Posted by: hajirikhusyuk | Mei 27, 2010

Wajah Dia

Dia (Allah) dapat dilihat pada setiap waktu dan pada setiap ketika, dan di mana saja, tetapi bukanlah semua orang yang dapat memandangNya demikian, hanya mereka yang bertuah dan bernasib baik, yang telah makrifatullah, yang dapat memandangNya demikian.

WajahNya dapat dilihat melalui sifat-sifat alam, terutama pada sifat diri salik sendiri.

Jikalau penglihatan itu dapat difahami oleh kebanyakan orang, sudah pasti lebih ramai orang dapat melihat WajahNya dengan terang dan nyata, semasa masih hidup di dunia ini juga lagi, sudah pasti lebih ramai yang akan makrifatullah.

Dia atau WajahNya dapat kelihatan apabila sesuatu itu tidak lagi berupa alam atau makhluk, tidak lagi bernama, bersifat,  berkelakuan dan tidak lagi dengan dzat makhluk, tetapi telah binasa atau fana, kembali kepada keadaan asalnya.

Setelah itu, barulah apa yang kelihatan itu akan berwajah Dia, dan di situ jugalah keadaan, yang mana,  yang memandang dan yang dipandang itu,  adalah Dia yang Esa,  Dia melihat WajahNya sendiri.

Di ketika pandang memandang itu, jikalau salik sudah faham dan yakin, segala sesuatu selain Dia telah fana, itulah tandanya hati salik itu telah mencapai tahap makrifatullah, tahap mengenal Dia dengan sebenar-benar perkenalan.

Yaaaa,

Apabila telah fana sifat makhluk dan sifat salik sendiri ke dalam wajahNya, maka WajahNya akan dapat kelihatan,  di kala itu sifat makhluk atau sifat salik telah kamil dengan WajahNya.

Sebagai analogi, umpama garam, yang kelihatan sekarang adalah masinnya, tapi garam sudah binasa.

Semoga bermanfaat.



Respon

  1. Assalamu Alaikum
    Saya dari Bandung Indonesia, Tuan haji terima kasih banyak, artikel Tuan memperkuat keyakinan saya. Salam

  2. Salam Alaika..

    Tuan Haji, bagimana caranya utk mencapai tahap Makrifat?

    salaam Ukhwah

    • salam,,

      untuk sampai kepadanya kenalah berusaha dengan ikhlas,

      banyak ilmu yang menyampaikan kita kepadaNya,

      tapi bagi ana,, yang paling penting banyak mujahadah,
      banyak membuat amalan dzahir dan batin (hati),

      ini bagi menghidupkan ruh, apabila Ruh Qudsi telah bebas
      dialah yang akan menemukan kita dengan KekasihNya.

  3. Salaam alaika,

    dan bagaimana mencapai tahap ke-FANA-an pula??

    • salam,,

      fana adalah hal (pengalaman) yang dirasai oleh
      salik, hatinya (ia) merasakan,
      tiada suatupun yang wujud,,
      hanya Allah,,

      lihat juga tulisan yang terdahulu berkaitan
      fana,, mungkin ia dapat membantu ente.

  4. Salaam Haji,

    apakah ini yang disebut dengan ‘Manunggaling Kawula lan Gusti’.. yaitu manunggalnya Batin Manusia dengan Allah, seperti ajaran Syaikh Siti Jenar

    makasih

    • salam,,

      menuggaling kawula lan gusti,, suatu istilah yang sangat popular,,

      kalau tidak silap pengertian ana,, ini bermaksud hamba bersatu denga tuhan,,

      kalau kita teliti di sini,,
      ini bermaksud ada hamba dan tuhan,, ada dua,,
      sedangkan kajian hakikat menyatakan tuhan itu esa,,

      sedangkan konsep dalam islam ialah fana,,
      fana ini bermaksud binasa, setelah amanat dupulangkan,
      kosong, tidak ada dan sebagainya,,

      jadi setelah apa yang kita pinjam atau dipinjamkan itu,,
      dipulangkan kepada yang milikNya,,

      maka tinggallah salik itu kosong,,

      yang tinggal hanyalah wajah allah,

      itu sebabnya ke mana saja dihadapkan mukanhya,,
      di situ ia melihat wajah allah.

      allahu aklam.

  5. Asalamwtk

    Apabila saya membaca komen tuan haji , ingin saya berkongsi pengelaman saya yang tak seberapa ini, ma’af saya tidak pandai berkata-kata dengan ayat yang indah.

    ini komen saya di mana dengan izinNya saya telah dinaikan kesidratul muntaha, di mana saya ditemukan dengan seorang pari-pari, yang membawa sebatang tongkat, keadaan sekeliling terlalu indah & saya disuruh memohon kepada Allah, apa-apa saja yang saya hajati,

    tapi saya malu untuk memohon kepadaNya, kerana bagi saya amalan yang ada pada saya terlalu sedikit untuk saya meminta kepadaNya, tapi Allah lagi maha mengetahui isi hati hambanya, tidak ada yang mustahil bagiNya untuk membawa saya ke alam ghaib itu.

    Apabila roh keluar daripada jasad saya dapat melihat ZAT ALLAH itu, bersama dengan jasad saya sekali, itu bermakna ALLAH itu ESA. Apa yang dikatakan pendengaran, pengelihatan & petuturan Allah adalah benar, TETAPI ianya hanya diberi pinajaman seketika saja dengan kehendaknya bukan kekal selamanya.

    Ketika saya menunaikan haji, (semasa) di Madinah saya ditemukan dengan Ayah saya yang telah tiada, barulah saya tahu di situlah permulan syurga,

    ketika saya dibawa ke pintu syurga saya merasakan nikmat hawa dingin yang bergitu nyaman, ini menunjukkan roh akan ditimbang atas segala perbuatan kita di dunia, jadi janganlah kita leka bacalah Al Quaran & fahamilah isinya, syurga & neraka itu adalah benar ujudnya.

    Saya juga dibawa ke kolam Al Kausar ketika saya sedang berzikir di waktu subuh, SubhanaAllah sungguh luas & airnya sungguh nyaman.

    Apabila kita berserah diri kepada Allah, DIA yang (akan) menjalankan kita, itulah yang dikatakan tidak ada daya & upaya semuanya kehendaknya.

    Kita masih lagi seorang hamba yang hina & jangan sekali-kali kita samakan SIFATNYA, yang hanya dipinjamkan kapada kita buat seketika dengan IZINNYA.

    lagi banyak kita mengenaliNya lagi takut & patuh akan kita kepada seruanNya, sebab kita tidak hendak terputus hubungan & RahmatNya.

    WALLAHUALAM.

  6. Salaam Alaika..,,..,,,..,,,

    Q : dimanakah Allah?
    Q : apakah Allah bersemayam di Hati Manusia?
    Q : bukannya Allah berada di Arsy?
    Q : lantas dimanakah ‘Arsy Allah itu?

    • salam,,

      soalan yang ente tanyakan itu,,
      adalah soalan yang rumit untuk dijawab,,
      kenapa?

      kerana ia berkaitan dengan keberadaan allah.

      soalan yang sebegini tidak dapat dijawab oleh akal,
      kerana ia tidak terjangkau oleh akah fikiran,,

      al quran memberikan jawapan kepada kita,
      allah itu tidak bertempat dan allah itu meliputi segala sesuatu,

      jadi siapakah yang dapat menjawab soalan ini,
      tentulah ruh ente kerana ruh ente berasal daripada Nya,
      maka sudah pastilah ia tahu di mana allah itu berada,

      jadi jikalau enter mahu tahu dimana allah berada,
      kenalah enter berusaha membebaskan ruh enter daripada
      balutannya,,

      setelah ia bebas dapatlah memberitahu ente di mana allah itu
      berada,

      • Salam Haji

        terimakasih atas sarannya

      • Salaam Alaika

        Q : dimanakah Allah?
        A : jawabannnya ada dalm al quran: “allah muhid sekalian alam”, “faainama tuwallu fassama wajhulloh”

        Q : apakah Allah bersemayam di Hati Manusia?
        A : qolbu mukminin baitulloh
        Q : bukannya Allah berada di Arsy?
        A : ALLAH BERADA DI SEMESTA ALAM
        Q : lantas dimanakah ‘Arsy Allah itu?

  7. Salam Haji

    apakah kita dapat bersatu dengan Allah?

    • salam,,

      ente kena faham betul-betul
      tentang makna bersatu dan fana,

      istilah yang digunakan islam ialah fana dan baqa,,

      jikalau ente tidak betul-betul memahami
      maksud kata-kata bersatu, ini boleh membuatkan
      sesseorang itu kufur atau
      syirik.

      kerana kalau sememangnya esa, bagaimana mahu bersatu?,
      untuk bersatu memerlukan dua atau lebih benda.

  8. Salaam Haji

    ni hanyalah ungkapan dan bukan sesungguhnya, hakikatnya sama, Bersatu dengan Allah dengan Fana. karna Fana, ia telah Melihat keadaan ALLAH, makanya juga disebut Fana karena Allah. bersatu kerna ALLAH…

    • salam,,

      hakikatnya tidak sama, kerana yang satu kufur (bersatu),
      dan yang satu lagi benar (fana),,

      perbezaannya umpama langit dan bumi,,
      walaupun nampaknya tidak begitu,,

      cuba ente renungkan ini,
      dalam konsep bersatu, ada dua, hamba dan tuhan,
      sedangkan dalam konsep fana, hanya ada tuhan.

      dan kita tahu tuhan itu esa, satu.
      fikir-fikirkan dengan mata hati.

  9. Bersatu Bathin-ku dan Batinnya ALLAH

    • salam,,

      konsep yang benar,,

      binasa zahir dan batinku, barulah nyata wajah allah.

  10. Assalamu’alaikum

    afwan, mungkin nama saya mengandung makna “kontroversi”, karna menyangkut masalah Akidah..

    makna bersatu banyak.. bukan hanya bersatu akan Allah dan Hamba..

    makna bersatu yakni bersatu, artinya ada Aqad atau ikatan dengan Allah, Bathin hamba dan Bathin Allah sudah nyambung bisa dikatakan sudah “connect” dengan Allah..

    mari kita fikirkan tentang makna bersatu..

    – persatuan Bangsa Bangsa
    – Bersatu kita teguh
    – Kesatuan umat ( wihdatul Ummah )

    nahh makna yang sya tulis diataskan tidak ada hubungannya dengan bersatu Dzat dengan Hamba….

    mungkin jelas

  11. fana…lebur segalanya…hilang rupa, hilang bentuk, hilang diri….hilang-larut ke dalam cahayaNya

    …yang ada hanyalah DIA…wujud yang HAKIKI

    …tiada dua di dlm yang satu…mampukah hamba yang penuh dosa ini mencapai nikmat tersebut?
    (insyaallah pasti mampu, cuma ikhlaskan niat)

  12. salamun ‘alaik pak haji,

    ikhlas…

    itulah yang sedang saya cuba ketemukan, yang saya cari-cari, yang saya nanti-nantikan kehadirannya

    sekejap bersinar terang sekejap malap

    ….rupanya amat sukar ilmu ikhlas ini, menyebutnya sahaja yang mudah

    tolong doakanlah diri saya ini supaya dapat saya bertemu dengan ikhlas sebenar ikhlas, ya pak?

    terima kaseh.

  13. assalamualaikum…
    pnh tuan mendengar org bijak pandai b’kate’wajah yg tidak b’wajah’..
    blh tuan trg kn?
    sy kurg phm..

  14. wajahku tak mungkin berpaling dari Wajah Mu, ya Alloh, namun hati ini setiap detik selalu lupa, bahwa Engkau tiada pernah henti manatapku.

  15. tiada hak bagiku,yang berhak itu allah,tiada kuasa bagiku,yang berkuasa itu allah,apa kataku kata allah,tiada lain hanya allah.

  16. aku lebih hampir dari urat lehermu sndiri..

  17. salam sejahtera semua para ihwan, perkenlkan asli saya dr tanah pasundan, ada yg ingin saya tanyakan arti/makna sebenarnya dari;
    SADDAH,WATASDID,SIDDAH
    makasih sebelumnya…..
    wasalam…

  18. […] https://hajirikhusyuk.wordpress.com/2010/05/27/wajah-dia/ […]


Tinggalkan komen

Kategori