg telah ditetapkan olih ISLAM ‘INSYALLAH kamu akan jumpa jawapannya

  11. Aslamkm wr wb
    Marifatullah itu mengenal ZAT,SIFAT,ASMA DAN AF’AL
    ZAT itu diriNya,SIFAT itu kelakuan dan muka@wajaNya,
    ASMA’ itu namaNya,AFAL itu perbuatanNya.ZAT itu meliputi semuanya dalil Allahuakbar semuanya ada dlm Allah kemana saja menghadap d situ waja Allah,tapi mengapa kita tdk hancur sedangkan jibril berkata tinggal selangka ku kedepan aku akan hancur….


    Via MebApp.com

    • asalamwtk apabila kita telah mengenal Allah, ZAT,SIFAT,ASMA DAN AF’ALNYA, maka hancurlah kita,itu bermakna pengelihatan,pertuturan,pendengaran kita diberi pinjaman seketika sahaja dalam keadaan & situwasi yg tertentu seperti mujizat nabi Musa tongkatnya,Nabi Isa menghidupkan orang yg telah mati,kita orang biasa hanya NAFSU kita yg hancur,sudah tidak berkehendak,bertawakal kpdNYA,jiwa kita tenteram & berserah kepadaNYA,apa pun hujahan yg datang semuanya kita pandang dariNYA-pandang pada yg banyak ingat pada yg SATU

  12. Disebapkan 70000 hijab,sabda nabi:Allah itu d hijabi 70000 hijab, jika satu atau semua diangkat semuanya akan hancur kerana keindahan Allah.itulah sebapnya kita tidak hancur tapi Allah berfirman: umpama cahayaku seperti lubang yg tidak bisa d timbusi..jadi 70000 hijab tersebut tidak bisa menampan kuasa Allah.masi ada nur Allah menembusi hijab tersebut..Allah berfirman: nur berdamping nur aku tunjuki sesiapa yg aku ingin tunjuki ke cahayaku..


    Via MebApp.com

  13. Soal:Apa asal agama dan apa itu agama?
    Jawab:asal agama awaluddin marifatullah erti agama itu mengenal Allah..
    1.tiada shah solat tampa mengenal Allah..
    2.solat itu me’raj orang beriman..
    3.khusyuk itu dia yakin bertemu dgn Allah..
    4.mereka menyangkah mereka solat tapi hakikatnya mereka tiada solat..

    MELIHAT ALLAH BUKAN DGN MATA HATI TAPI DGN MATA JASMANI

    Aslmkum wr wb


    Via MebApp.com

  14. Hadits qudsi:ya anak cucu adam,carilah aku,kau akan temuiku,jika kau temuiku kau akan temui semuanya…jadi carilah dia carilah sang meliputi..klu cahaya dlm gelap tiada cahaya klu gelap dlm terang tiada gelap klu udara dlm tana tiada udara klu tiada dlm air ada air manakah yang meliputi? Klu mau tahu tutuplah matamu lihatlah kedalam gelap itu dgn mata jasmani d situ ada sang meliputi jika da nampak bukalah matamu kemana sahaja kamu melihat d situ ada seperti yg kamu lihat d dlm wajamu tadi…


    Via MebApp.com

  15. Jika suda kenal sang meliputi renunglah dgn pandangan sang meliputi d dlm cahaya mata hari d situ kamu akan terlihat cahaya ghaib laksana bintang kemudian ucaplah ALLAH ALLAH
    ALLAH

    Dalam tiada melainkan ada tapi tiada menfaat bagi yang tidak mencari ini semua besandar Al Quran dan Hadits..
    ASALAMMUALAIKUM


    Via MebApp.com

  16. pn rohayah..minta di ajar ilmu

  17. Nak jumpa Allah.Dirikan sembahyang.Dia ada didalam sembahyang.

  18. buktikan dia ada di dalam solat…
    olah kan demi olah supaya diri tidak berhenti di suatu ketetapan…..
    agar ilmu itu di rahmati Allah.

  19. di dalam hadis berbunyi di riwayatkan….

    usah lah kamu mengenal dzat semata mata…. kelak diri akan di perdayakan… kenal segala penciptaan ku yang ada “

  20. 1. SYARIAT. = AP’AL. = BATANG TUBUH.
    2. THARIQAT. = ASMA. = HATI. DIRI
    3. HAKIKAT. = SIFAT. = NYAWA. KITA
    4. MA’RIFAT. = RAHASIA. = SIR.

  21. Apa itu Iblis(Alif–Ba–Lam–Ya–Shin).
    Alif – Diri Bagi Zat
    Ba – Sifat Bagi Zat
    Lam – Asma’ Bagi Zat
    Ya – Apaal Bagi Zat
    Shin – Sirr Bagi Zat

    Manusia tidak mengenal Alif itu Zat, Ba itu menyatakan Sifat bagi Zat sehingga Zat itu MELIPUTI dan berAsma ALLAH.Dalam kata yang mudah ialah: IBLIS = MANUSIA YANG HIDUP TIDAK MELIHAT DIRINYA UJUD DARI ZAT DAN MEMBELAKANGKAN HAQ ZAT.

    Manusia cuma pandai mengatakan: Memanglah semuanya Gerak Allah TETAPI tidak mengaku kenyataan dan mengemukakan bermacam-macam dalih sehingga akan LENYAP HAQ ditutupi JASAD.

    LENYAP HAQ–MENANG YANG BATIL=IBLIS.

  22. assalam mualaikum.
    jiwa tenang anugerah Allah

  23. assalam.wkt..

    Slam utk puan rohayah,
    Sudikah puan kirimkan email utk sy hubungi puan
    T.k(massabiahmy96@gmail.com)

  24. assalamu alikum
    sedikit pencerahan. mengenal ilmu rahasia harus mampu menghadirkan yaitu
    1. hilangkan suaramu hanya kepada suara Allah
    2. hilangkan penglihatanmu hanya kepada penglihatan Allah
    3. Hilangkan nafasmu hanya kepada nafas Allah
    4. Hilangkan pendegaranmu hanya kepada pendengaran Allah
    5. hilangkan Rahasia hanya kepada Sir to sir (Lenyap dalam kelenyapan) masuklah didalam Rahasia mencari Rahasia
    setelah itu kita masuk pada :
    1. carilah sembayang yang tidak pernah sembayang-sembayangnya
    2. Carilah Wudhu yang tidak pernah batal-batalnya
    3. carilah Puasa yang tidak pernah Puasa2Nya
    4. Carilah mandi yang tidak pernah mandi-mandi
    5. carilah mati tidak ditanam dengan tanah
    itulah Ilmu islam yang sempurna

    • maaf ..mohon cerahan di bahagian ini ,apakah cara atau jalan nya untuksampai katahap dengan keizinan Nya. untuk menghilangkan yang sahir ini dan mencari yang bathin itu,,,,,,

  25. Assalamu Alaikum.. Mohon bimbingannya wahai guru guru ku… Saya masih merangkak tuk belajar berjalan menuju padaNYA… Mohon pencerahan dan bimbingannya dgn mengirim ke email saya mengenai langkah langkah awalnya…trima kasih wassalamualaikum..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: