Posted by: hajirikhusyuk | November 23, 2009

Rahsia solat

Rahsia Solat

Solat adalah jalan bagi seseorang hamba untuk menemui Penciptanya.

Dalam satu rakaat solat yang kita lakukan itu terdiri daripada tujuh gerakan atau perbuatan iaitu:

Takbir
Berdiri
Rukuk
Iktidal
Sujud pertama
Duduk iftirasi (antara dua sujud)
Sujud kedua.

Tahapan-tahapan gerakan di dalam solat itu sebenarnya adalah tahapan pengembaraan ruh menuju langit yang ketuju. Apakah yang dikatakan langit ketujuh itu?

Dalam pengajian martabat tujuh dan kajian sufi, terdapat tujuh peringkat tajalli Tuhan, bermula dari Ahdah hinggalah ke Alam Insan. Jadi langit ketujuh mengikut sufi adalah Alam Lahut atau Ahdah.

Semasa solat berlaku dua kefanaan, fana yang pertama adalah fana kepada Rasul, iaitu semasa sujud yang pertama, dan fana yang kedua adalah fana kepada Dzat Allah, semasa sujud kedua.

Dalam fana Rasul kefanaan tidaklah total, kerana hamba  mungkin masih sadar tentang hal-hal dunia semasa solat.

Fana Rasul atau Nur Muhammad ini adalah perjalanan menuju langit keenam (Wahdah), manakala pada langit ketujuh (Ahdah), gerakan sujud kedua itu, adalah puncaknya seorang hamba  menghamba diri kepada Allah, iaitu dengan kefanaan yang luar biasa (tidak satupun yang tinggal hanya Allah).

Bagaimanapun, tidak mungkin hamba dapat bertemu Allah tanpa menzakatkan diri (mati sebelum mati).  QS Al Baqarah 2: 110: Kerjakanlah solat dan berzakatlah.

Bagi kaum sufi hakikat zakat adalah mengorbankan diri (mati sebelum mati).

 Qs An Nisa 4:66: Korbankanlah dirimu dan keluarlah dari kampungmu.

Nah,,

Pasti solat adalah alat yang dapat menemukan hamba dengan  Penciptanya,  jadi sangat hairan,  seseorang yang telah makrifatullah, tetapi masih tidak solat, tidak mungkin orang makrifatullah tidak solat.

Cuba fikirkan,

MasyaAllah.

 


Respon

  1. salam,
    adakah fana hanya ketika solat?
    diluar solat tiada?

    • salam alaika saudara aku..

      Qs Al Baqarah 2:43: tetaplah mengerjakan solat dan zakat…
      seperti yang telah diketahui hakikat zakat adalah penyerahan diri kepada Allah,
      jadi berdasarkan ayat itu, supaya kita sentiasa berzakat, jadi fana itu di luar solat juga, tapi
      di luar solat ritualnya tidaklah seperti solat fardu atau sunat.

  2. salam hj,
    jadi memungkin kan juga org yg tidak solat tetap makrifatullah…?

    • salam alaika,,
      ya,,,
      seperti iblis lah,, kenal Allah tapi engkar kepadaNya,,
      akhirnya apa jadi,, kena laknat,,
      jangan jadi begitu,,
      syariat jangan tinggalkan,,
      ikut contoh rasullulah.

  3. salam haji,
    terima kasih memberi kefahaman..

    • salam alaika,,
      terima kasih kembali,
      selamat menyambut aidul adha.

  4. Salam Hj. Saya ingin pendapat tn Hj berkaitan pengalaman pertama kali saya dalam bersolat. Saya seringkali memohon kepada Allah agar diberi kemanisan di dalam solat. Saya tidak pasti bagaimana kemanisan tersebut, dan Allah telah memberi peluang kepada saya pengalaman saya. Semasa saya mengangkat takbir untuk memulakan solat. Saya mendengar satu desingan seperti bunyi riang-riang. Dari desingan yang halus sehingga ianya menjadi lebih nyaring apabila saya qiam tangan. Telinga saya menjadi berdengung dan perasaan saya pada masa itu seolah-olah diseliputi perasaan yang berangin dan hati seolah-olah berhadapan dengan Allah. Apabila saya sujud, mata saya memandang ke hujung kaki dan saya ternampak imbasan bayang-bayang yang bergerak ke kiri dan ke kanan. Perasaan itu berakhir apabila saya selesai sembahyang. Bagaimanakah kedudukan keadaan ini, tn hj. Minta pandangan tn hj.

    • salam alaika,,
      solat adalah untuk menemui allah,
      jika ada niat lain dalam solat.. maknanya ante tidak sampai ke matlamat yang dituju,,
      sedangkan, apabila allah hadir, maka tiada yang lain bersamanya,,
      maka bagi ana, yang ante alami itu,,
      hanyalah gangguan..

      • Salam Haji. Bagaimanakah untuk mendapat kusyuk di dalam solat dan apakah tanda sembahyang kita kusyuk dan diterima. Walaupun niat kita hanya semata-mata kerana Allah, tetapi kekusyukan tiada.mohon penerangan haji

      • @jawapan untuk sdr Mohd Iskandar.

        salam alaika,,

        solat adalah mikraj orang mukmin,,
        mikraj itu maksudnya pergi bertemu allah,
        kalau dalam solat kita mencapai matlamat, iaitu ketemu allah
        pasti solatnya khusyuk,,
        tapi kalau tidak ketemu pasti tidak khusyuk,,

        mestilah berniat untuk ketemu allah, insyallah pasti ketemu dan khusyu,
        tapi kalau berniat nak khusyuk,,pasti solat tidak khusyuk,,
        jadi kesimpulannya,, niat mestilah kerana allah, bukan berniat untuk selain daripada
        allah.
        semoga bermanfaat.

      • Salam Haji. Terima kasih atas nasihat tersebut. Fahamlah saya.

      • salam alaika,,
        terima kasih kembali
        semoga bermanfaat.

      • salam alaika..

        bang haji..,, coba tambah artikel” yang menarik lgi

        soalnya sudah ku baca semuanya

      • salam alaika,,

        okey,,, sabar ya.

  5. salam tuan haji.

    Saya ada persoalan mengenai solat.umur saya 25 tahun.Baru baru ini bila saya solat,air mata akan mengalir.setahu saya hanya yang memahami maksud2 bacaan dalam solat sahaja akan menangis.soalan saya,adakah ini gangguan?

    terima kasih.

    • salam alaika,,

      selamat datang ke blog ini,,
      soalan semacam ini sukar nak dijawab dengan tepat,,
      kerana ana tidak tahu apa yang ante niat semasa sembahyang,,
      dan bagaimana jiwa ante semasa sembahyang,,

      tapi sebagai pedoman mudah,,
      bolehlah begini,,
      jika niat dan hati ante tertumpu kepada allah,, maka tidak akan ada gangguan,,
      tapi,,
      jika sebaliknya,,
      ana pasti ia adalah gangguan.

      bagaimanapun mintalah petunjuk daripada Allah.

  6. salam tuan haji.

    terima kasih atas penerangan tuan.saya akan cuba perbaiki niat saya.saya berdoa agar saya dapat khusyuk di dalam solat.amin.semuanya kerana Allah.amin.

    • salam alaika,,
      terima kasih kembali.

  7. salam alaika..

    untuk mencapai tingkat kekhusyu’an seseorang, yang harus dilakukan ialah

    1. membiasakan diri untuk shalat
    2. memaknai gerakan dan bacaan shalat.
    3. memaknai surah Al-fatihah
    4. berserah diri.
    5. sadar akan fana, dan sadar akan fakir ( pakai perbandingan antara sang penguasa dan penghuni)
    6. konsentrasi kepada Dzat Allah.
    7. kosongkan segala fikiran-fikiran yang ada, konsentrasi kepada Dzat Allah.

    jika ada yang baik mohon diambil dan jika ada kesalahan mohon dimaafkan.

    wassalam..

    • makasih

  8. salam alaika..

    niat sudah pasti tindakan!!

  9. assalamualaikum tn haji. Saya ingin mendengar pendapat tuan haji tentang solat saya. Sebelum pengalaman tauhid saya pada 2004 solat saya sama saperti orang kebanyakan, setelah peristiwa tersebut solat saya tidak lagi dapat saya lakukan mengikut syariat (perbuatan solat). Waktu solat masih kekal. Hanya sesekali saya dapat bersolat saperti yang disyariatkan atau apabila dilakukan berjamaah.

    Saya telah bertanyakan guru saya dan jawapan nya ialah tak boleh begitu. Saya berpendapat beliau berhukum atas syariat.

    tolong kiriman tuan haji ke email saya. kalau boleh saya ingin berkenalan dengan tuan haji. nam saya mohamad nizam wahid

    sekian. Terima kasih

    • salam alaika,,

      solat mestilah mengikut rukun-rukunnya,,
      kalau mahu sah solatnya,,

      kalau tidak mengikut rukunnya manakan sah,,

      garis kasarnya,, walaupun sudah makrifat,,
      hukum syariat tidak akan berubah atas dirinya.

      allah u aklam.

  10. Untuk memperolehi sembahyang sempurna ,,,kita perlu melakukan beberapa perkara yang semesti nya kita tahu dan matlamat nya.

    1) Faham apa itu Niat
    2)Faham apa itu Ikhram.
    3) faham apa itu Shahadah.
    4) faham apa itu cara mengambil Air Sembahyan
    dengan teliti serta apa kah kaitan nya dengan
    sembahyang kita itu.
    5) Faham Qasad Tarad Tain.
    6) Faham akan Rukun Fekli Qauli dan Qalbi..

    Maka dengan ini hanya menunggu akan Anugerah dari Allah serta Rahmad Shufaad NYA sahaja. Inshaallah dengan izin NYA. maaf

  11. salam alaika tuan hj dan tajul

    terimakasih atas usaha ini .bayak membantu memberi pertunjuk pahamam yang terang ,bertahun2 sy berdoa pada yg pengasih menanti anugerahnya cinta yg sejati rindunya rasa.

  12. tuan hj sy ada ambik manfaat dr blog ini tlg iklaskan,(org baru

  13. Salam Ukhwah
    Buat Tn Haji dan Sahabat yang lain dalam blog ini..
    Saya ada mengambil Manfaat dari perkongsian tn hj dan yg lain..saya berharap ianya ikhlas diberikan..Kepada Tn Haji..Mohon berikan alamat saudara ismail sg buloh (jika Ada)..kerana saya Tinggal dalam kawasan sg.Buloh..Dari Malaysia..


Tinggalkan komen

Kategori