Posted by: hajirikhusyuk | Januari 1, 2010

Ubudiyah kepada Allah

Dari Anta:

(ana hajirikhusyuk mengucapkan selamat tahun baru 2010,, tarikh hari ini 1.1.10)

Kiriman Saudara Ismail Sg Buluh

Ubudiyah kepada Allah

Salamun alaikum,

Berdasarkan pengalaman saya, yang paling utama dalam ubudiyyah kita kepada Ilahi ialah:

1.         Jangan syirik, dan untuk tidak syirik kita perlu Esa kan Allah SWT. Bagaimana? Faham dan yaqini bahawasanya Allah itu pada Zat, Sifat, Nama dan Af’al Nya Esa – yakni tiada Zat, Sifat, Nama dan Af’al melainkan milik Allah semata-mata. Oleh sebab itu, tiada perbuatan yang diberkati Allah melainkan disertakan dengan Nama Nya dan menyebut Nama Nya adalah Zikrullah. Bila kita sudah faham tentang i’tiqod Tauhid ini, barulah kita tidak mungkin syirik dan Allah akan mengurniakan hak hambanya kerana tidak syirik ialah hak Allah ke atas hambanya. Buah dari Tauhid ini ialah melihat Allah dalam segala perkara. Maka itu akan fahamlah kita akan kalimah LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLA BILLAH.

2.         Ikhlaskan niat dalam hati di dalam segala amal perbuatan kerana setiap amal akan membuahkan hasil sesuai dengan niatnya. Ikhlas juga adalah hak Allah kerana Allah tidak menerima amal yang tidak ikhlas melainkan  LILLAHI TA’ALA.

3.         Banyakkan berselawat kepada Rasulullah kerana itu adalah haknya. Buahnya ialah selamat dunia dan akhirat kerana mendapat syufa’at  Rasul.

4.         Banyakkan istighfar kerana ia adalah hak Allah jua sebagai Robbul ‘alamin.

5.         Sentiasa bersyukur, memuji, bertasbih, tahmid, takbir dan bertahlil kerana ini adalah hak Allah jua.

6.         Taat dalam syariat zohir dan batin.

7.         Banyakkan berdoa kepada Allah kerana ini adalah hak Nya jua manakala hak hamba ialah mendapat perkenan.

Barulah dapat kita menikmati hak hamba dari Allah, yakni petunjuk hidayah, pengampunan dan rezeki.

Mengenal hak Allah dan hamba adalah proses dasar yang perlu kita renungkan. Asas-asas inilah yang akan membina makrifat kita terhadap Allah SWT.

Kafir atau kufur

Seseorang  hamba itu kafir atau kufur kepada Allah kerana Allah telah menutupi pendengaran, penglihatan dan hatinya terhadap Kebenaran/Al-Haq. Maka duduklah hamba itu di dalam kegelapan yang tiada Nur Allah barang sedikit pun. (Rujuk QS AlBaqaroh 1-10).

Terbitnya Nurullah di dalam hati dan deria hamba adalah apabila sempurna syahadahnya. Sempurna syahadah adalah tidak syirik dan taat kepada Allah.

Apabila Nurullah telah terpancar dalam hati, maka bermulalah ubudiyyah/kehambaan kita berdasarkan Sunnah Rasulullah, In Syaa Allah.

Asas ini penting. Memahami kalimah nafi dan kalimah isbat adalah kritikal dan mengikuti jejak Rasullulah SAW adalah penyempurnaan ubbudiyyah.

Penyempurnaan syariat dalam ubbudiyyah adalah langkah pertama didalam menuju kepada makrifatullah. Ahli-ahli zikir/makrifat kuat asas mereka dalam pengamalan syariat dan tauhid mereka. Ambil saja contoh para Sahabat dan Wali-Wali Allah. Walaupun kedudukan mereka tinggi di SISI ALLAH, tetap saja mereka diatas jalan syariat yang kuat dan mereka amat bersyukur atas nikmat HIDAYAH ALLAH kerana mereka amat faham sekalian perbuatan mereka itu milik ALLAH semata-mata. Sekaliannya bermula dengan Allah dan berakhir dengan NYA jua.

Sekaliannya sesat jika Allah tidak memberi petunjuk ke jalan yang lurus. Inilah pegangan hamba yang mengenal akan Keperkasaan Penciptanya. Sesungguhnya, petunjuk Allah itu adalah Anugerah Nya semata-mata. Maka mohonlah kepada Allah sambil tidak menyekutukan Nya dengan apa pun.

Ampun maaf jika ada kekurangan  mahupun  kelebihan. Sekaliannya tertakluk pada Qodho’ dan Qodar Nya jua.

Salamun ‘alal mursalin. Walhamdu Lillahi, Wallahu Akbar.

Ismail Sg Buluh


Respon

  1. Salamun alaikum

    Terimakasih Hajirikhusyuk untuk masukan komen ini.

    Apabila Allah SWT menyatakan bahawasanya yang baik dari AKU, yang buruk itu dari kamu. Apa yang dimaksudkan NYA? Bertafakkurlah sejenak tentang perkara ini kerana ALLAH menyatakan HAKNYA secara definitif dan menyatakan hak hambanya secara tersirat.

    Bukankah kita telah mengaku akan Rukun Iman yang ke-6 bahawasaya segala yang baik dan buruk itu berlaku dengan keizinan NYA jua? Secara hakiki pelaku sekalian perbuatan adalah ALLAH SWT yang berlaku didalam KERAJAAN dan ILMU NYA jua.

    Oleh itu, dimana yang baik dan dimana yang buruk? Dimanakah harus kita meletakkan hakikatnya?

    Sering kita terdengar orang menyebut yang baik dari ALLAH dan yang buruk itu dari dirinya. Ini dinamakan ADAB kepada Allah SWT. Pada hakikatnya bukan demikian adanya kerana jika benar begitu, maka maksudnya ada dua PELAKU. Tidak mungkin. ZAT ALLAH SWT itu ESA.

    Bukankah ALLAH itu bersih dari sekalian sifat yang tercela? Jadi bagaimana kita menjelaskan keadaan mungkar yang berlaku dengan keizinanNYA?

    Ketahuilah insan bahawasanya akal dan kesedaran kita terhad kepada apa yang kita kenal sahaja. Dalam dunia ciptaan ALLAH ini ada yang kita kenal dan banyak yang tidak kita kenal, seperti yang DIA nyatakan didalam Surah YaaSin.

    Yang dimaksudkan buruk dari manusia itu adalah pada sangkaan manusia, bukan pada perbuatan yang berlaku. Segala-gala perbuatan ALLAH itu adalah kebenaran yang dinyatakannya pada ALAM. Kelihatan pada manusia akan keburukan kejadian itu adalah semata-mata sangkaanya yang disebabkan oleh akalnya yang terhad dan yang belum mencapai penglihatan makrifat akan THE BIG PICTURE atau PELAN QODHO” dan QODAR ALLAH. Bukankan ALLAH telah menyatakan bahawa DIA akan mendatangkan satu kaum yang akan menindas satu kaum lain yang telah berlaku zalim? Apakah kaum yang menindas itu jahat atau apakah mereka sebenarnya sedang melaksanakan perintah ALLAH? Tafakkurkanlah..

    Salah-sangka kita disebabkan oleh kesedaran kita yang terhad. Kita menghukum sesuatu perkara tanpa melihat dengan pandangan ketuhanan, maka menjadi buruklah sangkaan kita lalu berdosa kepada ALLAH SWT. Bukankah ALLAH telah menyatakan bahawasanya DIA adalah seperti sangkaan hambaNYA. Jika kita menyangka ada baik dan ada buruk dari ALLAH, maka begitulah realiti kita. Tetapi bagi hamba yang memandang kearah kebenaran penciptaan ALAM dan PENCIPTANYA, tiada satu pun yang buruk kerana ALLAH maha SEMPURNA dan semestinya akan senantiasa mencipta sesuatu yang sempurna bagi realitinya – ada baik dan ada buruk …..seimbang …..AL-MIZAN.

    Bersangka baik kepada ALLAH SWT adalah HAK NYA ke atas sekalian hamba-hamba NYA. Maka apabila kita ditimpa sesuatu musibah, carilah hikmah disebaliknya. Bertafakkurlah: Mungkinkah Pencipta KU ingin menyatakan dan menyampaikan sesuatu yang baik untuk ku? Dan ucapkanlah ALHAMDU LILLAHI ROBBIL ‘ALAMIN.

    • salam alaika,,

      makasih kembali.

    • salam saudara ismailsgbuloh..

      ane telah berkongsi pengalaman,, terus dilanjutkan dan jangan d tinggalkan

  2. salam…
    nak bagi faham benda ni skit..saya setuju semua perbuatan adalah dari Allah belaka.
    contoh..
    saya ada awek cun. saya berbuat maksiat dgnnya.
    adakah ini buruk pd sangkaan manusia tapi baik dari pandangan Allah?

    di mana pula kedudukan akal utk kita memilih mana satu kehendak ALLAH dan mana satu kehendak NAFSU( diri kita) ?

    bagi saya kita kena selarikan kehendak kita kepada kehendak Allah bila di sesuatu kemusykilan supaya hanya ada SATU kehendak shj iaitu kehendak ALLAH.

    utk selarikan kehendak kita kepada kehendak ALLAH tu , kita kena gunakan akal dan ilmu atau gunakan jalan syariah yg di bawa nabi saw.

    tapi kalau kita masih memilih kehendak nafsu .. Allah akan tetap izinkan cuma itu dipanggil kehendak yg tidak diredainya. oleh itu wujud pembalasan syurga dan neraka.
    tolong betulkan kalau saya salah

    • Salam alaika

      Sebagai hamba, akal kita berpaksi kepada Syariat Islam. Maka segala jenis perbuatan wajib diselarikan dengan kehendak Syarak. Maka pasrah lah jiwa dan raga kita didalam Ad-Diinul Islam.

      Untuk mengenalkan hamba-hamba Nya kepada arti taubat sebenar-benar taubat dan kemudian menunjukkan kepada mereka pula jalan kembali kepada Nya, maka diciptakan segala jenis kemungkaran yang ada….juga sebagai i’tibar hamba-hamba lain yang menyaksikan. Tanpa dosa, kita tidak mengenal pahala. Tanpa maksiat kita tidak akan pernah beristighfar dan bertaubat. Kemudian ditambah pula rasa kedekatan didalam hati kepada Nya. Inilah hikmah disebalik penciptaan Allah. Lihat kepada sejarah Umar Al-Khottab RA. Beliau mengenal arti keimanan sejati setelah berada didalam kekufuran. Tidak mungkin beliau dapat menikmati lazatnya iman jika beliau tidak pernah merasakan kekufuran.

      Kita perlu murnikan pengakuan Tauhid kita, kemudian pasrah kepada Keperkasaan Ilahi dalam mengatur aturcara langit dan bumi, dan diantara keduanya. Tidak boleh terbalik pandangannya, yakni buat maksiat kemudian mengatakan itu perbuatan Allah SWT. Saya mengungkapkan kesedaran Ilahi mengikut aturannya yang tertib, bukan dalam senario yang sebaliknya.

      Saya harap komen ini membantu persoalan Sdr Azhar.

    • salam
      pada Allah semuanya baik maksiat ke tak maksiat ke sama saja .iaitu sifat jamal dan jalalnya.
      Tk baik itu pd makluk kerana tidak ambil pengajaran dpd tuhan kerana yangka ada awek cun dan yangka dirinya pun ada .
      Kenallah yg ada maka yg lain tiada.

  3. salam,, sungguh menarik lontaran tuan dari sg. buluh..emm ada kena mengena dengan arwah tok guru ismail sg buluh ka? insyaallah.. ana nak put simple thing saje bab ubudiyah nie…

    sebagai contoh, kita telah maklum bahawa allah menzahirkan dirinya zat itu sebagai hamba, kita manusia termasuk seluruh alam yg meliputi.. pada allah disisi zatnye dipanggil sebagai afal allah, tetapi bila smpi kpd kita makhluk(bila dia jadi makhluk) maka perbuatan td dipanggil ubudiyah (kehambaan)

    sbg contoh, perasaan lapar dan inginkan makan minum itu adalah afal allah, dr zat allah sendiri, maka perbuatan memasak, mengadakan makanan itu dan memakanya itu dinamakan kehambaan..wallahualam, sedikit perkongsian fakir.

    • Salam alaika,

      Maaf tiada kaitan dengan TG itu.

      Cantik perumpamaan yang saudara berikan.

      • salam alaikum,,

        ya,,

        begini sajalah sebagai simple rule of thumb,,

        tuhan itu adalah dzat,,

        dan hamba itu adalah sifatnya,,

        selagi sifat belum bertukar menjadi dzat,, selama itulah ia hamba,,
        dan selagi itulah ia mendirikan syariat sebagai hamba,,

        tapi,,

        ketika sifat bertukar menjadi dzat (kaedahnya diketahui setelah makrifatullah)

        maka tajali lah dzat,,

        apabila dzat hadir,, yang lainnya lebur,,
        tiada satupun bersama allah,, hanya allah.

        ya,,

        allah lebih mengetahui,,

  4. terimakasih kpd saudara ismailsgbuluh atas penerangan..
    thanks jg atas penerangan hak Allah dan hak hamba.
    selamat tahun baru masihi kpd semua ..

  5. SALAM..

    KALO FAKIR BOLEH TAMBAH SIKIT..

    AMBIK ANALOGI PADI, BERAS, NASI…BILA PADI ADALAH WUJUD PADI, MAKA TIADA WUJUD BERAS DAN NASI..TAPI ADAKAH IA BELUM ADA..IA ADA TAPI BELUM DIZAHIRKAN LAGI..

    APABILA PADI TELAH BERTUKAR MENJADI BERAS..MAKA DIMANAKAH WUJUD PADI TADI, ADAKAH DIA TELAH HILANG GHAIB DARI BERAS TERSEBUT ATAU DIA BERADA SEKALI DENGAN BERAS TERSEBUT, CUMA TIDAK NAMPAK AKAN KEZAHIRANNYE..

    BEGITU JUGALAH BILA BERAS BERTUKAR JADI NASI.. MAKA BIJI (PADI) DAN BERAS TADI SEBENARNYE ADA DAN SEBATI DAN TIDAK SEKALI-KALI TERPISAH DENGAN NASI TADI, CUMA TIDAK DAPAT DIZAHIRKAN KERANA KEZAHIRANYE YANG CURRENT ADALAH NASI..

    MAKA BEGITULAH JUGA DENGAN ZAT ALLAH. ZAT IBARAT PADI, SIFAT IBARAT BERAS, NASI IBARAT AF’AL DAN SEGALA PRODUCT YANG TERBIT DARI NASI TADI CONTOH NASI GORENG ADALAH WUJUD ALLAH..

    MAKA LENGKAP SUDAH INSAN KAMIL..

    • MAKASIH BANYAK,,

      salam alaika.

  6. Salam alaikum

    Berikut adalah dalil-dalil bagi Qodo’ dan Qodar bagi setiap perkara yang ada, termasuk pada diri manusia:

    Sesungguhnya rencana-Ku amatlah teguh.[1]

    Kamu sekali-kali tiada akan mendapati perubahan pada sunnah Allah.[2]

    Allah mengatur urusan (makhluk-Nya). [3]

    Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Dia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya.[4]

    Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmah dan keadilan; yang demikian adalah sangkaan orang-orang yang kafir! Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir itu dari azab Neraka.[5]

    Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.[6]

    Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.[7]

    Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.[8]

    Engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi “Sunnatullah” dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan “Sunnatullah” itu.[9]

    Hai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya.[10]

    Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu[11]

    Orang-orang itu akan memperolehi bahagian yang telah ditentukan untuknya dalam kitab (Loh Mahfuz).[12]

    Pakailah Islam dan kemudian menyerah terus kepada takdir Allah.[13]

    Orang-orang yang benar-benar hamba Allah percaya kepada Allah dan menyerahkan semua hal dirinya kepada Allah.[14]

    Kamu hendaklah berserah dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah dalam segala hal.[15]

    Hendaklah engkau beriman kepada Allah, kepada malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para utusan-Nya, dan Hari Akhir (kiamat) serta beriman kepada takdir dan buruknya takdir. [16]

    Seandainya salah seorang di antara mereka mempunyai emas segunung Uhud yang dia nafkahkan maka Allah tidak bakal menerimanya sebelum dia beriman kepada takdir. [17]

    Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).[18]

    Sebenarnya segala urusan itu adalah kepunyaan Allah.[19]

    Dia Yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya).[20]

    Katakanlah, “Semuanya dari sisi Allah”. Mengapa orang-orang itu hampir tidak memahami perbicaraan sedikitpun?[21]

    Setiap waktu Dia dalam kesibukan.[22]

    Tidaklah Kami alpakan sesuatupun di dalam al Kitab.[23]

    Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.[24]

    Manusia dan mahkluk itulah yang tertaluk kepada Allah dan Allah tidak tertaluk kepada mereka.[25]

    Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari … kemudian membangunkan kamu pada siang hari untuk sempurnakan umur(mu) yang telah ditentukan.[26]

    Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya.[27]

    Tidak ada suatu mushibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah.[28]

    Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu, “Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu besok pagi., kecuali dengan menyebut, “Insya-Allah”.[29]

    Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.[30]

    Kamu membunuh mereka dengan izin-Nya.[31]

    Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan): [32]

    [1] Al Araaf (7):183.

    [2] Al Ahzab (33):62.

    [3] Ar Ra’d (13):2; At Talak (65):3.

    [4] Al Kahfi (18):26

    [5] Shad (38):27

    [6] An Nisa (4):12; Al Israa (17):44; Hajj (22):59; Al Ahzab (33):51, Faatir (35):41

    [7] Al Baqarah (2):225;235; Ali Imran (3):155; Al Maidah (5):101

    [8] Al Baqarah (2):32; An Nisa (4):24

    [9] Faathir (35):43

    [10] Al Baqarah (2):208.

    [11] At Talaq (65):3)

    [12] Al Araaf (7):37

    [13] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani , Futuh Ghaib, 189 (1990).

    [14] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, Op cit, 83.

    [15] Id, 40.

    [16] Terjemahan Sahih Muslim Jilid 1, 5 (1994).

    [17] Terjemahan Sahih Muslim Jilid 1, 5 (1994).

    [18] Al Anbiya (21):33

    [19] Ar Ra’d (13):31.

    [20] Al Baqarah (2):255; Ali Imran (3):2; Al Baqarah (2):255; Thaahaa (20):111.

    [21] An Nisa (4):78.

    [22] Ar Rahman (55):29.

    [23] Al Anaam (6):38.

    [24] Al Hadid (57):22.

    [25] Syeikh Abdul Qadir Al Jilani, op cit, 96.

    [26] Al Anaam (6):60; At Taubah 99:116..

    [27] Az Zumar (39):42.

    [28] At Taghaabun (64):11.

    [29] Al Kahfi (18):23-24.

    [30] Ali Imran (3):145.

    [31] Ali Imran (3):152.

    “Lillahi maa fissamaawaati wa maa fil ardh”
    Milik Allah lah sekalian yang ada di langit dan di bumi.

    Bermulanya agama manusia apabila dia menafikan keberadaannya dan menetapkan Keberadaan Allah pada dirinya dan seterusnya mentaati sunnah Rasul mengikut Qodar yang telah ditetapkan pada hatinya. Maka bermulalah penghidupan dibawah panji LAA HAWLA WALAA QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL AZHIM, insya Allah. Inilah maksudnya menjadi seorang Muslim – penyerahan diri kepada Allah secara mutlak didalam qalbu. Berkenaan ikhtiar jasmani pula, buatlah apa saja yang telah ditentukan seperti bekerja, melancong, berubat, bermain, makan, tidur, dsbgnya. Ikutilah gesaan qolbu masing-masing untuk berbuat sesuatu. Semuanya telah tertulis dan ditetapkan pula pada umur manusia 120 hari.

    Apabila kita berbuat maksiat, dengan segera kita akan bertaubat kerana kita takut jika Allah tetapkan kita diatas kekufuran. Begitulah buah makrifat….sentiasa ingat kepada Allah dan berserah….selalu bertaubat dan berdoa serta bersyukur kerana diberi petunjuk hidayah dan rezeki.

    Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berdoa di hadapan Kaabah,”Ya Allah, jika Engkau telah menetapkan Taqdir yang buruk untuk ku, aku mohon agar Engkau merubahnya kepada Taqdir yang baik-baik.”

    Semoga ada yang mendapat manfaat.

  7. salam alaika,,

    sdr nan berbahagia ismailsgbuluh,,

    makasih banyak atas komen itu.

  8. Siaran Langsung Multaqa Ulama Bersama Habib Umar Bin Hafiz di Indonesia http://wp.me/piAx4-12i

    Pengajian Kitab bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam : http://wp.me/piAx4-12d

    Penyelewengan Tauhid & Kalimah ALLAH : http://wp.me/piAx4-12a

  9. salam sejahtera. indah dan berilmu ujahnya alhamdullilah dan saya akan jadi pembaca yang setia kepada ilmiah kalian.

    wasalam hamzah

    • salam alaika,,

      harap juga ante dapat berkongsi ilmu

      yang ante miliki.

      makasih banyak.

  10. Maaf >>>> Apa kah perbedazaan nya selawat2 ini?

    Allah humma salliaala saiyidina Mohammad wa ala aalihi saiyidina Mohammad>>>
    Allah humma salliaala Mohammad waala aalihi Mohammad?

    Serta Mohammad yang mana di maksud kan itu?

    • satu yang berjasad dan satu lagi yang tak berjasad.

      mohammad, dzat suci yang memberi petunjuk kepada setiap orang.

  11. Salain dari padi >>maka >>>

    Dari kapas menjadi benang …
    dari benang menjadi kain…..

    Besi MERAH di dalam API >>>>merah sama merah.
    >>> API >>>>tetap >>.API>>>>dan
    BESI >>>tetap >>>BESI>>///

    maaf ???

    • ya,, tuhan tetap tuhan,,
      dan hamba tetap hamba.

  12. Terima kaseh >>>>> memang itu lah cara2 Ilmu2 yang perlu di cari dan di kaji supaya kita sampai kapada yang mahaEsa.

    Dengan ini cuba2 lah buat kupasan2 pada Ilmu2 yang di perolehi…. semuga di berkati. Insa……allah.

    • amin

  13. salam
    jgn sesekali kita mensyirikan Allah .
    Walaupun prkataan senang di sebut tpi amat sukar utk trlepas dpdnya.
    Dgn melalui jln mengenal sahaja akan trlepas dpd syirik..


Tinggalkan komen

Kategori